Home Novel Cinta BAYANGAN GURAUAN
Teaser 29

BAB 29 


BANGUNAN tinggi yang tersergam indah itu direnung dari jauh. Entahmengapa, kakinya terasa berat untuk melangkah ke situ. Mengenangkan insidenmalam kelmarin serta pertemuannya dengan Tengku Harrys semalam, hatinyaberbelah bahagi untuk masuk ke pejabat.

Puas dia mencari apa salahnya sehingga tiba-tiba lelakiitu bersikap dingin terhadapnya. Adakah disebabkan hal kerja, ataupun hal lain?Atau lelaki itu masih berdendam dengan insiden perlanggaran dulu. Dia sendiribingung memikirkannya.

Agak lama Irish duduk termenung di dalam kereta.Berkira-kira untuk keluar atau tidak. Akhirnya dia memutuskan untuk keluarsahaja. Walau apapun yang berlaku, dia harus bersedia untuk berhadapan denganTengku Harrys sekiranya hari ini dia akan bertemu dengan lelaki itu.

Dengan perasaan yang agak berat, Irish melangkah memasukibangunan Haiyan Holdings. Sepanjang kaki melangkah menuju ke pejabat, hatinyatidak putus-putus berdoa agar tiada perkara tidak diingini akan berlaku hariini.

Sewaktu melintasi pejabat Tengku Harrys, dilihatnya pintubilik itu masih tertutup rapat.

‘Belum masuk lagi kut!’ detik hatinya.    

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, Irish menjatuhkantubuhnya di atas kerusi. Hari ini dia merasakan seperti kurang bersemangatuntuk bekerja. Tidak seperti hari-hari lain. Namun bila mengingatkan banyakkerja yang masih tertangguh, digagahkan juga diri untuk menyelak fail-fail yangberada di hadapannya.       

“Cik Irish.”

Irish mendongak. Wajah Natasya tiba-tiba terpancul dimuka pintu.

“Ya, Tasya?”

“Tengku Harrys panggil Cik Irish masuk bilik dia.”

Terkedu Irish mendengar kata-kata gadis itu. Seingat dia,sekarang baru pukul 8.45 pagi. “Bosawak dah sampai ke?”

“Dah. Pukul 8.30 tadi dah sampai. Tak tahu mimpi apa diadatang awal hari ni.”

Jantung Irish serta-merta berdegup laju. ‘Hmm... siaplahkau Irish!’ gumamnya.

“Tak apa, Tasya. Sekejap lagi saya datang. Thanks,ya.”

Natasya mengangguk dan sejurus kemudian beredar daribilik itu. Dengan malas Irish bangun dari kerusinya. Dalam hati tertanya-tanyaapa tujuan lelaki itu memanggilnya seawal pagi begini. 

Sampai di bilik Tengku Harrys, Irish mengetuk pintuterlebih dahulu. Kedengaran suara lelaki itu memberi arahan dari dalam. Sebaikmelangkah masuk, dilihat Tengku Harrys sedang berbual di telefon. Irish hanyaberdiri sambil menanti lelaki itu menghabiskan perbualannya.

Hampir lima minit kemudian, Tengku Harrys akhirnya menamatkantalian. Irish di hadapan dipandang sekilas sebelum matanya kembali dihalakanpada skrin komputer.

“Hari ini awak ada apa-apa hal penting?”

“Tak ada.”

Good. Saya nak awak ikut Encik Naufal hadirimesyuarat di Putrajaya. Saya tak dapat attend. Ada hal lain.”

“Baik, Tengku.” Irish menjawab perlahan, akur denganarahan terebut.

Mesyuarat itu sepatutnya dihadiri Tengku Harrys bersamaEncik Naufal pada awalnya. Tetapi memandangkan arahan yang baru diterima inimemintanya untuk pergi, terpaksalah dia patuhi. “Kalau tak ada apa-apa, sayakeluar dulu.”

Tengku Harrys membisu. Tiada tanda-tanda ingin membalaskata-kata tersebut. Matanya juga tidak merenung Irish seperti selalu.Melihatkan tiada sebarang jawapan yang kedengaran dari mulut lelaki itu, Irishingin segera beredar keluar. Namun belum pun sempat kakinya melangkah, TengkuHarrys memanggil namanya kembali. Lantas dia berpaling. Mata lelaki itu masihsetia menatap skrin komputer di mejanya.

“Tolong siapkan final draft laporan projek diJohor Bharu tu. As soon as possible. Then, submit to me.”

“Baik. Ada apa-apa lagi, Tengku?”

Nothing.”

Sebaik mendengar jawapan balas Tengku Harrys, Irish terusmelangkah keluar. Kecut perut dibuatnya mendengar suara serius lelaki itu. Lainbenar tingkah Tengku Harrys sejak akhir-akhir ini. Tidak seperti dulu. Tidakbanyak cakap, apatah lagi memandangnya. Tidak mengusiknya seperti selalu. Yangjelas di matanya hanyalah sikap dingin lelaki itu.

“Apa kena dengan dia, ya? Hari tu lain, semalam lain, harini pun dah lain jugak.”

Irish menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Pelikdengan sikap Tengku Harrys yang tidak terjangka.

Effect duduk oversea lama sangat kut!”

Irish menjongketkan bahu, menjawab persoalan itu denganandaiannya sendiri. Tanpa menunggu lagi, dia mula menapak ke bilik Encik Naufaluntuk bertanyakan tentang mesyuarat yang perlu mereka hadiri nanti. 


“ZUL.” Tengku Hafiy bersuara sewaktu dia dan Izzul dalamperjalanan pulang dari melawat tapak projek usahasama Haiyan Holdings denganMega Putra tempat Izzul bekerja.

Yes?”

“Aku ada benda nak tanya ni.”

“Tanya apa?”

“Tentang hajat mama aku tu.”

“Hajat?”

“Ya. Hajat untuk pinang Irish. Kau dah lupa ke?”

Izzul menghela nafas. Spontan jantungnya berdebar-debar.Satu-satunya perkara yang cuba dielak daripada dibincangkan buat masa ini.

“Tak. Tak lupa pun.”

So, macam mana?”

“Macam mana apa?”

“Iyalah. Dah bagitahu pada keluarga kau ke yang keluarga akunak datang merisik? Mama aku tu hari-hari tanya aku pasal hal ni.”

Izzul terdiam sejenak. Lambat-lambat dia menjawabpertanyaan itu. “Belum lagi.”

“Laa... ingatkan kau dah bagitahu!”

“Bila keluarga kau nak datang?”

“Insya-ALLAH lepas majlis aku nanti.”

Suasana sepi seketika. Hinggalah Izzul kembali bersuara.

“Boleh aku tanya sikit?”

“Ai! Kau pun nak tanya jugak?”

“Habis, kau ingat kau sorang ajelah ada soalan?” bidasIzzul, membuatkan rakannya itu tergelak.

“Okey, okey!Ha, apa dia yang kau nak tanya?”

“Masa dinner malam tu. Aku tengok Harrys mesrabetul dengan sepupu kau tu. So, aku agak dia orang ada special relationship.Tapi kenapa Mak Engku masih nak teruskan hajat pinang adik aku, ya?”

“Maksud kau Harrys dengan Melissa? Ada affair?”

“Hmm...”

Serentak itu kedengaran tawa Tengku Hafiy berderai. Izzulyang berada di sebelah jelas terpinga-pinga melihat dengan  reaksi rakannya itu.

“Yang kau gelak ni kenapa? Salah ke apa aku cakap?” 

“Memang salah pun! Harrys dengan Melissa? Hmm... alamatmeletuplah gunung berapi kat rumah aku tu jawabnya!”

“Gunung berapi?”

“Mama akulah. Siapa lagi. Dah sah-sah kena rejectawal-awal kalau si Melissa tu pilihan Harrys.”

“Kenapa? Sepupu kau tu cantik apa.”

“Hai... takat cantik aje tak cukup, Zul. Sosial, kaki clubbing,dengan seksi macam tu. Tak ada ciri-ciri ketimuran langsung! Manalah mama akuberkenan. Tak sesuai nak dibuat bini katanya!” jelas Tengku Hafiy. Izzul disebelah dikerlingnya.

So, macam mana? Boleh ke keluarga aku datang? Akuni kena bawa balik jawapan, Zul. Kalau tak, hmm... masak aku!” 

Pertanyaan Tengku Hafiy itu hanya dibiarkan oleh Izzul.Dia juga masih tercari-cari jawapan yang sesuai untuk diberikan. Puasmemikirkan, akhirnya Izzul bersuara walaupun tidak pasti sama ada betul atautidak keputusan yang dibuatnya ini.

“Macam nilah, Fiy. Kau bawa ajelah keluarga kau datangrumah orang tua aku. Nanti pandailah aku bagitahu dia orang macam mana.”

Sure?” Tengku Hafiy meminta kepastian. Soalannya hanyadibalas dengan satu anggukan oleh Izzul. “Alright!”

Tengku Hafiy tersenyum lega. Seolah-olah dia telahmenjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh mamanya. Hilang sudah bebananyang ditanggung. Namun sebaliknya bagi Izzul. Saat dia menyatakan keputusannyatadi, bagaikan ada batu besar yang telah diletakkan di atas bahunya untukdigalas sehinggalah tiba hari yang dimaksudkan oleh Tengku Hafiy itu nanti.

 

 

Previous: Teaser 28
Next: Teaser 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Sayhazs Zailie