Home Novel Cinta BAYANGAN GURAUAN
Teaser 27

BAB 27 


TENANG sahaja pemanduan Izzulmenyusuri jalan raya malam ini, walaupun sebenarnya dia sudah lewat untuksampai ke tempat yang dituju. Irish di sisi dikerling. Adiknya itu hanyamengunci mulut sejak mereka bertolak dari rumah tadi. Sekejap dia memandanghadapan, sekejap tertunduk bermain dengan jari-jemarinya. Bila sudah bosan, diamembuang pandang semula ke luar tingkap. Adakalanya sukar untuk mentafsirkanapa yang bermain di fikiran Irish. 

Lamunan Izzul terhenti apabila dikejutkan dengan nada dering telefonnya. Nombor sipemanggil jelas tertera di skrin. Pantas dia menjawab panggilan tersebutmelalui handsfree.

“Hafiy call. Tanya kenapa kita tak sampai-sampai lagi,” jelas Izzul. Sejurusitu dia melihat jam di tangan. “Pukul berapa majlis tu mula?” 

“Pukul 9.00 malam.”

“Hmm...sekarang dah 9.15. Mungkin dalam 9.30 baru kita sampai sana. Memang lambatlahkita sampai ni, Rish. Sorrylah, along tak sangka pulak nak jadi macamni.”

“Tak apalah, long. Janji boleh sampai sana, cukuplah.”

Izzul mengerling Irish. Sebuah senyuman manis dihadiahkan padanya. Laju sahajatangannya mengusap kepala gadis itu. Sudah agak jarang dia dapat melihatsenyuman itu. Sejak lebih dua tahun yang lalu. Senyuman itu bagaikan telahmati. Mati bersama kisah duka yang dilalui gadis tersebut.

Selang beberapa minit, kereta Hyundai Sonata putih itu kelihatan memasuki pekaranganHotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Izzul meminta adiknya untuk turun dahulu danmenunggunya di lobi hotel sementara dia memarkir kereta. Irish akur.

“Irish!”

Pantas Irish berpaling. “Abang Hafiy. Maaf terlambat.”

“Tak apa. Janji sampai. Izzul mana? Irish datang dengan dia, kan?”

“Ada.Along pergi parking kereta sekejap.”

Lelaki itu tengangguk-angguk. Sekilas dia melihat jam di tangan. Dan ketika itu dia terdengarnamanya dipanggil dari belakang.

“Zul.Sampai pun kau!”

Sorry,bro! Aku terlewat sikit. Bukan sikit. Banyak aku rasa!”

“Ah,tak ada hallah! Awal-awal pun bukan ada apa. Dah, jomlah masuk! Mari, Irish!”

Merekabertiga menapak ke dalam dewan di mana berlansungnya majlis makan malam tahunanHaiyan Holdings Berhad. Tengku Hafiy terus membawa kedua beradik itu duduk dimeja tidak jauh dari kedudukan pentas. Irish mengambil tempat di sisi Izzul,manakala Izzul duduk bersebelahan Tengku Hafiy. Mujurlah Insyirah, Natasyaserta Kak Maisarah turut berada di meja yang sama.

Majlis makan malam itu berlangsung dalam suasana yang agak tenang. Sambil menikmatihidangan, para tetamu dihiburkan dengan persembahan daripada artis jemputanserta para pekerja Haiyan Holdings sendiri. Celoteh dan jenaka pengacara majlisjuga membuatkan para hadirin tak kering gusi. Masing-masing kelihatan gembiradan teruja.

Dalam kesamaran cahaya, sempat mata Irish melihat ribuan tetamu yang hadir. KelihatanTengku Haiyan dan isterinya duduk di meja paling hadapan bersama beberapatetamu VIP dan VVIP. Bersebelahan meja itu pula dipenuhi kesemua adik-beradikTengku Hafiy serta beberapa orang tetamu yang tidak dikenali.

Kini matanya terhenti pada lelaki yang segak memakai tuxedo hitam. Khusyukbenar lelaki itu menyaksikan persembahan di atas pentas. Di sebelahnya pulakelihatan seorang gadis  sedang bersandarmesra pada bahunya. Irish mengamati wajah gadis tersebut. Dia seakan pernahmelihatnya sebelum ini.

Dalam Irish cuba mengingati, tanpa diduga lelaki tadi menoleh ke arahnya. Mata merekabertemu, membuatkan kedua-duanya seakan terpaku. Lama mereka berkeadaan begitusehingga Irish melarikan pandangannya ke tempat lain. Entah mengapa, terasa adasatu perasaan halus seakan hadir menyelinap masuk ke dalam ruang hatinya. ‘Ya ALLAH. Kenapa dengan aku ni?’

“Irish.”

Terasa bahunya disentuh. Irish menoleh. “Hmm?”

“Irish okey ke?” tanya Izzul.

“Eh, okey. Irish okeyaje!”

“Kalau okey kenapa along panggil buatselamba?”

“Hmm…iya ke? Muzik kuat sangat kut. Irish tak dengar.”

Sure?”

Irish pantas mengangguk, cuba berlagak selamba sambil mempamerkan senyuman bagimenutup kegelisahannya. “Err... long. Irish nak pergi toilet sekejap.”

“Okey. Baik-baik.”

Irish melangkah keluar dari dewan itu lantas mencari tandas yang berhampiran. Niat di hatiingin membasahkan sedikit muka agar hilang rasa mengantuknya sejak di dalamdewan tadi. Beberapa minit mencari, akhirnya dia terjumpa signboard yangmemaparkan gambar lelaki serta wanita. Terus sahaja kakinya mengatur langkah ketempat itu.

“Lambat sampai?”

Serta-mertalangkah Irish terhenti. Bagai ingin luruh jantungnya mendengarkan suara itu.Perlahan-lahan dia berpaling. Dilihatnya Tengku Harrys sedang elok bersandar disuatu sudut sambil berpeluk tubuh.

‘Bila masa pulak dia bersandar kat situ? Bukan tadi dia kat dalam ke?’

Melihat Irish hanya berdiri kaku di tempatnya, Tengku Harrys melangkah mendekati gadisitu. Matanya juga tidak lepas dari memandang seraut wajah di hadapan yangkelihatan agak berbeza malam ini.

“Kenapa lambat?”

“Hmm?Err... A... ada hal sikit tadi.”

Irish tertunduk. Tidak berani menentang mata lelaki itu. Bukan dia tidak biasa ditenungbegitu, tetapi malam ini pandangan Tengku Harrys amat berlainan sekali.

“Kenapa tak bagitahu saya?”

Berkerut dahi Irish. Lantas dia memandang Tengku Harrys semula. “Perlu ke?”

Of course. Awak bekerja bawah saya. Dan event ni ada kena-mengena dengansyarikat. Jadi apa-apa berkaitan dengan awak, saya perlu ambil tahu. In casesomething hapenned to you, it would be my responsibility.” Tengku Harrysmengetap gigi. Sama ada betul atau tidak jawapan yang diberikan, dia tidakpasti. Dia sendiri tidak tahu apa kena dengan dirinya malam ini.

“Tapi saya datang dengan abang saya.”

Atleast, let me know.”

“Err...saya tak ada nombor Tengku. Sebab tu saya tak boleh nak bagitahu,” balas Irishlagi. Sekurang-kurangya dia punya alasan agar tidak terus dipersalahkan.

I can’t accept that reason. Sa...”

“Harrys!”

Panggilan itu sekali gus mematikan kata-kata Tengku Harrys, membuatkan kedua-duanyamenoleh. Tengku Melissa kelihatan sudah tercegat berdiri sambil memandang kearah mereka. Dan kesempatan itu tidak dilepaskan Irish untuk menjauhkan dirinyadari Tengku Harrys.

“Harrys...where are you going? Puas Icari you. Kat sini you rupanya!” Tengku Melissa bergerak menghampiri sepupunya sebelum lenganlelaki itu dipaut mesra. Namun sesaat, Tengku Harrys menarik lengannya kembali.Rimas dengan perlakuan gadis itu.  

What?”bentak Tengku Harrys geram. Berang dia lantaran perbualan bersama Irishsebentar tadi diganggu gadis itu.

“I tanya you pergi mana? Kenapa tinggalkan I sorang-sorang kat dalam?”

“Tinggalkanyou sorang-sorang kat dalam? You tak nampak ke berapa ramai orangkat dalam tu?”

“Harrys!Kenapa dengan you ni? Tiba-tibanak marah. Boleh tak jangan layan Imacam ni!” rengek Tengku Melissa seperti anak kecil.

Whatever!”

WajahTengku Harrys sudah bertukar merah. Rasa marahnya yang tersimpan sejak tadi langsungdilepaskan pada Tengku Melissa yang seakan mencabar kesabarannya pula.

Irishsudah tidak senang untuk berada di situ. Sebelum keadaan menjadi lebih teruk,lebih baik dia beredar. Terus sahaja langkahnya diatur masuk ke dewan semula.Niat untuk ke tandas pada mulanya tadi juga terpaksa dilupakan. Hilang sudahrasa mengantuk dek kejutan yang diberikan oleh kedua manusia itu.

 

“LAMANYA pergi tandas?” tanyaIzzul sejurus Irish kembali ke tempat duduknya.

“Pusing-pusingcari toilet tadi tak jumpa. Tanya orang baru jumpa,” balas Irish cuba berselindung,tidak mahu alongnya tahu apa yang telah berlaku. Berpuas hati dengan jawapanIrish, Izzul kembali berbual dengan Tengku Hafiy serta beberapa rakan merekayang lain.

Irishmenarik nafas lega. Tidak perlu dia bersoal jawab panjang dengan alongnya.Namun jantungnya masih berdegup laju. Insiden sebentar tadi masihterbayang-bayang di benaknya. Ini kali kedua dia melihat Tengku Harrys dalamkeadaan marah seperti itu. Tetapi marah lelaki itu kali ini adalah disebabkanolehnya. Yang lebih menghairankan, lelaki itu begitu marah apabila dia tidakmemaklumkan tentang kelewatannya hadir ke majlis ini.

BukankahTengku Harrys sudah sedia maklum yang dia datang ke sini bersama Izzul? Jadimengapa perlu risau? Tidak habis marah lelaki itu dilepaskan padanya,dilampiaskan pula pada Tengku Melissa yang tiba-tiba muncul di situ. Dia tidaktahu apa yang terjadi selepas dia mengangkat kaki meninggalkan kedua-dua merekadi luar.

Irishtergerak hati untuk melihat ke arah meja yang diduduki Tengku Harrys. Sekalilagi darahnyaberderau apabila lelaki itu sudah berada di tempatnya. Matanya masih tetapseperti tadi, merenung ke arahnya. Malah dirasakan renungan lelaki itu semakintajam hingga dia tidakberani untuk menentang lagi. Sungguh, dia tidak faham dengan sikap TengkuHarrys malam ini.

“Para hadirin sekalian. Macam manadengan hidangan malam ini? Menyelerakan?” Suara pengacara majlis wanita bergemadi dalam dewan. Semua tetamu bersorak mengiakan.

“Kalauberselera, habiskan semua. Jangan risau. Makanan ini memang khas untuk andamalam ni. Baiklah, sebagai penutup persembahan majlis pada malam ini, kita akandihiburkan dengan satu lagi persembahan dari artis jemputan,” ucap pengacaramajlis yang seorang lagi.

“Siapaartis jemputan kita tu, Haikal?”

“Agak-agaksiapa, Hanis?”

“Sayacuba teka. He’s one of our rock legend artist, right?”

Exactly!Rasanya semua orang cukup kenal dengan beliau. Jadi tanpa membuang masa lagidipersilakan ke pentas artis terakhir kita pada malam ini, Rahmat Mega!”

Serentakitu, sebuah lagu berkumandang mengiringi kemunculan penyanyi tersebut daribelakang pentas. Sebaik melihat kehadirannya, semua hadirin bersorak danbertepuk tangan.

“Assalamualaikumdan selamat malam semua. Saya tahu anda familiar dengan lagu ni. Jadisaya nak anda semua menyanyi bersama-sama dengan saya, okey?” ujar penyanyi itu dan permintaannya dibalas dengansorakan yang lebih kuat dari para hadirin.

 

Tak pernah kualami tak mungkin ku hindari

Di himpitperasaan bayangan gurauan

 

Di dalam jaga kutercari-cari di dalam tidur termimpi-mimpi

Siapakah gadismisteri melambai dan terus menyepi

Jangan biarkanku ternanti-nanti usah benarkan masa berlalu pergi

Cintamu oh gadismisteri adakah kekal dan abadi

 

Andai diberikanemas permata ku pilih senyumanmu

Andai ku punyaimahligai indah ku hadiahkan untukmu

Dalam berjutabintang berkerlipan kau bagaikan kejora

Antara ribuanmata menikam takkan ku biarkan kau tenggelam

 

Di dalam jaga kutercari-cari di dalam tidur termimpi-mimpi

Siapakah gadismisteri adakah dapat ku kenali

( Belum puas kutemui... )

 

Selesaimendendangkan lagu tersebut, semua hadirin berdiri dan memberikan tepukangemuruh kepada persembahan penyanyi itu. Untuk beberapa ketika, dewan itusedikit hingar dengan sorakan mereka.

HanyaTengku Harrys seorang sahaja yang tidak berganjak dari kerusinya ketika yanglain bangun berdiri sebentar tadi. Jasadnya di situ, tetapi fikirannya melayangentah ke mana. Lagu dendangan penyanyi tadi benar-benar mengusik jiwanya. Laguyang selalu meniti di bibirnya, sering memenuhi halwa telinganya dan sentiasa menemanihari-harinya semenjak insiden pelanggarannya dengan Irish dulu. Pantas TengkuHarrys menoleh. Gadis itu masih setia di situ, leka menyaksikan persembahan diatas pentas. 

‘Bayangmuumpama satu gurauan, Irish. Dan aku tak pasti ia akan menjadi satu kenyataan,atau akan terus menjadi gurauanmu!’ bisik hati kecilnya.

           

“AKU mintak diri dululah,Fiy. Dah lewat ni.”

Alright! Tapi jumpa orangtua aku dulu. Dia orang dah pesan jangan bagi kau balik sebelum jumpa.”

Izzultertawa kecil. Tanpa banyak soal dia mengikut sahaja langkah Tengku Hafiybersama Irish.

“Papa, mama. Izzul dengan Irish nakbalik dah.”

“Eh!Nak balik dah ke, Zul?” Tengku Haiyan bangun lalu bersalaman dengan Izzul danIrish, disusuli isterinya.

“Kam uberdua aje dengan Irish, Zul? Anak isteri kamu mana?”

“Katrumah, Mak Engku. Izmie tak sihat. Tu yang lambat tadi. Hantar dia pergi klinikdulu. Tapi dah inform kat Hafiy awal-awal.”

Jawapan Izzul itu membuatkan jantung Tengku Harrys tersentap.Laju matanya mencari wajah Irish. Namun gadis itu langsung tidak memandangnya.Dia pasti Irish berkecil hati.  

“Tak apalah, Zul. Kesihatan anak tu lagi penting.Bila-bila masa aje nanti boleh bawa cucu-cucu Pak Engku tu datang ke rumah.Ni... Pak Engku nak kenalkan sekejap dengan abang Pak Engku, Tengku Arham. Yangsebelah ni isterinya, Tengku Kamelia.

Selama jadi anak angkat kami belum pernah kamu berduajumpa mereka, kan. Alang-alang dah ada malam ni, Pak Engku kenalkanlah.Maklumlah, abang Pak Engku ni selalu ke oversea. Jadi nak adakat sini selalu tu memang payah. Raya pun belum tentu ada!” seloroh Tengku Haiyan disambut ketawa yang lain. Izzuldan Irish menyambut baik salam perkenalan tersebut lalu bersalaman denganpasangan suami isteri yang dimaksudkan.

“Panggil pak ngah dengan mak ngah aje. Kalau dah kamuberdua anak angkat Haiyan, maknanya anak kami jugaklah. Kan, Lia?” sapa TengkuArham ramah sambil dibalas anggukan isterinya di sebelah.

“Nasib baiklah Mak Engku ni anak tunggal. Kalau tak, lagiramailah keluarga ‘tambahan’ kamu berdua. Ya tak?” celah Tengku Dafina tiba-tiba.

“Ha, yang berdua ni anak mereka. Sebelah mak ngah tu yangsulung, Tengku Amni Zafran. Dan yang perempuan tu adiknya, Tengku Auni Melissa.Dia orang berdua ni baru balik dari US. Baru habis belajar,” terangTengku Haiyan lagi sambil menunjuk pada dua beradik itu. “Sorang lagi anakpak ngah, Tengku Amni Zafrie ada di Ireland sekarang. Tengah studymedic kat sana. Kak long Pak Engku pulak tinggal di London satukeluarga. Insya-ALLAH ada rezeki, lain masa dapatlah jumpa.” 

Izzul bersalaman dengan Tengku Zafran yang ketika itududuk bersebelahan Tengku Kamelia dan juga Tengku Melissa yang masih setia disisi Tengku Harrys. Cuma Irish sahaja yang bersalaman dengan Tengku Melissa,walaupun gadis itu separuh hati menyambut huluran salamnya. Dengan TengkuZafran, dia sekadar menundukkan wajah.

Sama ada betul atau matanya yang salah pandang, diaperasan sepasang mata Tengku Zafran sedari tadi asyik merenung tajam padanya.Barangkali lelaki itu marah atau terasa dengan sikapnya. Atau mungkin lelakiitu tidak suka dengannya.

‘Ah, biarkanlah!’ getus hati Irish. Sudah malas mahumemikirkan semua itu.

Hal yang berlaku tadi sudah cukup memeningkan kepalanya.Ditambah pula dengan yang ini. Cukuplah. Malam ini otaknya sudah penat untuk berfikir.Yang terlintas di kepalanya saat ini hanyalah mahu segera pulang dan merehatkandirinya yang sudah cukup letih.    

 

Previous: Teaser 26
Next: Teaser 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Sayhazs Zailie