Home Novel Cinta Sesuatu antara kita
Sesuatu antara kita
Maryani Zailani
14/3/2023 21:11:01
8,677
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1
Suka ke, tak suka ke…Kamila tetap terpaksa juga menghadiri kelas tahanan itu. Nama saja kelas tahanan, namun ia diadakan di bilik mini di perpustakaan sekolah itu. Dilengkapi dengan pendingin hawa, meja yang cantik dan selesa serta kerusi yang empuk. Permaidani yang terbentang menambahkan lagi keenakan bersantai semasa menghadiri kelas tahanan.

 Pintu kelas tahanan dibuka, seluruh mata tertancap pada Kamila. 

 “ Bravo…bravo,” ada pula suara nakal berbunyi. Suara itu datang daripada Hakimi. Dia penghuni tetap kelas tahanan. Ada sahaja masalahnya yang dilakukannya setiap hari. Sebenarnya, Kamila pun bolehlah dikategorikan sebagai pengunjung tetap kelas tahanan.

 “ Kali ni, apa yang kau dah buat?” Laju saja mulut Hakimi bertanya. Lelaki itu duduk di hadapan dan berpaling kea rah Kamila. Kamila tidak menjawab sebaliknya menarik nafas dalam-dalam.

 “ Hmmm…biar aku teka. Kerja sekolah tak siap? Aku rasa hari ni bukan pasal tu. Ia lebih tepat kepada kau tertidur dalam kelas dan takk siap kerja sekolahkan?” Terangkat-angkat kening tebalnya itu.

 Kamila yang sememangnya mahir dalam ilmu mempertahankan diri, terus mencengkam baju Hakimi.

 “ Woo…wooo…sorry,” Kamila hilang moodnya hari tu dan terus melepaskan baju Hakimi. Dia tahu Hakimi tidak berani berlawan dengannya walaupun dia hanya budak perempuan. Yalah, siapa berani mahu melawan dengan anak guru silat? Kalau lawan tu namanya cari nahas.

 “ Good evening class,” kali ini muncul pula, guru wanita muda yang ceria dari balik pintu. Masing-masing bising seketika kerana tidak pernah melihat guru itu.

 “ Sorry, I’m late,” banyak sungguh kertas yang dibawanya sehingga menutupi mukanya. Terpaksa Alfi yang duduk berhampiran pintu membantu guru itu membawa masuk bahan belajar mereka hari ini. Alfi membawa beg besar cikgu muda itu sehingga ke meja guru. Apakah agaknya yang ingin dibawanya.

 “ Thanks dear.”

 “ Okey, bertenang kelas,” bersuara cikgu itu apabila suasana bising sebentar.

 Bilik kelas tahanan yang hari ni menempatkan dalam 10 pelajar, senyap. Mereka sedaya upaya memberi tumpuan.

 “ Good. Saya cikgu Suraya,” nada suara ceria dan kedengaran comel ditambah lagi dengan mukanya yang comel itu. Terasa macam memasuki kelas drama dan nyanyian apabila cikgu itu mengeluarkan biola. Tercenggang masing-masing.

 “ Muzik?” Hani yang duduk tepat di depan cikgu Suraya bersuara.

 “ Ya…muzik! Hari ini semua tentang muzik!” Sempat lagi cikgu Suraya membuat pusingan badan 360 darjah dan pengakhirannya menundukkan badan seperti selepasa membuat persembahan orchestra.

 “ Muzik boleh meredakan tekanan. Cikgu percaya kita semua ada tekanan. Ada yang boleh kawal tekanan tu sediri, ada juga yang gagal. Kamu semua ada tekanan, cikgu pun ada ada. Jadi, hari ni kita akan belajar cara meredakan tekanan,” cikgu Suraya mengakiri bicaranya dengan gesekan biola yang begitu merdu. Gesekan biola dari filem Mohabatein pula menjadi pilihannya. Mahu tergelak Kamila kerana tidak menyangka cikgu itu akan meniru perbuatan dari lakonan Shah Rukh Khan itu.


“ Okey, cari tempat yang sesuai semua.” Projecter telahpun dinyalakan. Bagi mereka, penghuni tetap kelas tahanan, itu suatu yang berlainan daripada sebelumnya. Selalunya, mereka akan diberi ceramah kesedaran, ataupun dikerah untuk menjawab soalan psikologi berulang kali sehingga tanpa melihat soalan sudah tahu jawapannya! Paling penting, membosankan!

 “ Mula-mula, kita akan mengenal apa itu tekanan. Ini bukan prinsip tekanan Bernoulli dalam subjek sains tu ya. Ini mengenai tekanan yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupan seharian,” sebelum sempat Iwan yang merupakan seorang pelajar yang pintar dalam subjek sains mahu mengangkat tangan, cikgu Kamila terlebih dahulu menerangkan. Iwan lantas menjatuhkan kembali tangan untuk menanyakan soalan.

 “ Okey…saksikan dulu video ini,” video ringkas dimainkan.

 Dalam paparan video itu, terdapat seorang remaja yang sering dimarahi oleh ibunya kerana gagal dalam pepperiksaan. Sebagai menunjukkan remaja itu tidak menyukai perbuatan apabila sering dimarah, dia bertindak untuk membelasah sesiapa sahaja yang ingin bercakap dengannya. 

 “ Pause…” serentak itu, video ringkas dihentikan. 

 Tersentap pula Kamila menonton video tersebut. Macam sama je dengan situasi dia sekarang ni?

 “ Kegagalan mengawal emosi. Tekanan yang diberikan menyebabkan murid terbabit bertindak kasar sebagai tanda melepaskan geram.” Cikgu Suraya berhenti di sebelah Kamila dan merenung dalam-dalam biji mata Kamila. 

 “ Manusia sentiasa diberi tekanan. Ada banyak sebenarnya cara untuk meredakan tekanan. Semasa marah, otak kita gagal berfikir dengan waras. Dan, sebab itulah kadangkala kita akan melepaskan geram kepada orang lain.” Spontan itu, cikgu Suraya duduk dan mengambil biolanya kembali. Dia menggesek biola sehingga mengeluarkan nada yang tenang dan damai.

 “ Kalau cikgu, berdasarkan pengalaman cikgu. Apabila kita tertekan atau dalam erti kata lain stress…cikgu akan menggesek biola. Memang…kalau marah tu, lagu yang keluar tak sedap pun tapi tulah terapi buat cikgu.” Terangguk-angguk anak murid mendengarnya tanda faham. Begitu gigih sekali Iwan menyalin apa yang dibicarakan oleh guru itu. Maklumlah, budak cemerlang.

 “ Ada juga yang kuat makan apabila stress. Dia bukan lapar pun, tapi rasa geram. Dengan makan, katanya dapatlah juga meredakan tekanan. Bagi cikgu, cara ni kurang elok diamalkan sebab takut diet harian menjadi tidak seimbang dan menjejaskan kesihatan. Tidak begitu, Hani?” terhenti perbuatan Hani yang saat itu mencuri memakan coklat Cadbury yang disorok dari bawah meja itu. Tersengih seperti kerang busuk dia apabila menyedari salahnya.

 “ Sorry cikgu. Lapar,” dia memengang perutnya.

 “ Buatlah apa sahaja cara untuk meredakan stress tapi jangan pula guna cara yang memudaratkan diri dan orang lain. Contohnya, tumbuk orang untuk melepaskan geram. Itu salah. Kamu bukan sahaja melukakan orang lain tapi melukakan hati kamu sendiri,” bagaikan terkena batang hidung sendiri, Kamila meraup mukanya.

 “ Baiklah, ada beberapa tanda stress,” cikgu Suraya membuka slide pembentangan.

 “ Antaranya, kuat tidur,” sedikit kuat suara cikgu Suraya. Tepat pula pandangan matanya dihalakan kepada Kamila. Mengapa, getus hati Kamila. Dia berasa terkena sungguh hari ni dengan cikgu Suraya.

 “…kuat makan,” Hani menyorokkan kembali coklatnya. Malu dia sendirian.

 “ Makan tak kongsi,” usik Hakimi yang duduk di belakang Hani yang berbadan sedikit gempal itu. Suaranya dapat ditangkap jelas oleh orang lain dalam bilik tersebut

Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.