Home Novel Keluarga APA DOSANYA?
APA DOSANYA?
Asmah Hashim
2/12/2018 15:04:43
58,068
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 14
Apa guna hidup?  Kalau hidup pun asyik menyusahkan orang?  Hembusan nafasnya deras.  Matanya meliar memerhatikan keadaan sekeliling.  Sungai  mengalir deras airnya kerana baharu sahaja selesa disirami hujan. 

 Apalah guna dia hidup,jika dalam hatinya ada rasa benci kepada anak yang dilahirkannya itu.  Sukar untuk dia menerima kehadiran Ain.  Bagaimana dia hendak hidup sebumbung dengan anak itu? 

 Tidak ada langsung rasa sayang kepada Ain.  Padahal anak itu berada di hadapannya setiap masa. 


Mariamenghampiri sungai yang terletak di kawasan bandar berdekatan kampungnya.  Di situlah penduduk kampung menjalankan urusan seharian jika ingin membayar segala jenis bil atau berurusan dengan bank dan agensi kerajaan. 

  Kenderaan bertaliarus tidak dihiraukan.  Dia berjalan menyusuri jambatan dan menuruni bukit menuju ke sungai itu.  Air matanya berjujuran di pipi.  Sesak dadanya.  Sejak dia keluar dari rumah, langsung tidak menjamah makanan atau minuman.  Dia sudah habis fikir.  Tiada jalan lagi untuk dia membetulkan apa yang telah berlaku. 


Dia berbaju blaus berwarna biru gelap, berseluar pallazo hitam, bertudung warna hitam juga.  Akalnya tidak lagi mampu mengawal dirinya.  Kosong, fikirannya kosong. Hanya satu sahaja yang terfikir, menamatkan hidupnya sendiri.  Dia sudah tidak sanggup lagi menanggung beban kemiskinan dan kesengsaraan.  Hanya inilah sahaja caranya untuk dia menyelesaikan masalah yang sedang ditanggungnya.  Tiada siapa yang mahu mendengar ceritanya.  Tiada siapa yang mahu percayaakan ceritanya. 


Maria sudah berdiri di tebing sunga.  Air sungai mengalir deras. Air sungai langsung tidak menghiraukan kehadiran Maria  yang berada berhampiran.  Maria memandang air sungai itu dengan pandangan yang kosong.  Jiwanya sudah tidak lagi bernyawa.  Tiada perasaan bimbang dan takut melihat keganasan air sungai itu.  Dia tidak pandai berenang. 


“Kalaulah mati itu lebih baik buatku, biarlah aku mati!” Maria bersedia untuk terjun ke dalam sungai.  Matanya tertutup rapat, tubuh badannya sudah bersedia untuk terjun ke dalam sungai yang mengalir deras itu.  Air sungai yang berwarna seperti teh susu sesekali bergerak kasar seperti tidak sabar membaham tubuh Maria.


Maria mendepakan tangannya, dia membiarkan tubuhnya rebah sendiri ke dalam sungai.Tubuhnya berasa ringan, ditarik oleh sesuatu sehingga dia rebah ke…


“Gila ke?  Nak bunuh diri?”  jerit seorang perempuan tua yang muncul tiba-tiba.
Maria membuka mata.  Dia memeriksa dirinya sendiri. Air sungai yang mengalir deras di pandang.  Dia memandang ke arah wanita yang telah menghalang niatnya  tadi.  Perempuan itu masih lagi berleter tidak berhenti-henti.


Maria terpinga-pinga.  Dia tidak mati lagi?  Kenapa perempuan itu datang tiba-tiba?  Dari mana dia muncul?  Sebelum hendak terjun tadi, dia sudah melihat sekeliling, tiada siapa di situ. Hanya dia. Kenapa perempuan itu muncul tiba-tiba? Tubuhnya berasa sakit kerana rebah di atas tanah yang berbatu dan berlalang itu. 

“Anak dah kenapa?  Kenapa buat kerja terkutuk ini?  Tak ada agama ke?” soal perempuan yang berbaju blaus dan berseluar panjang. Bertudung separa dada merenung wajah Maria dengan api kemarahan.  Di sebelahnya ada bungkusan plastik yang tidak tahu apa isi kandungannya. 
Maria memeluk lutut. Dia menangis.


“Apapun masalah, bukan diselesaikan dengan membunuh diri,” nasihat perempuan itu. 


“Sudah,ikut mak cik naik ke atas,” ajak perempuan itu lagi.


Maria masih tidak bergerak.  Hari semakingelap.  Lampu jalan menerangi kawasansungai itu biarpun cahayanya hanya samar-samar. 


  “Tunggu apa lagi tu?” jerkahperempuan itu dengan wajah garangnya.


   Maria bangun  perlahan-lahan.  Dia menahan getar hati sendiri.  Bergelora nafasnya.  Dia mengikut langkah perempuan itu mendaki bukit naik semula ke jambatan.  Perempuan itu menunggu dia di atas jambatan sambil merenung tajam ke arahnya.  Maria tidak berani bertentang mata dengan perempuan tua itu.


Sebaik sampai di atas jambatan yang menjadi penghubung jalan melalui sungai itu. Perempuan itu terus menampar pipi Maria. 


 “Mak cik!” jerit Maria.  Terasa kebas pipinya yang menjadi santapan tangan perempuan itu.


  “Sakitkan?  Kenapa cetek sangat fikiranmu, hah?”  soal perempuan tua itu.


  “Mak cik ikut kau sejak kau keluardari lorong kampung tu.  Mak cik tengokkeadaan kau lain macam aje.  Macam orangada masalah.Bila kau berjalan turun ikut sungai tu, hati mak cik dah tak sedap. Betul sangkaan mak cik, kau nak bunuh diri, kan?”  kata perempuan itu dengan nada marahnya.

            Maria masih tidak berkata apa-apa.Dia membatukan diri.  Masih meraba pipinya yang berasa perit akibat dilempang oleh perempuan yang tidak dikenalinya itu.


            “Pergi balik!” halau perempuan itu.Dia membimbit beg plastiknya bergerak mendekati sebuah kereta yang diletakkan tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Pintu kereta dibuka, dia meletakkan beg plastik tersebut ke dalam perut kereta dan menutupnya semula.  Kereta yang bertali arus di atas jambantan itu tidak dihiraukan. Keretanya yang diparkirkan itu tidak menganggu laluan kenderaan lain.


            “Kenapa tak balik lagi?” soalperempuan itu. 


            Maria memandang wajah perempuanitu.  Dia menggeleng kepala.


            Perempuan itu mendekati dan merenungwajah Maria.


            “Kenapa tak nak balik?”  soal perempuan itu.  Dia membetulkan tudungnya yang agak senget sedikit.


            “Saya tak nak balik ke kampung.  Sudah tidak ada sesiapa lagi di kampung.  Tak ada gunanya saya balik,”  ujar Maria, berbohong.  Wajah anak-anaknya melintas ditepis dengan kasar.  Jika takdir begitu kejam terhadapku.  Biarlah aku menjadi manusia yang kejam juga, detik hati kecil Maria.


            Perempuan itu mengeluh perlahan. Dia memandang wajah Maria yang sugul dan pucat itu. Kalau dia bawa perempuan itu balik ke Kuala Lumpur, ada masalah tak dengan anak-anaknya nanti? 


            “Betul tak ada sesiapa di kampungawak itu? Ayah, ibu?  Suami?Anak-anak?” 


            Maria menggeleng laju.


            Perempuan itu mengeluh lagi.


            “Kalau mak cik tinggalkan kau kat sini, bimbang kau terjun ke dalam sungai itu lagi! Tak pasal-pasal mak cik bersubahat membiarkan kau membunuh diri,” kata perempuan itu dengan wajah kebimbangan.


            “Macam mana nilah, kau ikut mak cikbalik ke Kuala Lumpur, lagipun mak cik memandu seorang diri,” ajak perempuanitu.


            Maria terkedu seketika.  Kuala Lumpur?    Apa yang dia hendak buat di situ?  Dia belum pernah menjejakkan kaki ke bandar besar dan merupakan ibu negara Malaysia.


            “Fikir apa lagi? Nak ikut ke tidak?”soal perempuan itu garang.


            Maria masih tidak bergerak. Melihat wajah garang perempuan itu buat dia berasa bimbang. Apatah lagi dia tidak mengenali perempuan itu.  Baharu hari ini mereka bertemu.  Tiba-tiba muncul dalam hidupnya dan meranapkan rancangan yang telah difikirkan beberapa hari yang lalu.


            Perempuan tua itu berjalan cergas meninggalkan Maria.  Sesekali dia berhenti memandang Maria yang masih tercegat berdiri tidak bergerak-gerak.


            Maria berlari anak mendekati kenderaan perempuan itu yang sudah dihidupkan enjinnya. Maria membuka pintu kereta dan melangkah masuk.  Dia duduk tenang dan membiarkan perempuan itu bercakap seorang diri.  Ke mana dia akan dibawa?  Malas untuk dia memikirkannya.  Biarlah, ke mana sahaja dia pergi.  Dia sudah tidak kisah.  Asalkan jauh dari kampungnya itu. Anak-anak?  Pandai-pandailah hendak hidup, detik hati kecilnya yang mula kering kontang dengan kasih sayang.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.