Home Novel Cinta Sindiket Cinta
Sindiket Cinta
awa
3/9/2024 10:15:04
8,008
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

Nama, Adam Lee Sean. Umur 33 tahun. Orangnya boleh tahan. Bertanggungjawab pula. Tingginya 175cm. Kerja di cawangan IPK. Tak lama lagi akan bertukar ke IPD terdekat. Pernah terlibat dalam misi menyelamat mangsa sindiket penipuan kerja.


Ada penambahan info untuk sesi siaran ulangan. Info yang berjaya menaikkan satu graf kemarahan Hawa.


“Awak bohong saya?”


Mata sepet Sean hampir hilang. Terkesan mungkin dengan perubahan bahasa dia.


“Which part?” Tidak hanya mata, nada suara Sean juga berubah. Keras. Sarat dengan amaran.


“Awak muslim." Rasa macam ditipu hidup-hidup. Bermati-matian Hawa sangka Sean itu lelaki cina. Lelaki yang senasib dengannya ketika berada di KK Garden.


Sepasang tangan melingkar dada. Raut wajahnya serius. Berjaya buatkan Hawa menelan liur dua ke tiga kali.


“Telinga dengan hati ada rasa sakit tak?”


“Sorry?” Terkebil-kebil Hawa terima soalan Sean. Soalan dia dibiar sepi tanpa jawapan.


“Tolong panggil saya, abang. Telinga abang tak boleh terima perkataan lain. Rasa macam nak mengamuk. Nak marah. Nak campak semua barang supaya marah abang tak merebak sebab hati abang pun kena tempias.”


Kali ini Hawa tak mampu nak telan liur sendiri. Ada amaran yang cuba Sean sampaikan melalui renungan dia.


“Okey, ugutan abang berjaya.” Hawa akur. Dalam menurut, dia juga jujur. Sean sedang mengugut dia.


“Ugutan untuk kebahagiaan tak salah.” Bidas Sean bersahaja.


Lekas satu jelingan dihadiahkan buat sang suami. Apa yang Hawa sedar, Sean itu pakar membidas selain mengugut.


Sehabis baik Sean cuba sembunyikan senyuman. Bimbang senyuman dia hanya akan menambahkan lagi kemarahan isterinya.


“Abang dah jujur beberapa hari yang lepas.”


Ya. Sean memang jujur dua sebelum mereka menikah. Tapi Sean tak jujur ketika mereka berdua dijadikan tahanan.


“Salah sayang sebab tak pernah tanya abang muslim ke tak.” Ayat kedua Sean menyusul bila perasan Hawa ingin membantah. Sekaligus menyerahkan kesalahan kepada isterinya.


Ya, silap Hawa lagi. Memang dia tak pernah bertanya pun pada Sean. Dalam kepala dia ketika itu hanya mahu pulang ke pangkuan keluarga.


“Ada soalan lagi?”


Bila dikira-kira, banyak sebenarnya soalan yang ingin Hawa ajukan. Dan tak mungkin semua soalan dia akan ada jawapan. Jadi dia putuskan untuk menyaring soalannya.


“Sean dan Adam orang yang sama?”


Sean diam sejenak.


“Nama abang Adam Lee Sean. Sean adalah abang. Adam pun abang juga.”


Kebisuan sudah berpindah pada Hawa. Berat helaan nafasnya. Kesilapan terbesar dia adalah tidak selidik habis-habisan siapa bakal suaminya. Semua dianggap sambil lewa. Inilah padahnya.


“Kita tak pernah kenal. Kahwin pun atas dasar janji.”


“Siapa cakap?” potong Sean.


“Abang kenal kenal Hawa Haziqah. Siapa yang pandai-pandai cakap abang tak kenal bakal isteri abang?”


“Satu lagi, berhenti merepek.” Kata Sean lagi.


“Dan kaunter soalan ditutup. Abang tak terima sebarang soalan. Abang bukan artis.” Sean terus-terusan bersuara.


“Sayang ni degil orangnya.” Bagi Hawa, sisi gelapnya perlu diberitahu. Takut hubungan mereka tidak akan kekal lama.


“Degil tapi masih patuh. Itu sebenarnya sayang. I know you better.”


“Kalau sayang degil, sayang tak berkeras nak balik. Lagi bagus…Sayang dengar cakap Hazirah.”


Rasanya, ada ketidakadilan di sini. Ada banyak perkara yang Sean lebih tahu perihal dirinya. Sedangkan dia tidak tahu apa-apa pun hal berkaitan dengan Sean.


“Terpulang…Tapi abang kena faham. Sayang perlukan masa untuk terima semua ni.” Harap Sean faham. Semuanya terlalu drastik.


“Berapa lama?”


“Mungkin minggu…Mungkin juga bulan…Dan boleh cecah tahun.” Hawa bukan Tuhan. Dia hanya menjawab apa yang dia mampu. Selebihnya adalah kerja Tuhan.


Dapat Hawa rasakan ada bibit-bibit tidak puas hati di wajah Sean. Buktinya, timbul kedutan halus di dahinya. Namun semua itu hanya sementara. Sekelip mata saja Sean sudah menampakkan ketenangannya. Bahkan mampu tersenyum lagi.


Sesekali Hawa nampak Sean mengerling jam di dinding. Berbaki beberapa satu jam saja lagi akan masuk waktu zuhur. Tak perasan mereka berdua sudah menghabiskan masa hampir dua jam di dalam bilik.


“Nak pergi mana?” Lengan isterinya disambar. Sempat dia perasan wajah pucatnya.


“Keluar…Nanti apa kata dia orang kita duduk lama-lama dalam ni?”


“Biar apa dia orang kata.”


Besar bukaan mata Hawa. Kalau Sean tak rasa malu, dia malu. Lebih malu bila dengar usikan mereka nanti.


“Dia orang akan fikir yang bukan-bukan…Kita tak buat semua tu.”


Perlahan-lahan Sean melepaskan cengkaman. Bibir dia senget teruk hingga mengundang cuak isterinya.


“Banyak mana sayang nafikan, dia orang akan fikir kita dah rasmi jadi suami isteri.”


“Sebab tu kita kena keluar.” Pangkah Hawa. Kurang setuju dengan stigma sebegitu.


“Kalau keluar, kita tak akan jumpa lagi lepas ni.”


Tak jadi Hawa jatuhkan kakinya. Cepat saja dia berpusing mencari Sean. Apa maksud suaminya tidak akan berjumpa lagi?


“Abang jangan nak merepek.” Ada rasa takut mula menjalar. Takut bakal kehilangan Sean buat kali kedua.


“Nope! Abang serius.”


Giliran Hawa pula menyentuh lengan suaminya. Bahkan dia sedang merapatkan jurang mereka.


“Abang nak pergi mana? Jangan cakap abang nak pergi selamatkan orang lagi. Sayang tak izinkan!” Takut kali ini dia benar-benar bakal menyambut pulang jasad Sean. Lebih menakutkan dia akan kemurungan lagi. Bukan dia tidak tahu keadaan di sana. Terlalu berisiko.


“Sorry…Arahan sayang hanya sah di rumah. Bukan tempat kerja.”


Mengetap sepasang bibir Hawa bila Sean gagal membaca hatinya.


“Hei…” telapak tangan Sean sudah melekap di pipi Hawa. Dia mengesot lebih dekat. Air mata Hawa berjaya buat dia tidak keruan.


“Tak lama…Seminggu je. Abang akan muncul masa majlis resepsi kita nanti.” Kedua belah pipi Hawa ditekup lembut. Ibu jari mula menyeka lembut air mata yang sudah meremes.


Rakus gelengan kepala Hawa. Bagi dia seminggu terlalu lama. Macam-macam boleh jadi dalam tempoh masa itu.


Kali ini, bibir Sean mendarat di dahi isterinya. Lama. Kemudiannya ditarik tubuh kecil Hawa ke dalam dakapannya. Terlukis senyuman tipis dia bila tiada aksi tolak-menolak. Respon begini yang dia mahukan.


“Seminggu abang akan duduk tak jauh dari sini sementara tunggu majlis resepsi. Abang akan work from home. Nak siapkan laporan kejadian di KK Garden.”


“Apa boleh buat. Mak cakap tak boleh bersama selagi majlis belum selesai. Kalau tak, dah lama abang heret sayang balik rumah.”


Terkebil-kebil Hawa disebalik dada bidang suaminya. Automatik air mata dia berhenti meremes. Tubuh Sean ditolak menjauh lalu dia dongakkan kepala.


“Jadi seminggu abang hanya stay dekat rumah? Tak pergi mana-mana?”


Anggukan Sean buatkan Hawa rasa tertipu. Lebih memalukan bila mengenangkan dia yang bersungguh-sungguh menangis sebentar tadi.


Sekelip mata saja bantal berbalut kain satin emas sudah menyapa tubuh Sean. Mengetap kuat bibir Hawa. Rasa malu dan geram sedang diuli sebati.


“Nak pergi mana?” Sean berusaha mengejar Hawa yang hanya beberapa langkah lagi sampai ke muka pintu.


“Keluar. Sini panas.”


“Come on…Abang perlukan sesuatu yang untuk bertahan seminggu. Sesuatu yang boleh hilangkan rindu abang.”


Hawa berhenti mendadak. Sengaja dia buat muka serius.


“Sorry to say…Empat hari lagi sayang akan period.” Jarang sekali sahabat baiknya itu akan lewat. Selalu tepat pada masanya.


Muka kecewa Sean yang sememangnya dia harapkan. Sengaja nak balas dendam gara-gara dia menangis tanpa ketahui rancangan jahat suaminya. Semakin berpuas hati bila kerutan suaminya semakin dalam.


“Tak boleh postpone?”


Hawa hampir-hampir tergelak. Soalan Sean mengalahkan soalan anak kecil.


“Pergi tanya Allah boleh postpone atau tak.”


Jawapan Hawa mengundang muka kelat suaminya. Malah tiada lagi halangan untuk dia keluar. Jelas-jelas suaminya merajuk.


“Sayang pergi dulu.” Duga Hawa.


Telahan Hawa benar. Sean merajuk. Tadi bukan main beria-ia Sean mahu menghalang dia keluar. Sekarang tidak lagi.


“Ermm…”


Harus Hawa akui, Sean nampak tidak macho bila merajuk. Sean nampak lemah biarpun tubuhnya tegap. Dia perlu kembalikan aura lelaki suaminya semula. Biar nampak gagah kembali.


Dua langkah diambil. Tangan dia mendarat pada dada bidang suaminya. Kaki dijingkit sedikit. Kurang beberapa saat dia selesai memberi ubat bagi menghilangkan rajuk suaminya. Dan ubat dia memberi kesan kurang sesaat.


Buktinya, Sean sudah senyum meleret. Tangan kekar suaminya melingkar pinggangnya lalu ditarik tubuhnya ke dalam pelukkan.


“Kita pergi ke rancangan B. Awalkan malam pertama kita.”


Meluas sepasang mata bundar Hawa. Tidak setuju. Sekurang-kurangnya perlu tunggu seminggu saja lagi.


“No, Adam Lee Sean…”


Usaha Hawa menasihati gagal bila dia sudah didiamkan. Segala rontaan dia dipatah-patahkan dengan belaian lembut suaminya. Terasa dia sedang dibawa melihat syurga.

Previous: Bab 14
Next: Epilog

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.