Home Novel Cinta Masihkah Ada Cinta
Masihkah Ada Cinta
Iza Haniza
9/11/2017 16:06:51
31,065
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Bab 5

“Ina, sudah-sudahlah tu. Asyik berkurung aja dalam bilik. Tak lemas ke hari-hari memerap dalam bilik? Marikeluar tolong mak ni, “jerit Zubaidah atau dikenali sebagai Mak Bedahdikalangan penduduk kampung memanggil anak gadisnya.

“Kejap ye Mak. Ina tengah bersiapni”’ jawab Sarina atau nama pendeknya Ina.

“Nak bersiap ke mana pulak?“tanya Mak Bedah.

“Kan hari ni ada Hari Keluargakat sini. Takkan mak tak tahu,”balas Ina.

“Ish, tahu tapi malas mak nakpergi. Dah tua-tua ni buat apa berjemur tengah panas tu. Baik duduk di rumahlagi baik”balas Mak Bedah.

“Yerlah mak. Ina pergi pun kejapaja.”jawab Ina masih di dalam bilik.

Rumah kampung itu didiami olehdua beranak sahaja selepas ayah Sarina meninggal dunia beberapa tahun yanglalu. Mak Bedah tidak bekerja. Begitu juga Sarina yang masih menganggur selepasmenamatkan pengajian ijazah nya di sebuah Institut Pendidikan Tinggi Awam diKuala Lumpur. Dia bukan tidak berusaha mendapatkan pekerjaan tetapi dengankeadaan ekonomi yang tidak begitu baik sukar baginya untuk mendapatkanpekerjaan.

Sarina tergolong sebagai gadisyang cantik di kampung itu. Dia juga diantara segelintir  anak muda Kampung Rimba Damai yang berjayamelanjutkan pengajian tinggi. Kebanyakan anak muda Kampung Rimba Damai belajarsetakat SPM. Ramai yang meneruskan perkerjaan ibu bapa mereka sebagai penorehgetah. Ada juga yang berhijrah ke bandar-bandar besar dan berkerja dikilang-kilang.

Zubaidah agak keberatan untukmelepaskan anaknya bekerja jauh dari kampung kerana Sarinalah penemannya dikala sunyi. Puas juga Sarina memujuk ibunya agar mengizinkan dia mencari kerjadi Kuala Lumpur tapi dilarang oleh Zubaidah.

Sebaik sahaja Sarina melangkahkeluar dari biliknya Mak Bedah terpegun melihat anak gadisnya berpakaian kebayayang agak ketat. Pada pagi itu.

“Kenapa ketat sangat baju tu?“tegur Mak Bedah.

Mak Bedah sedar anak gadisnyamenjadi idaman ramai anak muda di kampung tetapi dia menaruh harapan besar agarSarina mendapat jodoh dari orang baik-baik. Dia hanya ingin menumpang kasihdari anaknya di penghujung usianya. Dua lagi anaknya yang sudah berkahwin danbertugas di bandar yang membantu Mak Bedah menampung hidupnya selama ini.Walaupun kedua-dua anaknya bukan orang senang tapi Mak Bedah bersyukur merekatidak pernah melupakannya. Sesekali mereka balik ke kampung menjengah ibumereka.

Sarina tidak menghiraukan teguranibunya. Dia memakai kacamata hitam hadiah dari bekas kekasihnya semasa diabelajar di universiti dulu. Biarpun mereka telah lama putus kerana kekasihnyaterpaksa berkahwin dengan gadis pilihan ibunya namun kenangan indah bercintatetap kekal dalam ingatan sarina. Sarina sedar sebagai anak kampung diasememangnya tidak layan dipadankan dengan orang bandar. Dia berundur diri dalamkeadaan terpaksa.

“Mak, mana kunci motor? “tanya Sarina.

Mak Bedah menghulurkan kuncimotorsikal peninggalan arwah suaminya ke tangan Sarina. Sarina menyambut danmencium pipi ibunya.

“Ina pergi dulu ye mak”kataSarina seraya menuruni anak tangga rumahnya.

“Jangan lambat sangat balik. Maktunggu Ina makan tengahari dengan mak. “kata Mak Bedah.

Kata-kata terakhir Mak Bedah tidakdidengari oleh Sarina  di celah deruanbunyi enjin motorsikal.

Sebaik sahaja Sarina sampai dipadang Sekolah Kebangsaan Rimba Damai Sarina melihat ada kira-kira lapan  puluh orang telah berkumpul di padang. Adakanak-kanak, beberapa orang dewasa dan segelintir orang muda sebaya denganSarina.

Ada dua buah khemah terpasang ditepi padang sekolah. Muzik latar dengan lagu tahun 80an berkumandang dipasangmelalui pembesar suara.

Sarina meletak motorsikalnyaberhampiran deretan motorsikal yang tersusun di tepi padang. Dia tercari-carikalau-kalau ada orang yang dia kenal.

“Ina, Ina, sini sini”sayup-sayupkedengaran suara memanggil namanya. Sarina berpaling ke arah suara yang datangdari jauh. Di celah-celah kelompok orang ramai yang berteduh di bawah kaki limabangunan sekolah Sarina melihat Wati melambai-lambai. Sarina bergegas menuju kearah di mana Wati sedang berdiri di samping dua orang anak kecil berusiasekitar  4 dan 5 tahun.

Wati rakan sekelas Sarina semasabersekolah dulu. Sebaik sahaja selesai SPM dia terus mendirikan rumahtangga dansekarang telah mempunyai dua orang anak yang comel, seorang lelaki dan seorangperempuan.

Sebaik sahaja menghampiri Watiyang berada kira-kira 100 meter dari tempat Sarina meletak motorsikalnya merekaterus bersalaman.

Sarina lantas bersalaman denganWati dan mereka berdakapan.

“Lama juga kan kita tak jumpa,“kata Sarina sambal mengusap kepala anak lelaki Wati.

“Yerlah, kau kan belajar di KualaLumpur. Macam mana nak jumpa. Aku ni pulak sibuk besarkan budak dua beradik ni,“kata Wati sambal menunjuk kepada dua orang anaknya yang berdiri di sampingnya.

Peluh menitik membasahi mukaSarina.

“Panas betul pagi ni kan”kataSarina .

“Tu lah. Kalau ikut hati aku punmalas nak keluar panas-panas ni. Tapi budak dua orang ni merengek mengajakpergi, “balas Wati sambal matanya memandang ke acara padang yang barubermula.Acara tarik tali. Riuh rendah terdengar teriakan penyokong kedua-dua pihakyang bertanding.

“Adik nama sapa? “kata Sarinasambil memandang ke arah anak Wati.

“Asyraf”jawab budak lelaki anakWati malu-malu.

“Nak masuk bertanding nanti ke?“Sarina  bertanya lagi.

“Nak”Jawab Ayraf tersipu-sipu.

“Nak masuk pertandingan apa?”tanyaSarina  lagi

“Nak masuk pertandingan kutipgula-gula”jawab Asyraf lagi mematikan perbualan.

 Tanpa pengetahuan Sarina segala gerak gerinyadari semenjak dia sampai sehingga dia berdiri di sebelah Wati diperhatikan olehbeberapa pasang mata dari salah satu khemah.

“Siapa budak perempuan tu? “Malikbertanya kepada Fauzi yang duduk di sebelahnya di bawah khemah.

“Saya pun tak pernah tengok budaktu,” jawab Fauzi.

“Itu anak arwah Samad”jawab Ghaniyang duduk di belakang Malik.

“Dah kawin ke? “Malik bertanya lagi.

“Belum. Dia baru habis belajarkat universiti. Dengar kata ambik jurusan undang-undang. “jawab Ghani lagi.

“Patutlah tak pernah nampak diakat kampung ni”kata Malik.

“ Kenapa? Tuan Haji berminatNampak? Nak tambah kuota ke? Haha”kata Fauzi bergurau.

Diantara pengikut-pengikut danpenyokong Malik hanya beberapa orang sahaja yang berani bergurau dengan Malikkerana sifatnya yang agak serius. Fauzi juga berani menegur dan memberi tunjukajar ilmu berpolitik kepada Malik.

“Ish, kesitu pulak perginya. Akuni bukan kaki perempuanlah. Kalau aku nak tambah kuota dah lama aku tambahkuota. Ni dah tua rumah kata pergi kubur kata mari, buat apa pulak nak tambahkuota,”kata Malik tersengih.

“Manalah tahu kan”kata Fauzitersenyum memandang Malik.

“Aku terfikir kalau kita boleh tarikbudak tu masuk parti kita. Dia boleh jadi penggerak sayap pemudi. Kita kenalawan pengaruh Amran sebab Amran nampaknya dapat sokongan golongan muda”jelasMalik lagi.

Beberapa orang yang mencuridengar perbualan mereka mengiyakan kata-kata Malik.

“Nanti cuba kau selidik dululatarbelakang budak tu”Malik mengarahkan Fauzi.

“ Arwah Samad dulu orang partikita ke? “tanya Malik.

“ Dia tak masuk mana-mana partirasanya” kata Fauzi.

“ Kalau macam tu mungkin mudahsikit kita nak pujuk budak ni masuk parti kita”kata Malik.

Dia berdiri sebaik sahajamendengar pengumunan dari pengacara Hari Keluarga untuk dia menyampaikansepatah dua kata.

Sekitar jam 12 tengahari MajlisHari Keluarga ditamatkan. Cuaca semakin panas apabila matahari betul-betulberada di ubun-ubun kepala.

Sarina menuju ke motorsikalnya.Dia menepuk-nepuk tempat duduk motorsikalnya untuk mengurangkan kesan panas diatas tempat duduk motorsikal. Wati dan dua orang anaknya sedang beraturmenunggu jamuan nasi kawah yang ditaja oleh Malik. Sarina menolak untuk makanBersama kerana telah berjanji dengan emaknya untuk makan  tengahari di rumah.

Tiba-tiba dia mendengar suaramemanggil dan dia berpaling ke arah suara itu.

“Kak, kak. Ada orang nak jumpa kakak”katabudak lelaki berusia sekitar 9 tahun dengan  termengah-mengah.

Sarina memandang budak lelakiitu, antara percaya dengan tidak.

“Siapa yang nak jumpa kakak?“Sarina bertanya dengan nada kehairanan.

“ Orang yang di bawah khemah tu”kata budak itu sambil menunjuk ke arah khemah tetamu kehormat.

Sebaik sahaja sampai di khemahSarina dijemput duduk. Dia memerhati sekeliling. Ada kira kira 10 orang beradadi bawah khemah. Kesemua lelaki kecuali seorang wanita berusia sekitar awal50an dan seorang wanita muda sebaya dengan Sarina.

Sarina merasa kurang selesaapabila semua pandangan mata tertumpu kepada dirinya.

Selepas memperkenalkan dirinyasebagai Haji Abdul Malik, Malik memula bicara.

“Sarina belajar perundangan kandi universiti? “tanya Malik

Sarina mengangguk. Dia merasapeluh membasahi seluruh tubuhnya. Satu kesilapan memakai baju ketat di tengahhari macam ini. Kipas yang berpusing maksima di dalam khemah itu tidak bolehmeredakan kepanasan yang dirasai oleh Sarina.

“ Sarina nak tak kalau sayatawarkan berkerja dengan saya? “Malik menawarkan Sarina pekerjaan selepasdimaklumkan oleh Sarina yang dia masih belum bekerja.

“ Nak tu memanglah nak Tuan Haji.Tapi saya perlu juga tahu skop pekerjaan saya. Saya takut saya tak mampumenjalankan tugas itu dengan baik nanti”jawab Sarina. Dia merasa hairan dengantawaran kerja itu. Setahunya orang yang memohon pekerjaan perlu menghadiritemuduga, perlu membawa sijil dan sebagainya. Bukannya temuduga di bawah khemahseperti ini.

“Saya nak lantik awak sebagaipembantu peribadi saya,”kata Malik.

“Sebenarnya tugas sarina lebih kepadamenjalankan tugas-tugas berkaitan parti”kata Malik.

“Parti kita ini memang memerlukantenaga muda dan professional seperti awak untuk menggerakkan kerja-kerjaparti”terang Malik lagi.

Sarina tidak tahu apakah yangdimaksudkan dengan kerja-kerja parti. Masa di universiti dulu memang dia banyakterlibat dengan aktiviti khidmat masyarakat. Mungkin itu yang dimaksudkan olehTuan Haji ini, bisik hati Zurina.

“ Kalau Sarina setuju saya akanbayar RM3 ribu sebulan” kata Malik.

Hampir tersembur air dari mulutFauzi mendengar tawaran gaji yang begitu lumayan oleh Malik. Memang dah hilangakal orang tua ni, kata Fauzi di dalam hati. Setahu aku orang tua ni bolehtahan kedekutnya. Ni tengok perempuan dahi licin terus tak sayangkan duit.

Sarina sendiri merasa terkejutmendengar tawaran dari Malik itu. Umpama bulan jatuh ke riba, orang mengantukdisarungkan bantal.Kalau ikutkan hati mahu terus bersetuju dengan tawaran itutapi dia tenangkan diri.

“ Terima kasih Tuan Haji atastawaran itu. Saya kena tanya mak saya dulu. Kena dengar pandangan mak. Kenaminta izin mak” kata Sarina.

“ Ye. Itulah yang sebaiknya. Sayapun ada anak perempuan sebaya dengan awak. Saya nak cakap mak awak beruntungmelahirkan anak sebaik awak”kata Malik memuji.

Sarina senyum tersipu mendengar pujianMalik.

Selepas meninggalkan nombortelefonnya, Sarina balik ke rumah. Tidak sabar rasanya dia nak memberitahuemaknya begitu gembira itu.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.