Bab 7

PAGI Khamis itu, Hana ke pejabat seperti biasa. Dia datang lebih awal dari biasa. Sewaktu melalui kawasan tempat letak kereta, dia melihat kereta El masih tiada menandakan lelaki itu masih belum sampai ke pejabat. Kakinya melangkah dengan lebih pantas.

Masuk sahaja ke pejabat, Hana bergegas menuju ke bilik El untuk meletakkan surat cuti sakitnya. Setelah itu, dia keluar semula dari bilik tersebut dan pergi ke mejanya.
Tepat pukul sembilan pagi, El masuk ke pejabat ditemani oleh Azura. Sebelum masuk ke biliknya, El menoleh sekilas ke arah Hana yang kelihatan sibuk menaip sesuatu di komputer. Sedikit pun Hana tidak menoleh ke arah mereka.
Melangkah sahaja masuk ke dalam biliknya, El melihat ada sekeping sampul surat yang berlogokan sebuah hospital terletak di atas meja. Pantas tangannya mencapai dan membuka surat tersebut. Satu persatu isi kandungan surat itu dibaca.
Warded? Kenapa dia tak bagi tahu aku yang dia warded hari tu? Detik hati El.
"Surat apa tu, baby?" Soal Azura yang mula merasa kehadirannya tidak dipedulikan oleh El.
"MC," jawab El ringkas.

Tak kan aku marah sikit sampai masuk ward? Siapa yang bawa dia pergi hospital? Sakit apa sampai kena warded? Kalau aku tanya nanti, dia marah pula. Gerutu hati El lagi. Tetapi, rasa ingin tahunya menebal.
"Oh. I ada masukkan company you dalam satu tender ni tau dekat Banting. If menang, you dapatlah projek tu. Tapi, boleh tak kalau nak extra percent kali ni?" Soal Azura sambil memegang tangan El. Terliuk lentuk tubuhnya cuba bermanja dengan lelaki itu. Namun, El langsung tidak mendengar apa yang Azura katakan. Sebaliknya, lelaki itu masih mengelamun tentang surat cuti sakit Hana yang masih berada digengamannya.
"El, you dengar tak I cakap apa ni??" Bentak Azura apabila melihat El masih mengelamun tanpa memberi respon pada kata-kata sebentar tadi.
"Sorry. You cakap apa tadi?" Soal El terpinga-pinga. Dia memandang wajah Azura yang sudah masam mencuka itu.
"You ni! Malaslah I nak cakap lagi. I bercakap dengan you, ke mana tah you berangan," marah Azura sambil bibirnya mula dimuncungkan. Dia mendengus kasar geram dengan sikap El.
"Sorry la. I tengah fikir tadi. You cakap apa? Tell me, what is it? I'm hear you now. Janganlah merajuk. Tak cantiklah, baby," pujuk El mendayu-dayu. Dia tersenyum melihat wajah Azura. Perempuan dengan merajuk memang tak dapat dipisahkan.
Apabila melihat Azura berdiam diri, El bangun dan merapati Azura yang duduk sedang duduk di hadapannya.
"Baby, I'm sorry okay. It won't happen again. I promise," pujuk El lagi. Pucuk hidung wanita itu dicuit sedikit sambil mengulum senyum.
"Tak cantiklah baby I merajuk muka masam macam ni," usik El lagi. Namun, wajah wanita itu masih sahaja masam mencuka.
"You nak apa? Tell meI belikan," bisik El ke telinga Azura sambil tersenyum menggoda. Wajah cemberut wanita itu serta merta berubah. Sudah terpujuk dengan rayuan El.
"I tak nak apa-apa. I cuma nak extra percent lepas ni kalau I dapatkan tender untuk company you. Boleh?" Soal Azura dengan suara yang lunak.
"Boleh, babyAnything for you. Small matter je tu. Dah tak merajukkan?" Soal El sambil tersenyum lebar.
Azura menjeling manja. "Next time kalau I tengah bercakap, you mengelamun lagi, I sekeh kepala you!" Ugutan Azura membuatkan El ketawa besar. Wanita itu turut tersenyum manja melihat El yang terhibur dengan kata-katanya.
"Setakat sekeh I tak takutlah...," usik El dengan tawa yang masih bersisa. Azura mencebik bibir.
"Oh, I nak jumpa you ni nak bagi payment and nak tanya tentang projek di Melaka tu," El membuka laci meja sambil mengeluarkan cek pembayaran dan diserahkan kepada Azura. Kemudian, sebuah file turut di ambil dan di letak ke atas meja.
"Diorang kata you punya harga tak sama dengan quotation company I. Kalau ikut harga company I, diorang tak nak proceedSo, projek ni tengah pending lagi. You sebut harga hari tu berapa?" Soal El sambil menyelak-nyelak file tersebut.
"Alaa... I tak ingatlah. I kena tengok semula diari I. Nanti beritahu you kemudian," balas Azura sambil bangun dari duduknya. Dia mencapai beg tangan yang diletakkan di atas sofa yang berada di sudut kanan ruangan pejabat.
"Got to go now. Thanks baby for the payment. For the next project, I nak extra percent, okay. Bye. Love you," Azura terus melangkah keluar dari pejabat itu. El terkebil-kebil tatkala melihat Azura keluar dari situ.
Aku tak habis cakap lagi. Eemmm. Women! Detik hati El. Dia menggeleng perlahan sambil bibir mengukir senyum nipis. Perempuan ni, dapat duit je boleh buat dia gembira. Ya, perempuan macam Azura.
El kembali duduk ke kerusi sambil membelek semula surat cuti sakit Hana. Dia menekan interkom lalu mengarahkan Hana untuk masuk ke bilik bertemu dengannya.
Beberapa minit kemudian, Hana masuk ke bilik itu dan bertemu muka dengan El. Dia melangkah dengan lemah menghampiri meja El dan berdiri tegak di situ.
"Warded kenapa?" Soal El tanpa ditunggu-tunggu lagi. Dia malas mahu berkias-kias. Lebih baik dia terus bertanya.
"Gastrik" balas Hana dengan wajah yang tidak beriak. Muka lelaki itu langsung tidak dipandang.
El kerut dahi. "Teruk sangat ke gastrik you sampai kena warded?" Soal El dengan sinis.

Gastrik je pun.
Hana bungkam seribu bahasa. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia jelaskan pada El. Jika dia menjawab, bimbang lelaki itu marah seperti sebelum ini.
"Berapa hari warded?" Soal El lagi setelah wanita itu tidak menjawab soalannya yang tadi. Wajah Hana direnung. Bibir wanita itu kelihatan sedikit pucat dan mukanya nampak tidak bermaya.
"Sit. You pengsan dekat sini susah pula nanti," tambah El apabila melihat Hana kelihatan penat.
"Dua hari. Rabu discharge," balas Hana sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi. Jika ikutkan dia masih belum sihat sepenuhnya. Tetapi, dia tidak mahu menyambung cuti sakit kerana banyak kerja yang perlu dia selesaikan di pejabat.
"Apa punca tiba-tiba you kena gastrik?" Soal El ingin tahu. El bangun mendekati Hana dan dia menyandar sedikit ke meja sambil menghadap wanita itu.
"Skip lunch and stress," jawab Hana ringkas. Dia merasa tidak selesa apabila El terlalu dekat dengannya. Dia berganjak sedikit ke belakang.
"Stress? Stress sebab apa?" Soal El lagi. Dahinya berkerut nipis.

Stress sebab aku marah dia hari tu ke? Atau stress sebab staff dekat sini asyik tanya pada dia tentang aku dengan Azura? Persoalan itu hanya tercetus di dalam hati El.
"Entah," jawab Hana ringkas. Wajah ditunduk menekur lantai. El tarik nafas dalam dan dihela perlahan saat melihat jawapan acuh tidak acuh wanita itu. "Okaylah. You can go now," balas El sambil duduk semula ke kerusinya. Dia tidak mahu menyoal lagi kerana Hana kelihatan tidak bermaya.
Tanpa menunggu lebih lama, Hana bangun dari duduknya dan terus keluar dari bilik itu. Di luar bilik, Hana terserempak dengan Ikram.
"You dah sihat?" Soal Ikram. Ikram lelaki yang lebih concern berbanding El.
"Alhamdulillah. Dah sihat sikit," balas Hana cuba tersenyum.
"You okay ke tak ni? Muka you nampak pucat," Ikram sedikit risau melihat Hana yang kelihatan tidak bermaya itu.
"I'm okay. Thanks for the concernSorry, saya ada kerja nak buat. Saya pergi dulu," balas Hana. Ikram sekadar mengangguk perlahan. Kemudian, dia masuk ke dalam bilik El. Wajah serius El yang sedang menaip sesuatu di komputer itu direnung.
"Kau jumpa Hana ke tadi?" Soal Ikram walaupun dia sudah tahu jawapannya.
"Yup!" balas El ringkas. Mata lelaki itu masih tertumpu pada skrin komputer.
"Dia demam ke apa?" Soal Ikram ingin tahu.
"Warded. Gastrik,"
"Warded? Teruk ke? Patut aku tengok muka dia pucat je tadi," Ikram kelihatan cemas selepas mendengar jawapan El.

Eh, si El ni rileks je aku tengok. Sikit pun tak nampak risau.
"Entah. Dah boleh masuk office, dah okay la kot," jawab El selamba.

Kau punya terkejut Ikram, kemain lagi. Gerutu El di dalam hati. Sempat dia melihat reaksi cemas sahabatnya itu.
"Sepatutnya kau suruh dia balik berehat. Muka dia nampak pucat la," kata Ikram yang masih risau dengan keadaan Hana.
"Dia okay je aku tengok. Kalau tak, doktor mesti tambah mc dia. Kau tak payah over concern sangatlah pasal dia," balas El endah tak endah dengan kata-kata Ikram itu.
Ikram hanya menggelengkan saat mendengar jawapan daripada El. Dia kasihan melihat Hana dilayan sebegitu oleh suami sendiri.
"Kau nak bincang apa ni?" Soal El dengan mata yang masih tertumpu pada skrin komputer.
"Kau dah tanya Azura pasal projek di Melaka tu?" Soal Ikram. Dia terserempak dengan Azura ketika baru sampai di pejabat tadi.
"Dah tanya, dia kata nanti dia inform semula. Sebab dia tak ingat," balas El selamba.
"Kalau boleh kena bagitahu awal. Sebab projek tu dah lama tertangguh. Takut diorang open semula tender tu. Terjejas nama company kita nanti El," kata Ikram seakan memberi peringatan. Bukan pertama kali perkara ini berlaku. Disebabkan sikap memandai Azura meletakkan harga tanpa berbincang dengan mereka, projek tersebut akan tertangguh atau lambat siap.
"Yess I know. I will ask her again," jawab El dengan tenang. Dia sudah mengagak yang Ikram akan bertanya tentang hal itu berkali-kali. El faham, Ikram hanya menjalankan tugas dan bukan sengaja lelaki itu mahu mendesaknya.
"Lagi satu, tender yang aku masuk dekat Ampang hari tu, tak dapatlah," ujar Ikram dengan riak kecewa.
"Laa... Ye ke. Takpalah. Bukan rezeki kita," balas El cuba menenangkan hati Ikram. Dia tahu Ikram kecewa kerana itu adalah projek yang mereka nanti-nantikan. Projek lebuhraya yang terbesar di sekitar Ampang.
"Tu lah. Ramai yang masuk harga rendah-rendah. Aku pelik la. Diorang ni buat kerja amal ke? Kalau ikut kiraan kos macam takde untung langsung," bebel Ikram. Dia masih tidak berpuas hati kerana syarikat mereka tidak terpilih di dalam projek lebuhraya itu.
"Aku rasa bahan mentah diorang dapat murah agaknya. Tapi takut tak berkualiti la," tebak El bersahaja.
"Kalau projek besar macam tu. Guna barang tak berkualiti, masak bro. Projek lebuhraya kot. Bukan projek buat jambatan sungai," sambung El lagi.

Ikram sekadar ketawa kecil. Benarlah kata El. Projek besar yang berisiko tinggi jika bahan-bahan yang digunakan tidak berkualiti.
"Itulah. Frust aku. Aku ingat harga kita kira rendah dah. Rupanya ada lagi rendah. Haaiishh," kekesalan Ikram masih tidak berkesudahan.
"Dahlah. Serabut kepala otak aku ni," Ikram bangun dari duduknya dan dia terus keluar dari ruangan itu. El hanya tersenyum segaris melihat lelaki itu beredar dari situ.




TEPAT pukul 5.30 petang, El bersiap-siap untuk pulang. Dia menjengah Hana dari tingkap bilik. Kelihatan wanita itu masih duduk di tempatnya tanpa berganjak. El berdecit. "Dia nak balik ke tak nak ni?" Gumamnya.

Tanpa membuang masa, El keluar menuju ke meja Hana. Dia menghampiri Hana yang masih tekun menaip sesuatu di komputer.
"You nak balik ke tak nak ni? Malam ni I ada date. Kalau nak balik, please make it fast. I takda masa nak tunggu," kata El selamba tanpa mempedulikan perasaan Hana.
"Takpa la, Encik El balik dulu. Saya balik naik cab," jawab Hana sambil memandang sekilas ke arah El. Wajahnya masih kelihatan pucat.
"Okay," El terus berlalu pergi tanpa menunggu lagi. Dia perlu cepat pulang untuk bersiap. Dia bimbang Azura akan merajuk jika dia terlambat sampai ke tempat yang mereka janjikan.
Hana melepaskan keluhan berat. Dia terasa jauh hati dengan sikap El yang langsung tidak peduli dengan keadaannya. 'Takpa la. Bukan salah El. Dia sendiri dah pesan jangan harap apa-apa dari dia,' Hana mengingat kembali kata-kata El ketika awal-awal mereka berkahwin dahulu.






SEBAIK sahaja Hana sampai di rumah, kereta El sudah tiada di garaj. Dia masuk ke dalam dan terus menuju ke biliknya. Sudah dua hari dia tidak pulang ke rumah itu. Hana duduk menyandar ke dinding sambil memeluk kedua lututnya rapat ke dada. Tersesak-esak dia menangis seorang diri.
"Kenapa semua orang yang aku sayang, pergi? Tinggal along je. Tu pun along takda teman aku kat sini." Rintihnya dengan sedih. Kalau ikutkan hatinya, dia tidak mahu pulang ke rumah itu lagi.
Selepas reda dari kesedihan, Hana mencapai telefon bimbitnya. Dia membuka pesanan ringkas. Jarinya pantas menaip sesuatu dan dihantar kepada Hariz.

^HANA^ Along, jom borak!

Selang beberapa minit selepas itu, Hariz membalas.

^HARIZ^ Nak borak apa adik along ni?
^HANA^ Boringlah.
^HARIZ^ Dah sihat belum? El mana?

"Isshh.. Along ni. El.. El..," sempat Hana membebel saat nama itu dibaca dari skrin telefonnya. Dia mencebik geram.

^HANA^ Sihat dah. Beliau keluar. Along esok jom lunch sama-sama. Rindu along.
^HARIZ^ Esok ek? Tengok dulu boleh? Sebab along takut kena pergi site dekat Banting. Jauh pula along nak patah balik ke KL.
^HANA^ Tak boleh takpalah. Lain kali je.
^HARIZ^ Merajuklah tuuu.. Nanti along bagi tahu esok sebelum pukul 10 pagi.
^HANA^ Mana ada merajuk. Orang rindu arwah ibu, ayah dengan abang Farish.
^HARIZ^ Kenapa ni? Tak settle lagi ke dengan El?
^HANA^ Settle apa?
^HARIZ^ Kawan Hana cakap Hana bergaduh dengan El kan?
^HANA^ Mana ada gaduh. Takpa la. Hana nak tidur la. Mengantuk.
^HARIZ^ Kalau rindu ibu, ayah dengan Farish, sedekah Al-Fatihah untuk diorang.
^HANA^ Okayyy.
^HARIZ^ Ada apa-apa nak luah pada along? Along free je ni.
^HANA^ Takda apa.
^HARIZ^ Hana dengan El macam mana?
^HANA^ Macam tu je la. Dia macam manusia, Hana pun macam manusia. Takda siapa bertukar bentuk jadi benda lain.
^HARIZ^ Iisshhh.. Orang serius dia main-main pula. Maksud along tu hubungan Hana dengan El macam mana. Dia layan Hana baikkan?
^HANA^ Abang Farish lagi baik. Dia tak macam Abang Farish. Dia tu kuat membebel. Abang Farish tak.
^HARIZ^ Isshhh.. Apa cakap macam tu. Kalau tahu El, kecil hati dia. Along harap Hana jangan sebut macam tu depan El. Terasa dia nanti.
^HANA^ Dia tak peduli pun. Dia bukan suka orang. Dah lahNak tidur. Good night. Esok beritahu awal tau. Nak along belanja makan.
^HARIZ^ Okay. Nanti along inform before ten. Good night. Kirim salam El.
^HANA^ Okay.

Hana merenung skrin telefon dengan pandangan kosong. Kalaulah along tahu macam mana El layan aku, mesti along sedih. Getus hati kecil Hana.
"Ibu, ayah, Abang Farish.. Hana rindu sangat pada semua. Kenapa Allah tak ambil Hana sekali? Hana takda siapa-siapa dekat sini. Along pun takda sini," Hana bermonolog sendiri. Air matanya mengalir lagi. Akhirnya dia terlena dalam kesedihan. 


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh