Home Novel Fantasi Lagenda Harimau Jadian
Lagenda Harimau Jadian
NAWAR WAHID
24/1/2021 22:28:20
21,812
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 3

Dah sejam aku kutip sampah tu. Dalila dan yang lain-lain sedang duduk berehat dan minum air sirap sejuk. Aku mengeluh seorang diri. Tak ada siapa pun berani nak tolong aku selepas Dalila marah aku. Nampak sangat tu amaran keras dia. Aku bukan buat apa. Cuma tersilap langkah saja. Bukannya kepala dia berdarah pun walaupun aku rasa agak sakit juga terkena dahi.

 

 Aku kibas-kibas kain yang berselerak. Aku susun barang. Terbongkok-bongkok kutip sampah. Kejap aku bangun dan kejap aku duduk kemas peralatan khemah. Perasaan ketika tu rasa menyesal sangat. Kenapalah aku degil nak ikut juga pergi trip ni? tak membawa apa-apa kebaikan pun pada aku. misi untuk hidup tenang tanpa gangguan di sekolah akhirnya gagal. Kejadian ni berlaku lagi. 

 

Masih terngiang-ngiang peristiwa yang berlaku semasa aku umur 8 tahun. Walaupun usiaku mentah tetapi aku masih ingat akannya. Dan bila aku teringat, aku akan menangis. 

 

Pada waktu itu, aku berada di sebuah taman. Di situ beberapa orang budak lelaki dan perempuan sedang bermain. Niat aku nak naik gelongsor tu sekejap dan berlalu pergi. Mak dan abah dah pesan jangan main lama-lama. Jadi, bila aku pergi sana, tak ramai orang main dan gelongsor tu tak bersentuh pun. Aku pun perlahan-lahan naik tangga tu dan pergi duduk nak mula gelongsorkan diri. Belum sempat aku nak duduk, ada budak perempuan belakang aku tu tolak aku kuat sampai aku terjatuh ke tanah. Tinggi permainan gelongsor tu adalah dalam satu kaki. Aku patah tangan kiri dan tulang klavikal. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Kejadian tu buatkan aku kena duduk di hospital seminggu. 

 

Apabila dah mula sekolah, aku nampak budak perempuan tu jeling-jeling aku tajam. Macam aku buat salah. Rupa-rupanya dia tak suka aku berkawan dengan Que. Dia hina aku depan orang lain. kata muka aku buruk. Dia tanya kenapa dalam banyak-banyak orang, Que nak berkawan dengan aku. masa aku dapat tahu tu, hati aku berkecai. Aku nangis teresak-esak. Tiba-tiba, aku nampak Que daripada jauh berlari datang ke arah aku. Yang buat aku lagi sebak bila Abang Han pun ada. Kau mesti bayangkan nampak indahnya saat Abang Han jentik dahi budak perempuan tu dan Que pegang tangan aku kan? Tapi sejujurnya aku malu. Aku nak menyorok masuk pusat bumi. 

 

Usai selesai aku buat kerja dan kemas khemah, aku pergi berehat seorang diri di bawah pokok. 

 

            Aku capai bag dan ambil botol air. Saat itu aku nampak ada kertas kecil terselit. Aku terus baca dalam hati. ‘kalau tak ada orang nak kawan dengan El, tak apa ya, abang Han ada! Semangat!’

 

            Tersenyum aku bila abang Han bawa semangat dia sampai sini. Terus aku nekad nak berbaik semula dengan Que. Aku keluarkan buku komik kegemaran dia bertajuk, ‘Ada ruangkah di dalam hatimu’. Dah berapa kali Que baca buku ni. buku ni memang berhantu. Sebab setiap kali aku bagi buku ni, mood Que berubah. Daripada marah jadi tenang. Daripada sedih dia makin ceria. Buku komik ni mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang dulu tidak mempunyai apa-apa akhirnya memiliki segala-galanya.

 

            “baiklah! Aku nak jumpa Que kejap! Semangat!” aku terus bangun dan berlalu pergi. 

 

            Aku perhatikan daripada jauh khemah lelaki yang sudah siap. Sekejap lagi, waktu makan. Jadi, aku nak ambil kesempatan ni nak minta maaf dan pujuk Que. Aku lihat beberapa orang budak lelaki tak berbaju. Baju tersidai merata-rata. Atas dahan pokok, atas kerusi dan mana-mana lagilah. Terkebil-kebil mata aku. aku nak pandang mana satu pun tak tahu. 

 

            Dalam aku terkejut seorang diri, aku rasa ada orang berdiri belakang aku. cis! Siapa pula ni. Jalan sahaja la sebelah aku ni. Kan banyak ruang!

 

            “ehem!” 

 

            Dia berdehem pula. “kau buat apa dekat khemah lelaki ni?” tanya si jejaka di belakang aku ni.

 

            Aku tak berani menoleh. Tangan aku terangkat nak tahu jarak lelaki tu dengan aku. tak semena-mena aku terpegang perut dia. Aduh, tak berbaju la pulak! Malunya! Aku tak tahu pula dia serapat ni. 

 

            “que.. que ada ke? Dia dekat mana!” aku menjerit terus menjauhkan diri. 

 

            “kenapa kau tutup mata ni?” 

 

            “ke..kenapa apa? Tak kan la aku nak tengok!”

 

            “lah, kau datang sini memang nak tengokkan! Tapelah aku bagi peluang. Tengok lah!”

 

            Muka aku dah merah. Rasa macam nak buka mata dan lihat siapa, tapi aku malu! Ah, lantaklah! Aku terus cabut lari. Dah tak tahu nak letak muka dekat mana. Masa tengah leka berlari, aku baru perasan buku komik tu dah tercampak dekat khemah lelaki. Ei, bencinya!

 

            “Ellisha! Ellisha!” aku dengar suara Dalila daripada jauh masa sibuk melarikan diri. Aku nampak dia dan kawan-kawan sekepala dia mendekati aku. aduh, dia nak apa lagi?!

 

            “Ya, Dalila?” 

 

            “kau nak pergi mana? Lepas ni nak dinner. Tak ada orang nak hidang makanan.”

 

            “jadi?” tiba-tiba, aku diseru kekuatan untuk menjawab pertanyaan yang terbuku. 

 

            “huh? Apa? Kau tanya? Bukan tu tugas kau ke!” terbeliak anak mata Dalila. dia nampak marah. Dia tolak bahu aku kasar dengan jari telunjuk dia.

 

            “Dalila, aku tak faham kenapa kau buat macam ni.”

 

            “biar betul kau ni. tak faham-faham lagi ke? Aku ni dah lama sukakan Que. Tapi sebab Que marah aku haritu, aku tak kacau kau la. Tapi sebab sekarang dia pun dah tak sukakan kau, senanglah kerja aku.”

 

            Apa? Apa ni! Aku tak nak peristiwa lama berulang lagi!

 

            “ya, macam yang kau fikirlah. Aku masih tak faham kenapa Que masih nak berkawan dengan orang macam kau ni! dah la hodoh! Aku rasa mata aku sakit je tengok kau bertenggek dengan Que. dahlah. Blah la! Kau cari Que kan?!” 

 

            Aku mula risau dia apa-apakan atau kacau Que. Sebab bila Que rimas, Que akan menyendiri. Dia akan larikan diri daripada orang lain. Perangai dia mula begini lepas mak dia meninggal dunia. Apabila orang tahu, anak orang kaya ini ketiadaan ibu, maka si janda dan betina mula mendekati bapanya. Seorang bangsawan yang sangat kaya. Dia memiliki lebih kurang 10 hotel di Malaysia. Semenjak itu, Que lebih banyak luangkan masa di rumah aku. katanya dia sangat selesa keluargaku melayannya. Dia tidak terasa asing. Apabila mak aku layan dia, bagi dia makan, tanya dia tentang sekolah, rindu pada ibu dia langsung terubat. 

 

“Que, dia dekat mana? Kau nampak dia?” 

 

            Dalila tak menjawab, dia hanya tunjuk arah hutan tebal sana. Apalah yang Que buat dekat sana? Berani pula. Aku yang memang malas nak bergaduh terus berlari ikut laluan yang Dalila tunjuk. 

 

            “ish, bodohla dia tu.” Katanya sambil mengekek. Rakannya yang lain turut ikut sama. 

            

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.