Bab 2

JAM menunjukkan pukul dua petang. Mereka telah pun sampai di rumah El. Sepanjang perjalanan mereka lamgsung tidak berbual. Sepatah kata pun tidak keluar dari mulut lelaki itu. Hanya suara radio menemani perjalanan mereka.

Masuk sahaja ke dalam rumah, El berdiri di satu sudut sambil memeluk tubuh. Matanya memandang sekilas ke arah Hana. "Rumah ni ada tiga bilik kosong, dua di atas, satu lagi di bawah. Bilik bawah kecil sikit, dekat dapur tu. You pilihlah bilik mana you selesa nak duduk. Except my room," El berterus terang dengan Hana bahawa dia tidak selesa untuk tidur sebilik dengan wanita itu. Dia tahu Hana juga merasa perkara yang sama. Jadi, dia beri Hana peluang untuk membuat pilihan.

"Cuma kalau siapa-siapa datang dan tidur di rumah ni, you kena pindah sementara di bilik I," tambah El lagi.

Nak pula kalau mommy dengan abah datang. They will kill me kalau tahu kami tidak tidur sebilik.

"Saya tidur bilik bawah je," jawab Hana sedikit lega. Nasib baik dia bagi aku pilih bilik sendiri. Bisik hati kecil Hana. Lega, sungguh lega dirasakan.

"Up to you. Buat macam rumah sendiri. But, please don't over the limits. My room, my territory. Understand?" Soal El seolah memberi amaran. Sedikit pun El tidak memandang Hana.

"Faham," balas Hana dengan perlahan.

Ingat aku nak sangat masuk bilik kau. Nasib baik aku tumpang rumah kau.

"Seluruh rumah ni you boleh jelajah. But, not my room. Jangan masuk bilik I tanpa izin II tak suka orang luar ceroboh bilik I. Jelas?" Sekali lagi amaran diberi dengan mata yang masih tertumpu pada skrin telefon sejak dari tadi. Jari jemari El pantas menatal telefon bimbitnya.

"Jelas," jawab Hana ringkas.

Menjunjung titah tuanku. Ejek Hana di dalam hati.

Now i know your true colour. Nampak baik depan orang. Tapi, hakikatnya..... Sebal sungguh hati Hana saat ini dengan sikap yang ditunjukkan oleh lelaki itu saat ini. Dia melepaskan satu keluhan yang cukup untuk dengari oleh halwa telinga El. "Why??" Soal El selepas mendengar keluhan dari mulut Hana.

Mengeluh for what reason? Syukur aku bagi kau pilih bilik sendiri dari aku suruh kau balik rumah sewa kau!

"Why what?" Soal Hana terpinga-pinga.

Tiba-tiba tanya kenapa. Gila ke??

"Mengeluh? Why? Sebab I beritahu peraturan rumah I sendiri you mengeluh?" Soal El dengan mata yang mencerlung ke arah Hana. Terkebil-kebil Hana saat disoal sebegitu. Air liur ditelan terasa kesat.

"Takda apa. Saya cuma.. letih," balas Hana cuba berlagak tenang.

Dengar pula dia aku mengeluh!

"If you don't want to stay here, you boleh balik duduk rumah sewa you," selamba sahaja El menutur kata. Dia tahu, Hana mengeluh dengan amaran yang diberikan olehnya sebentar tadi.

Letih apanya, aku yang drive tadi. Bebel El di dalam hati. Tanpa menunggu, dia terus naik ke bilik meninggalkan Hana temangu sendirian di situ.

Hana terkebil-kebil melihat El berlalu pergi dari situ. Nafas ditarik dalam-dalam. "Rileks Hana, rileks. Hormati tuan rumah. Fuh, sabarlah wahai hati." Pujuk Hana kepada dirinya sendiri. Setelah itu, dia terus melangkah masuk ke bilik yang menjadi pilihannya tadi.

Iye, memang kecil. Tapi, dekat dengan dapur, dekat dengan bilik air dan..... bersepah. Banyak juga yang perlu dikemaskan. Hana mengeluh perlahan.

"Aku nak tidur atas apa ni? Nak tanya takut kena marah," gumamnya sendiri.

Nantilah tanya. Harap janganlah dia laser kan aku lagi. Membebel macam perempuan!

Kemudian, Hana memulakan kerja-kerja pengemasan. Hampir dua jam masa yang diambil bagi memastikan bilik itu bersih dan akhirnya selesai. Dia tersenyum sendiri apabila melihat bilik itu sudah boleh dia gunakan. Puas hati!

"Ambil toto dekat rumah sewa je lah. Nasib baik barang aku tak banyak sangat," gumam Hana sendiri. "Minta tolong Kak Wana lah," tambah Hana lagi.

Wana, teman serumah Hana sejak dia mula bekerja sehingga kini. Itulah satu-satunya kawan yang dia percaya di kotaraya ini. Tentang perkahwinan secara tiba-tiba itu, sudah pun dia maklumkan kepada Wana. Hana dengan panjang lebar menceritakan apa yang berlaku melalui kiriman mesej kepada Wana. Pada awalnya, Wana sangat terkejut saat mendengar berita itu. Namun, akhirnya, Wana faham dan dia menerima berita itu dengan hati yang terbuka.

Hana termenung seketika, kemudian, telefon bimbit dicapai. Lantas, dia mendail nombor telefon Wana.

"Assalamualaikum... Dah balik KL ke?" Soal Wana sudah tidak sabar-sabar ingin bercakap dengan Hana.

"Waa'laikumsalam.. A'ah.. Pukul dua tadi sampai KL. Saya ada dekat rumah Encik El ni. Esok ingat nak balik rumah sewa, ambil barang-barang saya la kak," kata Hana sambil menyandarkan tubuhnya ke dinding bilik. Pintu ditolak rapat dengan hujung kaki apabila terdengar bunyi derapan kaki di ruangan dapur.

Mesti tuan rumah. Bunyi tapak kaki pun boleh buat orang menyampah! Hana mencebik bibir sambil menjeling geram ke arah pintu.

"Boleh. Pukul berapa? Dah takdelah kawan serumah akak lepas ni. Eh, lupa pula nak ucap. Selamat pengantin baru," balas Wana sambil ketawa kecil.

Kahwin dah adik aku ni.

"Eeemmmm.. Terima kasih," lambat-lambat Hana membalas. Jujur dia tidak suka mendengar ucapan itu. Tetapi, dia tetap menyambutnya dengan baik dan tidak mahu orang lain berkecil hati. "Esok dalam pukul enam lebih. After office hour. Saya naik grab ke sana," tambah Hana lagi.

"Okay. Husband tak ikut ke?" Soal Wana mengusik.

Hana tarik muka masam walaupun Wana tidak nampak riak wajahnya. Dia tidak suka nama lelaki itu disebut dalam perbualan mereka.

"Akakk.... Dia tak anggap saya isteri dia pun," balas Hana sedikit sebak. Namun, perasaan itu cuba disembunyikan.

El tak suka akulah!

"Yelah.. Yelah.. Akak bergurau je. Ada apa-apa nak akak tolong tak?" Soal Wana.

Usik sikit pun tak boleh. Mula-mula tak suka. Lama-lama nanti berkepit 24 jam. Gerutu hati Wana.

"Tu lah. Nak minta tolong akak hantar balik rumah je. Boleh?" Hana memicit lehernya yang agak lenguh dengan telapak tangan. "Boleh adik ku sayang," balas Wana dengan ikhlas. Wana sangat sayangkan Hana. Dia sudah menganggap Hana seperti adiknya sendiri. Mereka sentiasa bersama dikala susah dan senang.

"Terima kasih akak manis. Nanti, mesti rindu nak gosip dengan akak. Akak, terima kasih tau, bagi saya menyewa. Sewa murah sangat. Tempat lain tak dapat sewa harga akak tu," tutur Hana dengan nada yang sayu. Hampir dua tahun Hana menyewa di rumah milik Wana. Pasti dia akan merindui suasana rumah sewa dan teman serumahnya itu.

"Akak sewakan pun sebab nak peneman. Sedih akak dah takde kawan kat rumah ni," Wana turut berasa sedih. Matanya berkaca.

"Saya sebenarnya tak nak duduk sini. Tapi, Encik El takut nanti sampai ke telinga mommy dia," jelas Hana.

Ikutkan hati memang aku tak nak tinggal di rumah ni. Dengan tuan rumah berlagak nak mati. Macam aku heran sangat nak masuk bilik dia. Simpan dadah ke apa?!

Hampir sejam mereka berbual dan tidak lama selepas itu, perbualan di tamatkan. Hana merenggangkan tubuhnya sambil mata melihat jam di tangan.

"Dah masuk asar. Solatlah." Dia keluar dari bilik dengan tudung masih melekat di kepala. Terasa janggal dan kekok untuk membuka tudung di dalam rumah itu.

Selesai mengambil wuduk, Hana keluar semula dari kamar mandi. Dia terkejut apabila melihat El sedang duduk di meja makan dapur.

"Kenapa? Terkejut? I memang selalu duduk dekat meja ni. You tu dalam rumah pakai tudung apa hal? Takde lelaki lain dalam rumah ni. Buka tudung tu," keras ayat yang meluncur keluar dari mulut El.

Mazhab mana kau pakai? Dalam rumah pakai tudung! Bentak El di dalam hati.

Eeeiii.. dia ni. Ya Allah, Kau bagi aku kesabaran dengan wuduk yang aku ambil ni. Sesungguh Kau bersama orang-orang yang sabar. Doa Hana di dalam hati. Ketika ini, hatinya seakan menggelegak menahan marah.

Malas mahu berbalah dengan manusia putus fius macam si El ni!

"Esok lepas habis kerja saya nak ke rumah sewa saya. Ambil barang-barang saya," tutur Hana meminta izin.

El kerut dahi. "Don't tell me what are you going to doI tak nak tahu pun. Oh, dengan I takde istilah minta izin. You buat apa you suka, I buat apa I suka," balas El selamba. "And one more thing. Dalam rumah ni, tolong tanggal benda atas kepala you tu. Jangan alim tak tentu arah," tambah El dengan kasar. Lantas dia bangun dan meninggalkan Hana termangu sekali lagi. Hana mendengus perlahan. Wajah terasa membahang. Geram sungguh dirasakan dengan sikap El yang suka membebel tak tentu pasal itu. Hatinya sebal.

Dia lupa ke yang dia merayu aku supaya tolong dia. Apa hal gaya macam aku pula dah paksa dia kahwin dengan aku? Bentak Hana di dalam hati.

Dasar lupa diri! Masa minta tolong macam apa tah muka kau! Sekarang kau layan aku macam sampah pula!

Hana masuk semula ke biliknya dengan hati yang masih panas. Nafas ditarik dalam-dalam cuba menenangkan diri sendiri. Telekung di sarung ke tubuh. Berkali-kali wajah diraup. Masih belum hilang geramnya pada El.



USAI menunaikan solat asar, Hana duduk termenung melihat sekeliling bilik yang kosong itu. Bilik kecil yang akan menjadi dunia barunya. Dia melepaskan keluhan berat.

Apa nak jadi dengan aku ni. Sampai bila semua ni akan berakhir? Baru sehari aku hadap perangai El, aku dah tak tahan! Getus hatinya.

Sikap lelaki itu sangat berbeza ketika bekerja. Jika ikutkan El seorang yang mesra dan baik. Mungkin kerana Azura sentiasa ada bersamanya sebelum ini. Orang kata cinta boleh buat seseorang berubah.

"Aku rasa mungkin sebab Azura tinggalkan dia, dia jadi macam ni. Asyik nak marah. Macam perempuan manopause gayanya," gumam Hana sendiri.

Setelah agak lama Hana duduk di dalam bilik, dia pun keluar menuju ke ruang tamu. Kelihatan El sedang menonton televisyen sambil melihat telefon bimbitnya berkali-kali. Pasti lelaki itu sedang menanti panggilan telefon dari Azura. Masih mengharap!

Esok, El akan mengumumkan tentang perkahwinan mereka di pejabat. Entah apa reaksi pekerja-pekerja El nanti. Mereka pasti terkejut kerana setahu mereka, El memang mahu berkahwin, tetapi dengan Azura, bukan Hana. Pasti pelbagai spekulasi yang akan tersebar di dalam pejabat itu nanti. Nama Hana akan menjadi bualan hangat. Mereka pasti menuduh Hana perampas. Dengan status Hana sebagai janda, mereka akan memandang serong terhadap Hana.

"Tercegat apa dekat situ? Kalau nak tengok TV, duduk je lah. Tak kena bayar pun," kata El setelah terpandang Hana tercegat tidak jauh dari ruang tamu.

Aku tak tahulah kenapa aku keluar dari bilik. Memang aku saja meminta kena marah dengan dia ni kot. Hana membebel pada dirinya sendiri di dalam hati. Dan.. tudung masih tersarung dikepalanya. Yelah, memang meminta sangat.

"Kan I cakap. Tolong tanggal...," belum sempat El menghabiskan kata-katanya, Hana terus menarik tudung dari kepala dengan pantas. Rambut ikal mayang melepasi bahu itu yang menutupi wajahnya dibetulkan dan diikat kemas.

El terpaku seketika saat melihat Hana tanpa tudung buat pertama kalinya.

Cantik! Itu sahaja yang terdetik di hati El tika ini.

No.. No.. No.. Azura more beautiful and sexy then her. Come on El, stay focus on Azura.

Lantas El terus mengalih pandangannya semula ke arah televisyen.

Nasib baik dia tak perasan aku tengok dia!

"Eemm... Encik nak saya masak apa?" Soal Hana.

Eeiii... Lain betul rasa bila buka tudung depan dia ni. Hana merasa tidak selesa. Tetapi, mahu tidak mahu dia terpaksa.

"Tak payah masak. Takde apa pun dalam peti ais tu. Order je," balas El tanpa memandang Hana. Matanya ditumpukan sepenuhnya ke skrin televisyen. Sedaya upaya dia menahan dirinya dari melihat wanita itu. Walaupun hatinya meronta-ronta untuk menoleh sekali lagi pada Hana. Dia cuba menahan gejolak di dalam hatinya saat ini.

Tahan El!

"Encik nak saya order kan ke?" Soal Hana.

Baguslah tak payah aku masak.

"Please stop calling me encik. Ni bukan office. Ni rumah. Kalau depan mommy dengan abah, tak kan nak panggil encik juga? Change it to better name. El ke, Elyas ke, whatever sound good," bebel El lagi.

Hana terkedu. Nafas digali dalam-dalam. "What do you prefer me to call you?" Soal Hana.

Nanti kalau aku sendiri yang sebut ada je tak kena. Dahlah mulut dia harini tahap nak membebel je. Macam pop corn. Meletup-meletup dari tadi.

"El better," balas El ringkas. Kelihatan Hana mengangguk tanda faham.

"Biar I orderYou nak makan apa?" Soal El sambil membuka aplikasi tempahan makanan.

"Saya tak nak makan," jawab Hana ringkas.

"Kenapa?" Soal El sambil membawa matanya ke wajah Hana.

Iye, cantik! Detik hati El sekali lagi. El menarik nafas dalam dan cuba untuk kembali fokus pada perbualan mereka.

"Saya dah kenyang. Kalau takde apa-apa, saya masuk bilik dulu," ujar Hana. Dia perasaan akan renungan El. Agak berbeza sewaktu mata lelaki itu melekat padanya. Dia jadi tidak selesa untuk berlama-lama di situ. Lebih baik dia angkat kaki masuk ke bilik.

"Kalau macam tu malam nanti baru order makanan," balas El sambil meletak kembali telefon bimbit ke meja.

"Duduk sini kejap. Ada benda I nak cakap dengan you," arah El.

Sudah. Ada je la aku nak kena marah kejap lagi ni. Getus hati Hana. Dengan langkah berat, Hana berjalan menuju ke sofa ruang tamu dan duduk disitu.

"Mommy call tadi. Jumaat after office hour, kita terus balik rumah mommy. Sebab malam tu mommy suruh fitting baju sanding," jelas El dengan mata yang masih melekat ke kaca televisyen. Hana hanya mengangguk-angguk tanda faham.

"Alright. Anything else?" Soal Hana. Dia tidak betah berlama-lama di situ.

"And tomorrow. I will tell all the staff about us. So, prepare your mental. It will be your nightmare" El memberi amaran kepada Hana tentang apa yang bakal terjadi esok. Dia mengukir senyum jahat.

"I will," balas Hana cuba berlagak tenang.

Ingat aku takut sangat ke? Mulut orang memang tak boleh tutup. Tapi boleh tumbuk!

"Owh.. Memang dah biasa kena kecam la ni? So, tak kisah sangatlah kalau esok ramai mengata you?" El dengan sengaja membangkitkan rasa tidak selesa pada Hana.

Owh, confident... Esok orang dah start kecam kau, menangis nanti!

Dia ni kenapa ek? Dalam kereta tadi kau punya mulut kemain berat nak bercakap. Ni kemain ringan lagi. Seringan tangan aku ni nak menyumbat mulut dia dengan penumbuk. Bebel Hana di dalam hati.

"Kalau orang nak mengata, saya tak boleh nak buat apa. Mulut orangkan," selamba Hana membalas. Geram dengan amaran seperti itu.

"Alright. We'll see. Good luck!" Balas El sambil tersenyum sinis.

Tahan ke kau dengan kecaman orang? Staff aku level membawang jenis pro punya!

"Kalau takde apa-apa lagi, saya masuk bilik dulu," melihat El diam dan tidak memberi balasan, Hana terus melangkah menuju ke bilik.

Sebaik sahaja dia berada di ruangan biliknya, Hana duduk menyandar ke dinding. "Ada ke benda tu yang kau cakap dengan aku. Tanya la pasal bilik ni. Selesa ke tak? Cukup ke barang dalam bilik? Tilam bantal semua ada ke takde?" Bebel Hana sendiri. Dia mendengus geram.

"Tak sampai sehari aku duduk dekat sini. Terseksanya rasaa.... Ya Allah, tolonglah aku," Hana menangis sambil merebahkan kepala ke lantai dengan hanya berbantalkan lengannya.

Hari ini dirasakan sangat panjang buatnya. Tidak pasti bila semuanya akan berakhir. Perjalanan yang sungguh menyeksa dan menyesakkan dada. Dia berharap agar dia mampu bertahan untuk beberapa ketika.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh