PETANG hari minggu itu, mereka berkumpul di rumah Wana seperti yang telah dijanjikan sebelum ini. Kelihatan Hana sedang sibuk membantu Wana menyediakan makanan tengah hari. Sambil-sambil itu mereka berbual bersama-sama.
"Akak tengok El macam dah ok dengan Hana," kata Wana sambil tersenyum. Lega apabila melihat bakal adik iparnya itu bahagia bersama suaminya.
"Okay macam tu je lah," balas Hana ringkas. Entah, mungkin Hana rasa benda biasa sahaja bagi dia.
"Tak lama lagi boleh akak dapat 'bakal' anak buah," usik Wana sambil tersenyum.
"Kak, dia ada girlfriend. I'm not his taste," balas Hana ringkas dan bersahaja. Dia sikit pun tidak kisah dengan hubungan El dan Azura.
"El masih berhubung ke dengan girlfriend dia tu?" soal Wana sambil mengerutkan dahinya.
"Entah. Macam dah jarang. Tapi, ada je Azura tu datang opis. Dia banyak carikan projek untuk company El. So, she's his taste, not me. Kalau nak baby pun, dengan girlfriend dia la. Bukan dengan saya," balas Hana sambil membawa pinggan untuk diletakkan ke meja makan.
Langkah Hana terhenti apabila melihat El berdiri di laluan dapur. El memandang Hana dengan wajah yang serius.
"Tumpang lalu," kata Hana dengan tenang apabila El menghalang laluannya.
'Dia dengar ke aku berbual pasal dia dengan Azura?' gerutu hati Hana. Kalau dia dengar pun, lantaklah! Memang dia yang cakap macam tu sebelum ni.
Namun, El masih tidak berganjak dari situ.
"Abang, tolong ketepi sikit. Saya nak lalu," kata Hana sekali lagi apabila melihat El masih membatu di situ.
"Seronok mengata suami?" soal El sinis. Dia merenung tajam ke arah Hana. Berani dia mengumpat aku.
"Sorry," balas Hana ringkas. Malas mahu memanjangkan cerita. Alah, kau mengata aku takpe, bila kena batang hidung sendiri nak terasa lebih-lebih.
"Abang tanya ni, seronok mengata suami? Jawablah" El memprovok Hana. Wajahnya sedikit merah menahan marah.
"Abang nak kita bergaduh dekat sini ke?" soal Hana bosan dengan provokasi El.
"Jawab dulu. Seronok ke mengata suami?" soal El masih tidak berputus asa. Dia cuba menenangkan dirinya dari meninggikan suara.
"Abang, please... Saya minta maaf. Kita ada dekat rumah orang. Tolong jangan bergaduh dengan saya dekat sini. Please," Hana cuba mengawal keadaan. Dia tidak mahu El terus menerus memprovok dirinya.
El menarik nafas dalam dan cuba mengawal sakit hatinya. Dia harus bertenang seketika. Dia berganjak sedikit memberi laluan kepada Hana untuk ke meja makan.
"Terima kasih," Hana terus meninggalkan El disitu dan menuju ke meja makan. Dia meletakkan pinggan tersebut di atas meja.
Tok! Tok! Tok!
Kedengaran suara Hariz memberi salam dari luar pintu rumah. Hana terus berjalan menuju ke pintu dan membukanya. Hariz tersenyum melihat Hana. Hana membalas senyuman Hariz dengan hambar.
"Hai, kenapa ni?" soal Hariz agak pelik melihat wajah Hana masam mencuka.
"Kenapa lambat sampai? Kata nak tolong masak," balas Hana cuba menyembunyikan sakit hatinya terhadap El.
"Jem teruk tadi dekat MRR2. Semua orang keluar nak jumpa jodoh kot," kata Hariz sambil tersenyum melihat Wana yang baru keluar dari dapur. Wana turut tersenyum sipu mendengar kata-kata Hariz itu.
"Wow, pick up line! Sejak bila along pandai meng'ayat' ni??" soal Hana sambil ketawa besar. Tak sangka along seromantik ini.
"Along memang dah lama ada bakat tu. Cuma tak tunjuk je," kata Hariz sambil ketawa bersama Hana.
"Bolehlah saya belajar dengan along. Sebab adik along ni susah betul nak pikat," celah El sambil memandang wajah Hana.
"Eh, dah lama kahwin pun tak terpikat-pikat juga? El ni punya handsome macam along pun tak jatuh cinta langsung?" Hariz turut mengusik Hana.
"Malas nak layan," senyuman Hana mati disitu. Dia terus masuk ke dapur semula mengambil apa yang patut. Manakala, Hariz, El dan Wana hanya ketawa melihat gelagat Hana.
'Untung Kak Wana dapat along. Along sayang Kak Wana. Aku... ,' gerutu Hana di dalam hati. Dia melepaskan keluhan berat.
"Mengata apa pasal abang tadi dengan Wana? Soal El tiba-tiba muncul di dapur. Hana tersentak. Tanpa menoleh ke arah El, Hana mengambil sudu dan senduk untuk di bawa ke meja makan.
"Abang tanya ni. Dah tiba-tiba bisu pula? Tadi bukan main lagi mengata abang dengan Azura," sindir El.
"Kan saya dah minta maaf tadi. Apa yang abang masih tak puas hati lagi? Abang nak saya buat apa supaya hati abang puas??" soal Hana sedikit bengang dengan sikap El.
"Kenapa tinggi suara dengan abang??" soal El sambil merenung Hana dengan tajam. Berani dia naik suara dengan aku. Dia yang mengata aku, dia yang nak marah. Sepatutnya aku yang marah.
"Sorry," Hana terus berlalu pergi dari situ. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Hatinya sebal melihat kemesraan antara Hariz dan Wana. Sedang dirinya dilayan sebegitu oleh suami sendiri.
"Dah siap semua bolehlah makan. Along lapar sangat ni. El mana? "soal Hariz yang sudah duduk di meja makan bersama Wana. Wana menyenduk nasi pada setiap pinggan di atas meja.
"Datang-datang je makan. Tolongnya tak," balas Hana tanpa menjawab soalan Hariz. Dia tidak mahu Hariz perasan apa yang berlaku antara dia dengan El.
"Eh, along datang memang untuk makan je. Kira tolonglah juga, tolong makan," balas Hariz sambil tersenyum melihat Wana.
"Kan along. Tolong makan je la yang orang lelaki boleh buat. Nak tolong apa lagi," celah El yang muncul dari dapur. Dia menoleh ke arah Hana yang masih berwajah keruh.
"Haa.. datang pun back up," balas Hariz sambil ketawa bersama El.
"Yelah along, orang perempuan ni. Kita buat salah, dia marah. Dia buat salah pun dia marah," sengaja El menyindir Hana.
Hariz dan Wana berpandangan sesama sendiri. Mereka merasakan suasana agak tegang antara El dan Hana.
"Oh, ni mesti ada kes merajuk tak dipujuk ni," Hariz tersenyum melihat wajah Hana yang semakin masam mencuka itu.
"Nak saya pujuk macam mana lagi along. Bagi handbag, adik along ni pergi bagi pada orang lain. Bagi bunga, dia kata membazir," sindir El lagi.
"Laa...ye ke. Entah-entah Hana nak banglow sebiji kot," usik along disambut dengan gelak ketawa dari El dan Wana.
Namun, wajah Hana tetap masam mencuka. Dia makan tanpa mempedulikan usikan Hariz terhadapnya.
"Okaylah. Sorry la, adik along yang manja ni. Along bergurau je. Nak along belasah El ke? Kalau nak along belasah dia sekarang," Hariz cuba memujuk Hana apabila dia melihat Hana masih membisu.
"Belasah je la saya along, Hana bukan sayang saya pun," usik El sambil memandang wajah Hana.
"Dah kenyang," terus Hana bangun menuju ke dapur.
'Sayang konon. Kau pun bukan sayang aku. Sebab nak hak kau je,' gumam Hana di dalam hati. Sungguh hatinya sakit dengan kata-kata El.
Hariz dan Wana terkedu melihat Hana bangun dari meja makan. Mereka berpandangan sesama sendiri. El pula kelihatan tenang. Dia tahu, tidak sepatutnya dia bergaduh dengan Hana di rumah Wana.
"Saya pergi pujuk Hana," El terus bangun dari duduknya mencari Hana di dapur.
Sesampainya El di dapur, kelihatan Hana sedang termenung di sinki. Wajah Hana kelihatan muram. Jauh dia termenung tanpa menyedari kehadiran El.
Dengan perlahan, El merapati tubuh Hana dan memeluknya dari belakang. Hana sedikit terkejut. Dia cuba melepaskan dirinya apabila menyedari El memeluknya.
"Lepaslah. Segan la kalau along dengan Kak Wana tengok," ujar Hana cuba melepaskan diri dari pelukan El.
"Takpelah. Kita dah kahwin," balas El mengeratkan lagi pelukannya terhadap Hana. Sungguh dia sudah jatuh sayang terhadap wanita itu. Apa lah sangat jika wanita itu menyebut tentang dirinya. El menyedari yang dia tidak sepatutnya terus memprovokasi Hana. Dia seharusnya merapati Hana dengan lembut agar Hana jatuh sayang padanya juga.
"Kahwin bukan lesen nak bermesra-mesra tak kira tempat. Kita dekat rumah orang. Bukan rumah sendiri," tegas Hana. Geram dengan jawapan El.
"Okay. Sorry," balas El sambil melepaskan pelukannya.
"Abang minta maaf sebab cari pasal dengan sayang dekat sini. Tapi, balik nanti, abang nak tahu apa sayang cakap pasal abang tadi," tambah El masih tidak putus asa ingin tahu perbualan Hana dengan Wana tentang dirinya dan Azura.
"Kenapa nak tahu?" soal Hana dengan wajah tidak beriak. Sibuk sangat nak tahu macam penting sangat hal ni.
"Eh, mestilah abang nak tahu. Sayang mengata abangkan?" soal El sambil menarik Hana mendekati dirinya.
"Abang pun pernah mengata saya kan?" balas Hana sambil memalingkan dirinya ke arah lain. Dia tidak mahu El perasan perubahan wajahnya.
"Abang tak pernah cakap buruk pasal sayang," ujar El dengan yakin. Dia lupa yang dia pernah bercakap tentang Hana sebelum ini.
"Yakin sangat tak pernah mengata orang," gumam Hana dengan perlahan. Dia menarik muka masam dan terus berlalu meninggalkan El termangu di situ seorang diri.
Setelah selesai makan, mereka berkumpul di ruang tamu berbual sambil merancang persiapan pertunangan antara Wana dan Hariz. Hana mencatit segala keperluan untuk majlis pertunangan tersebut.
"Nanti kalau ada apa-apa yang nak tambah, along inform Hana. Setakat ni, itu je rasanya," ujar Hariz sambil matanya melihat ke arah television.
"Wana ada apa-apa lagi yang perlu?" soal Hariz sambil menoleh ke arah Wana. Wana hanya menggelengkan kepala.
"Apa takde pula. Along belikan lah Kak Wana handbag dengan kasut. Handbag dengan kasut, biar Hana pilih dengan Kak Wana," celah Hana sambil mencatit di dalam buku nota kecilnya.
"Amboi. Kak Wana takde cakap apa-apa pun. Dia pula lebih-lebih," ujar Hariz sambil memandang ke arah El.
"Hana ni expert pilih handbag dengan kasut. Along serah je pada dia. Dia pakar," balas El sambil ketawa kecil. Sungguh Hana memang pandai memilih barangan berjenama. Namun, pelik kerana Hana sendiri tidak suka menggunakan barang berjenama.
"Jangan kedekut dengan bakal isteri," Hana memandang ke arah Hariz dengan pandangan yang tajam.
"Along takde pun cakap tak nak bagi. Memang along nak bagi. Ingat nak suprise," balas Hariz sambil tersenyum melihat ke arah Wana yang diam sedari tadi.
"Owh, Hana pakar pilih handbag dengan kasut? Okay. Along serahkan pada adik along untuk uruskan barang-barang hantaran," tambah Hariz lagi.
"Tak payahlah handbag dengan kasut tu. Lagipun baru bertunang," serba salah Wana dibuatnya. Jujur dia bukan wanita yang pentingkan kebendaan. Dia cuma mahu seorang lelaki yang bertanggungjawab dan boleh menjadi pembimbing dalam rumah tangga.
"Takpe Kak Wana. Ambil je. Dah orang nak bagi. Along ni kaya. Kak Wana minta je. Nak Lamborghini pun dia boleh belikan," celah Hana sambil ketawa besar.
"Amboi... Lamborghini terus. Pandai suruh Kak Wana. Dia tu, El bagi bunga cakap membazir. Bagi handbag pun dia bagi dekat orang," perli Hariz sambil memandang El. El hanya tersenyum melihat Hariz mengusik Hana. Dia tidak mahu masuk campur, bimbang Hana akan terasa hati lagi padanya.
PAP! Satu pukulan hinggap di peha Hariz. Hariz terkejut lantas ketawa besar apabila melihat wajah Hana yang menjeling tajam ke arahnya.
"Sakitlah," Hariz lantas menarik telinga Hana sambil ketawa.
"Alongggg..... Capanglah telinga orang!!" kata Hana dengan nada suara yang manja. Sukahati je tarik telinga aku depan El. Seronok pula dia gelakkan aku. Kurang asam betul diorang ni.
Mereka semua ketawa besar melihat gelagat Hana yang menggosok telinganya yang mula kelihatan merah.
"Sakitlah... ," Hana mencebikkan mukanya sambil memandang Hariz. Nasib baik ada orang dekat sini, kalau tak, aku smackdown along ni.
"Alaa.. Sian sayang abang. Merah dah telinga dia," El yang duduk di belakang Hana cuba memujuk. Dia menggosok-gosok telinga Hana sambil diperhatikan oleh Hariz dan Wana.
"Macam ni punya romantik pun, adik along ni tak tergoda dengan kau El? Hai lah, rugi.. rugi," mengusik Hana lagi sambil ketawa.
"Apa boleh buat along. Tak cukup ciri-ciri lelaki idaman. Kita try hard je lah. Mana tahu tiba-tiba tersangkut ke," balas El sambil ketawa bersama-sama Hariz. Wana hanya menggeleng kepala melihat mereka berdua mengusik Hana.
'Memang try hard sangat depan along. Nak cover lah tu. Supaya along percaya dia sayang aku,' gerutu Hana di dalam hati.
"Dah lah. Kesian Hana asyik kena buli je," Wana menjadi penyelamat Hana. Dia kasihan melihat Hana diusik oleh mereka berdua.
"Mana ada buli. Ini kategori berkasih sayang," balas Hariz sambil tersenyum kepada Wana.
"Berkasih sayang apa macam tu. Asyik kenakan Hana je," Wana menarik muka masam tidak bersetuju dengan kata-kata Hariz.
"Yeay!! Orang dah ada back up. Thank you, Kak Wana. That's why i love you so much," kata Hana sambil memeluk erat tubuh Wana. Wajah Hana kelihatan sangat ceria.
El hanya tersenyum melihat gelagat Hana. Sungguh Hana memang seorang yang manja. Tetapi, ketika bersama diri dengannya, sikap Hana agak lain. Cuma sejak akhir-akhir ini Hana seakan sedikit mesra. El berharap Hana akan lebih selesa dengannya dari hari ke hari. El suka melihat Hana ceria dan tersenyum seperti sekarang. Dia mahu sikap Hana itu kekal ketika bersama dirinya.