Bab 5

MAJLIS resepsi El dan Hana waktu ini, amat meriah sekali. Mereka terpaksa bermanis muka melayani tetamu yang hadir walaupun hati masing-masing tidak rela. Beberapa kali juga Puan Mastura berpesan kepada El agar memaniskan wajah sebelum naik ke pelamin sebentar tadi.

Jam menunjukkan hampir pukul empat petang. Tetamu yang hadir mula beransur pulang. Hana juga telah menukar pakaian. Dia ke dapur membantu saudara mara yang lain membungkus makanan, membasuh dan membersihkan apa yang patut. Dia tidak betah untuk duduk dan melihat sahaja orang lain melakukan kerja.

Sewaktu kenduri Hana dan Farish dahulu, mereka berdua sama-sama menolong orang kampung membasuh periuk belanga. Farish sangat ringan tulang membantu pelbagai kerja sebelum kenduri mereka berlangsung. Hana senang dengan sikap ringan tulang Farish. Farish lelaki yang sangat bertanggungjawab. Oleh kerana itulah, hati Hana mudah terpaut pada Farish sejak hari pertama bergelar isteri kepada lelaki itu.

Abang, Hana rindu abang. Bisik hati Hana. Dia mengeluh perlahan sambil tangannya ligat membungkus makanan.

Sewaktu dia menukar pakaian di bilik tadi, kelihatan El sudah pun baring dan bersenang lenang di atas katil sambil bermain telefon bimbitnya. Hana tahu, El tentu sibuk berbalas mesej dengan Azura.

Tidak malukah El dengan sanak saudaranya yang lain-lain? Semua sanak saudara bertungkus lumus membantu menguruskan majlis mereka. El pula sedikit pun tidak membantu.

"Hana, El ada dalam bilik?" Soal Puan Mastura ketika melihat Hana sedang membantu di dapur.

"Ada mommy," balas Hana ringkas.

Puan Mastura hanya mengangguk tanda faham. Kemudian, ibu mertuanya hilang dari pandangan.

Puan Mastura naik ke bilik anak lelakinya. Pintu bilik diketuk. Tanpa menunggu, dia menerjah masuk ke dalam. Dia sudah hilang sabar dengan sikap El sejak dari semalam lagi. Sedikit pun tidak membantu malah bersenang lenang di bilik.

"El-Elyas, what are you doing? Kenapa tak turun tolong apa yang patut?" Soal Puan Mastura yang sudah terpacak berdiri di hujung kaki katil. El yang separa terlelap tadi, tersentak dan terus terbangun dari pembaringannya. Sambil memisat-misat mata, dia merenung wajah Puan Mastura yang menyinga itu.

"Malu betul mommy tau tak? Hana dari tadi dia sibuk menolong dekat dapur. Tapi, you??" Sambung Puan Mastura melepaskan geram.

"Of course. Dia perempuan, kena la tolong. Lagipun, I'm tired la mommy. Petang nanti nak drive balik lagi," balas El selamba. Mata dibawa ke skrin telefon bimbit.

"Balik? Mommy kan suruh you ambil cuti sehari after kenduri?" Kata Puan Mastura dengan kening yang berkerut. Sungguh menguji kesabaran sikap anak sulungnya itu sejak akhir-akhir ini.

Nak di marah lebih-lebih, dah besar panjang. Tapi, jika dibiarkan makin menjadi-jadi.

"Tak boleh. El banyak projek kena settle kan dalam masa terdekat ni," balas El acuh tak acuh. Dia kemudian menatap lagi skrin telefonnya kembali. Jari pantas membalas semua mesej dari Azura.

Puan Mastura yang melihat perilaku anak lelakinya itu mula merasa curiga. "Dari semalam El asyik tengok phone. Tina said the same thing to meAnd now, yes i see it myself for many times. Atas pelamin pun you dengan phone. Sekarang pun masih sibuk dengan phone. You sibuk dengan siapa sebenarnya ni?" Puan Mastura sudah tidak sabar untuk menanyakan hal itu kepada El. Matanya sakit melihat El asyik dengan telefon bimbitnya sejak dari semalam. Dia mengesyaki bahawa El sudah berjumpa semula dengan Azura kerana sewaktu Azura hilang dahulu pun, El berkelakuan begini.

"I'm busy with my project. That's all," tegas El cuba mengelak.

Janganlah mommy tahu aku mesej dengan Azura. Ke Hana yang beritahu mommy tentang Azura??

"El, you're my sonMommy tahulah yang...," tidak sempat Puan Mastura menghabiskan kata-katanya, El memintas, "Mommyplease. Okaylah mommy nak suruh El tolong apa ni? El turun sekarang. Jom," dia bangun dan memaut bahu Puan Mastura. Malas mahu mendengar bebelan ibunya itu.

Puan Mastura mengeluh. Mahu tidak mahu dia terpaksa mengikut rentak El. Dia tahu El tidak boleh didesak dengan kasar. Tetapi, sebagai ibu, dia tidak boleh melihat El masih bersama dengan wanita yang banyak mempermainkan perasaan anaknya itu.

Turun sahaja mereka ke ruangan bawah, El terus ke halaman rumah membantu apa yang patut. Manakala Hana masih lagi di dapur bersama sanak saudara yang lain. Puan Mastura juga memanjangkan langkahnya ke dapur.

Setelah selesai segalanya, mereka berkumpul bersama di dapur sambil menjamah kuih muih yang masih berbaki. Sanak saudara yang lain juga telah pulang. Hanya ini sahaja masa yang ada untuk mereka sekeluarga berkumpul bersama.

"Nak balik hari ni juga ke El?" Soal Ungku Ibrahim. Mana tidaknya, kenduri baru sangat selesai. Mereka sudah mahu pulang ke Kuala Lumpur.

"Ya, abah. Dah tiga kali abah tanya ni. El banyak projek kena settle end of this month. So, tak boleh cuti lama-lama," balas El bersahaja. Seperti biasa, matanya melekat pada skrin telefon bimbit. Pantas jari jemari menaip sesuatu.

Hana yang berada di situ hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu mencampuri urusan El. Biarlah El yang menjawab dengan ibu bapanya. Jika ikutkan hati, dia mahu tinggal lebih lama di situ kerana kasihan melihat Puan Mastura dan Ungku Ibrahim. Hana tahu kedua-dua mertuanya itu mahu menghabiskan masa bersama anak menantu. Namun, keputusan ditangan El. Dia harus patuh dan akur sahaja arahan dari lelaki itu.

"Kalau macam tu, takpelah. Abah bukan apa, kesian Hana ni. Sekejap je dia dapat cuti," tiba-tiba Ungku Ibrahim menyebut nama Hana. Hana terpinga-pinga seketika. Namun, wajah cuba dimaniskan. "Eh, takpe abah. Saya okay je," balas Hana spontan.

Anak abah tu je tak sabar-sabar nak balik jumpa buah hati. Gerutu Hana.

"Cepatlah. Kemas barang you. Lagi setengah jam nak gerak ni. Lambat tinggal," kata El sambil bangun dari situ. Kakinya melangkah menuju ke tangga bilik.

Kau kisah ke, tak kisah ke, nak tak nak kau kena ikut aku. Omel El di dalam hati.

Hana tersentak. Cepat-cepat dia membuntuti El apabila mendengar arahan lelaki itu. Mujur dia sudah berkemas sedikit malam tadi. Sekurang-kurangnya dia tidak akan dimarahi kerana lambat bersiap.





SEPANJANG perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Hana dan El seperti selalu, langsung tidak berbual. Mereka hanya ditemani oleh suara DJ radio yang tidak henti-henti berceloteh tentang isu semasa. Seperti biasa, Hana melempar pandangan ke luar tingkap. Menikmati pemandangan sepanjang perjalanan mereka.

El pula sekali sekala menghubungi Azura menggunakan handsfree. Menghantar setiap laporan perjalanan kepada kekasihnya itu. Pastinya mereka berdua tidak sabar mahu berjumpa.

Hana memang tidak mahu ambil peduli tentang pasangan itu. Dia sedar akan kedudukannya dalam perkahwinan mereka. Jika selepas ini, El mahu menceraikan dia dan berkahwin dengan Azura, Hana tidak akan membantah. Dia redha kalau itu yang berlaku.

"hantar you balik. Then, I nak keluar. Kalau nak beli makanan, sebelum sampai rumah ni. Kalau dah sampai rumah nanti, baru nak order, pandai-pandailah you order guna apps," pesan El kepada Hana. Sekilas dia memandang ke arah wanita itu yang sejak dari tadi asyik memandang ke luar kereta.

"Okay," balas Hana ringkas. Dia belum lagi terasa lapar. Perutnya masih kenyang buat masa ini. Lagi pun, ibu mertuanya ada membekalkan sedikit lauk kenduri kepada mereka.

"Apa yang okay?? You nak beli sebelum sampai rumah ke, atau nak order guna appsWhen you answer my question, please make it clear," bebel El.

Apa yang okay?? Aku tanya soalan kot. Bukan suruh jawab okay ke tak okay. Alahai, dia ni pun. Tak jawab ikut skema jawapanlah.

"Saya masih kenyang. Lagi pun mama ada bekalkan lauk kenduri tadi," jelas Hana tenang. Dia sendiri malas mahu berhenti di mana-mana. Badannya letih sejak dari semalam. Dia hanya mahu balik dan berehat sahaja buat masa sekarang.

"Berapa kali nak pesan. When I talk to you, please look at me. Muka I bukan dekat luar tu," masih belum habis lagi bebelan El.

Alah, dia ni annoyed gila!! Jerit Hana di dalam hati. Kemudian, dia memandang wajah El sambil membuat muka tenang setenang tenangnya. Walaupun hatinya tidak berapa nak tenang.

Harap si saiko ni puas hati lepas aku tengok muka dia. Marah Hana di dalam hati.

El menjeling tajam saat mata mereka berlaga. Hana ketap bibir geram. Hatinya dipujuk agar bersabar dengan lelaki itu.

"One more thingMaybe, I balik lambat sikit malam ni. Sebelum you masuk tidur, make sure pintu semua kunci," pesan El sambil membelok masuk ke simpang rumah mereka.

"I tak kisah orang nak culik you. Tapi, rumah I banyak barang berharga," tambah El lagi sengaja menyakiti hati Hana. "Okay," balas Hana. Riak wajah selamba terpamer dimukanya. Kisah pula aku barang kau hilang. Aku tak kunci nanti baru tahu. Suka sangat menyakitkan hati orang. Jawab Hana di dalam hati.

Setelah Hana turun dari kereta dan mengambil barang-barangnya, El terus memandu keluar dari kawasan rumah. Sebaik sahaja kereta El hilang dari pandangan, Hana terus masuk ke dalam.




TELEFON bimbit Hana berbunyi. Dia yang sudah lama terlelap, dengan perlahan membuka mata. Tangan meraba mencari telefon yang diletakkan di bawah bantal. Mata dipisat-pisat sambil melihat ke skrin telefon. Tertera nama El.

Nafas ditarik dalam dan dihela perlahan. "Hello," Hana menjawab panggilan tersebut.

Aneh sungguh. Kenapa dia telefon aku. Tak balik rumah ke?

"I lupa bawa kunci. Buka pintu," arah El.

Manjanya suara. Getus hati El. Air liur diteguk kasar. Tergugat dengan suara lunak isteri bukan pilihannya itu.

"Emm....," balas Hana dengan mata yang semakin layu. Hari tu kau kenakan aku sebab tak bawa kunci. Nasib aku bukan macam kau. Suka kenakan orang. Detik hati kecil Hana. Dan.. dia terlelap kembali.

Hampir 10 minit El menunggu di dalam kereta. Pintu pagar masih tidak dibuka. Dahinya berkerut sambil kepala dipanjangkan menjengah ke dalam garaj rumah cuba mencari kelibat Hana.

"Mana dia ni?" El mula hilang sabar. Didail sekali lagi nombor telefon wanita itu.

"Ada apaaaa... Orang nak tidurlah, along ni!" Marah Hana tiba-tiba. El terkedu beberapa saat.

"I bukan along youI El. Dah 10 minit I tunggu dekat luar rumah ni. You tidur balik ke??" Soal El dengan suara yang agak tinggi nadanya.

Aku dah la tak tahan nak buang air ni. Ke dia nak kenakan aku?

"Eh.. Sorry. Saya tertidur. Kejap saya buka pintu," balas Hana terkejut. Cepat-cepat dia bangun menuju ke pintu rumah sambil menekan butang pagar. Kemudian, dia membuka pintu utama pula.

Sebaik sahaja kereta El masuk ke dalam parkir rumah, Hana menekan semula butang pagar. Perlahan pagar tertutup kembali. Dia kemudiannya berdiri di pintu menunggu El masuk ke dalam. Sempat dia megerling ke arah jam di dinding. Pukul 3.30 pagi.

Lewatnya balik rumah. Memang selalu pergi dating balik lewat macam ni kot. Detik hati Hana. Dia memisat-misat matanya dengan kepala yang tersengguk-sengguk dimuka pintu.

"Dah, pergi sambung mengigau you tu," El terus berjalan menuju ke tangga untuk naik ke biliknya tanpa mengucapkan terima kasih.

"Sama-sama," balas Hana yang masih mamai lagi. Namun, dia langsung tidak berganjak dari situ. Sebaliknya, dia terlelap sambil dahinya dilekat ke daun pintu dengan mulut yang separa ternganga.

Langkah El terhenti, dia menoleh semula ke arah Hana yang tersengguk-sengguk di pintu yang masih terbuka itu.

"Hana Elyana, you nak tidur dekat pintu tu ke? Kalau nak, pergi tidur dekat luar tu. Biar orang culik you," kata El sambil tersenyum nipis melihat gelagat Hana.

Dia ni memang jenis boleh tidur berdiri ke?

"WaitI takde cakap terima kasih pun tadi. You perli I ke?" Soal El apabila teringat kata-kata Hana sebentar tadi.

Dia ni sengaja ke betul-betul mamai ni? Dahi El berkerut merenung Hana.

"Hah??" Terpinga-pinga Hana saat mendengar suara garau El yang menyapa gegendang telinganya.

Aku cakap apa tadi? Perli apa ni? Terkebil-kebil mata Hana memandang ke arah El.

"Takde apalah. Dah-dah. Lock the door. Pergi sambung mimpi atas katil. Jangan esok I tengok you tidur dekat situ lagi dahlah. I campak you dekat luar," kata El sambil menggelengkan geram. Setelah itu, dia melangkah kembali naik ke bilik.




SELESAI sahaja membersihkan diri, El merebahkan tubuhnya ke katil sambil tersenyum sendiri teringatkan gelagat Hana sebentar tadi. Wajah diraup perlahan.

"Berdiri pun boleh terlelap. Pelik betul dia ni." gumam El sendiri. Dia ketawa kecil.

Kemudian, fikiran El melayang mengingat kembali pertemuannya dengan Azura sebentar tadi. Pertemuan itu telah mengubat segala rindu El pada Azura. Azura yang hampir sebulan menghilang, kelihatan tenang ketika berjumpa dengannya.

El menceritakan apa yang berlaku saat Azura tidak muncul di majlis pernikahan mereka. Bagaimana dia terpaksa berkahwin dengan Hana. El juga bersungguh-sungguh menjelaskan yang dia tiada perasaan terhadap Hana.

"I memang takde langsung perasaan pada dia. Only you in my heart, babyI love you so much," ucap El bersungguh. Tangan Azura yang dipegang itu, dikucup lembut.

"I love you too, baby. Takpe I faham. That's all my faultI yang salah sebab menghilangkan diri sampai you terpaksa kahwin dengan Hana. I'm so sorry baby," balas Azura dengan wajah yang sedih. Pipi El dielus lembut. "You mesti dah sentuh Hana kan?" Tebak Azura dengan nada merajuk. Wajah wanita itu masam mencuka.

"No.. No.. No.. I tak akan sentuh perempuan yang I tak cinta. She's not my taste. Lagi pun, dia bekas orang. I tak akan usik sisa orang lain. You know me right?" Bersungguh-sungguh El menyakinkan Azura tentang pendiriannya.

"Betul?? Alah, lelaki.. Boleh percaya ke?" Rengek Azura manja. Bibirnya dimuncungkan.

El tersenyum saat melihat riak wajah wanita itu. "Iye, babyPlease trust me. Macam mana I setia and percaya pada youI harap you buat perkara yang sama pada I," El menggenggam kedua-dua tangan Azura sambil merenung ke dalam anak mata wanita itu.

"One day, I'm going to marry youI akan buktikan how much I love you," gemersik suara El menutur kata. Belakang tangan Azura dicium berkali-kali.

"El, please stop talking about it. I'm not ready to be your second wife," ujar Azura dengan wajah yang sinis.

"You will be my 1st and last wife, babyI will never let you go againI'll make sure you happy kahwin dengan I," bersungguh-sungguh El melafazkan segalanya pada Azura. Wanita itu hanya tersenyum pahit sambil memegang pipi El. Dia tidak memberikan sebarang respon tentang apa yang diucapkan oleh El.

Ya, Azura masih belum bersedia untuk berkahwin. Salah satu sebab kenapa dia menghilangkan dirinya kerana El terlalu mendesak dan memaksanya berkahwin. El masih mempercayai dan sanggup menunggu Azura yang disangkakan turut setia kepadanya.

Inilah kelemahan El, terlalu setia dan percaya pada cinta. Tanpa sedar, Azura memperbodohkannya. El menutup mata atas segala kesalahan yang telah Azura lakukan kerana dia mahu wanita itu melakukan perkara yang sama iaitu mempercayainya seperti mana dia mempercayai Azura.

Lamunan El terhenti di situ. Dia tersenyum sendiri dengan mata yang kian layu. Tidak lama selepas itu, El terlelap.

Malam itu, hati El berbunga setelah berjumpa kembali dengan buah hatinya, Azura. Mereka telah berjanji akan berjumpa pada hari-hari berikutnya seperti biasa. 


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh