TENGAH hari itu, Hana keluar makan bersama Hariz di sebuah restoran. Wajah Hana kelihatan ceria. Dia sudah pun sembuh sepenuhnya.
"Kenapa tak ajak El sekali?" Soal Hariz sambil menyuap nasi goreng kampung ke mulut dan dikunyah perlahan. Hana menggolek bola matanya ke atas. Tidak suka mendengar nama lelaki itu disebut.
"Buat apa ajak dia? Orang nak dating dengan along je," balas Hana bersahaja.
Lagi pun adik ipar along tu sibuk lunch date dengan 'isteri tak jadi' dia tu. Hanya dalam hati sahaja ayat itu diluahkan oleh Hana.
"Selalu Hana lunch dengan siapa? Bukan dengan El?" Soal Hariz ingin tahu.
Satu pejabat, takkan tak lunch sama? Persoalan itu timbul dibenak fikiran Hariz saat ini.
"Alaahh.. Tak best la cerita pasal dia tu. Drop the subject!" tegas Hana mula bosan apabila Hariz terus-terusan menyebut nama El. "Along takda ke nak bawa Hana jumpa bakal kakak ipar? Ada juga kawan gosip Hana," sambung Hana menukar topik perbualan. Malas nak dengar nama lelaki yang tak pernah melayani dia dengan baik itu.
"Kakak ipar? Eemmm... Kawan Hana tu ada boyfriend?" Soal Hariz serius. Dia memang tidak sempat untuk berkenalan dengan mana-mana gadis. Masa yang terhad dengan kerja yang agak tidak menentu itu, menyukarkan Hariz untuk bersosial dan mencari pasangan.
"Kak Wana??" Soal Hana agak terkejut. Hampir tersembur nasi goreng yang di kunyahnya tadi.
Seriuslah along ni!
"Oh.. Wana nama dia? Adjust lah untuk along kalau dia masih belum berpunya," balas Hariz bersahaja. Dia tersenyum melihat wajah Hana yang masih terkejut itu.
"Tutup mulut tu sikit. Masuk lalat kang!" Hariz menutup mulut Hana sambil ketawa geram. Namun, Hana tetap begitu. Masih melopong.
"Apa yang terkejut sangat ni? Along takda masa la nak cari jodoh. Kalau Hana rasa Wana tu okay dan dia masih belum berpunya. Adjust untuk along. Kalau tak, carikan untuk along jodoh. Boleh?" Tambah Hariz lagi.
"Betul? Nanti orang try risik-risik Kak Wana untuk along," balas Hana sambil tersenyum ceria. Kalau Hariz berjodoh dengan Wana, Hana lah orang yang paling gembira kerana dia memang sukakan Wana.
"Okay. Cepat sikit. Boleh along terus hantar tanda," kata Hariz serius.
"Wow... Serius sangat ni. Janganlah tergopoh-gopoh. Takut Kak Wana tu nanti. Kenal-kenal la dulu sebulan dua. Along ni gelojoh la!" Bebel Hana sambil menggelengkan laju. Along ni nak ke Kak Wana rasa macam aku rasa? Kahwin terdesak! Kahwin terpaksa atau kahwin sebab didesak! Ingat seronok? Dapat pula lelaki saiko macam si El tu!! UUrrgghhh!!
"Ada ke cakap along gelojoh. Along bukan gelojoh la. Lepas Hana kahwin je. Semua asyik tanya along, bila along nak kahwin," jelas Hariz sambil ketawa.
"Along ingat kahwin ni benda main-main? Kalau kahwin dengan orang yang tak suka dan cintakan kita, makan hati je la, along," keluh Hana sendiri.
Takkan along tak nampak aku tak bahagia?? Tak macam aku dengan abang Farish dulu. Bahagia.
"Kenapa adik along ni? Masalah dengan El tak settle lagi ke?" Teka Hariz. Dia perasan Hana selalu mengelak untuk berbual tentang hubungannya dengan El.
"Takdalah. Mana ada masalah," nafi Hana sambil meneruskan suapan.
Tak kan aku nak cerita pada along aib suami aku? Nanti along susah hati pula.
"Along faham. Hana kahwin sebab nak tolong El. Sekarang mungkin takda lagi perasaan cinta. Akan datang, kita tak tahu. Kan Allah yang pegang hati manusia ni. Minta pada Allah. Along selalu doa untuk adik along ni tau," lembut suara Hariz menutur kata. Kepala Hana digosok perlahan. Dia amat menyayangi Hana. Itulah satu-satunya keluarga yang masih ada selepas tragedi kebakaran beberapa tahun lepas. Kebakaran yang telah mengorbankan ibu dan bapa mereka.
"Apa ni gosok kepala orang. Rosak tudungggg...," rengek Hana dengan wajah cemberut. Tangan Hariz ditepis perlahan. Tudung dibetulkan sedikit. Dia tidak mahu bercerita lebih lanjut tentang hubungannya dengan El. Hana tidak mahu Hariz susah hati memikirkan tentang dirinya.
"Bila along cakap pasal El je, mulalah alih-alih cerita. Along tahu Hana susah nak cintakan El. Macam tu juga El. Semua ni perlu masa. Kadang-kadang, Allah tak terus bagi rasa cinta tu. Dia nak korang berdua memahami, mengenali hati budi masing-masing. Allah tak pernah menzalimi hamba-Nya, Hana," nasihat Hariz seakan menusuk ke dalam hati. Hana termenung sejenak. "Ya, Hana tahu...," balas Hana perlahan. Hatinya sebak apabila Hariz menasihatinya sebegitu. Bukanlah dia menyalahkan takdir. Tetapi, dia kesal dan menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak berfikir panjang ketika menyetujui permintaan El. Namun segalanya telah berlaku. Semuanya tidak dapat diundur kembali. Dia perlu redha.
"Jomlah along. Lewat pula Hana masuk office nanti," tambah Hana sambil mengesat mulutnya dengan tisu.
Setelah itu, mereka berjalan keluar dari restoren tersebut dan Hariz menghantar Hana pulang semula ke pejabatnya.
Kereta diberhentikan betul-betul dihadapan pejabat El. "Thank you. Lainkali belanja lagi tauuu," meleret suara manja Hana menutur kata. Lantas dia keluar dari perut kereta. Hana tersenyum ceria. Lega dapat bertemu Hariz. Terubat rindu pada abangnya itu.
"Boleh. Tapi, weekend lah. Weekdays ni along susah sikitlah. Ni sebab sayang kat adik along, along datang juga sini dari Banting tau," tutur Hariz sambil membalas senyuman Hana.
"Sebab tulah Hana sayanggggg along," Hana tersenyum sambil buat muka comel. Hariz ketawa melihat gelagat adiknya itu.
Tiba-tiba mereka terserempak dengan El dan Azura. Hana kaku seketika. Dia berharap agar Hariz tidak perasan dan terus beredar dari situ. Hana tidak mahu Hariz bertanyakan apa-apa pada El.
"Eh, El!!" Hariz menegur El.
Aduuhhh... Along nampak pula diorang ni. Harap along tak tanya lebih-lebih. Detik hati Hana. Dia mula tidak keruan.
"Yess. Do we know each other?" Soal El agak dingin. Dahinya berkerut saat lelaki itu menegurnya.
Wah.. Dah ada lelaki lain rupanya. Entah-entah lelaki ni yang hantar dia pergi hospital tempoh hari. Gerutu hati El apabila melihat Hana keluar dari kereta lelaki itu. Mereka kelihatan sangat mesra.
"Oh, you don't recognize me? This is the second time we have met, kalau tak silap. I'm Hariz. Hana's brother and your brother in law. Nice to meet you," balas Hariz agak sinis. Dia keluar dari perut kereta dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Bibirnya menguntum senyum.
Berubah riak wajah El apabila Hariz memperkenalkan dirinya. Pantas El menyambut huluran tangan Hariz.
Ya Allah. Abang ipar aku. Macam mana aku boleh tak perasan dia? Hati kecil El berkata lagi.
"Along bawa Hana pergi lunch tadi. Lupa nak minta izin kau. Sorry," tambah Hariz apabila melihat El terpinga-pinga selepas dia memperkenalkan dirinya.
Ya, itu adalah pertemuan mereka yang kedua selepas akad nikah. El memang tidak perasan akan wajah Hariz ketika itu kerana fikirannya bercelaru memikirkan nasib sendiri.
"No, it's okay. Sorry along. Saya tak perasan along. Masa hari akad nikah tu nampak lain," jelas El dengan rasa bersalah. Dia tersengih seperti kerang busuk.
"El, I masuk dulu. I tunggu dalam bilik you," celah Azura, malas mahu menunggu lama di situ dengan cuaca yang agak panas dan bahang itu. Dia tidak selesa. El sekadar angguk tanda faham. Azura pula terus menapak masuk ke pejabat.
"Itulah. Next time boleh kita keluar minum sama-sama. Kenal-kenal lebih rapat," balas Hariz bersahaja. Sedikit pun dia tidak mengesyaki apa-apa tentang Azura.
"Hana masuk dulu ya along. Nanti apa-apa orang mesej along ek," celah Hana. Dia tersenyum ke arah Hariz.
Cuak kau jumpa along. Abang ipar sendiri pun tak kenal. Nasib baik along tak tanya pasal Azura. Fuh, lega! Gerutu Hana di dalam hati. Kemudian, dia berjalan masuk ke dalam meninggalkan Hariz dan El berdua di situ.
"Along pun nak balik Banting ni. Okay El, jumpa lagi," sambung Hariz. Dia masuk semula ke dalam perut kereta. El hanya mengangguk dengan perasaan yang masih separa terkejut.
"Apahal aku berdebar-debar jumpa abang dia ni? Aduhh... Nasib dia tak marah aku sebab tak kenal dia," gumam El sendiri. Dia turut melangkah masuk ke pejabat setelah kereta Hariz hilang dari pandangan mata.
Sebaik sahaja El masuk ke biliknya, kelihatan Ikram dan Azura sedang bertegang urat. El agak terkejut saat melihat situasi itu.
"Eh, apahal ni?" Soal El. Wajah Azura yang merah padam menahan marah itu dipandang.
"You tanyalah kawan you ni. Cakap pada I macam-macam. I banyak cari projek untuk company you tau!!" Melengking suara Azura membalas pertanyaan El. Giginya diketap kuat dengan mata yang merenung tajam ke arah Ikram.
"Memang you banyak cari projek for our company. Tapi banyak kali juga you sebut harga tanpa berbincang dengan kami. Sekarang ni, I tanya je, jangan terus nak melenting," balas Ikram agak marah dengan kata-kata Azura. Namun, perasannya cuba dikawal.
"Ikram, kan aku cakap sabar. I'll settle it," El agak bengang dengan Ikram kerana lelaki itu menyerang Azura tanpa menunggu jawapan darinya.
"El, the company has already blacklisted us. This is happening for the third time, bro. Ini suratnya. Diorang dah buka tender lain untuk projek yang sama," terang Ikram sambil menyerahkan surat dari syarikat tersebut.
El mengambil surat itu dari tangan Ikram dan meneliti satu persatu isi kandungan surat. Dia terdiam seketika. Nafas digali dalam-dalam. Dia sepatutnya bertindak cepat. Tetapi, disebabkan Azura yang menguruskan kemasukan tender itu, El tidak bertegas kerana dia tidak mahu buah hatinya terasa hati jika dia terlalu mendesak.
"Ikram, you hanya shareholder je dalam company El ni tau. You bukan owner company. You tak berhak tanya I macam tu!!!" Selar Azura sambil memeluk tubuh. Dadanya berombak kencang.
"Yes, I know who I am. However, I'm still responsible for this company. I kena jaga nama baik company as a shareholders. Kalau dah kena blacklisted macam ni, habis attitude company ni," balas Ikram mula bertenang. Dia juga tidak suka bertegang urat dengan wanita itu.
"Ikram, please let me settle it with Azura. Kau balik bilik kau dulu. Then, we discuss the solution, later," El cuba memujuk Ikram. Dia tidak mahu perkara itu berpanjangan. Segalanya akan cuba diselesaikan secara baik dan profesional.
Tanpa membalas kata-kata El, Ikram terus keluar dari situ. Dia kecewa dengan sikap El. Dia tahu El tidak bertegas dengan Azura sehinggakan wanita itu mengambil sikap sambil lewa ketika menguruskan setiap perkara.
El tahu Ikram marah padanya. Tetapi, dia perlu menenangkan Azura terlebih dahulu sebelum dia menasihati buah hatinya itu.
"Kenapa you pandang I macam tu? You pun nak salahkan I?" Marah Azura masih belum reda lagi. Dia berpeluk tubuh tanda protes.
"No lah, baby. Kalau I nak salahkan you, dah lama dah I cakap kan? Cuma I harap you faham. I kena jaga attitude company I," pujuk El dengan nada lembut. Dia tidak mahu Azura terus menerus marah.
"I tak nak carikan projek lagi dah. You suruhlah kawan baik you tu keluar pergi cari projek," bentak Azura dengan nada geram. Wajahnya masih masam mencuka.
"Janganlah macam ni, baby. Semua ni bukan salah you, bukan salah Ikram. Salah I sebab I tak selesaikan awal-awal," pujuk El lagi. Benar, salah dia sendiri. Jika dia menyelesaikan perkara ini dengan lebih cepat, pasti semuanya tidak akan berantakan seperti sekarang.
Masak aku kalau Azura ni merajuk. Mau dia mengamuk dalam office ni nanti. Getus hati El. Dia berdoa agar buah hatinya itu cepat sejuk dari amarahnya.
"Okay.. Kalau you sayang I. You buang Ikram dari company ni." Kata Azura nekad. Ini bukan pertama kali Ikram menyerangnya kerana kes yang sama. Sebelum ini pun pernah terjadi, cuma keadaan ketika itu keadaan masih terkawal. Tetapi, kali ini Azura benar-benar marah kerana Ikram meninggikan suara kepadanya.
"Tak bolehlah, baby. Ikram tu shareholders dalam company I. Mana boleh I buang dia suka-suka hati. Dia bukan staff biasa," terkejut El dengan permintaan Azura itu.
Mana boleh aku buang Ikram macam tu je. Biar betul Azura ni. Gerutu hati El. Serabut dengan permintaan tidak masuk akal Azura.
"Okay, fine!!! Now you choose, me or him?" Tengking Azura. Dia sudah tidak dapat mengawal marahnya lagi. El tersentak. Suara Azura membuatkan dia terkedu seketika.
"Baby, please. Jangan mengamuk macam ni," El cuba memegang Azura. Namun wanita itu menepis tangan El yang cuba memegangnya.
"No!!!! Don't touch me!!!" Jerit Azura sambil meronta-ronta apabila El berjaya memegang kuat kedua belah pergelangan tangannya. El cuba menenangkan Azura. Namun wanita itu menolak El dengan kasar.
Sementara itu, di luar bilik El, pekerja yang lain terpinga-pinga sambil memandang antara satu sama lain. Masing-masing memasang telinga cuba mendengar butir pergaduhan antara majikan mereka dengan buah hatinya.
"Hana, pergilah tengok madu you tu mengamuk kenapa?" Kata Tasha yang duduk di belakang meja Hana. Mereka memang sudah menggelarkan Azura sebagai 'madu' Hana kerana mengesyaki bahawa El berkahwin dua.
Malas betul aku nak campur hal manusia dua orang tu. Iiisshhhh...
"Biarlah diorang tu bercakaran ke, berbunuhan ke. I malas la nak campur. Tak pasal-pasal I pun kena bunuh nanti," balas Hana bersahaja. Matanya masih tertumpu pada skrin komputer tanpa mempedulikan apa yang didengarinya dari bilik El. Lantak koranglah!
"Iiiisshhhh you ni. Ada pula cakap macam tu. Dalam tu suami you tau. Kalau dia kena bunuh, siapa nak bayar gaji kita??" Kata Tasha bersungguh-sungguh. Hana terkebil-kebil seketika saat mendengar kata-kata Tasha itu.
"You ni cemas betul ke you buat kelakar?" Soal Hana sambil ketawa.
Adoi, kelakar si Tasha ni. Sempat lagi risau pasal gaji. Tasha mencebik bibir. "Yelah. Betulkan I cakap. Pergilah Hana tengok suami you tu okay ke tak," paksa Tasha. Hana melepaskan keluhan kecil.
"Yelah.. Yelah..," Hana menolak tubuhnya bangun dari kerusi dan kaki dibawa melangkah menuju ke bilik El. Tanpa mengetuk pintu, dia terus menerjah masuk saat mendengar pekikan dan jeritan Azura dari dalam bilik itu. Para pekerja yang berada di luar turut cemas. Mereka mula mengerumuni depan pintu bilik El.
Sebaik sahaja Hana masuk ke dalam, El sudah tersungkur jatuh ditolak Azura. Terkejut Hana melihat adegan itu.
"Azura, calm down. Kenapa ni?" Hana cuba menenangkan Azura yang seakan hilang pertimbangan itu. Kemudian, dia membantu El bangun dari situ. El kelihatan tenang. Lelaki itu cuma mendiamkan diri tatkala melihat Azura yang masih belum reda marahnya.
"Are you okay?" Soal Hana bersimpati dengan El. Lelaki itu hanya mengangguk kecil.
"I hate you, El!!! You jangan cari I lagi. I tak nak tengok muka you. You hiduplah dengan perempuan yang you tak cinta ni!" Tengking Azura sambil jari telunjuknya menghala ke arah Hana. Dia mencapai beg tangan yang ada di kerusi dengan kasar dan terus keluar dari bilik itu.
Terkebil-kebil Hana saat wanita itu menyebut namanya. Sudah. Aku pun kena? Memanglah kau dengan boyfriend kau ni banyak fius terbakar dekat otak. Bebel Hana di dalam hati. Bengang!
"You boleh keluar. Tolong letak 'sign do not disturb' dekat tombol pintu bilik I. I tak nak diganggu," kata El sambil membetulkan baju yang sudah berkedut ketika bergaduh dengan Azura tadi. Dia berjalan tenang menuju ke kerusi.
Hana sekadar mengangguk dan mencapai sign yang dimaksudkan El itu. Kemudian, dia berjalan keluar dari bilik dan meletakkan tanda tersebut ke tombol pintu.
Seperti biasa, duduk sahaja Hana ke tempatnya semula, sekumpulan wartawan tak bertauliah mengerumuni mejanya untuk mengetahui apa yang berlaku.
"I pun tak tahu apa punca. Sebab I masuk je, drama dah habis. Kalau korang nak tahu, pergilah tanya boss sendiri," selamba sahaja riak wajah Hana saat menutur kata. Dia meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan soalan-soalan dari mereka lagi.
Apalah nasib aku ni. Kena jawab on behalf mangkuk dua orang tu. Menyusahkan aku betul! Marah Hana di dalam hati.
Tidak lama selepas itu, Ikram datang menhampiri meja Hana. Dia mengarahkan Hana masuk ke bilik pejabatnya. Hana akur. Lantas dia membuntuti lelaki itu dari belakang.
Sebaik sahaja punggung dilabuhkan ke kerusi, telinga Hana menangkap keluhan yang terlepas dari mulut lelaki itu. Wajah Ikram dipandang. Dia menanti lelaki itu membuka mulut untuk menceritakan apa yang berlaku.
"Ada apa awak nak jumpa saya?" Soal Hana. Hana dapat mengagak apa yang Ikram mahu luahkan padanya. Pasti tentang hal Azura dan El.
"I punca El dan Azura bergaduh," spontan Ikram membuat pengakuan. Mungkin hati dia resah selagi tidak diluahkan kepada sesiapa.
"Oh, ye ke. Eeemmm.. Teruk juga diorang bergaduh tadi," balas Hana. Kalau ikutkan hatinya, dia tidak mahu tahu atau masuk campur hal mereka. Tetapi, dia menghormati Ikram yang mahu bercerita dan meluahkan kepadanya.
Ikram menceritakan satu persatu apa yang telah berlaku dari awal sehingga akhir. Hana hanya mengangguk tanpa mencelah sedikit pun.
"I tak faham dengan El. Apa yang susah sangat nak tegur Azura? Benda ni melibatkan company. Kalau hal dia dengan Azura saja, I tak kisah," rungut Ikram. Benar, dia sedikit kecewa dengan sikap El.
"Encik El sayang Azura. Jadi, dia serba salah nak tegur agaknya," Hana cuba membela El.
"He should be a professional. Ini melibatkan company. Sampai kena blacklisted dah. Now, what should we do?" Bebel Ikram lagi. Geramnya pada Azura masih belum hilang.
"Encik El ada solution lain agaknya," pujuk Hana. Dia tidak mahu menjadi batu api yang memanaskan lagi keadaan. "Saya rasa awak kena berbincang dengan Encik El baik-baik. Insya-Allah, ada jalan penyelesaian nanti," tambah Hana. Dia kasihan melihat Ikram yang cuba menjaga nama baik syarikat, namun di salah anggap oleh teman wanita sahabatnya sendiri.
"Yes I know. I memang kena bincang dengan El. Anyway, thanks Hana dengar luahan I," ucap Ikram sambil tersenyum pahit. Hana sekadar menganggukkan sambil membalas senyuman Ikram.
"No problem. Aaaa.. Kalau takda apa-apa lagi, saya keluar dulu," kata Hana.
"Yeah. Sure. Thanks again, Hana," balas Ikram. Dia merasa sedikit lega setelah meluahkan segala yang terpendam. Dia nekad akan berbincang perkara itu dengan El apabila keadaan kembali reda.
SEMENTARA itu, El termenung jauh sambil meneliti surat yang diberikan oleh Ikram padanya. Wajah diraup berkali-kali. Belakang leher yang mula terasa tegang digosok perlahan. Pelipis kepala juga ditekan. Berdenyut dirasakan kepalanya saat ini.
"Aduh, serabut kepala otak aku ni," bebel El sendiri. Dia mendail nombor telefon Azura berkali-kali. Namun, tidak berjawab. Tidak cukup dengan itu, El menghantar pesanan ringkas kepada buah hatinya itu. Juga tidak berbalas. Sekali lagi wajah diraup dengan kedua belah tapak tangan. Dia mengeluh berat. Surat tersebut direnung berkali-kali. Segalanya perlu diselesaikan secepat mungkin. Jika tidak, reputasi syarikatnya akan buruk.