Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
143,989
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 3
Sebelum subuh Nadhila dah bangun. Memang sudah menjadi rutin hariannya bangun seawal itu. Bangun saja terus mandi, dan sementara menunggu masuk waktu subuh dia mengemas pakaian masuk ke dalam almari baju. Rumah teres setingkat itu, menempatkan staff perempuan manakala staff lelaki disebelah pula. Dua rumah bersebelahan.

Nadhila duduk bersama Kak Katty merangkap Boss, Kak Siti dan Hidayu. Mereka satu rumah dan belum lagi beramah mesra.

Malam tadi, agak lewat bas sampai di Perhentian Bas Larkin. Hampir jam satu pagi. Helmi dan rakannya sudah menunggu lama. Kemudian, Nadhila dibawa balik ke Kulai. Rumah sewa mereka. Jauh juga perjalanan dari bandar JB ke Kulai memakan masa sejam lebih juga perjalanan. Sampai saja dirumah, Kak Siti dan Hidayu menyambut kedatangan Nadhila. Hanya memperkenalkan nama saja. Mereka pun sudah penat menunggu. Nadhila pun, sangat penat. Masuk je dalam bilik, Nadhila mandi dan terus tidur hingga ke subuh.

Usai menunaikan solat. Nadhila ke dapur, dahaga pula tekaknya. Masih sunyi dan sepi. Perlahan- lahan berjalan ke dapur. Lampu dibuka. Kemas dan tersusun saja pinggan mangkuk. Peti sejuk dibuka. Ada sikit sayur kacang panjang dan sikit ayam. Nadhila buka periuk nasi pula dan cuba menghidu. Masih elok lagi.

" Buat nasi gorenglah. Diaorang pun tak bangun lagi. Perut aku dah berbunyi dah ni.." cadangnya sendiri.

Selesai masak, Nadhila hidangkan diatas meja. Siap dengan air teh o panas sekali. Tunggu punya tunggu, perut dah makin berbunyi. Nadhila terus menyenduk nasi goreng dan makan dulu. Kalau tunggu diaorang, mahu kelaparan dia jadinya. Makanlah seorang diri. Jam dah menunjukkan tepat 8.00pagi.

" Assalammualaikum.." suara memberi salam.

" Waalaikumsalam.." Nadhila terus menuju ke pintu, mengintai dari sliding door. Senyum. Terus buka pintu. Tercegat Helmi di muka pintu.

"Awal kau bangun?!" Tanya Helmi.

"Aku memang bangun awal lah kut. Korang dah breakfast ke belum?" Nadhila terus ke meja makan.

"Belum..!"

"Jom breakfast. Aku buat nasi goreng.." Nadhila sambung makan.

"Uit.. Rajinnya kau. Kitaorang datang nak buat sarapanlah ni. Nak harapkan anak dara dua tu, memang taklah.. " Helmi memuncungkan mulut ke arah bilik, memerli Kak Siti dan Hidayu lah kut.

" Perut aku lapar beb. Tengok ada bahan. Aku buat lah. Makan.. makan..!" Pelawa Nadhila.

Helmi dan seorang lagi rakannya duduk semeja. Menikmati hidangan.

" Sedaplah Dhila. Kalau tiap hari macam ni, untunglah. Kau tahu, tiap pagi memang kami akan datang ke sini buat sarapan untuk diaorang tu.." cerita Helmi sambil mengunyah.

"Amboii... !! Baiknya korang.." puji Nadhila.

" Eh! Lupa pula. Dhila.. Ni namanya Lani. Dia ni orang Batu Pahat. Baik budaknya.." Helmi memperkenalkan Lani pada Dhila.

" Amboi kau. Pandai membodek kan.." Lani bersuara yang sejak tadi senyap je.

Mereka berbual mesra. Tak lama kemudian, Kak Siti dan Hidayu muncul dengan pakaian tidur lagi. Terus join breakfast. Berkenalan mereka pagi itu. Selesai makan, mereka kemas pinggan kotor dan dapur bersama. Terus masuk ke bilik masing-masing dan bersiap. Helmi dan Lani balik ke rumahnya. Sebelum pergi kerja nanti, ada metting sekejab. Rumah itu jugalah jadi office mereka. Senang.

Nadhila tetap buat hal sendiri. Baru kenal dengan Kak Siti dan Hidayu. Belum ada kemesraan lagi. Kak Siti pun nampak tegas je. Tapi mulut boleh tahan juga, cakap main lepas je. Hidayu pula, sopan santun. Lebih kurang sama dengan adik Nadhila. Lemah lembut je.

Tutt... Tutt...!! Handphone Nadhila berbunyi. Nadhif call. Bulat mata Nadhila melihat nama Abang Dip tertera di skrin telefon.

" Alamak..!! Comfirm lah ni aku kena marah.." katanya sebelum menjawab panggilan.

" Iya..!"

"Kenapa Dhila tak call abang malam tadi? Kan abang dah cakap, sampai JB terus call abang. Dhila nak abang turun JB ke ni ha. Nak abang bawa balik?!" Nadhila mengeluh. Dah agak dah.

" Abang Dip.. Dhila penat tau malam tadi. Sampai rumah, Dhila terus tidurlah. Abang ni tolonglah faham sikit. Tahu nak marah je.." jelas Nadhila.

" Call abang sekejab, tak boleh ke? Abang punyalah risau dekat kau. Hmm.. Ni Dhila duduk dekat mana? Rumah siapa? Satu rumah berapa orang?" Nadhila buat muka bengang.

" Iya.. Sorry!! Rumah diaoranglah ni dekat Kulai. Satu rumah ni ada tiga orang termasuk Dhila jadi empat oranglah.." jujur Dhila.

" Kulai? Jauh tu dari JB. Rumah campur lelaki perempuan ke?!"

" Taklah. Lelaki rumah sebelah. Rumah ni semua perempuan. Kak Katty, Boss. Kak Siti dan Hidayu.." sambung Nadhila lagi.

"Makan minum macam mana?! Ada kedai tak? Jauh tak?" Memang Nadhif betul-betul ambil berat pada Nadhila. Semua tu dia kena pastikan.

"Kedai runcit, kedai makan semua ada depan rumah ni. Dekat sangat. Abang Dip janganlah risau.."

" Kerja macam mana?"

"Tak pasti lagi. Sekejab lagi ada metting. Maybe diarang nak terangkan mengenai kerjalah kut. Alaa..! Tapi Abang Dip pun tahu kan, kerja ni.." kata Nadhila lembut.

"Hmm.. Hati-hati. Tempat orang, kita tak tahu persekitaran sana macam mana. Kau tu perempuan, macam mana sekalipun. Abang tetap risau. JB tu tempat sosial lebih, boleh tahan jenayahnya. Balik kerja, terus balik rumah. Tak payah nak singgah-singgah. Malam jangan keluar. Jaga diri, jaga maruah family. Ingat tu.. Abang ada ramai kawan dekat sana, kalau abang dapat info dari diaorang. Dhila buat hal, siap kau ye..!" Amaran diberikan pada Nadhila.

" Baiklah Inspektor Nadhif. Saya menurut perintah.." Sengaja mengusik si abang. Sengeh sendiri.

" Menurut perintah tapi melawan juga."

"Kalau tak melawan, bukanlah Nadhila namanya. Kalau tak gaduh dengan Abang Dip, tak cerialah. Dan kalau tak cari pasal dengan abang. Bukanlah adik abang namanya. Betul tak.. Betul tak?! Hehehee.." Pandai Nadhila ambil hati. Gelak kecil.

" Banyaklah kau. Ada duit tak ni?!" Tanya Nadhif.

" Tak ada. Nak makan pun tak ada duit. Macam mana?!" Laju je Nadhila jawab.

" Tak payahlah makan. Diet. Biar kurus kering. Budak degil. Nanti abang bank in sikit.." Nadhila gelak lagi.

" Alaaa.. Sikit je ke?! Bank in lah banyak-banyak.."

"Tak ada.. Tak ada..!! Ni abang bagi pinjam je tau. Nanti Dhila gaji, bayar balik. Nak kerja sangat kan. Dah dapat duit sendiri, maknanya abang dah tak tanggung duit belanja Dhila. Faham?!" Kata Nadhif tegas.

"Mana aci. Dhila belum kahwin kut. Abang kena tanggung Dhila sampai Dhila kahwin kan.."

" Amboi.. Amboii.. Sedapnya cakap. Ni ingat pesan abang ni. Jaga diri baik-baik, jaga maruah family, jaga kesihatan baik-baik. Jaga kelakuan tu, jangan nak tunjuk berani sangat. Faham?!" Pesan dan pesan. Itulah pesanannya dari Nadhila study dulu sampai sekarang. Dah hafal dah pun.

"Iya abang.. Insha Allah, Dhila ingat. Okeylah ye abang. Dhila nak bersiap ni. Nanti lambat pula. Bye.. !" Talian dimatikan. Geleng kepala.

Nadhif melayannya seperti anak kecil. Itu tak kena, ini tak kena. Tapi Nadhila tahu, abangnya sangat menyayanginya. Sangat mengambil berat keatasnya. Sebab tu Nadhif selalu bising. Bising Nadhif mesti ada sebab. Bukan bising tak tentu pasal. Nadhif nak buat yang terbaik untuk adik-adiknya. Lagi-lagi untuk Nadhila. Susah betul dia nak jaga adiknya yang keras hati tu. Kalau si Nabiha, senang je. Ikut je cakap tapi Nadhila. Ishh!! Payah.. Sekeras-keras hati dan sekeras-keras kepala Nadhila pun, dia tak pernah buat hal.

Nadhila sudah siap. Dia jalan perlahan ke ruang tamu. Semua dah berkumpul. Dia pula yang lambat. Senyum pada mereka.

" Ni ye Dhila. Comel. Patutlah Helmi tak sabar tunggu Dhila sampai..!" Kak Katty mengusik. Nadhila senyum je.

" Dhila dah kenal dengan semua ke?!"

"Sudah..!" Jawab Nadhila ringkas.

"Bagus. Helmi ada cerita tak macam mana kerja kita ni? " tanya Kak Katty.

"Sikit-sikit je dia cerita.."

"Okey! Kerja kita ni, bukan office hour tau. Time kerja ikut shopping mall. 10.00 pagi 9.00 malam. Kerja di shopping mall, promote produk company. Pernah nampak kan dekat shopping mall. Macam mana promoter cari customer, yakinkan customer untuk produk. Macam tulah kita. Tapi produk kita lebih kepada produk ilmu. Ni ada set pembelajaran untuk kanak-kanak dan dewasa. English Course. So, kita bertanggungjawab untuk beri kesedaran pada orang ramai tentang pentingnya Bahasa Inggeris. Niatkan dalam hati, kita kerja ni bukan nak duit semata-mata, bukan nak jual produk tapi niatkan untuk bantu orang tambah ilmu. Kita kena buat presentation yang terbaik pada customer. Bagi keyakinan pada mereka. Jawatan kita ni adalah Language Caunselor. Faham?!" Jelas dan terang penjelasan dari Kak Katty. Nadhila angguk tanda faham. Menarik.

"Dhila belajar sampai mana?" Tanya Kak Katty.

"Diploma.."

"Study dekat mana dan ambil apa?!

"Kolej Melaka je, Business management.." jawab Nadhila.

"Oohh.. UTM kan..!" Nadhila angguk.

" So, boleh berbahasa apa je. Selain English?" Tanya Kak Katty lagi.

"Jepun. Tapi tak lancar sangatlah. Kalau berbual kosong tu. Insha Allah boleh..!" Mereka semua tertumpu pada Nadhila. Telan liur mereka.

" Woii.. Kau biar betul Dhila. Segan pula aku dengan kau ni. Aku takat SPM je. Tak tahu pula kau ada Diploma. Aku kalau Bahasa Jawa pandailah.." Helmi menyampuk. Yang lain gelak.

"Pelik. Nak segan mende lah.." balas Nadhila.

"Kau promote lah bahasa jawa Mi. Speaking jawa dengan Lani. Kan hebat tu.." Gurau Kak Katty.

" Itu satu kelebihan pada Dhila. Faham kan tugasan kerja kita. Jangan risau Dhila. Kerja ni memang ramai orang pandang negatif. Tapi banyak benefit nya. Kita kerja jangan ingat pada duit semata-mata tapi pada ilmu yang orang akan dapat. Okey?!" Nadhila angguk.

Nadhila tak ada hal. Dia memang suka bab kerja yang mencabar ni. Lagi-lagi kalau berdebat. Memang dia suka. Dulu masa study pun, banyak join pertandingan berdebat. Sebab tu kalau jumpa Nadhif je, asyik nak berdebat je. Fakta auta semua keluar. Jadi, kerana minatnya itu dia akan manfaatkan untuk kerjayanya. Iya.. Kerjaya sebagai Language Caunselor.

Tamat metting, mereka bertolak ke Plaza Angsana. Ada event besar sempena Hari Wanita.   Mereka menaiki kenderaan company, Proton Ezora. Terkobar-kobar pula hati Nadhila. Tak sabar nak mulakan kerja. First time dia jejakkan kaki di Plaza Angsana Johor Bahru. Selama ni tengok dekat tv je. Shopping mall paling besar ketika itu. Mereka mengangkat barang-barang ke exhibition site. Bekerjasama. Seronok rasa.

Hari itu, Nadhila hanya belajar. Melihat cara mereka kerja. Dari mahu approach customer, cara bercakap dan berhadapan dengan customer, cara nak tarik customer supaya mendengar presentation yang akan mereka beri. Kemudian  buat demo dan yakinkan customer tentang produk. Dan, akhir sekali.. terpulang pada customer sama ada mahu register untuk dapatkan produk tersebut atau tidak. Tiada paksaan. Jika customer ada kesedaran untuk pembelajaran Bahasa Inggeris ini dan yakin yang produk ini boleh membantu. Pasti mereka akan register. Jika mereka tidak yakin, maka tidaklah mereka register. Terpulang pada customer.

Macam-macam ragam customer mereka jumpa. Ada yang marah, ada yang maki hamun, ada yang berlagak hebat. Dan ada juga, menguji mereka semula. Kalau jumpa customer yang banyak bunyi, Nadhila yang akan mencela. Berdebat antara satu sama lain. Kalau ada customer yang pandai berbahasa Jepun. Pun Nadhila yang akan mereka panggil. Berbual lah customer dan Nadhila berbahasa Jepun.

Itulah permulaan kerjaya Nadhila di Johor Bahru. Dia enjoy kerja itu. Relax dan santai. Tak terikat dengan waktu kerja. Tapi team JB, ada target marketing sendiri. Kalau capai target, akan dapat hadiah special dari company. Dan, kalau personal target tercapai setiap bulan. Akan dapat hadiah paling best. Nadhila juga ada target sendiri. Dia akan berusaha keras untuk capai target tersebut. Nak buktikan pada ibunya, pada Nadhif yang dia boleh berjaya dengan jawatan yang dipegangnya kini. Dia tak kan sia-siakan masanya. Niat mahu mencari rezeki dan mencari pengalaman.

Niat bekerja untuk membantu orang mendapatkan ilmu. Insha Allah.. Niat yang baik akan dipermudahkan. Lagi pula dengan kelebihan yang dia ada. Pasti dia akan manfaatkan. 
Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs