Home Novel Fantasi Neo : Mimpi Semalam
Neo : Mimpi Semalam
Kid Haider
26/2/2015 13:36:56
135,536
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 10

Idea Bernas - 1970+


"Aku ada idea bernas yang ingin aku kongsikan dengan mereka malam ini." Kata Fendi kepada rakan karibnya Adam. Mereka berdua sedang menikmati sarapan pagi bersama di balkoni rumah sewa mereka.

"Apa idea kau itu? Pasti ianya menarik bukan?"

"Ini bukan idea aku seorang sahaja. Ini adalah buah fikiran aku dan Sarah. Aku ingin mencipta sesuatu yang boleh digunakan sebagai ganti kepada organ-organ semulajadi yang sudah rosak dan tidak mempunyai harapan untuk pulih." Terang Fendi dengan penuh semangat.

"Menarik idea kau itu."

"Bukan itu sahaja, kalau kena caranya. Ia berupaya untuk meningkatkan keupayaan semulajadi manusia. Lihat ini, aku namakannya Dunnorage." Fendi mengeluarkan satu alat kecil berbentuk kotak daripada beg gagangnya yang berwarna oren.

"Dunnorage? Apa fungsinya?" tanya Adam. Dia mengambil alat itu daripada tangan Fendi. Alat itu dibelek-beleknya.

"Dunnorage mempunyai fungsi yang sama seperti otak. Alat yang kelihatan seperti kotak ini berfungsi untuk menyimpan memori dan mengawal tindakan dan imbangan badan. Ini adalah alat yang paling rumit untuk disiapkan dan alatan ini perlu digunakan bersama-sama dengan Memors"

"Apa pula itu  Memors?"

"Satu alat yang digunakan untuk menyedut memori daripada organ asal iaitu otak. Sekiranya memori tidak dimasukkan ke dalamnya. Mereka yang menggunakan Dunnorage akan jadi seperti bayi yang baru dilahirkan."

"Wow! Ini sesuatu yang menakjubkan! Aku pasti mereka akan menyukai idea yang bakal kau bentangkan ini." Kata Adam memuji. Dia nyata kagum dengan idea Fendi itu.

"Tidak sabar rasanya untuk tunjukkan semua ini kepada mereka!"

"Kau nampaknya begitu teruja sekali Fendi."

"Tentulah Adam. Aku sudah lama memikirkan mengenainya. Sejak lima tahun dahulu lagi"

"Kau tidak perlu khuatir Fendi. Aku akan sentiasa menyokong kau"

"Terima kasih Adam. Kau tidak pernah menghampakan aku. Oh ya! Kau hendak ikut aku ke sana malam ini?"

"Boleh juga. Lagi pun, aku memang tidak ada apa-apa rancangan"

"Bagus. Ada baiknya kau ikut aku malam ini. Kau pun sudah lama tidak ke sana"

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.