SUASANA cafe agak lengang kerana waktu makan tengah hari hampir ke penghujungnya. Hana dan Wana masih tak berganjak daripada situ. Memang mereka berjanji untuk berjumpa di situ dan menghabiskan masa berbual bersama.
"So, apa perasaan Hana pada El?" soal Wana sambil menghirup air sirap limaunya yang berbaki separuh itu. Tak faham betul budak berdua ni. Masalah tak pernah selesai. Bebel Wana di dalam hati.
"Entahlah kak. Dia pernah cakap yang dia tak mungkin suka saya. Tak mungkin cintakan saya. Jadi, saya takda jawapan untuk soalan akak tu," balas Hana.
Betul, aku takda jawapan pasal perasaan aku pada El. Sebab aku dah penat. Penat nak layan karenah El yang kejap layan aku baik, kejap layan aku macam sampah. Jadi, perasaan? Takda kot. Kosong!
"Takkan sikit pun takda rasa apa-apa? Akak rasa El sayangkan Hana. Sebab akak tengok dari segi layanan dia pada Hana. Tak macam awal-awal dulu. Lain sangat dah," Wana cuba memujuk Hana. Sebenarnya soal perasaan ni, El sendiri minta Wana tanya tanpa pengetahuan Hana. Harap Hana tak dapat agaklah yang aku jadi spy si El ni. Kalau tak, mati lah aku!
"Entahlah kak. Kalau boleh malas nak fikir pasal dia. Malas nak tengok muka dia. Malas nak cakap pasal dia. Please drop the subject?" pinta Hana sambil mengunyah kentang goreng yang masih berbaki di atas pinggan.
Sungguhlah Kak Wana ni dah macam spy si El. Asal jumpa tanya pasal perasaan aku pada El. Dulu kalau aku cerita pasal El, manjang je dia yang menyirap lebih sebab sakit hati El buat macam-macam pada aku. Sekarang ni dah macam peminat El pula gayanya.
"Tak baik cakap macam tu. El kan suami Hana," nada Wana dah bertukar. Payah betul budak sorang ni kalau nak korek pasal perasaan.
"Kak Wana ni sama je macam along. Saya tahu El tu suami. Tapi, dia bukan anggap saya isteri dia. Tu Azura nak campak mana? Azura tu kan cinta mati dia," balas Hana seakan jauh hati. Yelah, semalam mereka keluar bersama. So, nak aku percaya lagi yang dia dah cintakan aku? Memang taklah!
Sejak kantoi tentang aku makan pil perancang tu, El seakan menjauhkan dirinya dari aku. Segala aktiviti yang aku perlu tahu pun El uruskan sendiri. Mungkin dia nak lantik Azura pula untuk jadi pengurus peribadi dia agaknya.
"Bunyi macam cemburu je. Hana cemburu ke?" soal Wana menduga. Kelihatan senyuman sinis tersungging dibibir Wana. Sayang, tapi tak nak mengaku adik aku sorang ni.
"Cemburu apa nya kak? Saya sedar siapa diri saya pada dia. Saya tak pernah letak apa-apa harapan pada dia. Selagi dia nak saya ada dengan dia, saya akan ada. Tapi, kalau tiba-tiba satu hari nanti, dia dah tak perlukan saya dan nak kembali pada Azura, saya tak kan halang," jawab Hana bersahaja.
Aku sedar diri aku siapa pada El. Aku bukan isteri pilihan dia. Aku anggap perubahan dia sejak setahun ni sebab dia terhutang budi pada aku. Jaga dia masa dia kemalangan jalan raya dulu dan masa dia jatuh sakit tahun lepas. Mungkin El dah mula sedar aku banyak bantu dia dan hanya rasa terhutang budi. Bukan sebab sayang atau cinta. Sungguh aku tak kisah pun apa perasaan dia pada aku.
Cuma bila dia nak aku mengandungkan zuriat dia, aku jadi tertanya-tanya. Sebab dia sendiri pernah cakap yang dia tak rasa nak ada zuriat dengan janda macam aku ni. Terluka? Ya, aku sangat-sangat terluka dengan kata-kata dia. Aku maafkan, tapi susah nak lupakan apa yang dia pernah cakap tentang status aku.
Mommy sendiri tak pernah pandang rendah pada aku. Malah mommy layan aku macam anak dia sendiri. Mommy lah yang banyak pujuk aku tentang sikap dingin El masa kami mula-mula berkahwin dulu.
Boleh dikatakan aku bertahan sebab mommy dan abah je. Ya, bertahan sebab keluarga El layan aku dengan baik.
"Cinta sangat ke El tu pada Azura? Bukan diorang dah break off ke?" soal Wana dah gaya ala-ala makcik bawang.
"Cintalah kak. Diorang dah lama kenal kak. Ikram pernah cerita pada saya yang Azura tu first love El. Maybe, first and last love. Saya ni sampingan je. Tempat dia lepaskan rasa bosan dia bila Azura takda. Tempat dia lepaskan....," kata-kata Hana terhenti di situ. Memang kadang kala aku rasa El cuma mahu aku jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri. Bukan sebab dia sayang atau cinta. Tapi, entahlah perasaan ini. Aku keliru bila El sebut sayang pada aku. Atau dia cuma sekadar memujuk aku, agar dirinya dilayan.
"Dahlah kak. Tak nak lah cakap pasal dia lagi. Kita cerita pasal lain pula," pinta Hana. Bukan apa makin disebut tentang El, makin sesak terasa dadanya.
"Akak bukan nak menyibuk perihal rumah tangga Hana. Tapi, sampai bila nak macam ni?" soal Wana sambil memegang lembut tangan Hana. Ya Allah, Kau lembutkan lah hati Hana Elyana ni.
"Sampai El sendiri buang saya dari hidup dia," jawab Hana menahan sebak di dada. Entah kenapa aku rasa sebak bila sebut tentang perpisahan. Mungkin sebab aku pernah kehilangan. Tapi, kali ni berbeza dengan kehilangan dulu. Sekurang-kurangnya arwah suami aku pergi bertemu penciptaNya. Tapi kalau kali ini mungkin akan berlaku lagi. Cuma agak sangat berbeza kerana kehilangan kali ini si suami bertemu semula cinta matinya.
Perit, sakit mungkin dirasakan. Tapi, harap luka ini cepat sembuh dari sebelumnya.
"Kak, dahlah.. Pleasee.. ," rayu Hana. Aku dah tak larat nak fikir tentang hubungan aku dengan El. Tapi, setiap hari aku bersedia sekiranya El mahu kembali semula kepada Azura.
Sedang mereka berbual, dari jauh kelihatan dua orang yang amat dikenali. Mata Hana tak lepas memandang ke arah pasangan tersebut. Langkah pasangan itu terhenti apabila melihat Hana dan Wana memandang pada mereka. Terus mereka menghampiri Hana dan Wana.
"Hai.. Sorry Hana. I pinjam husband you sekejap," sapa Azura yang sudah pun berdiri di hadapan Hana. Dia mengukir senyum manis.
Hana membalas senyuman Azura. El pula tak lepas daripada memandang wajah Hana yang tenang itu.
"It's okay. Boyfriend you kan?" balas Hana bersahaja. Sungguh aku takda perasaan apa-apa sewaktu melihat mereka berdua.
Mendengarkan jawapan dari Hana itu, wajah El berubah menahan sakit hati. Serius dia langsung tak rasa apa tengok aku berkepit dengan Azura ni? Tinggi sangat ke ego kau sampai kau tak kisah langsung suami sendiri berkepit dengan ex-girlfriend? Seriuslah!! El benar-benar tersinggung dan marah dengan jawapan Hana itu. Namun, dia masih mengawal dirinya.
"Can we join you guys?" Azura terus duduk tanpa menunggu jawapan dari mereka. Dia turut menarik tangan El agar duduk di sebelahnya.
"Come, baby,"
El hanya menurut. Kini El duduk di hadapan Hana. Sedaya upaya wanita itu cuba berlagak tenang. Namun, Tuhan sahaja tahu bertapa berdebar-debar jantungnya apabila melihat El merenungnya dengan tajam.
"Dari mana?" soal Wana dengan wajah yang tidak suka. Tak jemput, dah duduk. Siap pegang-pegang suami orang. El ni pun satu, macam lembu kena cucuk hidung. Patutlah Hana jadi macam ni. Kata dah putus, ni dok berkepit lagi berdua. Bebel Wana di dalam hatinya.
"Dari Negeri Sembilan, melawat site," balas Azura. Telapak tangan El digenggam erat dan lelaki itu hanya membiarkan Azura memegang tangannya. Dia memang mahu menyakitkan hati Hana.
"Baby, I lapar," kata Azura dengan nada yang manja sambil memandang El.
"Order la. Apa you nak makan," balas El. Datar. Wajah Hana masih direnung tajam. Aku akan pastikan kau sakit hati. Tinggi mana ego kau pada aku? Bisik hati kecil El dengan geram.
"I think we should go. Tak nak ganggu you guys," Hana bersuara sambil mengajak Wana pergi dari situ. Belum sempat Hana bangun, El merentap kasar tangan Hana. "No! Sit!" tangan Hana dicengakm dengan kuat. Hana menjerit kesakitan. "Sakit!" Dia cuba melepaskan cengkaman tangan El. Namun, gagal.
Azura dan Wana agak terkejut dengan tindakan El. mereka saling berpandangan antara satu sama lain.
"Duduk!" El meninggikan suara dengan muka yang serius. Hana menurut kata El dan dia duduk semula sambil memegang pergelangan tangannya yang sakit itu.
Wajah El tidak dipandang. Pandangannya mula berbalam-balam. Air mata cuba ditahan daripada mengalir . Bukan kerana sedih, tetapi kerana sakit dan malu dilayan sebegitu di depan orang. El masih lagi merenung wajah Hana dengan renungan yang tajam.
"Tinggi sangat ego awak pada abang? Sampai buat-buat tak kisah abang keluar dengan perempuan lain?" soal El masih dengan nada yang agak keras.
Apa susah sangat nak mengaku perasaan sendiri? Aku tahu kau cintakan aku. Ego apa yang kau ada sekarang sampai boleh buat tak kisah dengan aku. Hati kecil El membentak marah.
"El, saya rasa korang patut bincang dekat rumah. Kat sini public. Orang tengok," Wana bersuara apabila melihat suasana agak tegang. Dia kasihankan Hana yang sudah kelihatan hampir menangis itu.
Azura pula masih terpinga-pinga dan dia cuma membatu. Dia sendiri takut untuk mencampuri hal itu.
"Bangun! Balik dengan abang," El cuba menarik tangan Hana supaya mengikutinya. Namun, wanita itu menarik semula tangan. Dia menggelengkan kepala tanda tidak mahu mengikut El pulang.
"Awak nak abang dukung atau seret awak ke kereta?? Pilih!" keras suara El bertanya. Matanya masih tertumpu pada Hana yang masih menundukkan mukanya.
Hana mengesat air mata yang sudah mengalir dipipinya dengan belakang tangan. Perlahan dia bangun dari situ. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan. Mahu atau tidak, dia terpaksa akur.
"Kak, saya balik dulu ye," kata Hana kepada Wana. Wajah Hana kelihatan sedih dan seperti menahan sakit. Wana hanya menganggukkan kepala tanda faham.
Kemudian Hana membontoti El ke kereta dalam keadaan terpaksa.
SAMPAI sahaja di kereta, Hana dan El memasuki perut kereta. Hana memegang tangannya yang direntap El tadi. Wajahnya di palingkan keluar tingkap. Air matanya kembali bertakung. Tangisannya cuba ditahan.
El masih tidak menghidupkan enjin kereta. Dia menghela nafas berat. Tiba-tiba, rasa bersalah menyerbu hatinya apabila melihat tangan Hana yang di rentap tadi. "Abang tengok," El menarik lembut tangan Hana. Kelihatan kemerahan dan mula membiru sedikit. Ya Allah, kuat sangat aku cengkam tadi. Lebam dah. Aduh, apa aku buat ni? Patut dia menangis. Gerutu hati kecilnya. Dia diserbu kekesalan.
Air mata Hana mengalir laju. Dibiarkan sahaja El melihat tangannya.
"I'm sorry. I don't mean to hurt you," El bersuara lagi dengan nada yang memujuk. Tangannya menggosok lembut tangan Hana yang direntap tadi. Terdengar esakan kecil keluar daripada mulut Hana. El mengeluh berat. Dengan perlahan Hana menarik semula tangannya. Ait mata yang mengalir dikesat dengan telapak tangan. "Kita pergi klinik nak?" Pujuk El. Dia merapatkan tubuhnya mendekati Hana. Perlahan hana menggeleng tanda tidak mahu. Esakannya semakin kuat didengari. Hana menjauhkan sedikit tubuhnya dari didekati El. Dia tahu El rasa bersalah. Tapi, dia sakit hati kerana El melayan dia sebegitu di depan orang.
El melepaskan keluhan yang berat. "I'm sorry," bisik El ke telinga Hana. Tangannya menggosok lembut lengan wanita itu sambil kucupan hangat singgah di bahu isterinya.
"Kita balik. Nanti dekat rumah abang sapu minyak," El cuba memujuk lagi. Tetapi, Hana tetap membatu. Esakannya sudah terhenti. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.
Tidak mahu menunggu lama, El terus menghidupkan enjin kereta dan mereka pulang ke rumah.
MALAM itu, Hana hanya berkurung di dalam bilik bawah. Dia tidak keluar dari bilik sejak pulang dari cafe siang tadi. Dia menyapu minyak ke tangannya yang mulai sakit. Merah ditangannya mulai berkurang. Lebam kebiruan mula kelihatan jelas.
Air mata kembali bertakung. Entah kenapa begitu murah sungguh air matanya kali ini. Entah apa yang ditangisi sebenarnya. Mungkin emosinya kerana dia datang bulan. Selalunya dia tidak begitu. Paling tidak dia buat tak endah dengan sikap El terhadapnya. Tapi, hari ini sepanjang pulang dari cafe, air matanya tumpah beberapa kali.
Tok! Tok! Tok!
Sudah berkali-kali pintu biliknya diketuk El. Tetapi Hana masih tidak mahu membukanya. Dia tidak mahu dipujuk. Biarlah dia melayan perasaannya sendiri. Dia takut, takut jatuh sayang pada El. Sebab dia tahu yang El masih bersama Azura dan bila-bila masa sahaja lelaki itu boleh kembali kepada Azura.
Mungkin sebenarnya Hana telah jatuh cinta pada El. Tapi sekeras hati dia menafikan perasaan sendiri. Dia tidak mahu kecewa. Dia tidak mahu mengharap. Mengharap kasih pada orang yang kasihkan orang lain. Sehinggakan dia buang perasaan cemburu apabila melihat El bersama Azura. Dia selalu mengingatkan dirinya sendiri bahawa dia adalah orang ketiga yang menghalang cinta El dan Azura. Dia juga orang yang tak layak bersama El. Masakan janda layak dengan teruna? Itu yang selalu dia ingatkan pada dirinya. Dan dia tak pernah lupa apa yang El pernah beritahu pada Ikram pada hari pertama mereka bernikah. Segalanya tersimpan kemas dalam hati Hana.
Hubungan suami isteri yang pernah berlaku antara mereka, dia anggap sebagai tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Walaupun setiap kali El akan mengungkap sayang dan cinta padanya. Namun, Hana tetap meletakkan tembok perasaan antara mereka.
"Kalau sayang tak nak buka pintu, abang buka guna kunci pendua ni," kedengaran suara El dari luar cuba mengugut Hana. Please, sayang. Tolonglah jangan seksa abang macam ni. Bisik hati kecil El dengan sayu. Kalau boleh, dia tidak mahu memaksa. Dia mahu Hana bersemuka dengannya secara rela.
Tetapi, sejak dari tadi, Hana terus masuk ke bilik bawah dan mengurung dirinya. El fikir keadaan itu mungkin cuma sementara. Namun, dia tidak boleh menahan sabar lagi. Dia rasa terseksa dengan sikap Hana. Dia harus bersemuka dan selesaikan segala permasalahan itu.
Hana masih berdiam diri tidak memberi jawapan. El sudah tidak sabar lagi. Terus dia membuka pintu bilik tersebut dengan kunci pendua.
Sebaik sahaja pintu terbuka, semerbak bau minyak urut menusuk ke hidung El. Hati El sebak melihat isterinya tertidur di atas lantai tanpa beralaskan apa-apa. Dengan perlahan, El menghampiri tubuh hana. Dia membelek tangan yang di rentap tadi. Rasa bersalah menyerbu ketangkai jiwanya. Rasa berdosa berkasar dengan isteri sendiri.
El merenung wajah isterinya itu. Kelihatan air mata masih bersisa diwajah Hana. Keluhan berat dilepaskan. Terseksa melihat isterinya sebegitu. "Sayang... bangun mandi. Lepas solat baru tidur," El menggosok lembut lengan Hana. Namun, wanita itu masih tidak sedar dari tidurnya. Lena sungguh!
Wajah didekatkan dengan si isteri. Dia mencium setiap inci wajah itu. Rasa sayang yang mendalam terhadap Hana sudah tidak dapat disimpan lagi. Wanita yang banyak membantu dia. Yang menyantuni dan menghormati dia sebagai suami. Apa lagi yang kurang pada wanita itu untuk dia mengejar wanita lain? El tidak akan melepaskan wanita di hadapannya itu. Dia berjanji pada dirinya sendiri.
"Sayang, bangun. Abang minta maaf. Abang janji tak kasar dengan sayang lagi," tiba-tiba air mata lelakinya mengalir. Sungguh dia merasa terseksa melihat wajah Hana yang kelihatan sedih dalam tidurnya. Dengan tangan yang lebam akibat direntap olehnya siang tadi. Seolah-olah perasaan Hana terbiar tanpa di jaga oleh suami sendiri. El kesal dengan perbuatannya sendiri.
Hana terjaga daripada lena setelah mendengar esakan kecil. Perlahan-lahan dia membuka mata melihat El di hadapannya sedang menangis. Dia agak terkejut dan terpinga-pinga. Ini kali pertama dia melihat El menangis. Lama dia merenung wajah El. Begitu juga El.
"I'm so sorry sayang.. I'm so sorry," ucap El sambil mencium tangan yang direntap itu tadi. Tidak semena-mena air mata Hana turut mengalir deras. Tersedu-sedu Hana melepaskan tangisannya. Dengan lembut El menarik Hana dan mendakap tubuh itu. Hana melepaskan tangisan sepuas-puasnya di dada El.
"Abang salah. Maafkan abang. Sayang mandi dulu, solat, lepas tu naik atas tidur ya," pujuk El setelah tangisan Hana sedikit reda. Air mata Hana diseka dengan hujung jari lalu dahi wanita itu dikucup lembut.
"Saya tak boleh solat. Malam ni saya nak tidur sini," balas Hana sambil menolak perlahan tubuh El agar menjauhinya.
"Bilik ni takda tilam, sayang. Takkan sayang nak tidur atas lantai? Kalau sayang tak nak tidur dengan abang, abang tidur dekat ruang tamu. Sayang tidur bilik atas," pujuk El. Pipi Haa dielus lembut.
"Tak nak. Saya nak tidur sini," balas Hana dengan wajah tak beriak. Dia termenung seolah-olah tiada apa yang dia ingin lakukan tika ini. Terus dia merebahkan tubuhnya ke lantai yang tidak beralas itu. Air mata kembali membasahi wajahnya.
El buntu. Tidak tahu bagaimana lagi dia harus memujuk Hana. "Please, sayang. Abang terseksa tengok sayang macam ni. Kalau sayang tak nak abang ganggu sayang, sayang naik bilik atas. Abang takkan ganggu sayang. Esok sayang cuti. Tak payah masuk office. Rehat dekat rumah," pujuk El sambil menggosok lengan Hana dengan lembut. Ya Allah, tolonglah lembutkan hati isteriku ini. Doa El di dalam hati.
Hana masih tidak mengendahkan pujukan El. Dia terus melayani perasaannya.
Kenapa dengan aku ni? Teruk sangat PMS kali ni. Aku sendiri tak faham kenapa senang betul air mata ini mengalir. Selalu pun datang bulan juga, tapi takda seteruk ini. Bebel hati kecilnya.
"Pasal pregnant tu, kalau sayang tak sedia, abang takkan paksa. Abang hormati kehendak sayang. Abang tak marah dah pasal sayang makan pil perancang tu. Cuma pharmacist tu ada cakap pada abang, kalau boleh pil tu consume untuk dua tahun je. Sebab pil tu tak elok untuk hormon," terang El. Ahli farmasi tersebut ada memberi sedikit penerangan kepada El ketika El membawa pil itu kepadanya.
Sebab pil perancang tu kot emosi aku jadi macam ni. Terus terlintas difikiran Hana mengenai pil itu.
"Sayang, bangun mandi ya. Lepas tu, tidur bilik atas. Abang tidur dekat ruang tamu. Abang tak ganggu sayang," pujuk El lagi.
"Tak nak mandi. Nak tidur," balas Hana tanpa perasaan. Dia menolak tubuhnya bangun daripada situ. Kaki melangkah keluar dan dia terus mendaki anak tangga menuju ke bilik. El pula hanya menghantar dengan pandangan mata. Dia tidak mahu mengganggu Hana buat masa sekarang.Dia cuma berdoa agar esok emosi Hana lebih baik.