Bab 21

SEPERTI yang di arahkan oleh El, Hana dengan rasa terpaksa, dia tetap akur memindahkan sebahagian barang-barangnya ke bilik El. Sewaktu dia menyusun baju di dalam almari, El sudah pun mengosongkan sedikit ruangan untuk Hana meletakkan baju-bajunya.
Kalau ikutkan hati, malas benar nak mengikut kehendak El. Namun, dia juga tidak mahu menjadi isteri derhaka. Dan, dia takut El mengadu pada along. Pasti along akan menasihati Hana dengan panjang lebar.
Hana melihat sekeliling bilik tersebut. Setiap susunan di dalam bilik itu kelihatan kemas. Mata Hana tertumpu pada gambar kahwin mereka yang tergantung di dinding bilik El. Hana menarik nafas berat. Dirasakan semuanya seperti mimpi. Hampir setahun lebih mereka telah menjadi suami isteri. Hana sendiri tidak sangka bahawa dia masih bertahan.
'Mesti baru gantung gambar ni. Nasib baik muka aku nampak cantik,' Hana bangun dan menghampiri gambar tersebut. Dia mengeluh kecil. Matanya beralih pada gambar El. Nampak sangat terpaksa senyum selepas Puan Mastura memberi amaran kepada El.
"Better you maniskan muka you. Smile," tegas Puan Mastura seakan berbisik kepada El sambil tangannya pantas mencubit pinggang El.
"Aduh, apa ni. Sakitlah mommy!" balas El separa menjerit. Dia menggosok tempat yang dicubit Puan Mastura tadi.

Perit!

Hana yang ada di sebelah El ketawa kecil apabila melihat gelagat dua beranak itu.
Lamunan Hana terhenti apabila mendengar pagar dibuka. Dia bergegas keluar dari bilik itu dan berjalan menuju ke dapur.
Beberapa minit kemudian, El masuk ke dalam rumah sambil mencari kelibat Hana. Dia terus menuju ke dapur. Kelihatan Hana sedang menyiapkan makan malam. El berjalan menghampiri Hana.
"Buat-buat sibuk ke? Tak perasan abang balik?" soal El sambil merangkul pinggang Hana dari belakang. Dia mencium pipi Hana.
Hana sedikit tidak selesa diperlakukan sebegitu oleh El. Namun, dia hanya mendiamkan diri. Janggal sungguh dirasakan ketika ini.
'Tak geli pula dia peluk aku. Huh, lelaki!' bebel Hana di dalam hati.
"Nak masak apa tu?" soal El. Rangkulan dilepaskan. Dia beralih ke arah meja makan dan duduk di situ. Dia perasan Hana tidak selesa dengan perlakuannya.
"Masak ayam sambal dengan kobis masak lemak," balas Hana sambil memandang sekilas wajah El. El hanya mengangguk tanda faham.
"Dah pindah barang masuk bilik abang?" soal El sambil melihat telefon bimbitnya.
"Dah. Baju dulu. Yang lain, kemudian saya kemas," balas Hana sambil meneruskan kerja memasaknya.
"Sorry saya lambat masak. Abang pergilah mandi dulu," tambah Hana lagi.
El terus bangun dan naik ke biliknya. Dia tau Hana tidak selesa dia berada di situ.
Hana menoleh sekilas melihat El yang tiba-tiba menghilang tanpa memberitahunya. Sungguh dia terasa janggal selepas peristiwa di Terengganu itu. Dia sendiri tidak tahu apa yang akan jadi pada hubungannya dengan El pada masa akan datang.
Sementara itu di bilik, El membuka almari. Dia tersenyum melihat baju Hana tersusun rapi di dalam almari tersebut.
'Abang tahu sayang tak bersedia lagi nak terima abang. Tapi, abang akan pastikan sayang jatuh cinta dan sayang pada abang suatu hari nanti,' detik hati El.
Dia mencapai tuala mandinya dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.


ATAS permintaan El, buat pertama kalinya mereka solat berjemaah bersama-sama. Setelah selesai solat, Hana mencium tangan El dan El mencium dahi Hana.
Entah mengapa Hana terasa sebak di dada. Dia teringat ketika majlis pernikahan antara dia dan El berlangsung. Sedikit pun El tidak memandang wajahnya. Apatah lagi mahu mencium dahinya. Hana termenung seketika.
"Tadi abang lunch dengan along," ujar El sambil bangun dan melipat sejadah dan diletakkan ke tempat asal.
"Kenapa?" soal Hana tersentak dari lamunannya. Dia cemas. El mengadu pada along ke tentang hal kami? Habislah aku.
"Apa yang kenapa nya? Saja je kami lunch sama-sama. Kenapa? Tak boleh? Takut abang mengadu tentang sayang pada along?" soal El dapat menduga fikiran Hana. Takut sangat aku mengadu pada along.
"Takda lah. Saya tanya je," balas Hana cuba berlagak biasa. Kalau dia mengadu pasal aku, mesti along dah call aku awal-awal. Yelah, agaknya diorang saja lunch sama-sama. Tapi, kenapa masa aku cuti diorang lunch sama-sama?
"Nanti along nak jumpa kita dekat rumah Wana. Kawan baik sayang tu," jelas El.
"Oh, nak bincang pasal majlis bertunang along dengan Kak Wana," Hana terus teringat akan perkara tersebut.
"Dah tahu kenapa tak beritahu abang?" soal El sengaja menerbitkan rasa bersalah Hana terhadapnya. Dia merenung Hana dengan pandangan yang tajam.
"Terlupa. Sorry," balas Hana serba salah. Dia benar-benar terlupa untuk memberitahu El perkara itu. Nafas digali dalam apabila El merenungnya sebegitu. Hana tahu El marah kerana dia selalu membelakangi El dalam apa jua perkara.
"Kenapa selalu tak beritahu abang? Dah berapa kali dah buat macam ni. Memang tak peduli abang langsung ke? Memang tak anggap abang ni apa-apa langsung?" soal El dengan suara yang agak keras. Dia cuba mengawal nada suaranya. Dia tidak mahu Hana terasa dengannya. Namun, dia sendiri terasa Hana tidak mengutamakan dirinya sebagai suami.
"Saya terlupa. Saya minta maaf," balas Hana dengan perlahan. Dia tahu El marah. Sungguh dia benar-benar terlupa. Bukan dia sengaja buat begitu.
'Along pun, remind lah aku. Ni dia pergi cakap pada El terus. Dah lah mamat ni mode asyik nak merajuk je,' gumam hati Hana. Letih mahu melayan karenah El yang sentiasa mahukan perhatian.
"Abang maafkan. But, please after this tolong dahulukan abang. Sayang faham maksud abang kan?" El menarik nafas dalam. Dia tidak mahu memanjangkan isu.
Hana mengangguk tanda faham. Dia melipat sejadah dan telekungnya. Kemudiannya mereka turun untuk makan malam.


SELESAI makan malam Hana dan El hanya berehat di rumah sahaja sambil menonton television.
"Bila abang gantung gambar kahwin tu?" soal Hana memulakan bicara.
"Lama dah," balas El ringkas. Matanya tertumpu pada skrin television.
"Kalau tak, mesti sebelah abang tu Azura kan? Sepatutnya korang berdua yang kahwin. Bukan saya," sengaja Hana mengatakan tentang hal itu. Dia mahu El sedar yang Hana bukanlah pilihan El.
"Cemburu keee..." balas El dengan sinis.
"Buat apa nak cemburu. Saya tak kisah pun," balas Hana sambil matanya tertumpu pada skrin television.
"Ye ke tak cemburu. Tadi suruh abang kahwin dengan Azura tu apa? Cemburu la namanya tu," usik El meleret dengan senyuman. Lantas dia menganjak rapat ke sisi Hana. Hana beralih sedikit cuba menjauhi tubuh El. Tetapi, badannya ditarik meratapi tubuh El. Hangat badan El terasa di tubuhnya.
"Tu bukan cemburu. Tu saya cakap je. Yelah, korangkan couple of the year. Berkepit sana sini. Dari berkepit baik kahwin je," balas Hana seakan menyindir. Cemburu ke aku? Rasanya tak. Sebab aku tahu Azura dengan El memang dah lama bercinta. Kalau ikutkan cerita, aku adalah orang ketiga dalam hubungan mereka.
El tetap tersenyum meleret sambil memandang Hana. Dia merapatkan wajahnya ke pipi Hana dan menghadiahkan satu ciuman di pipi mulus isterinya itu. Hana terdiam kaku di situ. Mukanya merona merah. Terkedu apabila ciuman El hinggap di pipinya.
'Iiissshhh.. Miang ke apa dia ni,' gerutu hati Hana. Sedikit tidak selesa dengan kemesraan El. Walaupun hanya mereka berdua di situ, Hana rasa tidak selesa. Duduk serapat itu membuatkan Hana kegelisahan.
"Okaylah. Abang kahwin dengan Azura. Nanti sayang tolong pinangkan Azura untuk abang boleh? Bukan apa, nanti mommy ingat abang yang gatal nak kahwin dengan Azura," El menduga lagi. Tangannya menarik tangan Hana sambil menciumnya. Cemburu tak nak mengaku. Dah sayang pada aku pun tak nak mengaku. Takpe, biar aku je tunjuk aku sayang pada dia.
'Sungguh sayang, abang dah sayang dan cintakan sayang,' detik hati El sambil matanya mengerling ke wajah Hana.
"Okay. Nanti saya ajak mommy dengan semua orang pergi pinang Azura untuk abang," balas Hana sambil menarik semula tangannya dari pegangan El. Tapi, genggaman El yang kuat membuatkan Hana gagal menarik tangannya. Oh, tak nak lepas tangan aku ye. Hana cuba bangun dan menarik tangannya sekali lagi.
"Nak pergi mana? Teman abang sini," El menarik semula tangan Hana dan memaksa Hana untuk duduk semula.
"Sakitlah! Lepas dulu tangan saya dan jangan cium-cium saya, saya tak suka. Seram!" balas Hana tegas. Dia merenung tajam muka El yang masih tersengih-sengih kepadanya. Apahal dia ni. Gatal semacam. Kalau kemaruk sangat dekat Azura, jangan sampai aku pun nak kena layan gatal kau.
"Apa yang seramnya? Abang bukan hantu. Lagipun, apasalahnya abang cium isteri sendiri? Tak pernah dengar ek ustaz cakap, cium isteri dapat pahala, peluk isteri dapat pahala, tengok isteri dapat pahala, 'bersama' isteri lagi banyak dapat pahala," El mengusik Hana lagi. Senyumannya tak lekang dari wajahnya apabila melihat muka Hana kembali merona kemerahan.
"Teman abang. This is command," El membuat muka serius supaya Hana mengikut katanya.
Dengan wajah mencuka dan terpaksa, Hana kembali duduk sambil menarik tangan dari pegangan El. Suasana sunyi seketika.
Beberapa minit kemudian, deringan telefon bimbit Hana memecahkan kesunyian. Hana membaca nama yang tertera di telefon bimbitnya.
'Panjang umur. Tapi, apahal dia call aku. Kenapa tak call je nombor boyfriend dia,' Hana membebel dalam hati sambil melihat sekilas ke wajah El yang sedang kusyuk menonton television.
"Your girlfriend," Hana menghulurkan telefon bimbitnya kepada El.
"A'ah laa. Girlfriend abang call," El mengejek ayat Hana. Tapi, sedikit pun telefon bimbit itu tidak di sambut oleh El. El kembali melihat skrin television. Menumpukan sepenuh perhatian pada drama aksi yang sedang dipaparkan.
"Jawablah," Hana memaksa El untuk menjawab panggilan telefon tersebut. Sudahlah call handphone aku. Tak nak jawab pula.
"Tak manis kalau abang yang jawab. Sayang jawablah. Boleh tanya pasal pinangan sekali," sindir El lagi. Nak sangat suruh aku kahwinkan. Mata El masih tertumpu pada skrin television. Kali ini wajahnya agak serius.
"Hello Azura," terus Hana menjawab panggilan tersebut. Malas mahu bertegang urat dengan El yang sengaja menyakitkan hatinya.
"El mana? I called his phone banyak kali dia tak jawab. It's he okay? I ada urgent thing nak cakap dengan dia," kedengaran suara Azura di corong telefon. Ada sedikit kerisauan pada nada suaranya.
"Kejap ye," Hana menyerahkan telefon bimbitnya kepada El sekali lagi. Namun sedikit pun El tidak menoleh ke arah Hana.
"She's worried about you," Hana cuba memujuk El. Namun, El tetap tidak menyambut panggilan tersebut malah dia hanya menoleh dan tersenyum pada Hana. Kemudian matanya kembali kepada skrin television. Hana menarik nafas berat.
'Ni mesti bergaduh ni. Tu yang tiba-tiba miang dengan aku,' gerutu hati Hana. Aku lagi nak kena menjawab pada girlfriend dia ni.
"Hello Azura. El tadi ada sini. Tapi, dia dah pergi toilet. Tak tahan nak berak dia cakap," dengan selamba Hana menutur kata.
El terus memandang tepat ke muka Hana. Hana hanya senyum mengejek sambil mengangkat kening. El menggigit bibirnya sambil menggeleng kepala selepas mendengar kata-kata Hana kepada Azura tadi.
"Ada apa-apa nak saya pesan pada dia?" sambung Hana. Haa...siapa suruh tak nak jawab.
"It's he okay? Sakit perut kenapa?" soal Azura bertambah cemas.
"Sebab dia ada makan petai tadi. Actually, saya dah pesan jangan makan petai banyak-banyak. Dia tak nak dengar, you know El right. Degil," balas Hana sambil ketawa yang dibuat-buat. Makin bulat mata El memandang Hana. Hana sekali lagi tersenyum sambil mengangkat keningnya kepada El.
"Setahu I El tak makan petai. Takpa lah. Nanti kalau dia dah okay. Suruh dia call I. I have something urgent nak discuss dengan El. Anyway, thanks," balas Azura.
"Okay. I will. Bye," balas Hana. Talian dimatikan. Hana memandang sekilas wajah El. Apahal pandang-pandang. Siapa suruh tak nak jawab tadi. Aku goreng je la pasal kau.
"What?" soal Hana apabila mata El masih memandangnya sambil tersenyum geram.
"Berak?? Takda ke perkataan yang elok sikit sayang nak sebut?" soal El dengan muka yang menahan ketawa. Ya Allah, isteri aku ni. Nakal boleh tahan. Saja nak kenakan aku lah tu.
"Siapa suruh tak nak jawab phoneBoleh tak, next time kalau korang bergaduh jangan libatkan saya?" bebel Hana geram dengan El yang sengaja tidak mahu menjawab panggilan telefon Azura.
"Yang sayang tu next time use the proper words please. Just tell her i'm in the toilet. Bukannya tell in detail abang pergi berak makan petai and etc etc semua. Saje nak kenakan abang yee," El ketawa sambil tangannya cuba mengeletek pinggang Hana. Geram sungguh dengan isteri aku ni. Saje nak kenakan aku. Nakal kemain lagi. Nakal-nakal pun comel. Eh, betul aku dah kemaruk sangat dengan isteri sendiri ni.
"Janganlah..," Hana cuba menghalang tangan El dari menggeletek pinggangnya. Aku buka jurus silat tanpa bayang kang baru dia tahu. Main geletek-geletek pula.
"Apa jangan? Sayang kenakan abang kan? Abang nak geletek juga," El tidak mempedulikan kata-kata Hana sambil tangannya pantas mencari ruang untuk menggeletek pinggang Hana.
"Janganlah.. Jangan!! El!!" jerit Hana sambil cuba menepis tangan El. Tanpa disedari, tangan Hana telah memukul pipi El. Terus El berhenti dari perbuatannya. El menggosok pipinya yang terasa sakit.
"Sayang tampar abang??" El membuat muka serius. Dia tahu hana tidak sengaja. Tetapi, El sengaja mahu Hana rasa bersalah atas perbuatannya.
"Sorry. Saya tak sengaja. Siapa suruh geletek saya?" rasa bersalah menyerbu di hati Hana. muka Hana kelihatan terkejut. Dia sendiri tidak sangka yang tangannya akan hinggap di pipi El.
"Adoi, sakitnya. Sampai hati sayang tampar abang," El membuat muka kesian sambil menggosok-gosok pipinya.
"Saya minta maaf. Saya tak sengaja," balas Hana sambil merapati El. Pipi El yang di tampar tadi di pegang dan digosok perlahan.
"Sorry. Sumpah saya tak sengaja," berkali-kali Hana mengucapkan kata maaf setelah melihat El hanya mendiamkan diri.
"Abang, sorry," rayu Hana. Ya Allah, jadi isteri derhaka pula aku ni tampar muka suami sendiri.
"Abang boleh maafkan sayang. Tapi, dengan satu syarat," El merenung tepat ke mata Hana. Ketika itu jarak wajah mereka hanya sejengkal. Dengan jarak yang sebegitu membuatkan Hana gelisah dan sesak dada. Semakin berdebar jantung Hana apabila El mula memegang tangannya yang sedang menyentuh pipi El. Hana kaku disitu.
"Syarat apa?" soal Hana menundukkan wajahnya ke bawah. Tak sanggup nak bertentang mata dengan El.
"Jom buat pahala," El terus menarik tangan Hana naik ke bilik mereka. Hana akur dan membontoti El yang memegang erat tangannya.


Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh