Home Novel Cinta Perjanjian
PROLOG

     Hari ini adalah hari terkahir aku menduduki peperiksaan dan paper yang akan aku duduki adalah paper yang paling aku tak suka iaitu fizik. Dalam keempat-empat matapelajaran aliran sains yang aku ambil biologi,kimia,matematik tambahan dan fizik aku paling lemah dalam fizik. Entah macam mana aku nak duduki exam ni nanti? Apa pun buat yang semampu mungkin. Perperiksaan mula dan semua candidate SPM mula focus menjawap kertas soalan masing-masing. Walaupun agak gementar tetapi harus buat yang terbaik.

     ‘Anie! Anie!’suara yang aku kenal melintas di telingaku. ‘Bye Sya, hati-hati balik.’ Aku menyapa Sya yang bercakap dengan aku tadi sebelum nama aku dipanggil. ‘Amboi kau, aku panggil tak jawap ya? Sombong nampak? Dah tak ingat aku ke? selepas exam terus tak ingat kawan. Dah fikir cuti lah tu.’ Syaff kawan baik aku sejak kecil lagi menyapa aku. Dari sekolah rendah sehingga Tingkatan 3 kami berduasatu kelas kemudiannya terpisah dengan aliran. Aku aliran sains dia aliran sains tulen dimana semua matapelajaran sains yang dipelajari.

     ‘Eh kau ni,kesitu pula. Ada ke patut. Macam mana exam okey? Tentu kau okeylah. Kau kan kepala calculator.’ Seperti biasa kalau kami tak bergurau kami takkan sahberkawan. ‘Ye lah tu. Tunggu siapa? Jom balik sama. Lama dah tak jumpa makcik dan pakcik. Jom.’ ‘Kejap, aku tunggu Lika dan Syeera. Mana mereka dua orang ni.Takkan kena tahan dalam bilik peperiksaan kot?’

‘Oh, ye ke? kalau macam tu aku balik dululah. Bye Anie.’Syaff terus pergi tanpa sempat aku membalas selamat jalan kepadanya.

     Tidak lama kemudian, kelihatan kelibat Lika dan Syeera yang kelihatan monyok. ‘Hai, dah hilang seri muka tu dah? Kenapa?’ Tetapi pertanyaan aku nampaknya menyebabkan mereka bertambah sedih dan akhirnya Syeera menjawap ‘Kita tak habis jawapsoalan. Sebab tertidur.’ Kesian pula aku melihat dua orang kawan baik aku ni.‘Dahlah, dah lepas pun. Jangan dikenang lagi ye. Jom balik.’ Aku cuba untuk memujuk mereka walaupun aku tak tahu sama ada berjaya atau tidak terpulanglah.

     ‘Anie, kau lepas ni nak pilih mana ek? Terus masuk U ke nak tingkatan enam?’  ‘Apa yang kau tanyakan ni Syaff? Macam merepek je aku dengar. Tapi kalau berpeluang aku nak masuk tingkatan enam dululah. Sebab aku dengar sekarang ni tingkatan enam dah jadi Pra-U.’ Aku menjawap selamba pertanyaan Syaff tanpa menoleh kemukanya. ‘Kalau begitu akunak kita buat satu perjanjian dimana kita berdua akan ***** ****** ******** ****** **** *** ******** **** ***** **** ******* *****. Janji?’ Aku masih terkelumendengar apa yang dikatakan oleh Syaff dan tanpa disedari oleh aku perjanjiantelahpun dipersetujui.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Jen J.S