JUMAAT itu, selepas habis waktu bekerja, El dan Hana bertolak ke rumah Puan Mastura dan Ungku Ibrahim. Hari minggu ini, adalah majlis resepsi mereka. Semua staff di pejabat El, telah dimaklumkan.
Tiba-tiba telefon bimbit El berbunyi. Pantas sahaja lelaki itu menjawab panggilan tersebut. Wajahnya kelihatan ceria.
"Hello, baby," El menjawab panggilan itu dengan nada ceria.
Ya, semalam aku berjaya mencari Azura. Aku call kawan-kawan Azura yang selalu bersama Azura sebelum dia menghilangkan diri. Mereka beritahu yang Azura ada masalah keluarga. Disebabkan itu, dia menghilangkan diri.
Azura berasal dari keluarga yang berpecah belah. Ibu bapa yang bercerai ketika usianya masih remaja. Disebabkan itu, El setia dan bersedia untuk membantu apa jua masalah Azura. El juga mempercayai wanita itu seratus peratus tanpa ada rasa curiga. Apa yang Azura beritahu atau apa sahaja yang Azura cerita, El percaya dan tidak pernah pertikaikan. Dia juga mahu Azura mempercayainya seperti mana dia mempercayai Azura. Tanpa sedar, itulah kelemahan El. Terlalu percaya dan terlalu setia.
"I tengah drive. You dah sihat? Sorry, I tak dapat teman you," tutur El dengan lembut. Semalam dia berjumpa dengan Azura sebentar, Azura demam dan meminta El menemaninya. Tetapi, permintaan itu tidak dapat El tunaikan kerana dia harus berada di rumah Puan Mastura secepat mungkin. Jika tidak, dia terpaksa mendengar bebelan Puan Mastura. Tak sanggup!
Hana hanya berdiam diri. Malas untuk memasang telinga. Dia membuang pandangannya keluar tingkap sambil menikmati permandangan sepanjang perjalanan itu. Kalau ikutkan hatinya, dia tidak mahu majlis resepsi itu berlangsung. Tetapi, ibu mertuanya tetap mendesak dan akhirnya dia terpaksa akur.
"I miss you too. I will let you know if I dah sampai nanti. I tak lama. Kejap je. After kenduri, I balik KL and I terus jumpa you. Okay, baby?" Tutur El lagi. Sekali sekala matanya mengerling ke arah Hana.
Patutlah lately ni mood dia baik. Dah jumpa dengan buah hati rupanya. Alhamdulillah, fius otak dah bersambung. Semoga kembali waraslah hendaknya. Gerutu hati Hana.
"Okay, baby. Love you too. Yess of course. Babyy.. Jangan la macam ni. Ya, I'm promise. Just you in my heart. Yess.. Okay, bye," El terus matikan talian dan kelihatan wajahnya berseri-seri selepas menerima panggilan itu.
"Lusa after kenduri, kita terus balik KL. Please siap on time. Jangan terhegeh-hegeh. I tak suka menunggu," tegas El sambil matanya ditumpukan pada pemanduan.
Tak sabar aku nak jumpa Azura lagi. I miss you baby.
Hana tidak memberi respon. Dia masih menumpukan pandangannya ke luar kereta. Sedikit pun wajah El tidak dipandang.
Baby?? Eeeuuwww....please!!! Ejek Hana di dalam hati.
"Hei, you dengar tak I cakap apa ni?" Soal El dengan suara yang agak tinggi.
Aku cakap dengan kau, boleh buat tak tahu pula.
"Dengar," balas Hana acuh tak acuh.
Ingat aku pekak ke? Nak suruh aku ikut cakap kau, tapi, cakap kasar-kasar dengan aku.
"Next time, bila orang tengah bercakap, pandang muka orang tu. That's what we call manners. Staff I semua ada adab, you je I rasa kurang adab! Selalu bila I bercakap je, you tak pandang muka I," El mula membebel panjang. Dia sakit hati dengan balasan Hana sebentar tadi.
Pantang aku, bila aku bercakap, orang tak pandang muka dan respon something. Biadap tau!
"Sorry," balas Hana perlahan.
Kalau tak membebel macam perempuan, memang tak sahlah dia ni. Dah jumpa girlfriend pun still moody ke?
"Sorry??Again?? Tu je you reti cakap??" Bebelan El masih bersisa. Nampak benar dia masih geram dengan Hana.
"I want you to know yang I dah jumpa my beloved girlfriend, Azura. So, what I told you before, you buat apa you suka, I tak kan larang. Macam tu juga I and please jangan gatal mulut cerita pada mommy atau siapa-siapa saja pasal Azura. Kalau ada orang tahu, you orang yang pertama yang akan I cari! Faham?" Kata El berbaur ugutan. Dia memandang Hana sekilas. Wajahnya sengaja diseriuskan agar wanita itu takut.
"Okay," balas Hana selamba. Malas mahu bercakap panjang dengan El. Ada sahaja benda yang tidak kena nanti.
"Okay..Okay.. Tu je ke you reti cakap?" Bebel El lagi. Rahangnya kelihatan bergerak-gerak diketap kuat. Entah apa yang digeramkan dengan Hana sejak dari tadi.
Eh dia ni.. Tak habis lagi ke?? Menjengkelkan! Bentak Hana di dalam hati.
Tidak lama selepas itu, mereka sampai ke destinasi yang dituju. Sebaik sahaja El memandu masuk ke halaman, kelihatan beberapa buah khemah sudah pun dipacak memenuhi kawasan tersebut. Gaya macam nak menyambut kenduri besar-besaran.
Banyaknya khemah. Macam besar je kenduri ni. Detik hati Hana. Dia mula merasa tidak selesa dan berdebar-debar. Kemudian, mereka berdua keluar dari perut kereta dan berjalan masuk ke dalam rumah.
"Haaa.. Dah sampai pun. After maghrib nanti, pergi fitting baju kahwin," kata Puan Mastura sebaik sahaja melibat kelibat Hana dan El di situ. Dia kelihatan sibuk menguruskan persediaan kenduri.
"Baik, mommy. Mommy sihat?" Soal Hana sambil bersalaman dan mencium tangan dan pipi ibu mertuanya itu. Puan Mastura tersenyum mesra. Dia selesa dengaan sikap Hana yang pandai menghormati orang tua.
"Sihat. Abah dah call Hariz. Nanti Hana remind Hariz semula ye," pesan Puan Mastura. Hana mengangguk tanda faham.
"El dah ajak staff semua?" Soal Puan Mastura setelah melihat wajah anaknya yang tidak beriak itu.
"Dah. El naik atas dulu. Letih," balas El sambil berjalan menuju ke tangga bilik.
Puan Mastura mencebik bibir saat melihat sikap anak lelakinya itu. Kemudian, matanya beralih ke arah Hana. "Hana pergilah naik atas, berehat," arah Puan Mastura sambil memerhatikan El sehingga susuk tubuh itu hilang dari pandangan matanya. Puan Mastura tahu, El tidak suka majlis tersebut dibuat besar-besaran.
"Takpelah, mommy. Saya tak penat pun. El yang drive tadi. Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Soal Hana. Kesian melihat mertuanya itu kesibukan menguruskan kenduri mereka.
"Takde apa pun. Takpe la, Hana pergi rehat. Baru sampai tu. Lagi pun banyak dah siap ni," ujar Puan Mastura sambil menggosok lengan menantunya itu. Bertuah sungguh dia rasakan kerana mempunyai menantu yang ringan tulang seperti Hana.
"Emmm.. Okay. Kalau ada apa-apa nak buat, mommy panggil saya ye," pesan Hana dengan senyuman manis. "Aaaa... Terima kasih mommy sebab uruskan majlis ni untuk kami," ucap Hana lagi. Serba salah Hana dibuatnya kerana dia tidak banyak membantu menguruskan majlis itu.
"No problem. Mommy suka je buat semua benda ni," balas Puan Mastura sambil membalas senyuman Hana.
"Hana, kalau El ada buat apa-apa yang menyakitkan hati Hana, tell me," tiba-tiba Puan Mastura menyentuh perihal anak lelakinya itu. Dia dapat merasakan hubungan Hana dan El dingin. Dia bimbang El bersikap kasar terhadap Hana.
Hana terkedu seketika. Tetapi, riak wajahnya cuba dikawal."Okay, mommy," balas Hana tenang. Namun, pesanan itu seakan merentap tangkai jiwanya. Kalaulah Puan Mastura tahu mereka tidak duduk sebilik, apa agaknya tindakan Puan Mastura?
Lebih baik aku rahsiakan sebab aku sendiri pun tak sanggup nak duduk sebilik dengan mulut macam mak nenek tu!
Setelah itu, Puan Mastura kembali meneruskan kerja-kerjanya. Hana pula menapak naik ke bilik. Sesampainya dia di depan pintu bilik El, dia mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam. Kemudian, tombol dipulas dan dia masuk.
Kelihatan El sedang bercakap dengan seseorang di telefon bimbitnya. Sempat El menoleh ke arah Hana. Cepat-cepat Hana membawa pandangannya ke arah lain.
Azura la tu. Detik hati Hana.
Namun, Hana tidak mempedulikan El. Dia terus meletakkan beg pakaian di sudut bilik, kemudian dia masuk ke dalam kamar mandi untuk membersihkan diri dan bersiap untuk menunaikan solat maghrib.
SAMPAI sahaja mereka dibutik pakaian pengantin, Hana mencari wanita yang disebut oleh Puan Mastura iaitu, Tina. Tina adalah pemilik butik.
"Selamat pengantin baru El. Hana kan nama you?" Soal Tina sambil menghulurkan tangan kepada Hana. Mereka bersalaman mesra. "Ya," jawab Hana ringkas.
Tina wanita yang masih muda, tetapi berjaya mengukuhkan kerjayanya sebagai pemilik butik yang terkenal di daerah tersebut. Hana kagum dengan gadis itu.
"Betul la Aunty Mas cakap. Menantunya manis," puji Tina. Merona merah muka Hana saat dipuji sebegitu. Dia tersipu malu.
"Alhamdulillah, terima kasih. Tapi, cantik lagi pemilik butik ni," Hana turut memuji Tina. Gadis itu turut ketawa kecil tatkala mendengar pujian Hana terhadapnya.
Tina juga cantik dan kecil molek orangnya. Berkulit putih gebu. Mata yang bulat menyerlahkan lagi kecantikan Tina. Walaupun Tina pemilik butik, namun dia tidak bersolek tebal. Hanya sekadarnya sahaja. Hana selesa berbual dengan Tina. Peramah dan baik hati orangnya.
El pula sejak dari tadi tidak mempedulikan apa yang berlaku. Dia sibuk dengan telefon bimbitnya melayani Azura yang sangat dirindui. Sekali sekala bibir lelaki itu mengukir senyuman saat membalas setiap mesej si buah hati.
Dahi Tina berkerut ketika melihat sikap El. Hana mengerti pandangan Tina. Namun, malas dia hendak ambil pusing. Dia cuma mahu segalanya selesai dengan segera.
"So, Hana dengan El dah decide nak warna apa? Aunty Mas cakap, kalau ikutkan dia nak tempah baru. Tapi, sebab masa dah suntuk sangat, tak sempat Tina nak jahit. Sorry," jelas Tina. Mereka berjalan ke sudut pakaian yang tergantung indah di sebelah kiri butik.
"Eh, takpe Tina. Tak perlu yang baru. Yang ada dekat sini pun semua dah cantik-cantik," terpegun Hana seketika melihat pakaian pengantin yang tergantung di situ. Semuanya kelihatan sangat mewah dan cantik di mata Hana.
"Hana bincang dulu dengan El, warna apa you all nak," balas Tina sambil memandang ke arah El yang masih sibuk dengan telefon bimbitnya.
"Tak payah tanya dia. Dia sibuk main handphone," pintas Hana sambil membelek-belek persalinan yang tergantung itu.
Sewaktu kendurinya bersama Farish dahulu, dia hanya memakai kain kebaya songket. Itu pun dia pinjam dari makcik kawan baiknya di kampung dahulu. Kini, persalinan yang ada di depannya membuatkan Hana rambang mata untuk memilih.
Setelah puas membelek pakaian pengantin tersebut, Hana telah memilih warna merah jambu lembut. Tina mengambilnya dan menyuruh Hana mencuba persalinan itu.
Selepas mencuba, Hana keluar dan terus bersetuju untuk memilih warna itu tanpa berbincang dengan El. Tina agak kehairanan melihat Hana dan El. Mereka langsung tidak berbual sejak dari tadi. Tetapi, dia juga tidak mahu mencampuri urusan pasangan itu.
Setelah mengambil ukuran yang perlu di ubah suai dari badan Hana, Tina menyerahkan pakaian lelaki kepada El untuk El cuba pula.
"Kenapa mommy pilih warna ni?" Soal El setelah melihat pakaian itu.
Pink colour? Mommy ni biar betul!
Tulah, orang sibuk fitting baju, kau sibuk main telefon. Lantak kaulah pakai warna pink. Getus hati Hana. Sengaja dia buat tidak endah dengan kata-kata El tadi. Sakit hati dengan sikap El.
Hana bukanlah mahu El melayaninya seperti puteri, dia cuma mahu El memberi kerjasama agar semuanya selesai dengan segera.
Kau ingat aku suka sangat nak bersanding bagai?
"You sibuk sangat dengan telefon. Hana dah fitting dah baju dia. Hana yang pilih warna tu. I pun dah ambil ukuran badan Hana nak alter. Kalau you join sekali tadi, boleh pilih sama-sama dengan wife you," bebel Tina. Dia juga sedikit bengang dengan sikap El yang langsung tidak ambil bahagian ketika Hana dan dia memilih persalinan pengantin tadi.
"I ingat mommy yang pilih warna ni. Oh, you yang pilih. Why pink?" Soal El. Mata dibawa ke arah wanita itu.
Aku rasa dia tahu aku tak suka warna merah jambu ni. Mata El melekat kuat pada susuk tubuh Hana dan dia masih menanti jawapan dari wanita itu.
Pernah sebelum ini, ketika di pejabat, Hana membeli file folder berwarna merah jambu dan El mengarahkan agar file itu ditukar dengan warna lain. Sebab dia tidak suka dengan warna tersebut.
Dia ni nak kenakan aku ke? Mencerlung mata El memandang Hana.
Hana buat muka tak kisah. "Tukarlah kalau tak suka," balas Hana bersahaja. Namun, hatinya sedikit kecewa jika El benar-benar menukar warna tersebut kerana Hana sukakan warna itu.
Tina memandang Hana. Wajah wanita itu kelihatan suram. Tina mengerti perasaan Hana. "Macam ni El. You try dulu," Tina memujuk El. Dia cuba meyakinkan El bahawa warna itu sangat sesuai dengan kulit El yang agak putih itu.
El diam seketika. Wajah suram Hana sedikit sebanyak membuatkan dia rasa bersalah. Kemudian, dia mencapai baju tersebut dari tangan Tina. Kaki di bawa melangkah ke bilik persalinan. Setelah baju disarungkan ke badan, dia keluar dari situ sambil berdiri ala-ala model busana pengantin.
"Sesuai sangat dengan you. Seriously, kan Hana??" Kata Tina bersungguh sambil memandang ke arah Hana.
Hana yang sedang sibuk membelek busana pengantin yang lain, terus menoleh ke arah El. Dia terpaku tatkala melihat El lengkap berpakaian seperti hulubalang. Terpegun Hana seketika melihat kekacakan El. Tidak berkelip matanya saat ini.
"Haa... Tengok, wife sendiri pun terpegun tengok you tau. Handsome kan husband you, Hana?" Soal Tina sekali lagi. Tina tersenyum melihat reaksi Hana.
"A'ah.. Handsome," jawab Hana ringkas. Matanya tepat memandang ke arah El.
Ya, kacak. Tetapi lelaki kacak ni bukan milik aku.
Dada El tiba-tiba berdebar saat mendengar jawapan dari mulut Hana. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain untuk beberapa ketika. Mata bundar Hana direnung. Hana yang tersedar El turut merenungnya, cepat-cepat menoleh ke arah lain. Jantungnya terasa berdegup kencang. Tina tersenyum melihat telatah pasangan itu.
"So, macam mana? You still nak tukar warna lain ke?" Soal Tina. Dia berharap agar El setuju dengan pilihan Hana.
"No. Baju I tak payah alter. It's fit on me," balas El bersahaja. Kemudian, dia terus masuk semula ke dalam bilik persalinan. Sebelum menukar ke baju asalnya, El merenung susuk tubuh sendiri di cermin.
"Handsome? Aku memang handsome pun. Baru perasan ke," gumam El sendiri dengan riak bangga.
Kejap, kenapa aku berdebar-debar pula ni? No.. No.. Perasaan aku je ni. El menarik nafas dalam-dalam apabila teringat kembali akan renungan Hana terhadapnya sebentar tadi. Degupan jantung cuba dikawal.
Setelah segalanya selesai, Tina berpesan kepada Hana untuk datang ke butik awal pagi Ahad kerana Hana akan bersiap dari butik. Manakala, El pula akan bersiap dari rumah. Mereka akan bertemu sewaktu majlis resepsi nanti. Hana dan El mengangguk tanda faham. Kemudian, mereka berdua pulang ke rumah Puan Mastura.