Home Novel Fantasi Lagenda Harimau Jadian
Lagenda Harimau Jadian
NAWAR WAHID
24/1/2021 22:28:20
21,292
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 2

Hari ini adalah hari terakhir sebelum cuti sekolah. Cikgu Adli sibuk memberi ucapan dan nasihat di hadapan kelas. Satu habuk nasihat pun aku tak dengar. Yang aku sibuk fikir adalah patut ke aku ikut trip sekolah minggu hadapan. Berkelah di tepi sungai air panas. Bermalam di hutan dalam kemah yang panas dan nyamuk yang banyak. Bunyinya langsung tidak mengiurkan. 

 

            Habis kelas, aku berjalan keluar sekolah. Macam biasa Que akan tunggu aku depan pagar sekolah sambil menyandar tepi pagar. Baju sekolah dah tak berbutang dan tak terselit dalam seluar. Dia masih memakai baju tshirt di dalamnya bewarna hitam. Rambut dia sedikit panjang hampir menutupi dahi. Que sedang leka membaca buku komik yang aku beri pada dia tempoh hari. Aku nampak ada beberapa orang budak perempuan daripada sekolah lain terkinja-kinja melihat Que dengan penampilannya. Sejujurnya aku cemburu melihat gadis-gadis tu. Penampilan aku langsung tidak setanding mereka. Rupa aku juga tidakla sehebat dan menawan. 

 

            “El!” Qairun terus memekik memanggil nama aku. jadi macam biasa, aku nampak jelingan-jelingan tajam budak perempuan. Mereka masih tak percaya yang Que boleh berkawan dengan orang macam aku. tapi kalau mereka nampak Abang Han berjalan sebelah aku, lagilah macam langit dan bumi. Perbezaannya sangat ketara. Sebab tu aku pilih untuk berjauhan dengan abang. Aku tak nak orang tahu. 

 

            “kenapa muka kau masam je ni?” tanya Que.

 

            “tak ada apa-apalah. Kau nak?” Aku cuba melemparkan pandangan yang jauh selepas memberi gula-gula lolipop pada Que. Tangan dia cepat-cepat menyumbat gula-gula tu dalam mulut. Alahai, makan lolipop pun nampak segak! Aku bencilah. 

 

            kenapa perasaan aku terhadap Que ni mula berubah ya? Aku makin cepat cemburu. Mungkin selepas buah dada aku ni makin besar lah. Keyakinan aku terus merudum. 

 

            “El, kau pergi kan minggu depan? Aku dah beli topeng hantu untuk kau.”

 

            “kau belikan topeng apa?”

 

            “topeng harimau.” Kata Que sambil menyengih. Sengaja mahu kenakan aku. 

 

            “Que!” aku tendang kaki dia kuat. “Kau tahukan aku takut harimau!”

 

            Jejaka tu terus mengerang kesakitan. Dia pegang kaki dia sambil ketawa. “habis tu? itu jela topeng yang aku ada. Lagi pun, orang kata, kalau nak ubah perasaan takut tu, kita kena jadi dia. Berfikir seperti dia. Barulah kurang perasaan takut tu.” 

 

            “iya ke?” aku angkat kening. 

 

            “iyalah! Dah, jom kita singgah kedai makan. Aku lapar!” Que terus berlari keanak-anakkan lalu meninggalkan aku yang terpinga-pinga. 

 

                                                                        ~8~

 

            Aku nekad untuk ikut Que dan sertai trip sekolah. Itu pun selepas Abang Han ugut agar aku bergaul dengan orang. Dia kata dia akan beritahu semua orang yang dia ialah abang kepada El dan merayu agar mereka berkawan dengan aku. kalaulah semua orang tahu tentang hubungan kami, hidup aku mesti tak tenteram. aku pun satu! Kenapalah aku cerita semua benda dalam blog aku tu. Memang setiap hari aku akan luahkan perasaan aku. Abang pula rajin baca senyap-senyap. Dia akan baca blog aku sambil makan keropok super ring. Sambil-sambil tu, dia akan gigit kuku dia dan ludah tepi. Masa aku tangkap dia baca blog aku, aku macam orang gila kejar dia satu rumah. Mak pula dah sedia penyapu nak tangkap kitaorang. Abah macam biasa, nampak tenang dan tersenyum melihat keletah kami. 

 

            Hari yang dinantikan telah tiba. Aku menunggu Que dengan bag sandang yang penuh dengan baju dan kelengkapan diri. Baju t-shirt hitam berlengan panjang dan seluar jeans biru gelap sahaja yang aku pakai. Tak siap beriya-iya macam orang sebelah aku ni. nama dia Dalila. Dia nampak cantik pakai skirt pendek betul-betul paras lutut. Baju blouse berwarna jingga itu nampak sedikit jarang sehingga menampakkan baju dalamnya. Budak lelaki yang lalu lalang begitu teruja melihat Dalila. Aku pula seperti sengkalan tak sudah.

 

            Aku perhatikan aja gerak geri Dalila. Dia betulkan baju dia, aku pun betulkan baju aku. Bila dia cekak pinggang, aku cekak pinggang. Susah betul nak jadi cantik. Aku rasa macam ubi kentang sekarang ni. Bila dia keluarkan gincu daripada bag, aku pulak terkial-kial keluarkan Vaseline pelembap mulut tu. 

 

            “kau buat apa tu? Kenapa hari ni sibuk nak pakai benda tu?” Que yang daripada mana entah muncul terus sergah aku. 

 

            Aku angkat kening. Entah kenapa laju aku campak benda tu. Namun, hari ini merupakan hari malang aku. Bekas Vaseline kecil tu terpelanting ke kepala Dalila. Menjerit minah tu bila calitan gincu tu terlari daripada bibir.

 

            “Ellisha!”

 

            “Errr, sorry sorry!”

 

            “Ish, tepilah! Jangan sentuh aku la.” Tangan aku ditepis kuat bila aku cuba lap. Que aku perhati mula nak naik angin. Dia tahu yang Dalila nak marah aku. jejaka tu mula nak masuk campur. Tapi aku tahu lepas ni akulah mangsa bebelan Que. 

 

            “sorry! Sorry!” menjajau aku cari tangan Que. Terus kami pergi tinggalkan Dalila dengan jelingan dia. Ah, kenapalah aku buat macam tu! Ish, tangan aku ni!

 

            Aku nampak Que mula nak marah tapi dia pendam. Genggaman tangan dia membuku. Lepas tak jadi nak marah aku, dia terus pergi tinggalkan aku. Aku rasa kecewa sebab dah kecewakan diri Que. Dah berapa banyak kali dah aku berjanji tak nak kena buli. Tak nak jadi kelam kabut. Lepas ni kalau Dalila buli aku macam orang lain, macam mana? Ya, aku tahu tu. tapi bukannya aku sengaja. Dalila tu memang terkenal dengan baran dia. Kalau dia tak suka orang tu, dia akan arah-arahkan dia. Macam keldaila dibuatnya. Sebab apa dia berani? Sebab dia cantik dan ramai orang tergila-gilakan dia. Dan apa sahaja yang dia nak, dia dapat. Anak orang kaya juga dia tu. Jadi, aku memang tak nak cari masalah. 

 

            “ok, semua pelajar, mari berkumpul di sini. Rapat-rapatkan saf. Saya nak bagi penerangan ni!” Cikgu Adli mula memekik kuat. Nampak lain pula cikgu ni bila pakai baju sejuk tu. 

 

            “sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih kepada semua murid sebab berjaya hadir. Tujuan saya mengadakan aktiviti ini adalah kerana mahu merapatkan lagi silaturrahim sesama kita dan mahu mengajar asas dalam kemahiran diri. Saya akan ajar bagaimana nak nyalakan unggun api,  belajar bagaimana nak kenal kekuatan diri dan sebagainya. Dekat sini, bukan tempat nak main-main ya. Mulut kena jaga.”

 

            “cikgu, cikgu, betul ke dekat sini ada harimau jadian?!” 

 

            “ish, kamu ni Megat!” Cikgu Adli menjeling lalu suruh senyap. Yang lain terus ketawa. 

 

            “Ok, ok! Dekat sini ada dua cikgu kendali ya. Cikgu Wani dan saya sendiri. Cikgu wani akan ikut pelajar perempuan dan saya akan bawa budak lelaki ke khemah lelaki. Lepas dah siapkan khemah dan makan malam, kita akan jumpa semula di sini untuk program seterusnya. Faham? Faham tak?!”

 

            “faham cikgu!” 

 

            Aku perhatikan Que daripada jauh. Lama pula dia merajuk. Sepatutnya aku yang kena merajuk. Entahlah. Que macam aku. dia tak banyak berbual dengan orang. Lebih selesa bercakap dengan aku daripada orang lain, itu aku tahu. sepatutnya dia ajak aku hari ni sebab dia tak nak bergaul dengan orang lain. aku cuba tegur Que tapi Que senyap je. Aku sedih sangat sebenarnya. Rasa nak nangis. Janganla dia jauhkan diri daripada aku. saat saat aku memerlukan dia, dia pula tak ada.

 

            “que. Que.” 

 

            “tepilah Ellisha! Que tak nak cakap dengan kau lah.” Bahu Dalila tepis bahu aku. Semasa mereka berlalu pergi, air mata aku menitik sedikit. Aku takut. Aku tak tahu kenapa aku dekat sini. Aku nak balik. Tak nak duduk sini. Tekak aku kelat sangat. Tangan aku sejuk. Macam mana ni?

 

 

 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.