‘Syaff, esok kita sekeluarga akan balik ke kampung Ummi. Suka tak?’ ‘Tak naklah Ummi. Lagipun keputusan tu nanti boleh check online kan? Buat apa nak balik sana.’ Syaff menolak pelawaan Umminya untuk balik kampung. ‘Tak boleh. Ummi nak Syaff packing barang. Esok balik kampung.’ Ummi Syaff tetap dengan pendirian mengajak Syaff untuk balik kampung. ‘Kalau Syaff tak nak juga?’ Syaff pun tetap berdegil. ‘Okey, Ummi takkan memaksa Syaff lagi. Lagi pun Ummi nak balik kampung sebab minggu depan Abah nak pergi overseas. Syaff jaga rumahlah alamatnya ni.’ ‘Okey Ummi. Syaff ikut.’
Ummi tersenyum sipu melihat gelagat Syaff yang mengemas barangnya dengan sedikit marah. ‘Ummi tahu anak Ummi baik. Kemas baik – baik ya nak, takut nanti tak siap kalau kemas sambil marah.’ Ummi keluar untuk mengemas barang yang lain. Entah kenapa Syaff menolak pelawaan Ummi untuk balik kampung.Persoalan itu tertinggal dalam hati Ummi kerana sebelumnya jika di mention tentang kampung Syafflah yang paling excited nak balik. Ni entah kenapa dia bersikap begini. Kalau nak dikirakan sudah hampir 17 tahun Syaff sekeluarga tinggal di kampung entah kenapa Syaff tiba – tiba menunjukkan yang dia tidak suka balik kampung.
“Anie oi, apa yang dimenungkan tu? Anie!”
“His akak ni. Apa? Apanya tu?” Aku terkejut dengan perbuatan akak yang tiba – tiba memukul meja. “Kau tu yang asyik termenung,menungkan apa? Kalau termenung nak masak apa tak apalah. Ni termenungkan benda lain pula.”
“Tak ada apa – apa lah kak. Sibuk je. Akak ni, bila Anie nak termenung akak asyik potong mood je. Boleh tak kalau akak berhenti jaga tepi kain Anie lagi selepas ni, boleh?” “His, korang bedua ni macam kucing dengan anjing. Kalau berjumpa je betengkar. Tak habis – habis betengkar.” Mak yang datang dengan daun pisang yang nak digunakannya untuk membungkus nasi lemak. Mak cuma penjual nasi lemak biasa. Kebiasaannya mak akan menjual nasi lemaknnya dikedai Pak Samad. Walaupun nasi lemak mak agak simple tetapi nasi lemak mak agakpopular di kampung kami ni. Boleh dikatakan usahawan kampunglah mak ni.
“ Akak tu mak,dari tadi kacau adik.”
“Yelah tu, tipu dia tu mak. Jangan percayakan adik tu.”
Aku membaling akak dengan bawang putih. “ Anie. Rezeki tu, kenapa main baling – baling ni? Tak baik.”
“Akak tu mak, tak henti – henti nak kacau adik dia yang comel ni.”
“Comellah sangat. Akak lagi comeldan cantik. Tak cakap pun.”
“Ye lah. Tua.” Aku terus bangun dankeluar dari rumah. Senang sikit hati dah dapat balas balik pada akak. Aku cepat– cepat call Lika sebelum kena panggil oleh akak.
“Hello, Lika?”
“ Yea, Anie?”
“Amboi awak, speaking pula dah. Dah ready nak belajar MUET ke?”
“ Ye, Anie. Ada apa – apa yang boleh saya bantu?” Lika menjawap dengan sopan. Tekejut pula rasa dengar Lika tiba – tiba macam tu. “Jom lepak tempat biasa. Awak tak sibukkan?”
“ Okey siap. Lagipun aku pun ada sesuatu nak beritahu awak. Okeylah,kita jumpa kejap lagi.” Entah apa yang Lika nak bagitahu aku. Bunyi macam penting je. Baik aku cepat – cepat pergi sebelum akak mula lagi.