Home Novel Fantasi Neo : Mimpi Semalam
Bab 5

5 Julai 2007 – 9.45 minit malam


"Helo" Marina menjawab satu panggilan telefon yang diterimanya.

"Helo Marina!" suara Doktor Fendi kedengaran.

"Oh uncle!"

"Marina apa khabar?"

"Baik. Baru sahaja masuk ke dalam kereta."

"Kamu ada di mana? Seranas?"

"Oh tidak. Masih lagi di Pasadianka. Baru sahaja keluar dari pejabat"

"Masih di Pasadianka? Eh… bukankah kamu sepatutnya pergi ke konvensyen di Seranas?"

"Tunda minggu depan. Uncle ada di mana sekarang?"

"Ada di rumah. Oh ya! Uncle  hendak tanya. Di mana ayah Marina? Uncle cuba hubungi dia. Tetapi tidak dapatlah..."

"Rasanya dia ada di rumah. Sudah cuba hubungi pejabat?"

"Sudah. Tetapi tiada siapa yang mengangkat. Uncle hendak bincangkan sesuatu dengan dia sebenarnya"

"Sudah cuba hubungi telefon bimbitnya?"

"Pun sudah. Tetapi nombornya tiada dalam perkhidmatan"

"Oh ya! Saya rasa itu nombor lama"

"Dia ada nombor baru?"

"Ya. Dia lupa beritahu unclelah tu..."

"Um… patutlah berkali-kali telefon pun tidak dapat"

"Tidak mengapa. Nanti Marina hantarkan nombor telefon baru ayah pada uncle ya!"

"Baiklah Marina. Nanti kamu hantarkan ya. Terima kasih banyak-banyak"

"Boleh. Tidak ada masalah uncle"

"Jadi, kamu dalam perjalanan hendak pulang ke rumahlah sekarang ini?"

"Ya uncle"

"Lewatnya kamu pulang….. Sudah malam sekarang ini. Kamu dengan siapa di sana?"

"Seorang diri sahaja."

"Hati – hati Marina. Sejak akhir-akhir ini, macam-macam kes yang terjadi di Pasadianka"

"Alah…uncle janganlah bimbang. Saya tahu jaga diri"

"Em… baiklah Marina. Uncle hendak sambung kerja. Nanti bila-bila uncle telefon Marina lagi."

"Okey. Bye"

"Bye"

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.