SUASANA di pejabat menjadi kecoh saat pengumuman dibuat oleh El mengenai perkahwinan antara dia dan Hana. Semua mengucapkan tahniah dengan perasaan antara percaya dan tidak. Ikram juga berdiri di sisi El dan mengesahkan semuanya. Ikram dikira sebagai saksi tidak bergaji buat El dan Hana.
Hana hanya tunduk menekur lantai pejabat. Tidak sanggup dia melihat riak wajah rakan sepejabat yang lain. Ucapan tahniah dari mereka, langsung tidak melegakan jiwa dan raganya. Malah dirasakan seperti mimpi ngeri yang bakal dia terima selepas ini.
Setelah selesai pengumuman, mereka semua kembali ke meja masing-masing meneruskan kerja. Tanpa membuang masa, Hana duduk semula ke tempatnya tanpa mempedulikan orang lain. Dia cuba mengelak untuk bersoal jawab dengan sesiapa pun.
"Hana, seriously I rasa tak percaya you get married with our boss?? Bukan dia dah ada girlfriend ke yang selalu datang sini tu. What is her name? I forgot," Soal Jess, wanita berbangsa india yang duduk berhampiran meja Hana datang bertanyakan tentang hal perkahwinan Hana dan El.
"Azura," balas Hana ringkas sambil tersenyum paksa. Please Jess, jangan tanya lagi. Aku tak tahu nak jawab apa ni. El pun tak explain kenapa kami tiba-tiba berkahwin.
"Oh, yes.. Azura. Bukan sepatutnya mereka yang berkahwin ke? Kenapa tiba-tiba you dengan boss yang kahwin?" Soal Jess dengan bersungguh-sungguh.
"I don't have an answer. Aaa.. Jess, I have a lot of work to do. Kena submit semua by today. Sorry, I tak boleh nak berbual panjang dengan you," Hana cuba mengelak dari terus berbual dengan wanita itu. Dia bimbang terlepas cakap.
"Okay.. I faham. Anyway, selamat pengantin baru. Cepat-cepat dapat baby," ucap Jess sambil tersenyum nakal. Hana hanya membalas usikan Jess dengan senyuman janggal. Kemudian, dia meneruskan kerja-kerjanya semula. Jess pula turut kembali ke meja.
Seorang demi seorang datang ke meja Hana bertanyakan hal yang sama. Dia sudah mengagak dari awal, yang mereka semua akan menyerbu dia untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
Yelah, tak kan nak tanya boss bab gosip kan? Nak pula ia berkaitan dengan boss sendiri. Jadi, yang menjadi mangsanya adalah Hana.
Tidak kurang juga tuduhan yang sampai ke telinganya seperti janda perampas, boss kena mandrem, terlanjur dan sebagainya. Namun, Hana cuba tidak ambil pusing segala tohmahan itu.
Tak lama nanti diamlah diorang ni. Sabarlah wahai hati. Kuatlah. Bertabahlah. Pujuk Hana sendiri. Dia cuba untuk tidak mempedulikan kata-kata orang sekeliling. Walaupun hati sedikit terkesan dengan kata-kata mereka.
Waktu makan tengah hari telah tiba, Hana melihat jam ditangannya. Dia harus keluar lewat sedikit dari staff yang lain. Aku tak tahan. Aku nak minta halfday hari ni. Serabut kepala otak aku nak hadap diorang ni. Hana terus bangun menuju ke bilik El.
Pintu diketuk. Kedengaran dari dalam suara garau El memberi kebenaran untuk masuk. Tombol pintu dipulas. Kemudian, Hana terus melangkah ke dalam ruangan pejabat lelaki itu.
Kelihatan El masih tekun menghadap skrin komputer sambil jarinya menaip sesuatu. Apabila melihat susuk tubuh Hana dengan riak wajah yang serabut, dahi lelaki itu berkerut. "Apahal ni?" Soal El kembali melihat ke skrin komputernya.
Muka macam kucing nak beranak je. Sembelit ke apa? Omel El di dalam hati.
"Saya nak minta halfday hari ni," balas Hana.
Ya Allah, tolonglah lembutkan hati mangkuk ni. Eh, Encik El. Aku serabut sangat dah ni. Sesak nafas sesak dada. Tak sanggup kena asak dengan soalan staff lain.
"Wow!! Baru sehari dua jadi wife boss. You act like, you own the company? Excellent!" Balas El dengan wajah yang bengang.
Masuk bilik aku, minta halfday. Kau ingat kau isteri aku, aku kena ikut je apa kau cakap? No way women!
"Saya minta maaf. Saya tak tahan. Diorang semua asyik tanya pasal kita. Saya serabut tak tahu nak jawab apa. Sampai ada yang cakap... Kita dah... dah terlanjur," balas Hana dengan wajah yang makin serabut.
Kau takpelah. Takde siapa nak tanya. Aku yang kena hadap sorang-sorang.
"Semalam berlagak sangat macam tak kisah langsung. Macam power sangat boleh hadap diorang. I told you before, this will be your nightmare," jawab El dengan senyuman sinis.
"Disebabkan muka you macam kucing nak beranak, I bagi you balik awal. Tapi, kalau lepas ni masih lagi dikelilingi makcik dan pakcik bawang, just handle with care," balas El sambil ketawa mengejek.
Okaylah, kesian juga. Atas dasar dia tolong kahwin dengan aku, aku bagi pelepasan untuk dia balik awal hari ni.
"Terima kasih, Encik El," balas Hana sambil menahan geram di dalam hati.
Kurang asam betul. Ada samakan aku dengan kucing nak beranak??? Aarrgghh.. Dasar!! Handle with care?? Hati aku ni lagi fragile dari mulut-mulut staff yang suka membawang tu. Sama level dengan mulut lelaki depan aku ni.
JAM ditangan dilihat berkali-kali. Sebaik sahaja mendapat pelepasan dari El untuk pulang lebih awal, Hana terus keluar dari pejabat dan menunggu kenderaan awam di tempat yang agak jauh dari pejabatnya.
"Nak pergi mana ni?" Soal Ikram yang kebetulan lalu di kawasan itu.
Kesiannya kau, Hana. Terpaksa menghadap soalan dari staff-staff lain. Gerutu hati Ikram. Dia bersimpati dengan apa yang berlaku pada Hana.
"Saya nak balik. Ada hal sikit," balas Hana cuba tersenyum. Dia mula berasa tidak selesa dengan kehadiran Ikram di situ.
"Balik kampung?" Soal Ikram agak terkejut.
"Eh, tak. Saya nak balik rumah sewa, ambil barang-barang," jawab Hana.
Aku ingat aku je yang blur serabut kepala hari ni. Rupa-rupanya si Ikram ni, tak serabut pun boleh blur. Apahal aku nak balik kampung? Ingat boss kau tu baik hati tiba-tiba nak bagi aku cuti??? Eh, tiba-tiba menyirap hati aku ni. Tengok muka Ikram, teringat muka boss dia. Eh, boss kami. Teringat juga perbualan mereka ketika majlis pernikahan aku dan El tempoh hari. Bertambah sakit pula hati aku ni.
"Oh.. Balik naik apa ni? El tak ikut?" Soal Ikram lagi.
Tak kan El biarkan Hana pergi angkut barang sorang-sorang dekat rumah sewa tu?
"Naik public transport je. Encik El tak ikut. Dia banyak kerja," Hana sudah malas mahu menjawab soalan-soalan Ikram. Kau tahukan yang kawan kau tak kan tolong aku!
"Okaylah. Kereta dah sampai. Saya pergi dulu. Assalamualaikum," Hana terus masuk ke dalam perut kereta. Tubuh disandar ke dada kerusi. Perlahan keluhan dilepaskan. Pandangan di lempar ke luar tingkap.
Sepanjang perjalanan menuju ke rumah sewa, Hana termenung lagi.
Hari ni boleh la lepas. Esok dan hari-hari berikutnya? Hana mengeluh lagi. Dia harus terima apa sahaja yang bakal dia hadapi seorang diri selepas ini.
HANA masuk ke dalam rumah sambil memerhatikan setiap sudut rumah sewanya. Suasana ketika itu agak sunyi kerana Wana masih lagi bekerja. Perlahan kaki di bawa ke bilik. Direbahkan tubuhnya ke atas katil. Pasti dia akan merindui bilik ini dan teman serumahnya, Wana. Tiba-tiba, hatinya diserbu rasa sedih. Segala yang berlaku seakan mimpi dirasakan.
Hana terkenang kembali saat dia bersama arwah Farish. Betapa sayangnya Farish pada Hana. Ya, Hana bahagia dengan perkahwinan sebelum ini. Tetapi, jodoh dan pertemuan telah ditetapkan oleh Tuhan dan dia harus redha.
"Walaupun kita di jodohkan oleh along, abang janji akan sayangkan Hana lebih dari nyawa abang sendiri," ucap Farish ketika mereka berbulan madu di Langkawi suatu tika dulu. Hana merenung mata Farish. Sungguh dia merasakan keikhlasan itu ada di dalam setiap ucapan Farish.
"Terima kasih sebab abang sayang Hana. Hana pun akan cuba jadi isteri yang terbaik buat abang," balas Hana sambil mencium pipi Farish. Farish tersenyum mesra. Pipi isterinya dielus lembut.
Bahagia. Itu sahaja ungkapan yang dapat diucapkan ketika itu. Disayangi dan menyayangi. Tiada kata-kata kasar yang pernah Farish ucapkan kepada Hana. Walaupun hanya setahun perkahwinan mereka kekal. Tetapi, kasih sayang Farish dirasakan masih hidup dalam jiwanya. Namun, Allah lebih sayangkan Farish.
Dada Hana terasa sebak. "Abang, Hana rindu abang....," teresak-esak dia melepaskan tangisan. Benar, dia sangat rindukan arwah suaminya kerana lelaki itu sahaja yang melayan dia dengan baik selain dari Hariz. Akhirnya, Hana terlena sendiri setelah penat menangis.
JAM menunjukkan pukul 5.30 petang. Setelah bangun dari tidur, Hana terus menunaikan solat asar. Usai bersolat, dia pergi ke dapur dan menyediakan makan malam. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Hana menjengah ke skrin telefon bimbitnya. Tertera nama El dan serta merta dia mendengus kasar. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja nombor lelaki itu disekat.
"Apa dia nak ni?" Gumam Hana dengan wajah yang masam mencuka. Pesanan ringkas itu dibaca.
^EL^ Kunci rumah tak bawa. What do you expect me to do? Tunggu you dekat pagar rumah???
Terkebil-kebil mata Hana saat membaca mesej ringkas kiriman lelaki itu. "Adoi, masalah betul la. Macam mana aku boleh lupa bawa kunci rumah?" Bebel Hana sendiri.
Dia ni pun hari-hari memang nak marah aku ke macam mana.
^HANA^ Sorry.
^EL^ Sorry? Itu je yang you tahu? So, now how?
^HANA^ Awak nak keluar ke? Kalau awak nak keluar, awak tinggalkanlah kunci tu dekat jiran sebelah. Nanti saya minta pada dia.
^EL^ I tak kenal jiran sebelah rumah ni. And please jangan bagi idea merepek. I tak pernah bagi kunci rumah I pada orang lain. You adalah orang pertama yang I bagi kunci rumah I and now you lupa nak ambil. Where's your responsibility?
Ya Allah, dia ni kalau membebel dalam mesej pun dahsyat sungguh!!! Bebelnya di dalam hati.
^HANA^ Sorry.
^EL^ AGAIN??? Sorry?? Again and again???
"Aarrghhh.. Stressnya.. Habis tu kau nak aku buat apa??" Bentak Hana geram.
Lantak kau lah! Dekat rumah nak membebel. Dekat ofis nak membebel. Sekarang dalam mesej pun nak membebel. Patut Azura tu lari, tak mahu kahwin dengan dia ni! Azuraaa.... Kenapa kau tinggalkan lelaki saiko ni dengan aku?
Tanpa membalas pesanan ringkas itu, Hana terus menyiapkan makan malam. Malas dia mahu melayan amarah El yang tidak berkesudahan sejak dari semalam lagi.
TEPAT pukul tujuh malam, Wana sampai di rumah. Dia menjengahkan ke dapur sambil menghirup bauan masakan dengan mata yang terpejam. Serta merta perutnya terasa lapar. "Sedapnya bau. Ni kalau masak untuk suami ni, mesti suami sayang lebih," usik Wana sebaik sahaja melihat kelibat Hana di situ. Hana mencebik bibir. "Akak ni, jangan aneh-aneh sangat. Pergi mandi, kita solat maghrib jemaah. Lepas tu, baru makan," ujar Hana sambil tersenyum segaris. "Baiklah...," balas Wana sambil ketawa.
Hana pula menuju ke ruang tamu dan menghenyak punggung ke sofa. Sementara menunggu Wana mandi, dia membuka semula mesej dari telefon bimbitnya. Berderu-deru mesej dari El masuk. Mata dijuling ke atas tanda menyampah. Namun, masih sahaja dia membaca satu persatu mesej itu. Pasti lelaki itu masih belum habis membebel.
^EL^ I rasa I kena buat rules baru. After this, kalau you lupa lagi bawa kunci rumah , I potong gaji you!
^EL^Kenapa tak reply mesej I?
^EL^ Hello, Puan Hana Elyana binti Hashim. Are you there???
^EL^ Fine! Kalau you tak reply wassap I ni, I pecat you!!
^EL^ You're fired!!
Hana menggali nafas dalam-dalam sebelum dia membalas kiriman mesej El yang bebaur kemarahan itu. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan.
^HANA^ Sorry. Saya masak tadi. About the keys, I have no idea. Kalau awak rasa susah, tonight i'll sleep here.
^EL^ Wah..wah..wah... Senangnya solution. Sleep there? I don't think so!
^EL^ I nak keluar. Kunci I tinggalkan dalam peti surat. Kalau you nak ambil, you panjat pagar, ambil kunci dari dalam.
^HANA^ Panjat pagar???
^EL^ Deal. Bye!
"Ada ke suruh aku panjat pagar?? Dia ingat aku ni tarzan ke apa??" Hana seolah tidak percaya El berperangai sebegitu. Selama ini, El nampak normal dan baik. Rupa-rupanya ada fius terputus dalam kepala dia selepas ditinggalkan Azura.
Again!!! Azura, kenapa kau tinggalkan lelaki ni untuk aku??
"Hai, terkumat kamit mulut. Tengah baca jampi ke?" Seloroh Wana. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Hana. Kedengaran keluhan kecil terlepas dari mulut wanita itu.
"Bacalah," Hana menyerahkan telefon bimbitnya pada Wana. Dia malas mahu menerangkan apa yang berlaku. Biar Wana baca dan faham kenapa dia membebel sorang diri tadi.
"Panjat pagar?? Adoi, kelakar la dia ni!!" Wana ketawa selepas membaca perbualan antara Hana dan El itu.
"Kakkkk... Apa yang kelakarnya? Sakitlah hati saya ni. Dari semalam sampai rumah dia, asyik nak marah saya je kerja dia. Membebel macam ada peluru dalam mulut dia tu," adu Hana sambil memuncungkan bibirnya.
Tak kelakar tau dapat suami saiko macam tu. Dia buli-buli je aku.
"Yelah-yelah. Habis tu macam mana?" Soal Wana sambil membuka televisyen menunggu azan maghrib.
"Takde pilihan. Kena panjatlah juga," gumam Hana dengan keluhan berat.
Kau ingat aku tak berani nak panjat?? Ni Hana tau. Juara panjat pagar sekolah!!
"Tanyalah dia balik pukul berapa? Tunggu dia ada dekat rumahlah baru akak hantar Hana," Wana cuba memberi idea.
"Kak, dia tak nak tolong bukakan pintu pun. Kan dalam mesej tu dia dah cakap. Tak kan saya harap dia tunggu dekat pagar, buka pagar untuk saya? Dia TAK NAK tolong saya," balas Hana bersungguh. Sengaja ditekankan perkataan 'tak nak' itu dalam-dalam dek kerana geram. "Takpela. Saya panjat je. Nak tidur sini, dia tak bagi," tambah Hana lagi. Wana angguk kepala sambil tersenyum sendiri.
SEBAIK sahaja tiba di luar pagar rumah EL, Hana memanjangkan leher menjengah ke dalam garaj. Kereta lelaki itu tiada di parkir kereta.
"Dah keluarlah tu," gumam Hana sambil matanya meliar ke sekeliling kawasan rumah itu.
"Kak, tolong tengok-tengok orang. Saya panjat ni ada yang panggil polis pula nanti, ingat pencuri," tambah Hana sambil membetulkan seluarnya. Ditarik-tarik seluarnya agar selesa untuk memanjat.
"Okay. Line clear," kata Wana sambil ketawa kecil.
"Bismillahhirrahmannirrahimmm.." Dengan berhati-hati, Hana memijak tembok pagar rumah. Setelah sampai di atas, Hana duduk sebentar di atas tembok itu bagi menstabilkan dirinya. Belum sempat dia turun ke sebelah untuk mengambil kunci, tiba-tiba bunyi hon yang kuat dan panjang bergema memecah kesunyian malam di kawasan perumahan itu. Hana terkejut dan dia terduduk semula di atas tembok. Turun naik dada Hana dek kerana terkejut dengan bunyi hon itu. Dia menoleh ke arah kereta yang sedang menghala ke arah mereka.
"El!!" Terlopong mulut Hana tatkala melihat kereta El berhenti secara mengejut di depan rumah.
Aku dahlah tengah memanjat ni. Ya Allah, malunya!
El sengaja memasang lampu tinggi dan dihalakan ke arah Hana yang masih duduk di atas tembok rumahnya. Ikram yang turut ada bersama di dalam kereta itu terpinga memandang ke arah Hana.
Cis!! Double malu!!
Kemudian, mereka berdua keluar dari kereta. El tersengih menahan tawa. "Ingat pencuri tadi. Dah lama ke buat kerja macam ni?" Soal El dengan tawa yang meledak kuat.
Aku main-main je suruh panjat. Tak sangka dia panjat betul-betul. Sungguh dia terhibur melihat riak wajah Hana ketika itu.
"Kau ni El tak baik malukan isteri sendiri. Hana turun, bahaya tu," kata Ikram kesian melihat El mempermainkan Hana. Kalau jatuh Hana ni, baru nak menyesal kot si El ni. Ikram menggeleng geram saat melihat El masih lagi ketawa.
Kurang asam betul! Seronok kau gelakkan aku! Hana meyumpah di dalam hati. Kaki mula terasa lenguh. Berhati-hati dia turun dari tembok itu. Wana turut membantu Hana sambil tangannya memegang kemas lengan Hana.
"Hati-hati, Hana," pesan Ikram yang agak prihatin akan keselamatan Hana. Dia bimbang wanita itu terjatuh dan cedera.
"Sweet juga kau ni ek," sindir El sambil menyinggul lengan Ikram. Kemudian El ketawa sinis.
"Kalau nak terus duduk atas tembok tu pun boleh," sengaja El memperli Hana. Serta merta Hana tarik muka masam. El ketawa lagi saat melihat wajah cemberut wanita itu.
Tak padan dengan pakai tudung, boleh dia panjat betul-betul. Gerutu hati El. Masih geli hati dengan apa yang berlaku.
"Actually, pagar tu I tak kunci pun. Boleh je you buka pagar and then take the keys inside the post box. But, you choose to climb the wall. Adoilah, you ni memang sejenis tak cek dulu ke sebelum buat apa-apa?" El ketawa lagi sambil menarik pintu pagar secara manual. Terasa panas telinga Hana saat mendengar kata-kata El.
Macam mana aku boleh 'ter'kahwin dengan lelaki yang putus fius ni? Ya Allah, jangan sampai aku terbunuh dia dah la. Bebel Hana di dalam hati.
Geram sungguh Hana rasakan apabila El memberitahu tentang pagar tersebut. Wana dan Ikram hanya tersengih melihat kelakuan pasangan itu.
"So, please come in. Lalu sini ye. Jangan panjat tembok. Tak manis," sindir El lagi dengan tawa yang masih bersisa.
Sabar... Sabar.. Hana menarik nafas dalam dan cuba bertenang. Dia memandang Wana dan Ikram yang ketawa terhibur dengan usikan El itu.
Tak kelakar okay. Lelaki gila! Belum habis Hana menyumpah di dalam hati.
Kemudian, Wana dan Ikram membantu Hana memasukkan barang-barangnya ke dalam rumah. El pula, cuma berdiri dan hanya memerhatikan mereka tanpa membantu.
Setelah selesai membawa masuk kesemua barang, Wana meminta diri untuk pulang. Tinggallah El, Hana dan Ikram.
"Terima kasih tolong saya angkat barang," ucap Hana kepada Ikram sambil diperhatikan oleh El.
"So sweettt," celah El dengan senyuman mengejek.
"Dah.. Dah.. Jom, aku hantar kau balik. Esok kau datang opis naik cab," El terus berjalan menuju ke arah pintu rumah.
Ikram memandang ke arah Hana."Okaylah, Hana. Saya balik dulu," kata Ikram sambil tersenyum. Hana membalas senyuman Ikram sambil menganggukkan perlahan.
"Dahhhh... Jomm," panggil El apabila melihat Ikram masih tercegat di situ.
"Kenapa? Jelous??" Soal Ikram sengaja menduga.
"Hello, sorry lah aku nak jelous. She's not my taste. Kau nak? Ambillah. Aku bagi free je," balas El selamba.
Ada kata aku jelous. Memang taklah. Azura is my one and only.
"Eh, kau ni El. Cakap tu berlapiklah sikit. Dengar nanti Hana, kecik hati dia," tegur Ikram.
Jenis tak jaga hati betullah si El ni.
"Biarlah dia dengar. What's the problem??" Balas El bersahaja.
Kalau dia dengar pun, I don't care. Jadi, dia tak perlu menaruh harapan pada aku. Sebab aku akan setia pada Azura.
Namun, kata-kata El telah pun didengari oleh Hana. Hana mendengus geram. "Kalau tak menyakitkan hati aku, memang tak tenang hidup kau kan? Kau ingat aku nak sangat dekat kau? Eeiii....," bebel Hana seorang diri.
Dahlah tak menolong langsung. Perangai macam apa entah. Macam mana aku boleh ada bos gila macam dia ni? Sebelum kahwin nampak normal. Tapi, lepas kahwin macam orang tak siuman!
Namun jauh disudut hati Hana, dia sedih. Sedih kerana tidak di layan sewajarnya oleh El. Dia tidak mengharapkan layanan istimewa. Cukup El menghormatinya sebagai manusia yang ingin dihormati, bukan dipermainkan atau dimalukan.