Home Novel Fantasi Eclipse
Eclipse
Ann Hann
9/12/2021 23:01:17
12,370
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Senarai Bab
Prolog

“Audia yang cantik, tapisayang kamu sombong,” tangan Tuan Jalil, bosnya sudah melingkar di pinggang. Audiayang berusaha menahan nafas pantas mengelak bila muncung bosnya yang kotor danberbau itu mahu menciumnya secara paksa.

Sekuat tenaga dia menolak danberjaya melepaskan diri sekejap. Dia berlari ke arah pintu tetapi terperangkapsemula oleh tangan panjang Tuan Jalil yang merapat dari belakang dan memeluknyasambil ketawa berdekah. Disebabkan panik dan adrenalin yang memuncak Audiamenyiku dengan kuat bahagian rusuk Jalil. Pelukan itu terlerai serentak dengansuara kesakitan yang garang memecah dalam bilik yang berkunci.

Jalil semakin marah dan terusmenerkam Audia yang tidak sempat mengelak dan tertolak ke tepi meja kerjaberkilat kehitaman itu. Dia sudah dirasuk syaitan rakus mahu melakukanpencabulan dan melanggar hak-hak pekerja.

Audia semakin kuat, meronta-rontake kiri dan kanan kerana cuba mengelak muka bos yang semakin bernafsu itu. Rasahendak termuntah bila dia menghidu bau mulut lelaki durjana tidak sedar diriini. Dengan wajah ketakutan Audia berpaling ke kanan ketika muka Jalil mendekathingga Audia merasakan jambang kasar di tepi lehernya membuatkan Audiamengejang dan kehabisan nafas.

Tetapi dia belum berputus asa,tangan Audia meraba-raba di atas meja mencari sesuatu yang boleh dijadikansenjata ketika Tuan Jalil semakin seronok.

Audia yang terdesak, tangannyaterus cuba menggapai apa saja. Bila Tuan Jalil leka dan melonggarkanpegangannya Audia dapat memegang sebiji benda keras seperti bekas abu rokokyang terus dihentamnya di kepala Tuan Jalil hingga bekas kaca itu pecahberderai dengan sedikit kesan darah.

 Jalil menjerit kesakitan sambil memegangkepalanya dan terduduk di atas lantai. Tidak menunggu lagi, Audia terus cabutlari keluar dari pejabat. Tiada sesiapa lagi, semua pekerja sudah pulang. Diayang tertipu kerana percaya dengan mulut manis Tuan Jalil yang hendak bertanyapasal kerja tetapi cuba merogolnya. Audia merempuh keluar pintu utama Banmi Co.dengan nafas yang tidak teratur.

“Sial! Lelaki tak guna,”makinya sendirian sambil membelek-belek kesan lebam kebiruan di kedua belahtangannya. Sedang menahan tangis, dia masuk ke dalam kereta dan terus memandumenuju ke balai polis berdekatan. Di sana, dia akan melaporkan semuanyabagaimana tuan empunya Banmi. Co cuba mencabul kehormatannya.

 

*****

 

Dua hari kemudian. Apa yangdiinginkannya… Tuan Jalil Si Pencabul itu harus dihukum berat. Namun nasib malangsemakin buta. Keinginannya tidak semudah berharap. Jadi, apa yang berlaku?

Lelaki penipu merangkapmajikannya telah menafikan dan membuat laporan terbaru kepada polis denganmengatakan mereka berdua suka sama suka. Malahan dia menambah cerita berlakupertengkaran pada malam kejadian kerana cemburu. Audia tahu laporan penafianitu tentu berkait dengan rasuah melibatkan beberapa orang pekerja termasukpengawal keselamatan. Penafian terbaru Tuan Jalil juga menyebabkan hampir semuapekerja memandang Audia serong, memandangnya buruk seperti dia perempuan tidakbermaruah. Yang percaya hanyalah rakan sekerja yang rapat dengannya, Azimah danHerin.

Lebih memalukan lagi laporanitu dijaja sampai ke media sosial sehingga menyebabkan bermacam spekulasitimbul tanpa sebarang maklumat yang betul.

Audia terus bertahan danmempertahankan dakwaannya. Namun keadaan menjadi semakin teruk. Selepaspenafian laporan itu, isteri Tuan Jalil menyerang Audia membuta-tuli di rumah.Dia siap-siap membawa dua lelaki berbadan besar semata-mata mahu mengancam akanmembunuh Audia yang berani-berani menggoda dan menganggu suaminya yang bodohitu!( Maki Audia dalam hati) dan berperangai macam binatang buas.

 Itu cerita realiti. Lain pula kisahnya dalamlaman sosial.

Selepas mendapat perhatianhampir 20,000 pembaca, Audia mendapati kebanyakan komen mengandungi duapendapat berbeza. Ada yang menyokong Audia dan ada juga yang mengatakan diapenipu selain pendapat kebanyakan perempuan menulis dengan hashtag seolah-olahmereka malaikat, mengatakan Audia adalah seorang perempuan simpanan! Audia akaningat hal itu sampai bila-bila. Tuhan akan membalas siapa saja yang menuduhnyabegitu.

Dia benar-benar teraniaya dansetakat ini hanya mampu berdiam diri membiarkan mulut dan tangan-tangan tukangpengadil di luar sana mengadili kejadian biarpun mereka tidak mengetahui halyang sebenarnya.

Seminggu kemudian. Orang yanglebih berkuasa meminta Audia menarik balik tuduhan itu kerana ia memburukkannama keluarga ternama di negara ini. Disebabkan dia hanyalah rakyat marhaenyang sangat lemah dan bimbangkan sesuatu yang lebih teruk berlaku ke atasnya, kesudahandari kes pencabulan tersebut Audia dipecat! Kalau dia tak dipecat pun Audiasudah meletak jawatan lebih awal. Pada Audia memanjangkan hal itu sampai ke PBBpun bukannya menguntungkan dia.  Cumabuang masa, wang dan ketenangan menentang orang yang banyak duit.

Sejurus dipecat, Audia nekadmemulakan hidup baru selain cuba melupakan semuanya. Hidup di bumi memang tidaksemudah merancang impian. Namun Audia yakin tentu akan ada kehidupan lain yanglebih baik untuknya suatu masa nanti.

 

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.