Home Novel Fantasi Lagenda Harimau Jadian
Lagenda Harimau Jadian
NAWAR WAHID
24/1/2021 22:28:20
21,296
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 4

Apabila kita takut, syaitan akan mula suka dan sayang pada kita. Hormone adrenalin yang merembes di dalam badan kita akan dapat dihidu dengan mudah. Maka, jika kita takut, mereka lebih berani. Ketika aku lemah dan berada di tempat yang salah, harimau jadian itu mula berani untuk tunjukkan diri. Dia dapat bau yang aku seakannya memerlukan dia. Kenapa kau muncul dihadapan aku? 

 

            Que tidak dijumpai. Dah sepuluh minit aku berjalan, tapi kelibat dia langsung tidak kelihatan. Pokok-pokok pula dah mula menebal dan meninggi. Aku rasa tak sedap hati. Apabila difikirkan, mesti Dalila dah buat dajal. Pasti aku ditipu!

 

            Aku cuba patah balik, tapi aku dah sesat. Nafas aku turun naik cuba lawan perasaan takut. Kepala aku berpusing-pusing tengok awan yang nak gelap. Hati aku merasakan yang aku akan bermalam di sini. Tak mengapa! Mereka pasti akan perasan kehilangan aku. tolongla cari aku!

 

            Bunyi burung hantu makin galak berteriak. Jujurnya, aku rasa sejuk sangat. Aku dah mula rasa takut. Perasaan ni sangat membahayakan. Tambahan pula, aku keseorangan. Banyak pocong, hantu, pontianak yang berani nak kacau. Sebenarnya, mereka ini tidak kuat dan pengecut. Mereka takut mati. Maka, mereka sangat takut akan kalimah Allah dan kalimah selawat. Ia akan buat badan mereka panas.

 

            Aku banyak mengucap, istighfar, berselawat. Kaki aku dah menggigil tahan sejuk. Cuaca kali ni sangat lain. Ianya makin sejuk. Dah hampir sejam aku menunggu pertolongan orang. Tapi satu kelibat pun tak muncul. Nak menangis pun dah tak guna. Buang tenaga sahaja. Aku yang memang dah penat, masih lagi bersandar dan duduk pada pokok yang meninggi. Tak berani nak pandang depan, belakang atau mana-mana sisi. Nanti ada orang ajak berkawan pula. 

 

            Janganlah ada orang pegang bahu aku. jangan sentuh kaki aku. tolonglah!

 

            Buk! Buk! Buk! 

 

            Tiba-tiba, aku rasa macam tanah ni bergegar. Macam ada haiwan yang badannya berat tengah berlari. Serigala? Kuda? Er, siapa tu?

 

 Aku cuba perhatikan apa benda. Berani pula aku buka mata. Tapi satu kelibat pun tak ada. Selepas beberapa minit, bunyi tapakan kaki orang pula kedengaran. Masa tu aku dah tak boleh nak fikir apa. Aku rasa cukupla Tuhan yang satu! Kalau aku mati, ampunkan dosa aku!

 

            Dalam sekali pantas, aku nampak ada kain putih melibas depan aku. aku dengar bunyi mengilai. Ah, sudah!

 

            Bodohla! Apa benda ni! Aku tarik nafas dalam lalu hembus perlahan. Aku ulang berkali-kali. Aku tak mahu hormon adrenalin ni dihidu oleh hantu tu. Mana ada orang bawa kain putih malam-malam buta dan di tengah-tengah hutan! Mestilah benda tu! Aku mengucap panjang. Tangan aku dah beku! 

 

            “El, ja…jangan takut! Kau lebih berkuasa daripada mahkluk ni!” terketar-ketar aku menutur kata-kata tu. 

 

            “seorang ke adik? Hehehehe…” 

 

            Aku mencarut. Aku dah lupa cara mengucap. 

 

            “nak teman boleh? Hehehehe…”

 

            “ba…bi..!” 

 

            “huh? Aku bukan binatang tu! Aku-”

 

            Aku tutup telinga. “lalalala.. aku tak nak dengar. Lalalala… tak nak dengar!”


            “El! Ellisha! El!” aku dengar sayup-sayup suara seorang budak lelaki. Suara dia garau dan lantang. Aku cepat-cepat bangkit daripada duduk. Aku beranikan diri cari suara tu. 

 

            “El dekat sini! El dekat sini! Uwaa! El de..dekat sini!” Aku dah tak tahan. Aku menangis teresak-esak. Mereka dah jumpa aku!

 

            Dalam semak samun, aku nampak seorang sahaja jejaka yang tengah menyelinap masuk dalam hutan tebal ni. dia datang mendekati aku tetapi aku tak pasti dia siapa. Dia bukan Cikgu Adli, bukan juga Que. Siapa dia ni?

 

            Seorang jejaka yang tidak dikenali mula merapati aku. aku menjarakkan diri. Kening aku terangkat. Aku sedang memikirkan siapa gerangan ini. Macam mana dia tahu nama aku?

 

            “auzubillahiminasyaaaiitonnirrajim!” panjang aku berzikir. Lepas tu aku hembus depan dia. Lelaki tu tak berganjak. Muka dia tak berubah. Aku pandang kaki dia. Masih terpijak pada tanah. Kuku dia nampak biasa. Tak panjang dan tak kotor macam pontianak. 

 

            “kau ni siapa!” 

 

            Lelaki tu tersenyum lalu dia tunjuk perut dia. Hah, perut? Perut!

 

            Oh, dia ni la lelaki yang ada depan khemah tu. Tapi, aku tak kenal dia. Dia bukan rakan sekelas aku ni. dia nampak sebaya dengan aku. 

 

            “oh, pervert!”

 

            “oi! Penat aku cari kau, ini yang kau tuduh aku.”

 

            Aku pegang dada aku. dah la dada ni besar! Apa dia buat dekat sini?! Macam mana dia tahu nama aku?

 

            “kau nak apa daripada aku? huh? Kau nak apa!”

 

            “aku nak kau-” kata jejaka itu lepas tu dia senyum. 

 

            Mata aku terbeliak. Apa? Pervert ni nak rogol aku dekat sini ke? Aku terus menangis dan terduduk dekat situ. Aku kata aku tak nak. Sakit nanti. Meraung-raung aku cakap tak nak!

 

            “hahaha! Tak nak apa, El? Aku cakap, aku nak kau ikut aku. aku bawa balik ke khemah.”

 

            “huwaaaa!” aku tak berhenti menangis. Makin galak aku teriak. Aku jeling dia tajam. Jejaka tu mengekek ketawa. 

 

            “ala, dah, dah, dah! Aku memain jela. Kau ni! Cepat betul terasa. Aku ni anak buah Cikgu Adli la. Nama aku Samuel. Panggil Sam je! Aku baru pindah sini. Lepas naik sekolah, aku akan duduk satu kelas dengan kau. Sebab tu Abang Adli ajak aku pergi trip ni.” 

 

            Huh?! Aku pandang mamat tu sambil hembus hingus yang berwarna putih. Aku lap pada baju. “kau, kau bukan nak buat apa-apa ke pada aku?”

 

            “kau fikir apa huh? Kotor jugak fikiran kau ni eh?”

 

            Kalau diikutkan, tak ramai budak lelaki nak bercakap atau berkawan dengan aku. jadi apabila budak ni bercakap dengan aku, aku rasa sedikit gembira. Ada juga orang nak kawan dengan aku!

            

            Kami berjalan seiringan untuk balik ke kem. Aku waktu tu dah berhenti menangis. Ada juga sesekali aku menjerit bila aku dengar bunyi pelik. Terkejut betul dibuatnya. Aku berjalan makin rapat dengan Sam. Dah tak kisah rasa malu tu, lama-lama bahu aku bersentuhan dengan dia. Dia pulak, biarkan aja. Aku nampak juga mamat tu tersengih tengok aku ketakutan macam ni. Yang peliknya apa dia buat dalam hutan ni? memang cari aku ke? Kenapa dia cari aku? banyak juga benda aku nak tanya tapi kami dah hampir dekat dengan khemah. Aku nampak ramai orang memegang lampu suluh. Mereka sedang mencari aku yang dah hilang. Dalam ramai orang tu, aku nampak Que!

 

            Dia berjalan ke arah aku. muka dia nampak risau. 

 

            “Que!” aku teriak. 

 

            “El, kau ni suka buat aku risau!” Que terus tarik tangan aku. lepas tu dia jeling Sam. “kau ni siapa? Apa kau buat dengan El!” 

 

            . Dia kalau marah, habis semua orang dia pukul. Aku terus tahan dia daripada dia naik angin. “dia anak buah Cikgu Adli! Samuel, nama dia Samuel.”

 

            “panggil aku Sam je.” Kata Sam. Masa tu, baru aku nampak jelas muka mamat ni. Alahai, lagi kacak daripada abang Han! Muka dia macam seorang model baju dalam. Badan dia nampak sangat tegap. Kulit dia bersawah matang tetapi mata dia sangat mengiurkan. Masa dia pandang aku, nadi aku berdegup laju. Lagu ketika cinta bertasbih mula terngiang-ngiang dalam telinga aku. Rahang Sam sangat tajam. Janggut dan misai halus yang tak dipotong lagi menampakkan lagi kematangannya.

 

            Daripada jauh, aku dengar mulut orang berbisik. Siapa gerangan jejaka ini? Apa El buat dengan dia? Tuduhan demi tuduhan aku dengar. Aku terus tarik tangan Que lalu pergi daripada situ. Tanpa terima kasih aku terus berlalu meninggalkan Sam. Adakah akan ada lagi pertemuan kita lepas ni? atau, kau juga akan jadi sama seperti yang lain? Seperti mereka yang tidak mengendahkan kewujudan aku. biarkan aku terpinga-pinga mengenangkan nasib diri?

            

            

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.