Bab 12

HARI berikutnya, Hariz sudah dibenarkan pulang. Dia ditemani Hana dan El. Mereka menghantar Hariz hingga ke rumahnya.

"Along boleh ke duduk rumah ni sorang-sorang? Risau la Hana," soal Hana sambil duduk di sisi Hariz. Tubuhnya disandar pada lelaki itu.
"Boleh. Along dah okaylah," balas Hariz sambil membelek luka ditangannya. Hana turut memerhatikan luka itu. Kasihan dia melihat Hariz.
"Hana boleh teman along dekat sini," balas Hana tanpa meminta persetujuan El.
Eh dia ni. Tak tanya aku pun. Gerutu hati El geram dengan Hana yang membuat keputusan tanpa meminta izin daripadanya.
"Tak payah. Dah satu malam teman along dekat hospital. Uruskan El pula," bidas Hariz. Wajah Hana yang masam mencuka itu dipandang.

Pantas Hana menoleh ke arah El. "Bolehkan saya teman along?" Soal Hana selamba.

Mesti dia okay dan tak kisah kalau aku teman along lagi. Hana berharap agar El mengizinkan dia menemani along untuk kali kedua.

Riak wajah El berubah. Serba salah mahu berterus terang. Tetapi, dia harus menyatakan apa yang dia rasa tika ini. "Aaa... bukan saya tak bagi. Tapi, saya sunyi sorang-sorang dekat rumah," balas El teragak-agak. Sungguh, satu malam tanpa Hana di rumah, El buntu keseorangan. "Tak pun along duduk dengan kami. Boleh Hana jagakan along di rumah kami," pelawa El.
"Eh, tak payah. Along okay dah, boleh jaga diri sendiri," balas Hariz. Dia tahu El serba salah. "Hana jangan risau. Along dah okay," kata Hariz bersungguh. Wajah Hana dipandang. Hana tarik muka masam.
"Sorry along," ucap El dengan wajah yang serba salah. Dia tahu Hana marah dengan jawapannya. Namun, dia juga tidak mahu Hana berlama-lama meninggalkannya di rumah keseorangan.
"Eh, takda apalah, El. Kau jangan ikutkan sangat Hana ni. Semalam dah jaga along dekat hospital pun along berterima kasih sangat. Kalau ikutkan tak perlu pun jaga along," balas Hariz bersahaja. Dia tida mahu melayan karenah Hana.
"Along ni kan!!" Hana memukul peha Hariz dengan kuat. Geram kerana El tidak mengizinkan dia menjaga Hariz.
"Sakitlah. Ya Allah. Dengan kau dia pernah pukul macam ni ke El?" Soal Hariz sambil menggosok pehanya yang terasa perit. Dia menggeleng geram dengan sikap Hana yang degil itu.

El hanya ketawa saat mendengar soalan Hariz. Di rumah, Hana sedikit pun tidak menyentuh El. Apatah lagi mahu mendekati dirinya. Hana juga jarang bergurau senda dengan El. Sekali sekala sahaja dia akan ketawa atau tersenyum jika El mengusiknya. Selebihnya dia lebih selesa berbual biasa dengan El. Atau lebih tepat, berbual bila perlu.
"Dahlah. Nak balik. Orang tak sudi, buat apa nak terhegeh-hegeh," gumam Hana perlahan. Lantas, dia bangun dari duduknya. Dia berkecil hati dengan Hariz.
"Laaa... Janganlah merajuk. Along bukan tak sudi. Along cuma tak mahu susahkan adik along. Lagipun, along dah okay, bukan tak boleh berjalan sendiri. Luka sikit je pada tangan ni," Hariz cuba memujuk Hana yang kelihatan merajuk itu.

Alah, adik aku sorang ni pun. Sejak akhir-akhir ni asyik terasa je.
"Takpalah..," perlahan Hana membalas dengan riak wajah yang sudah berubah sedih. Muka mula terasa panas membahang. Pandangannya berbalam-balam. Cepat-cepat dia berpaling ke arah lain. Dia tidak mahu Hariz mengusiknya.
"Hana, janganlah macam ni. Along minta maaf. Along dah sihat. Bukan along tak sudi Hana jaga along. Janganlah merajuk," Hariz menghampiri Hana sambil memaut bahu adiknya itu. Hana meraup wajah dengan mata yang terkebil-kebil cuba menghapus air mata yang bertakung dikelopak matanya saat ini.
"Takpalah kalau awak nak jaga along, saya izinkan," kata El yang sejak dari tadi membisu. Dia tidak mahu Hana bersedih. Hana diam tidak membalas kata-kata lelaki itu.
Hana memang sangat berbeza apabila bersama dengan Hariz. Benar kata Hariz, Hana seorang yang manja dan mudah terasa. Dia juga mudah menangis. Tetapi, apabila bersama El, Hana tidak seperti itu. Sungguh, El akui yang dia masih tidak mengenali sikap Hana sepenuhnya.
"Eh, takpa El. Along dah sihat dah ni. Biarlah Hana ikut kau balik," pintas Hariz. "Hana balik ye. Nanti kita spend time sama-sama lagi. Kita balik Johor ke. Nak?" Soal Hariz masih cuba memujuk Hana.
"Bila?" Wajah Hana berubah ceria apabila Hariz memberi cadangan untuk mereka pulang ke Johor bertemu adik beradik arwah ibunya.
"Nanti along beritahu bila. Okay," balas Hariz sambil tersenyum. Dia merasa sedikit lega setelah melihat adiknya kembali ceria. Sekurang-kurangnya dia tahu Hana sudah terpujuk. "Hari ni Hana ikut El balik ye. Tentang balik kampung tu, kita plan nanti, okay," tambah Hariz lagi.
"Okaylah," balas Hana sambil mencebik. Dia tahu Hariz cuba memujuknya. "Along jaga diri baik-baik. Kalau ada apa-apa, beritahu orang tau," pesan Hana dengan nada manja. Hariz mengangguk sambil tersenyum. El turut tersenyum melihat gelagat dua beradik itu. Jelas bahawa Hariz dan Hana memang rapat.
Setelah bersalaman, Hana dan El pun pulang ke rumah mereka.





DALAM perjalanan pulang ke rumah, Hana hanya mendiamkan diri. Dia melayani perasaannya sendiri sambil melihat ke luar tingkap kereta seperti selalu. El tahu Hana marah padanya kerana tidak mengizinkan dia untuk menjaga Hariz.
"Awak marah saya ke?" Soal El memulakan perbualan. Sekilas dia memandang pada Hana.
"Tak," balas Hana ringkas.
"I know you're mad at me," ujar El sengaja memprovok Hana.
"Nak marah sebab apa pula?" Soal Hana agak bengang. Dah orang cakap tak marah, tak marahlah. Ni sengaja nak provok aku ajak bergaduh. Dahlah sakit hati dengan along sebab tak bagi aku jaga dia dekat rumah. Bebelan itu diteruskan di dalam hatinya.
"Saya bukan tak bagi awak jaga along. Saya sunyi sorang-sorang dekat rumah. Takda kawan," rengek El.

Aaiisshh.. Muka masam pun nampak manis. Aduh, parah sungguh aku ni. Betul-betul dah tersungkur habis. Kalau Ikram tahu apa aku rasa sekarang ni. Mau dia bahan aku habis-habisan.
"Takpa, tak kisah. Along pun tak nak saya jaga dia," balas Hana sambil melihat pada skirn telefon bimbit. Dahinya berkerut nipis. "Kenapa tak keluar dengan Azura? Dia ada call saya semalam. Tapi, tak sempat nak jawab. Saya mesej dia, beritahu awak takda dengan saya. Tapi, dia tak reply," tambah Hana. Wajah El di pandang.
"Dia ada datang office pagi tadi. Hal kerja," balas El acuh tak acuh setelah mendengar nama Azura. Dia tidak berminat untuk bercerita tentang Azura buat masa ini. Fokusnya kini hanya pada Hana.
"Oh.. Kita singgah supermarket. Saya nak beli barang untuk masak ayam golek dengan nasi minyak malam ni," kata Hana bersahaja. Mata masih tertumpu pada skrin telefon bimbitnya.
"Ingatkan awak lupa dah," gumam El perlahan sambil tersenyum. Hatinya berbunga kerana Hana masih ingat akan janjinya semalam.
"Saya ingat. Saya minta maaf sebab tak dapat nak masak malam semalam," ujar Hana. Dia menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam beg tangan.
"It's okay. Saya faham," balas El tenang. Namun, bibirnya masih mengukir senyuman. Sungguh, dia tidak sabar mahu menjamah makanan yang Hana akan masak untuknya nanti.
Sebaik sahaja mereka tiba di pasaraya besar, mereka masuk ke dalam dan membeli barang-barang yang diperlukan.




MALAM itu, setelah selesai makan malam, El mengajak Hana menonton televisyen bersama dengannya. Hana agak pelik kerana sebelum ini tidak pernah pula El bersikap sebegitu. Namun, dia turutkan sahaja.
"Nanti sebelum tidur, cekkan schedule untuk esok sampai hari Jumaat ni," pesan El memulakan perbualan. Dia merenung wajah Hana yang sejak dari semalam dirinduinya.
"Okay," balas Hana tanpa memandang ke arah El. Mata masih tertumpu pada skrin televisyen sehingga tidak sedar wajahnya direnung oleh lelaki itu.
"Malam esok, kita dinner dekat luar je la. Sebab petang awak kena pergi site lah, Hana. Takut awak penat. Awak pergi dengan Ikram," sambung El lagi. Matanya masih melekat kuat pada wajah si isteri.
"Oh, yang dekat Damansara tu ke?" Soal Hana bersahaja.
"Ya, betul," jawab El. Dia kemudiannya melirik ke arah jam di dinding. Jam menunjukkan pukul sembilan malam. Ketika itu hujan turun dengan lebatnya.
"Lebatnya hujan," El cuba lagi berbual. Namun, Hana hanya menumpukan perhatiannya pada skrin televisyen tanpa memberi respon pada kata-kata lelaki itu.

El mendengus kasar apabila kata-katanya tidak dilayan. Lantas, dia bangun dan menuju ke tangga untuk naik ke biliknya.
Hana terkebil-kebil saat melihat susuk tubuh itu pergi dari situ. "Awak nak saya tengok sekarang ke jadual tu?" Soal Hana tergesa-gesa.

Eh, dah nak tidur ke? Tadi ajak aku tengok TV.
El tidak menjawab, sebaliknya, dia terus naik ke bilik sambil membebel sendiri. "Tadi aku bercakap, buat bodoh je. Ni aku dah naik baru nak panggil." Dia merajuk dengan Hana. Kemudian, tubuh dilemparkan ke atas katil dengan rajuk yang masih menghuni di dalam hati.
Ya, dia rindu. Tetapi, dia tahu bahawa Hana tidak merasai seperti apa yang dirasakan olehnya sekarang. Puas El berfikir bagaimana untuk dia memula kata bagi meluahkan perasaannya terhadap Hana. Dia bimbang Hana semakin menjauh apabila mengetahui perasaannya nanti.
Ingin sahaja dia mengadu pada Ikram. Tetapi, pasti Ikram akan menyindirnya. Betul kata Ikram, akhirnya dia tersungkur sendiri. Terseksa sungguh dirasakan saat ini. Memendam perasaan pada wanita yang telah sah menjadi miliknya. Namun, dek kerana mulut sendiri yang sering menyakiti hati wanita itu, El jadi malu. Dia malu untuk meluahkan perasaan setelah apa yang diucapkan sebelum ini kepada Hana.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk, dengan langkah yang malas, El membuka pintu biliknya. Kelihatan Hana berdiri tegak betul-betul di hadapan pintu sambil memegang buku yang tercatit segala jadual El.
"Esok pagi awak ada meeting di Putrajaya. Lepas tu, awak kena pergi site di Puchong. Untuk hari Khamis dengan Jumaat, meeting pagi je. Petang takda program," terang Hana sambil membelek-belek buku yang dipegangnya. "Weekend ni, awak kena jumpa dengan lembaga pengarah Syarikat Ventures Sdn Bhd. Tempat masih tak confirm lagi. Nanti saya call semula diorang untuk confirm kan tempat perjumpaan. Setakat ni, tu je program dalam schedule awak," jelas Hana satu persatu kepada El. Kemudian, dia menutup buku tersebut dan wajah El dipandang.
"Okay," balas El acuh tak acuh. Sengaja dia memasamkan wajahnya untuk menarik perhatian Hana. Hana kerut kening melihat reaksi lelaki itu. "Awak marah saya ke?" Soal Hana.
Okay, serius buruk lelaki buat muka macam tu. Kutuk Hana di dalam hati. Kalau ikutkan, malas sungguh Hana mahu bertanya. Tetapi dia tahu El mahukan perhatian daripadanya.
"Ya. Marah," balas El tanpa berselindung lagi.
"Why?" Hana melepaskan keluhan kecil.

Apa lagi salah aku ni?
"Saya berbual dengan awak, awak buat tak tahu je," nada rajuk El mula kedengaran.
"Tadi awak ajak saya tengok TV, awak bukan ajak saya berbual," Hana cuba mengusik El. Senyuman dikulum.
"Puan Hana Elyana, saya ajak awak tengok TV sambil berbual. Tak kan saya nak sebut in detail nak buat apa semua," balas El sambil tersenyum geram mendengar jawapan daripada Hana.

Pandai dah dia mengusik aku. Hati El berbunga saat melihat senyuman Hana yang mengusiknya itu.
"Yelah. Sorry. Jom lah tengok TV sambil berbual," seloroh Hana lagi. Sengaja ditekankan ayat berbual itu. Lantas, Hana berjalan turun ke bawah sambil ketawa kecil.

Sejak bila la mamat ni suka merajuk dengan aku. Bisik hati kecil Hana.
Nasib baik dia pujuk. Gerutu hati El berbunga. Dia kemudiannya membuntuti Hana turun ke ruang tamu semula.
Sedang mereka menonton televisyen, tiba-tiba telefon bimbit Hana berbunyi. Tertera nama Azura di skrin telefon.
"Azura call," tanpa menjawab panggilan itu, Hana terus menyerahkan telefonnya kepada El.

El menyambut telefon itu dengan malas. "Hello. Yess.. I know that. Hana dah inform I tadi. Anything else? Sorry, Azura I busy. Kita cakap dekat office je nanti," El terus menamatkan perbualan mereka. Wajahnya kelihatan serius.
"Oh, lupa nak bagitahu, meeting weekend ni Azura yang arrange. Sebab company tu baru nak survey company yang sesuai untuk uruskan projek diorang dekat Sabak Bernam. Diorang tak open tender," Hana menerangkan serba sedikit tentang syarikat tersebut kepada El.
"Okay," balas El ringkas.
"Ada lagi satu projek Azura carikan juga di Terengganu. Tapi, lebih kurang macam projek amal. Buat masjid. Nanti Azura serahkan kertas kerja tu pada awak. Mungkin dalam next week. Dia ada inform awakkan?" Soal Hana sambil menatal skrin telefon bimbitnya untuk melihat kembali perbualan antara dia dan Azura sebelum ini tentang projek itu.
"Can we talk about something else?" Soal El serius. Wajah Hana direnung. Dia penat berbicara tentang kerja yang tidak pernah habis.
"Sorry. Saya takut saya lupa. Tu yang saya beritahu sekarang," ujar Hana sambil meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja semula.
"Next time kalau saya cakap pasal schedule. Kita cakap pasal schedule sahaja. If saya suruh explain, baru awak explain. Okay," balas El dengan tenang. Dia menyandarkan tubuhnya ke dada sofa. Hana yang duduk di sofa single itu masih direnungnya dengan mata yang kian layu.
"Okay. Sorry again," ucap Hana. Dia turut memandang El. Mata mereka bertaut seketika. Wajah lelaki itu kelihatan letih.
"Nak saya buat air panas?" Soal Hana. Dia tahu El penat menguruskan hal di pejabat. Memandangkan jadual lelaki itu agak padat sejak akhir-akhir ini.
El menggeleng. "No, thanks," balasnya ringkas. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. "Eemm.. Nak tanya sikit boleh?" Soal El dengan suara yang gemersik. Wajah Hana direnung kembali.
"You already done that," balas Hana sambil tersenyum manis memandang El. El terpana saat melihat bibir wanita itu mengukir senyuman sebegitu. Hatinya jadi tidak keruan. Jantung berdegup laju seakan menghentak-hentak tulang dadanya. Nafas ditarik dalam cuba menenangkan gejolak didada.

"So, apa soalannya?" Soal Hana setelah beberapa detik dia melihat El merenungnya tanpa berkata apa-apa.
"Lupa dah nak tanya apa," balas El dengan getar dihujung suara. Dia membawa matanya ke skrin televisyen semula. Jantung masih berdegup kencang dirasakan saat ini.
"Lupa?" Hana mengerut dahi.
"Awak senyum manis sangat. Sampai lupa dah nak tanya apa," balas El bersahaja. Matanya sengaja ditumpukan ke skrin televisyen.
Iiisshh, dia ni. Desis Hana di dalam hati. Wajah terasa berbahang tatkala mendengar pujian lelaki itu.
Suasana bertukar sunyi apabila El dan Hana masing-masing menumpukan perhatian pada rancangan yang sedang ditayangkan. Filem aksi itu membuatkan mereka masing-masing menjadi kusyuk menonton.
Tidak lama selepas itu, Hana mula terasa mengantuk. "Saya masuk tidur dulu. Dah lewat malam ni," ujar Hana sambil bangun dan melihat jam yang sudah hampir pukul 12 tengah malam.
"Okay. Good night. Sweet dreams," ucap El tanpa menoleh ke arah Hana. Lantas, Hana berlalu pergi meninggalkan El sendirian di situ. El melepaskan keluhan perlahan. Sungguh dia mahu Hana berada di dalam dakapannya setiap hari. Menjalani hidup seperti pasangan suami isteri yang lain. 


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh