Home Novel Fantasi Surat Untuk Azazil
Surat Untuk Azazil
Osman Deen
17/12/2019 19:41:35
30,156
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Malik#4

Untuk Kuntum,

Aku tak pasti macam mana nak hadam semua ini. Macam terlalu merapu. Kau dapat surat-surat aku melalui buku Nur. A? Biar betul. Celah mana surat-surat aku sampai kepada kau. Ia hanya sebuah buku, bukannya peti surat. Kalau ya pun, tak logik Kuntum, tak logik. Mati akal aku berfikir.

Tapi..

masalahnya aku pun jumpa surat kau melalui buku itu. Aku tengah keliru sekarang. Sangat-sangat keliru. Aku nak tulis apa dalam surat ini pun aku tak tahu. Atau sebenarnya aku dah memang gila? Dan semua ini khayalan aku? Oh tidak. Maksudnya aku sendiri yang menjawab surat-surat aku.

Aku sampai tak tahu macam mana nak suruh kau buktikan yang ini semua betul. Macam, wow. Gila merapu. Sah. Memang dah sah aku memang tak betul dah. Aduh aku dah agak dah suara yang aku dengar itu satu petanda. Siang dan malam mereka mengganggu minda aku. Nampaknya mereka dah mula mengganggu realiti aku pula. Dan ini lagi satu petanda. Nampaknya aku perlukan seorang pendengar sangat sampai aku reka kau, Kuntum.

Kuntum? Dari mana pun nama ni datang? Malik, memang kau dah gila Malik. Mula mula tulis surat untuk Azazil. Sekarang kau tulis surat untuk siapa siapa entah pulak. Tapi kalau betul pun kau memang.. betul, apa hak kau untuk ceramahkan aku tentang semua ini?

Kau tak faham. Kau tak akan faham. Itu kebenarannya. Kau tak akan boleh bayangkan apa yang aku rasa selama ini. Semakin hari, suara-suara itu semakin kuat menghasut, memujuk aku untuk melakukannya. Setiap kali Abah tidur, hanya satu yang bermain di kepala aku: ini peluang untuk kau bunuh Abah. Kau perlu tamatkannya.

Aku paksa diri aku menggunakan segala kudrat jiwa dan raga untuk melawan suara-suara itu. Dan aku sudah semakin lemah. Aku sudah berada di satu tahap di mana yang menghalang aku hanyalah kerana aku sedar yang aku hidup ber-Tuhan. Tapi sampai bila aku boleh bertahan?

Tuhan menguji hamba-nya di atas kemampuan hamba itu. Aku rasa mungkin Tuhan terlalu memandang tinggi terhadap aku. Aku tak mampu, Kuntum. Sedikit demi sedikit hati aku yang rapuh ini hancur dihentam realiti yang kejam. Aku bukanlah orang yang beriman sangat pun, jadi mengapa aku diuji begini?

Mungkin ini semua karma ke atas dosa-dosa aku. Dosa aku sudah datang menghantui aku kembali. Mungkin aku memang sudah ditakdirkan menjadi pendosa yang ulung sejak azali. Aku kira lebih baik aku menerima takdir ini, bukan begitu? Sudah terlambat untuk sesiapa selamatkan aku.

Tapi tolong, kalau memang ada apa-apa cara untuk kau buktikan yang kau memang wujud dan bukan ciptaan minda aku yang dah rosak, aku minta sangat kau tunjukkan. Terletak pada kau mahu buktikan bagaimana. Aku dah buntu. Kalau betul ada cara untuk kau tolong aku, ya silakan.

Tapi pasal alamat aku, aku rasa lebih baik berikan bukti yang kau wujud dahulu kepada aku. Tak ada guna kalau aku berikan alamat aku kepada kau tapi pada akhirnya aku hanya memegang pada harapan palsu yang aku sendiri reka. Maafkan paranoia aku. Aku sudah hilang percaya kepada apa yang semua dunia ini tawarkan.

Kalau akhirnya semua palsu dan tinggalkan aku terkapai-kapai mencari makna, apa guna aku berpegang pada realiti dunia. Jadi aku mohon Kuntum. Buktikan pada aku.

Sebab ya, memang aku perlukan pertolongan sekarang.

Sekian,

Malik.


---


boleh lawat account wattpad saya untuk baca lagi banyakkkk karya saya!


https://www.wattpad.com/user/Osmandeen

Previous: Kuntum1
Next: Kuntum2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Osman Deen