Bab 31

SEPERTI yang telah dijanjikan, Hana tiba di pejabat El tepat pada waktunya. Dia tarik nafas dalam sebelum melangkah masuk ke pejabat El. Hatinya berdebar hebat. Namun, cuba dikawal sebaik mungkin. Segala kenangan sewaktu bekerja di situ, kembali menerjah fikirannya satu per satu. Bibirnya mengukir senyum pahit.

Rileks Hana. You can do it!! Detik Hana di dalam hati memberi semangat kepada dirinya sendiri. Dengan langkah yang yakin, Hana masuk ke dalam.

Sebaik sahaja Hana ada diruangan itu, beberapa staff mengerumuni Hana. "Hana!!! I miss you so much. Kurusnya you. Sakit ke?" soal Jess dengan nada yang bimbang.

"Taklah. I diet," balas Hana dengan nada gurauan. Ya, selepas berpisah dengan El, berat badannya mendadak turun. Dia hampir kemurungan. Mujur Hariz dan Wana banyak membantu dari segi emosi.

"Makin cantik kau, Na. Bolehlah aku masuk jarum pula," usik Ahmad disusuli dengan gelak tawa dari staff yang lain. Berita mengenai penceraian Hana dan El telah diketahui oleh mereka. Mungkin pelbagai spekulasi telah dibincangkan setahun yang lalu.

"Kau buat apa datang sini, Na?" soal Aizat agak pelik.

"Aku ada appoinment dengan Encik El. Abang aku joint venture dengan company ni. Projek besar dekat Putrajaya tu," jelas Hana. Dia tidak mahu mereka salah faham dengan kehadirannya disitu. "Oh!" balas Aizat sambil menganggukkan tanda mengerti.

"Eh, okay lah. Aku nak pergi jumpa Encik El," ujar Hana. Dia tetap menghormati El di hadapan semua orang. Dia tidak mahu berkata buruk tentang El. Dia mahu bersikap professional.

Dengan langkah yang tenang, Hana menuju ke arah bilik El. Sebelum mengetuk pintu bilik itu, Hana tarik nafas sedalam-dalamnya dan dihela perlahan. Entah mengapa hatinya berdebar-debar yang teramat sangat. Namun, dia harus mengawal emosinya supaya perjumpaan bersama El itu berjalan lancar.

"Hai, Hana," belum sempat Hana mengetuk pintu bilik El, Ikram menyapanya. Segera Hana menoleh pada Ikram yang sudah pun berdiri dibelakangnya.

"Hai, Ikram," balas Hana sambil tersenyum. "Dah lama sampai?" soal Ikram.

"Baru je sampai," balas Hana.

"You nak bincang pasal projek dekat Putrajaya tu kan?" soal Ikram cuba mendapatkan kepastian.

"Ya, betul," balas Hana ringkas. "Kalau macam tu, jom bincang dekat bilik I," ajak Ikram sambil berjalan menuju ke biliknya.

Hana terpinga seketika. Tetapi, dia tetap membuntuti Ikram. Dia fikir, mungkin El sudah menunggu di bilik Ikram.

Takpa la, takdalah janggal sangat kalau Ikram ada sekali. Detik hati Hana sedikit lega.

Masuk sahaja ke ruangan itu, Hana mencari kelibat El. Gelagat Hana disedari oleh Ikram. Ikram kulum senyum. Dia tahu Hana sedang mencari El. "El tak dapat jumpa you. Dia ada client lain. So, you bincang dengan I je lah," jelas Ikram bersahaja. "Oh, okay boleh," balas Hana cuba mengawal perasaannya.

Ada client ke, tak nak berjumpa dengan aku? Ingat aku terhegeh-hegeh sangat nak jumpa kau? Takpa lah, tak payahlah tengok muka dia! Bebel hati kecil Hana. Geram.

"Sebelum kita start... How are you?" soal Ikram sambil tersenyum nipis.

"As you can see. I'm fine and thank you. Awak sihat?" soal Hana sekadar berbahasa.

"Sihat alhamdulillah," balas Ikram. Lalu dia membelek fail projek tersebut yang sudah pun ada di atas meja.

"So, can we start?" Hana mengeluarkan segala kertas kerja dan cadangan dan diletakkan di atas meja. "Sure," balas Ikram.


SETELAH hampir sejam mereka berbincang. Tiba-tiba pintu bilik Ikram dibuka seseorang. Hana turut menoleh ke belakang. Jantungnya seakan terhenti apabila melihat susuk tubuh yang sudah setahun tidak ditemui itu.

"Sorry. Tadi I ada client," ujar El bersahaja. Dia merenung Hana. Sungguh aku rindu kau. Terlalu rindu. Tapi, kita dah punya batas. Kau bukan milik aku lagi, Hana.

"Takpa. Saya dah bincang dengan Encik Ikram," balas Hana cuba bertenang. Jantungnya berdegup lebih laju dari tadi. Dada juga tiba-tiba terasa sesak. Hana cuba mengawal emosinya. Muka El yang kelihatan cengkung itu membuatkan Hana sayu. Namun riak wajahnya lelaki itu nampak tenang.

"Kalau macam tu, nanti I akan tanya Ikram detail discussionSo, boleh teruskan discuss," ujar El. Cepat-cepat dia mengalih pandangan daripada melihat pada Hana. Lantas, telefon bimbit di dalam genggamannya ditatap. Sungguh dia terseksa melihat wajah yang dulu dia boleh kucup dan sentuh, kini, semua itu telah terbatas.

"Kau ada hal lain ke, El? Kalau tak, kau continue la dengan Hana," kata Ikram.

"Aku nak jumpa someone. Kau teruskan. Next meeting aku handle," jawab El tanpa memandang pada wajah Ikram.

"Alright. Jumpa buah hati ke?" Sengaja Ikram mengusik. Dia ingin melihat reaksi Hana.

"Takda lah. Hal kerja," balas El seolah berselindung. Matanya kembali melihat telefon bimbitnya.

"Got to go. Sorry, Cik Hana. Next meeting kita jumpa," ujar El sopan. Lantas dia menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam saku seluar sambil diperhatikan oleh Ikram.

"Aaa... Okay," balas Hana dengan nada yang tersekat-sekat. Jantungnya seakan terhenti apabila Ikram menyebut tentang buah hati El. Dah ada buah hati rupanya. Iiiisshhh.. Apa aku fikir ni. Move on Hana! Move on! Gerutu hati kecilnya.

Lantas El keluar dari ruangan itu. Dia berjalan menuju ke biliknya. Sebaik sahaja berada di ruangan pejabat miliknya, El mengambil segelas air lalu diteguk dengan rakus. Jantungnya berdegup kencang. Dia duduk dan cuba bertenang. Wajah diraup kasar.

Melihat wajah Hana membuat El tak keruan. Hatinya sebak memikirkan pengakhiran hubungan mereka. Walaupun telah setahun berlalu, tetapi dirasakan baru semalam semua itu terjadi.

Sewaktu dia melafazkan cerai di mahkamah, dia merenung wajah Hana yang tidak lagi menjadi isterinya. Itu yang Hana sendiri mahu. Dia tidak ingin terus menyeksa Hana jika wanita itu tidak bahagia bersamanya.

El tarik nafas dalam cuba melonggarkan dadanya yang terasa sesak itu. Tidak berapa lama kemudian, pintu bilik El diketuk. Setelah El memberi kebenaran, Ikram masuk dengan membawa fail projek yang dibincangkan bersama Hana itu tadi.

"Kau okay tak ni?" soal Ikram apabila melihat wajah El yang tidak bersemangat itu. Dia tahu El terseksa melihat Hana.
"Tak," balas El jujur.

"Kalau kau rasa tak okay, kau rehatlah dulu. Tenangkan fikiran," Ikram memberi cadangan. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menolong El. Dia merasakan El dan Hana masing-masing terseksa. Tetapi, disebabkan ego mereka sendiri, segalanya berakhir dengan perpisahan.

"Kau bagilah aku fail projek tu. Nanti aku tengok," ujar El tanpa memandang wajah Ikram.

"El, kalau kau masih sayangkan Hana, cubalah pujuk dia," kata Ikram. Dia kasihan melihat El. Sepanjang setahun El berpisah dengan Hana, El tidak lagi seperti dulu. El banyak menghabiskan masa di pejabat. Menyibukkan diri dengan kerja-kerja.

"She's don't love me, Ikram. Buat apa aku nak paksa hati orang. It's won't work!" balas El. Dia tidak mahu memaksa Hana menyukainya. Cukuplah Hana terseksa bersama dia sebelum ini. Biarlah Hana memilih jalan bahagianya sendiri.

"Cara dia tengok kau tadi, aku tahu dia masih sayangkan kau," pujuk Ikram. Dia mahu melihat sahabatnya itu bahagia semula. Dan dia mahukan El yang dulu.

"No. Jangan bagi aku harapan. Aku dah tak mengharap apa-apa dari dia," balas El. "Dia tak bahagia dengan aku," tambah El lagi.

Wajah El kembali suram. Air matanya ditahan daripada mengalir. Tidak pernah dirasakan seteruk ini perasaannya. Hilang segala semangat selepas bertemu dengan wanita itu tadi. Setahun dia mengumpul semangatnya. Namun, sekelip mata semuanya hilang apabila dia bertemu kembali dengan wanita itu.

"Takpa la, El. Aku tak paksa kau. Lepas ni, kalau kau masih tak boleh nak jumpa Hana atau berurusan dengan dia, kau beritahu aku. Biar aku berurusan dengan dia," pesan Ikram. Dia tahu El kecewa yang teramat sangat dengan apa yang berlaku. Tidak pernah dia melihat El sekecewa ini.

"Tengoklah macam mana. Anyway, thanks bro," balas El sambil mengesat matanya. Keluhan berat dilepaskan. Terasa beban yang dulu kini kembali menyinggah dihati.

"Aku tak dapat tolong kau banyak, El. Cuma aku harap kau jadi macam dulu. Lelaki yang bersemangat. I'll miss the old El, bro," kata Ikram sambil tersenyum cuba memberi semangat pada sahabatnya itu.

"I need time. Kau doakan aku Ikram. Seriously, i'm really down," El mengeluh lagi. Akhirnya, jatuh juga air mata lelakinya. Sungguh, dia terseksa dengan apa yang berlaku. Beban perasaan yang dirasakan terlalu berat untuk dia tanggung.

"Aku tahu kau kuat. Aku doakan kau akan bahagia semula walau dengan siapa pun," Ikram sedih melihat El begitu. Pertama kali dalam hidupnya, dia melihat El bersedih sebegini. Tersungkur sungguh dirasakan sahabatnya itu kali ini.

"Thanks, bro," ucap El sambil mengesat air matanya. Dia terus membelek fail yang diberikan oleh Ikram itu tadi. "So, bila boleh mula projek ni?" soalnya.

"Next meeting, baru kita decide. Sebab Hana akan bincang dengan Hariz dulu," jawab Ikram.

"Okay. Harap semuanya berjalan lancar. After projek ni selesai, mungkin aku perlu bantu lagi company Hariz, sampai dia boleh handle sendiri projek-projek besar lepas ni," ujar El dengan serius. "So, nak tak nak, aku tetap kena hadap Hana," tambah El sambil melepaskan keluhan yang berat.

"Betul tu. You can do it, bro," ucap Ikram memberi semangat.

"Okaylah, El. Aku keluar dulu," kata Ikram. El hanya menganggukkan.
Sebaik sahaja Ikram keluar dari situ, El merenung nama yang ada di atas file. Nama yang cukup dia rindui. Nama yang pernah dia akad menjadi isteri dan nama yang pernah dia lafazkan perpisahan di mahkamah. Nama wanita yang sudah setahun dia rindui.

Hana...

Bahagia ke kau sekarang tanpa aku? Detik hati El. Dia menyandar ke dada kerusi. Menarik nafas sedalamnya cuab menenangkan dada yang masih terasa sesak itu.


DENGAN langkah yang besar, Hana berjalan menuju ke arah keretanya. Masuk sahaja ke dalam perut kereta, dia termenung. Wajah lelaki itu mula bermain difikirannya. Dia tak rindu pada aku ke? Dadanya mula terasa sempit

Enjin kereta masih tidak dihidupkan. Nafas Hana seakan tersekat dikerongkong. Tangannya mula menggigil hebat. Stereng kereta digenggam dengan erat. Lalu, dahinya berlabuh di situ. Air mata mengalir deras dan esakan mula kedengaran.

"Abang.. Saya rindu abang," tangis Hana sendiri. Hatinya pedih dan perit melihat wajah lelaki itu sebentar tadi. Sebelum ini dirasakan dia sudah cukup bersedia untuk menghadapi El. Namun, ternyata sangkaannya salah. Dia masih rapuh dengan perasaan sendiri. Dia masih belum kuat untuk bertemu El.

Segala kenangan bersama lelaki itu berputar diminda. Kemesraan dan kasih sayang yang pernah El curahkan, bermain difikiran Hana.

Nafas digali dalam cuba menenangkan hatinya. Air mata dikesat dengan telapak tangan. Aku kena kuat! Aku boleh hadapi semua ni. Aku mesti boleh! Tegasnya di dalam hati.

Kemudian, enjin kereta dihidupkan dan dia memandau pulang ke pejabat.

Sungguh perpisahan itu terlalu menyeksakan. Terlalu perit untuk ditanggung. Tetapi, masa akan pulihkan segala perasaan. Namun, ia datang kembali setelah si dia muncul di depan mata. Kuatkah aku untuk bertemu muka denganmu? Kuatkah aku menghadapimu?

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.