Home Novel Cinta Perjanjian
Bab 21

21

            Adam masuk kerja dengan aura baru tidak seperti sebelumnya. Adam sebelumnya kalau masuk saja pejabat dah bising dengan karenahnya yang macam budak – budak. Perangainya itu disenangi ramai disebabkan walaupun dia anak Dato tetapi dia tetap humble dengan semua staff. Dia menganggap semua staff sebagai kawan. Tetapi hari ini dia masuk dengan aura seorang pemimpin yang berkaliber.

“Anie, masuk office I, now.” Adam menyuruh Anie masuk officenya dengan suara yang tegas. Adam duduk di kerusinya. “ Wow, aura boss yang sebenar dah masuk ke badan kawan aku ni. Harap selepas ni aura tu tak pergi. Macam ni lah baru boss yang steady.” Anie cuba mengejek Adam seperti selalu sebab mereka akan jadi kawan biasa di dalam pejabat Adam.

 “ Be serious. I ask you to come because I wanna know what my schedule for today. So just read it out please.” Adam tidak lagi main – main seperti dulu. Anie pun terkejut dengan perubahannya itu. Anie membacakan jadual Adam. “ Setakat ni tu saja jadual boss.” Anie menutup buku lalu bangun dari kerusi. “ Okay, you can go now.” Adam mencapai fail sambil dia menyuruh Anie keluar dari ruang kerjanya.

“Eh, Anie boss dah lain sekarang kan? Tambah handsome lagi Akak tengok.” Kak Ros menegur Anie yang kehairanan keluar dari ruang pejabat Adam. “ Agaknya lah Kak Ros.” Anie masih lagi memandang ke arah pintu Adam. “ Hoi! Ha tahu terkejut.Yang kamu ni terjenguk – jenguk dah kenapa? Something happen ke dalam tu tadi?”Anie terkejut. “ Akak ni sibuk je. Dah pergi buat kerja.” Anie tersenyum melihat Kak Ros pula yang terjenguk – jenguk pintu Adam.

            “ You rindu nak jumpa. Waktu lunch ni je I dapat jumpa you. Miss you.” Syaff macam budak kecik yang meminta gula –gula pada Anie. “ Sorryla I lambat. Dah pesan apa – apa? Anie meletakkan begnya di sebelah.

“No belum lagi. You pesan.”Syaff tersenyum memandang wajah Anie. “ Hei apa ni?Pandang – pandang macam ni?” Anie memandang sekeliling kalau – kalau ada yang melihat perangai Syaff yang semakin macam budak – budak.

“Ha, Ha korang so funny. Wait Syeera bukan itu Syaff ke?” Kawan Syeera menunjukkan Syeera Syaff dan Anie yang berada dalam restaurant. Syeera memandang dengan penuh marah. “ korang tunggu sini. Aku tahu apa yang aku nak buat.” Syeera terus masuk meninggalkan kedua kawannya. Syeera mengambil air yang di atas meja lalu menyimbah ke baju Anie. “ Hey perempuan! Berani sangat kau rampas boyfriend orang! Kenapa dah tak ada lelaki lain ke di dunia ni!” Syaff melepaskan tangan Syeera yang berpaut pada lengannya.

“Wow, hebat. Hebat sangat permainan ni. Apa kau cakap tadi? Boyfriend kau.Jangan mimpi lah pompuan.  For your information I dan Anie dah engage. So can you step aside?” Syaff mengetepikan Syeera dan berdiri di sebelah Anie yang menyapu bajunya. Syeera marah lalu keluar dari restaurant. “ Diorang jangan ingat aku akan sampai di sini saja.Jangan harap korang akan ke pelamin. Korang tunggu saja apa yang akan aku buat.Jom berambus.” Syeera menarik tangan kedua kawannnya yang masih nak melihat reaksi Syaff dan Anie.

            ”””””BTS – SPRING DAY ”””””

“Hello? You ada apa call malam – malam ni?” Anie menjawap call Syaff.

“Tak de. I cuma nak pastikkan you dah sampai rumah. Tu je.” Syaff risau dengan keselamatan Anie.

“Jangan risaulah. I tak apa – apa. Jangan risaulah. I nak tidur ni. Ada apa – apa lagi ke?” Sambil menguap.

“Siapa tak risau dengan pekara yang berlaku tengah hari tadi. Okay fine. Tapi jangan tidur dulu. I masih rindu.” Syaff merayu pada Anie supaya tidak masuk tidur lagi. Malam berlalu begitu. Mereka berdua menghabiskan malam dengan berbual.

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Jen J.S