Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
143,613
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 21
Selesai tugasan, Nadhif memandu terus ke Bukit Aman untuk menghantar Shakil. Shakil melihat jam di tangan, sudah tepat 4.00petang. Perut dah berbunyi dah ni. Tugasan punya pasal sampai nak makan pun sempat. Nasiblah.

Dalam perjalanan, handphone Nadhif berbunyi. Seperti biasalah Shakil hanya mendengar dan memerhati.

" Biha dah sampai ke?! Okey.. Abang ke sana sekarang.." terus talian dimatikan.

" Sha.. Saya nak ambil Biha dulu ye. Dia dah sampai di KL Sentral. Lepas tu kita pergi makan. Saya dah lapar sangat dah ni.." kata Nadhif. Shakil hanya mengangguk saja. Tak boleh buat apalah. Dah satu kereta, nak tak nak, kenalah ikut.

" Okey..!! Biha balik bercuti ke tuan?!" Tanya Shakil ingin tahu.

" Dia dah habis study kat Kelantan tu. Ni kerja dekat Hospital KL. Dah seminggu jugalah.." jawab Nadhif.

" Oyeke?! Habis dia tinggal dekat mana?"

" Dia duduk dengan kawannya. Tapi ni nak duduk dengan saya pula. Malas nak duduk dengan kawannya. Jadi, lepas ni sayalah kena hantar dia ambil hantar dia. Kalau tak busy lah. Kalau tak, naik teksilah dia.." jelas Nadhif.

"Oh okey!!"

" Tapi tak apalah. Sekurang-kurangnya dia duduk dengan saya. Saya nampak dia, tahu apa dia buat. Bolehlah juga pantau. Kalau dia duduk dengan kawannnya. Entah apalah yang dia buat nanti. Bebas tak ada yang jaga.. Berkorbanlah sikit demi adik Sha.." Shakil senyum je. Sanggupnya Nadhif demi Nabiha. Kalau Nadhila belum tentu dia nak berkorban macam tu. Makin Nadhila yang kena marah adalah.

" Baguslah tu. Biha dah dekat KL ni. Bolehlah tiap minggu balik jenguk ibu tuan dekat kampung. Mesti ibu tuan gembira. Taklah tuan risau dekat ibu tuan.." Shakil sengaja nak dengar apa jawapan Nadhif.

" Hmm... Tak ada makna Sha. Dia dah kerja dekat KL ni pun, ibu saya tak tahu tau. Dia cakap malas nak bagitahu ibu. Nanti ibu suruh dia balik. Lagipun kalau balik selalu, tak ada buat apa dekat kampung tu. Bosanlah dia.." Selamba Nadhif cerita. Sikit pun tak ada rasa marah pada keputusan Nabiha.

" Aik..! Macam tu pula.."

" Tapi tak apalah. Yang penting, lepas ni dia duduk dengan saya. Kalau saya balik kampung, boleh balik sekali. Cuma tulah, jarang dapat balik. Biasalah kerja kita ni kan.." Shakil keluh kecil. Mudahnya Nadhif cakap tak apa. Tak jenguk ibu dia cakap tak apa. Padahal, kerja bukan 24jam kut. Macam manalah Nadhila tak jelous. Aduhai.. Nadhif.. Nadhif..!!

Nasiblah Nadhila. Nadhila yang duduk jauh, nak sangat jumpa ibu, rindu teramat sangat. Tapi Nabiha yang dah dekat, tak nak pula jenguk si ibu. Di sokong pula oleh Nadhif. Ya Allah..!

Sampai di KL Sentral. Nabiha dah tunggu. Nampak je kereta Nadhif terus dia masuk dalam kereta.

" Assalammualaikum.. Eh..!! Abang Sha pun ada juga.."

" Waalaikumsalam.. " Shakil dan Nadhif jawab serentak. Shakil hanya senyum.

" Biha dah makan belum?!" Tanya Nadhif.

" Dah makan dah dengan kawan tadi. Sementara tunggu abang tadi.." jawab Nabiha dengan tersengeh-sengeh.

" Kitaorang nak pergi makan ni. Tak makan lagi dari pagi.."

" Laa iyeke. Dah petang dah ni abang.."

" Nak buat macam mana. Busy. Kebetulan ni Biha call abang baru balik dari tugasan. Kalau tak baliklah naik teksi.." Shakil mendiamkan diri. Mendengar perbualan dua beradik itu.

" Ish!! Taknaklah naik teksi. Penatlah abang. Alaa.. Kalau abang tak nak ambil pun tak apa. Abang Sha kan ada..!!" Tersengeh- sengeh muka Nabiha. Telan liur Shakil. Aduhai budak ni.

" Amboi.. Amboi..!! Jangan nak menggedik pula ye. Jangan nak malukan abang ye.."

"Hahaha. Abang Dip ni, tak payahlah emosi sangat. Gurau je pun tak kan tak boleh. Abang Sha okey je. Kan Abang Shakil kan..!" Shakil  senyum lagi. Itu jelah yang dia mampu buat. Senyum dan senyum.

" Sorrylah Sha. Jangan ambil hati ye dengan adik-adik saya."

" Tak adalah tuan. Biasalah tu budak-budak.." jawab Shakil.

Lemah lembut ye Nabiha. Lemah lembut tapi menggedik. Itulah yang dibangga-banggakan Nadhif.

" Abang Dip.. Pergi Aeon Mall kejab jom..!" Pinta Nabiha.

" Nak buat apa?"

" Biha nak cari barang sikit. Bolehlah Abang Dip.  Sementara Biha beli barang nanti, abang boleh pergi makan. Bolehlah abang.. Bolehlah..!" Nabiha bagi cadangan dan terus memujuk.

" Hmm.. Iyalah. Sha. Saya hantar awak baliklah ye, dah sekali jalan ni. Esok saya ambil.."

"Okey tuan. Boleh je..!" Senyum lagi Shakil. Setuju jelah.

"Baiknya Abang Sha ni kan. Thanks abang..!!" Eh.. Eh..!! Nabiha pula yang lebih. Nadhif hanya geleng kepala dengan perangai Nabiha.

Sampai di tempat yang dituju. Mereka bertiga terus berjalan menuju ke foodcourt. Nabiha terus duduk di kerusi. Nadhif datang dengan membawa nasi ayam bersama air tembikai untuk Nabiha dan air teh o ais untuk dirinya. Duduk di sebelah Nabiha. Nabiha menyedut air tembikai. Lega tekaknya.

" Abang Dip..!! Cutelah muka Abang Sha tu. Dia dah ada girlfriend tak?" Nadhif menoleh pada Nabiha. Berkerut. Menjeling.

"Dah kenapa Biha tanya?!" Sambung makan.

" Bila tengok muka Abang Shakil tu kan. Rasa tenang je hati, muka dia muka lembut je. Muka orang baik-baik. Terpikatlah dengan dia.. Hehe!!" Nadhif menoleh lagi pada Nabiha. Nabiha tersengeh-sengeh.

"Biha jangan nak mengatal pula ye. Jangan nak malukan abang..!" Keras suara Nadhif.

" Gatal apa pula. Alaaa Abang Dip, apa salahnya. Kalau dia tak ada girlfriend tak salah kut kan.." Nabiha terus memandang Shakil yang sedang jalan menuju ke arah mereka.

" Jangan nak mengadalah Biha..!" Nadhif meneruskan makan. Nabiha tersenyum-senyum melihat Shakil. Shakil membalas senyuman Nabiha dan duduk di hadapan Nadhif. Nasi goreng dan air limau ais menjadi selera Shakil.

Mereka menikmati makanan masing-masing. Sambil berbual. Shakil rasa tak selesa dengan Nabiha. Mata tajam merenung Shakil tapi Shakil buat tak tahu je.

" Biha cakap nak beli barang. Pergilah..!!" Kata Nadhif.

" Nantilah sekali dengan abang ye..!"

" Aik!! Tadi kata nak cari barang sementara abang makan..!" Nabiha gelak kecil.

" Tadi memang Biha cakap macam tu. Tapi tak jadilah. Nak tunggu abang. Hehe!!" Shakil senyum dan terus makan.

Sedang makan, notification whatsapp masuk. Shakil mengeluarkan handphone dan terus membaca. Whatsapp dari Nadhila.

"Sha.. Awak busy ke?"

" Saya tengah makan dengan tuan dan Biha ni. Sorry Dhila.." Shakil terus balas. Nabiha memerhatikan Shakil yang melayan handphone. Handphone diletakkan ditepi pinggannya. Meneruskan makan.

"Oh ya!! Lupa nak cerita.. Kak Dhila call abang tadi.." Nadhif membuka cerita.

" Buat apa dia call? Tak payah call kan bagus.." Nabiha terus buat muka bengang. Shakil memandang.

" Kenapa cakap macam tu? Kak Dhila tu pun adik abang juga.." Jawab Nadhif.

"Adik apalah kalau asyik sakitkan hati abang je. Bukan nak dengar cakap abang pun. Lainlah Biha ni.." Menyirap je Shakil dengar.

" Walau apapun dia tetap adik-beradik kita. Lega hati abang ni dia dah call. Risau selagi dia tak call. Risau kalau terjadi apa-apa dekat dia. Entah sakit ke atau tidak.." Kata Nadhif.

" Dia dah besarlah Abang Dip. Pandailah dia jaga diri. Dah kerja pun, ada duit sendiri. Abang pun ada bagi duit dekat dia kan. So, kalau sakit pandailah dia pergi hospital. Buat apa nak risau. Sepatutnya Abang Dip kena risau dekat Biha ni. Dekat Kelantan tu ha, klinik pun jauh. Kalau sakit cuma harapkan panadol jelah. Makan pun makan maggie je tiap hari..!" Shakil menarik nafas geram. Aduhai..

Bippp...!! Whatsapp masuk lagi. Laju mata Nabiha melirik pada handphone Shakil. Shakil terus ambil dan baca.

"Biha ada? Tak apalah Sha. Sorry kacau awak.. bye..!!" Alamak!! Merajuk ke Nadhila ni. Shakil senyum. Sengaja tunjuk depan Nabiha.

" Janganlah bye..! Marah saya ye.." balas Shakil. Shakil menyedut air limau ais. Dengan wajah berseri. Sambil mendengar perbualan Nadhif dan Nabiha. Bukan nak jadi penyibuk tapi kerana mereka berbual mengenai Nadhila jadi dia kena tahu setiap perbualan mereka.

Shakil menyandarkan badan dikerusi sambil terus memandang pada handphone. Tanpa pengetahuan Nadhif dan Nabiha sendiri yang dia sedang berbalas whatsapp dengan Nadhila. Kalau mereka tahu ni. Mahu kecoh.

" Taklah. Cuma tak nak ganggu perbualan awak dengan mereka.." balas Nadhila lagi. Mendengar perbualan Nadhif pula.

"Aha kan.. Klinik jauh ye. Kau jangan nak menipu abang ye. Pandai je ayat tu kan.. Makanlah handphone tu, abang bagi duit yang pergi buat beli handphone. Siapa suruh? Duit Ptptn mana?" Nabiha gelak je. Tapi mata tetap melirik pada Shakil yang sibuk dengan handphone. Shakil memang diam je sejak tadi. Tak ada point dia nak menyampuk.

" Alaa Abang ni. Biha pun nak juga merasa guna handphone mahal. Zaman sekarang ni dah canggihlah abang. Mana ada orang guna handphone tekan-tekan dah. Tu macam handphone Kak Dhila tu. Eee.. Sorry lah Biha nak guna. Tu handphone patut campak parit je.." Tak bersyukur langsung Nabiha ni. Boleh pula dia hina Nadhila. Perlu ke? Geram je Shakil dengar.

" Sekurang-kurangnya Kak Dhila tak guna duit yang abang bagi untuk kepentingan diri. Duit yang abang bagi dia tu, dia masukkan dalam akaun ibu. Abang pun terkejut tengok buku akaun tu. Ada dia simpan dalam biliknya. Dari Semester pertama dia study dulu sampai sekarang. Bayangkan.. Berapa banyak dah..!" Nabiha menjeling tajam pada Nadhif. Naik menyampah dia bila Nadhif memuji Nadhila.
Shakil senyum, memang pendengar setia. Ada sikit rasa kagum pada Nadhila.

" Hmm.. Pelik juga kan. Macam mana Kak Dhila boleh dapat duit untuk beli buku, untuk makan minum semua. Ke dia ada scandal dengan anak orang kaya kut abang?" Nabiha buat-buat terkejut. Allahuakhbar.. Memfitnah pula Nabiha ni. Terkejut Shakil. Sampai hati Nabiha memfitnah kakaknya sendiri. Sedihnya kalau Nadhila dengar.

" Kau ni Biha. Jangan nak fitnahlah. Kak Dhila kerja dekat cafe dalam kolej tu. Habis kelas dia kerja, hujung minggu dia kerja dekat Bandar Melaka. Biha pun tahu kan, tiap kali cuti semester dia balik kampung dan kerja dekat pekan. Kedai Cd, kedai kain, kedai kek sampai kena rompak kan. Dari situlah dia cari duit dan simpan duit. Bukan macam kau, tahu menghabiskan duit abang je..!" Nadhif mula membebel. Shakil tergelak kecil.

" Ishhh!! Dahlah abang. Asyik-asyik Kak Dhila je dari tadi. Bosanlah dengar. Biha rasa, elok dia tak payah langsung contact kita dan tak payah wujud pun tak apalah. Tak rugi pun lah..!!" Fuh!! Lancang betul mulut Nabiha. Terkejut Shakil dengar. Dasyat!!

" La illahaillallah..!! Apa Biha cakap ni.." Terus Nadhif berhenti makan. Memandang Shakil dengan rasa malu atas apa yang Nabiha cakapkan.

"Dahlah abang.. Biha nak pergi cari barang..!!" Nabiha dengan perasaan dengkinya terus bangun dengan wajah yang mencuka terus berlalu pergi meninggalkan Nadhif dan Shakil.
Shakil buat selamba je. Dia tahu apa yang Nadhif rasa.

"Sorry Sha.!! Tak sangka pula Biha boleh cakap macam tu. Malu saya dengan awak.. Aduhai..!!" Nadhif menyapu muka dengan tapak tangannya.

" Tak ada apalah tuan. Sabarlah. Ini dugaan untuk tuan..!!" Hanya itu yang mampu Shakil cakapkan. Dia tak nak Nadhif terus dengan perasaan malunya akibat mulut Nabiha tadi.

" Oh ya tuan..!! Saya ada dengar tuan nak naik pangkat ye..! Hebat betul lah tuan saya ni. Kagum saya..!!" Shakil sengaja menukar tajuk perbualan.

" Insha Allah.. Tak ada hebatnya pun Sha" Jawab jujur dari Nadhif. Mereka berbual. Tapi hati dan fikiran Shakil tetap pada Nadhila sekarang.

"Dah jom..!!" Mereka berdua terus berlalu. Mencari Nabiha pula.

Jalan punya jalan. Nabiha memanggil dan melambai-lambai Nadhif. Mereka berdua terus jalan ke arah Nabiha yang sedang memilih pakaian.

"Kata nak beli barang?!" Tanya Nadhif pada Nabiha.

" Baranglah ni.. !! Abang Sha.. Tolong pilihkan untuk Biha. Antara dua ni kan mana yang cantik.." Shakil berkerut. Pula dah. Memandang Nadhif dan Nadhif angkat bahu. Kemudian, melangkah keluar. Tinggallah Nabiha dan Shakil berdua. Shakil serba salah jadinya. Aduhai Nadhif.. Seakan sengaja je.

" Yang hijau ni okey kut..!!"

" Sure?!" Shakil angguk. Layankan jelah. Tak layan nanti apa pula Nadhif cakap.

" Okey..!! Biha ambil hijau ni. Biha ambil ni sebab Abang Sha yang pilihkan tau. Thanks abang..!" Lembutnya suara Nabiha.

" Abang Dip..!! Tolong bayarkan yee..!" Nabiha panggil Nadhif. 


Nadhif terus datang. Faham sangat dah dengan Nabiha. Nak minta bayarkanlah apa lagi. Nabiha dan Nadhif ke kaunter bayaran. Manakala Shakil menunggu diluar.

Handphone dikeluarkan. Membaca whatsapp dari Nadhila.

" Okeylah.. Bye..!!" Senyum Shakil.

"Nak balik dah ni. 15 minit lagi saya call awak ye. Jangan marah tau. Nanti cepat tua. Dah tak comel.. Miss you!!" Balas Shakil.  Gelak kecil.

 Nabiha keluar dari kedai itu dan memandang tepat ke arah Shakil yang tersenyum sorang-sorang. Berkerut dia.

" Abang Sha ni dah berpunya ke? Dari tadi dengan handphone lepas tu senyum-senyum. Siapa awek dia ek? Hmm.. Nak kena tanya Abang Dip ni. Mesti Abang Dip tahu.." kata Nabiha perlahan.

" Nah ni..!! Dah jom cepat. Kasihan Sha tu ha terpaksa ikut kita..!" Terkejut Nabiha bila Nadhif menegurnya dari belakang. Bungkusan pakaian tadi diberikan pada Nabiha. Mereka menuju ke arah Shakil. Dan kemudian, terus berjalan.

Nabiha sibuk nak jalan sebelah Shakil. Bertanya itu dan ini pada Shakil. Peramah pula dia. Bukan Nadhif cakap Nabiha pendiam ke, peramah ada makna. Macam-macam yang Nabiha tanya. Berbual biasa dan diselang-seli dengan bergurau. Nadhif pula senyap. Membiarkan Nabiha berbual bersama Shakil. Sesekali dia pun turut tersenyum. Shakil melayan Nabiha seperti dia layan rakan kerja yang lain. Tetap mengatur ayat. Tak nak terlalu layan mesra. Lain pula nanti tanggapan Nabiha.

Lainlah kalau layan Nadhila. Kalau boleh memang nak layan terlebih mesra. Layanan dari hati ke hati. Layanan seorang kekasih untuk kekasih tapi itulah belum sampai ke tahap itu lagi. Apapun, bila hati dah tertaut. Perasaan sayang dan kasih telah muncul di hati. Bila rasa cinta mulai berputik. Shakil tak kan putus asa menawan hati Nadhila. Kerana Nadhila cinta pandang pertamanya. 

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs