SAMPAI sahaja mereka di Terengganu, Azura telah pun menunggu di lobby hotel. Dia sudah pun menempah bilik untuk El dan Hana. Sebaik sahaja pasangan itu menghampirinya, dia menyerahkan kunci hotel kepada mereka berdua.
"Ni access card bilik you and this is yours," Azura tersenyum manja pada El.
"We will stay in a one room," tegas El. Access card yang ada di tangan Azura tidak di ambil. Membuntang mata Azura tatkala mendengar kata-kata El itu. Begitu juga dengan Hana. Terkejut.
"Hah?? Kenapa?" Soal Hana panik.
Hilang akal ke dia ni? Fius otak dah terbakar ke tiba-tiba nak duduk satu bilik dengan aku? Gila ke oii?! Jerit Hana di dalam hati. Dia mula gusar tatkala memandang pada wajah menyinga Azura saat ini.
"Bukan selalu you all tidur bilik asing-asing ke?" Muka Azura seakan tidak puas hati. Dahinya berkerut seribu.
"Yess... But, this time, I akan stay satu bilik dengan my wife. We are in honeymoon mode," jelas El sambil meraih telapak tangan Hana. "Ok sayang, come," El mengenggam erat tangan Hana. Namun, dengan pantas Hana menarik semula tangannya. Terus El membulatkan matanya apabila Hana bertindak demikian.
"Tak naklah. Selalukan kita duduk bilik asing-asing," balas Hana dengan muka pucat.
Dia ni dah tak betul ke?? Depan Azura dia cakap macam ni. Mau si Azura ni hempuk kepala aku kang!
"She's right. Selalu you all tidur bilik asing-asing. Hana pun tahu. So, kenapa tiba-tiba you nak tidur sebilik dengan dia? Honeymoon apa you ni?" Soal Azura dengan muka serius. Dia mula terasa tidak sedap hati dengan perubahan El. Dengan lembut tangan lelaki itu diraih. "El, you masih marah pada I ke?" Soal Azura lagi. Kalau ikutkan sudah hampir sebulan El tidak menghubungi Azura. Tak kan lah lelaki itu langsung tidak merinduinya?
"No. I tak marah you for no reason. Tapi, I baru sedar I suami orang," tenang sahaja wajah El saat menjawab pertanyaan Azura. Tangannya ditarik kembali dari pegangan wanita itu.
Kemudian, mata El beralih pada Hana. Dia pamer muka serius. "Hana, please don't break your promise. Don't you remember that?" El memandang tepat ke mata Hana. Dan dia pasti Hana tahu yang dia tak suka orang memungkiri janji.
Muka Hana berubah riak selepas El mengingatkan tentang janjinya semalam. Dia melepaskan satu keluhan. Ya, dia harus tunaikan janji dia pada El. Kalau permintaan El hanya mahu sebilik dengannya, Hana akan akur.
"Okay. Saya.. saya satu bilik.. dengan.. awak," balas Hana dengan suara yang tersekat. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tidak sanggup dia melihat wajah Azura ketika itu. Janganlah tiba-tiba Azura bagi jurus tanpa bayang pada aku. Doanya di dalam hati.
El tersenyum puas saat mendengar jawapan Hana. Lantas tangan wanita itu ditarik menuju ke lif. Azura pula terpinga-pinga ditinggalkan sebegitu.
Satu bilik je. Bukan buat apa-apa pun kan? Hana memujuk hatinya yang berdebar kencang. Tangannya mulai sejuk dan berpeluh.
"Kenapa sejuk tangan?" Sengaja El bertanya soalan itu. Dia faham yang Hana berasa cemas dengan permintaannya. Aku banyak lagi permintaan ni. Siapa suruh berjanji. El tersenyum sendiri.
"Aircond sejuk sangat," dalih Hana cuba menyembunyikan gusar di hati. Wajahnya dipalingkan ke tempat lain. Bibir bawah di gigit lembut. Dadanya seakan sesak apabila jari jemari El mengusap lembut belakang tangannya. Air liur ditelan terasa berpasir.
Rileks, Hana. Rileks. Pujuk hatinya.
Masuk sahaja ke bilik, Hana masih tercegat dan berdiri di satu sudut.
Aku nak tidur mana ni? Barang nak letak dekat mana? Nak duduk mana? Persoalan itu muncul dibenak fikiran Hana bertalu-talu. Dia melihat sekeliling bilik. El telah pun baring di atas katil. Hana terkebil-kebil melihat El yang begitu santai. Memanglah mereka pernah sebilik ketika di rumah Puan Mastura. Namun, kali ni Hana mula tidak sedap hati.
"Apa lagi yang tercegat dekat situ? Sini duduk sebelah abang," ajak El sambil tersenyum nakal. Panggilan terhadap dirinya juga telah berubah. Dari saya ke abang.
Abang? Sah, semalam kepala dia ada terhantuk kat mana-mana! Apahal dengan dia ni? Gerutu Hana di dalam hati.
"Apa lagi terkebil-kebil dekat situ? Keluarkan baju, susun dalam almari. Tolong susun baju abang sekali yaa..," tambah El lagi apabila melihat Hana masih membatu di situ. Kemudian, El bangun menghampiri Hana dan berdiri betul-betul di hadapan wanita itu. Jarak mereka hanya sejengkal. Hana yang tersedar El begitu dekat dengannya, cepat-cepat dia mengundur ke belakang.
"Stop!" Hana menahan El yang sudah terlalu rapat itu. "Awak kenapa ni? Awak ada masalah dengan Azura ke?" Soal Hana sudah tidak tertahan lagi.
"Oh, lagi satu permintaan. Kita tukar panggilan. Tak nak saya awak dah. Panggil abang dan abang panggil awak, sayang," balas El tanpa menjawab pertanyaan Hana yang tadi. Dia mengambil beg pakaian Hana dan di bawa ke almari.
Abang? Sayang? Kuat betul terhantuk kepala dia ni. Gaduh dengan Azura sampai aku pula dia nak panggil sayang. Bebel Hana di dalam hati.
"Awak kalau ada masalah dengan Azura pergilah selesaikan. Janganlah libatkan saya," kata Hana sambil mengeluh kecil.
"Awak? Kan abang cakap, panggil abang. Ni permintaan abang yang kedua. Sayang tahukan abang tak suka orang mungkir janji. Lepas ni, ada banyak lagi permintaan abang. Get ready!" pesan El penuh makna. Dia tersenyum nakal pada wanita itu.
"Kan saya dah tunaikan permintaan awak untuk duduk sebilik ni," balas Hana seakan protes.
Berapa banyak lagi kau nak minta? Menyesal pula aku berjanji. Bentak Hana di dalam hati.
"Lagi sekali sayang panggil abang 'awak', abang cium sayang," ugut El.
Ingat aku tak berani nak buat?
Hana telan air liur. Kecut perutnya mendengar ugutan El. Dia terdiam kaku di situ. Wajah El di pandang dengan mata yang membulat.
"Kenapa pandang abang macam tu? Ingat abang tak berani buat? Cubalah panggil abang 'awak'. Abang cium sayang sampai sayang tak boleh bernafas, nak?" Soal El sambil buat wajah garang.
Haa.. tau takut. El ketawa saat melihat reaksi wajah Hana yang begitu takut.
Apa seram sangat dia ni? Dia ada ambil barang terlarang ke? Nak tak nak terpaksalah aku ikut cakap dia ni! Gerutu Hana di dalam hati.
"Okay. Sorry..," balas Hana agak takut dengan ugutan El itu.
"Good. Now come here. Tolong susun baju ni letak dalam almari. Kita akan ada di sini maybe four to five days," jelas El sambil menekan butang on alat kawalan jauh televisyen.
"Empat hingga lima hari? Kenapa lama sangat? Esok meeting lepas tu ada apa lagi?" Soal Hana pelik. Baju dikeluarkan dari beg dan diletakkan dalam almari seperti yang di arahkan oleh lelaki itu.
"Kan abang dah cakap tadi. Kita dalam mode honeymoon," jawab El bersahaja. Matanya masih tertumpu pada skrin televisyen.
Honeymoon? Aku dah nak gila dah ni,' jerit Hana di dalam hati. Apa kena dengan mamat ni? Angau dekat siapa ni? Hana melepaskan keluhan berat.
"Esok pukul berapa meeting?" soal El sambil berjalan ke arah Hana. Kemudian dia melabuhkan punggungnya merapati tubuh Hana. Terasa kehangatan tubuh Hana disisinya. El tersenyum sambil mengamati wajah Hana yang jaraknya cuma sejengkal darinya.
"Esok pagi pukul 10," jawab Hana ringkas. Dia mula resah melihat El merapatinya. Dia cuba berganjak sedikit ke hadapan. Sesak dadanya apabila tubuh El dirasakan sangat rapat dengan dirinya.
"Lepas meeting esok, kita jalan-jalan dekat pantai nak?" El merangkul pinggang Hana sambil menongkat dagunya di bahu Hana. Wanginya isteri aku ni.
Hana agak terkejut dengan perbuatan El. Cepat-cepat dia berganjak dan bangun dari situ. Jantungnya seakan mahu meloncat keluar. Terasa peluh sejuk merembes keluar dari liang romanya. El terkejut dengan tindakan spontan Hana.
"Kenapa ni??"soal El turut bangun dari duduknya. Melihat wajah Hana yang pucat lesi akibat terkejut. Baru peluk dah pucat macam ni. Tu belum buat apa-apa lagi. Kering darah dia agaknya kalau aku buat lebih dari ini.
"Awak.. Abang kenapa? Ada ambil dadah ke?" soal Hana spontan. Eh, apa aku cakap ni. Aku dah menggelabah sampai apa yang aku fikirkan terkeluar dari mulut.
"Hah??? Dadah?? Sayang ingat abang ni muka ambil 'barang' ke? Apa hal yang nak terkejut sangat sampai tuduh abang macam tu??" soal El sambil mengerutkan dahi. Dia punya terkejut sampai aku dituduhnya ambil dadah.
"Takdelah.. Miang semacam kenapa?" soal Hana tanpa berselindung lagi. Naik rimas dah aku ni. Terpegang sana terpegang sini. Pegang diri sendiri tak boleh ke.
"Laaa... Miang dengan isteri sendiri pun tak boleh? Tak kan nak miang dengan Azura," El terus duduk semula di atas katil. Dia kelihatan sedikit merajuk dengan kata-kata Hana itu.
'Nanti aku menggatal dengan Azura baru dia tahu,' getus hati El.
"Bukan selama ni abang menggatal dengan Azura ke? Ke Azura dah tak layan? Tu yang menggatal dengan saya?" soal Hana sambil duduk kembali di almari menyambung kerjanya menyusun baju mereka.
'Jangan dia datang sini lagi dah. Seram,' gerutu hati Hana.
"Kenapa? Cemburu?" soal El sambil tersenyum sinis. Cemburu la tu tengok aku mesra-mesra dengan Azura.
"Sikit pun tak cemburu. Korangkan loving couple. Takde kaitan dengan saya," balas Hana tanpa memandang wajah El.
'Ada kata aku cemburu. Memang taklah. Sikit pun aku tak heran. Ni dahlah menggatal dengan aku. Seram tau tak,' bebel Hana di dalam hati. Dia harap El tak ulang lagi perbuatan itu. "Jelouss...," El sengaja memprovok Hana. Dia lantas mencapai tuala mandi sambil menuju ke bilik mandi.
"Sediakan baju abang, please. Thank you," ujar El sambil menggosok kepala Hana.
'Eiii.. Dia ni. Ingat aku kucing ke gosok-gosok kepala aku,' bebel Hana di dalam hati sambil melihat baju El.
'Mana satu ni...,' gerutu Hana di dalam hati. Tanpa berfikir panjang, Hana terus mencapai baju dan seluar yang di rasakan sesuai untuk El pakai dan diletakkan di atas katil.
Tidak beberapa lama selepas itu, El keluar dari bilik air dengan hanya bertuala sahaja. Hana yang berada di ruang bilik itu mula merasa tidak selesa. Terus dia mengalihkan pandangannya ke arah television.
Sengaja El lalu di hadapan Hana berulang kali. Sekejap mengambil deodorant, sekejap mengambil sikat. Hampir 10 minit El masih bertuala di hadapan Hana.
'Dia ni kenapa haa.. Macam sex maniac pun ada,' bebel Hana di dalam hati. Terus dia bangun menuju ke balkoni bilik. Makin lama dia di ruang itu makin sesak dadanya melihat aurat El.
"Tergoda ke?" usik El apabila melihat Hana bangun menuju ke balkoni bilik. Wajah Hana tak keruan apabila El ke sana ke mari dengan hanya bertuala sahaja. Geli hati melihat wajah Hana yang merona merah.
'Eeeiii.. Gatal,' gerutu Hana di dalam hati. Sambil melepaskan keluhan yang berat Hana mengambil angin luar.
'Kenapa tiba-tiba El macam ni? Dulu dia cakap nak sentuh aku pun geli. Ni ajak tidur sebilik. Suruh panggil abang pula tu,' bebel Hana di dalam hati.
Hana masih merenung suasana di sekitar ibu kota terengganu itu. Kesibukannya sama seperti bandaraya Kuala Lumpur. Cuaca di situ agak berbahang sedikit. Setelah agak lama Hana di situ, dia masuk semula ke dalam bilik.
Kelihatan di atas katil, El terlena dengan t-shirt dan berkain pelikat. Mungkin dia baru selesai menunaikan solat tadi. Hana merenung wajah El yang keletihan memandu dari Kuala Lumpur ke Terengganu.
'Tulah, aku nak ganti memandu, tak bagi,' getus hati Hana kasihan melihat El kelihatan sangat lena keletihan. Hana terus menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan bersolat Asar.
Sebaik sahaja Hana selesai menunaikan solat, telefon bimbit Hana berdering. Di skrin terpapar nama Azura.
"Hello Azura," jawab Hana dengan pantas. Aku harap dia tak maki hamun aku tentang hal satu bilik dengan buah hati dia ni.
"El mana? I call dia banyak kali. Asyik masuk inbox je. I nak ajak dia dinner malam ni. I nak cakap dengan dia," tanpa di tunggu-tunggu Azura membebel di corong telefon.
"El tengah tidur la Azura. Dia letih drive tadi. Nanti kalau dia dah bangun, i beritahu dia," balas Hana. Tidak sampai hati dia mahu mengejutkan El.
"Hana, i need to talk with him. Urgent! Please," desak Azura.
"Aaaa.... Okay, kejap i bangunkan dia," balas Hana. Dia menuju ke arah El yang masih lena itu.
"El.. El..," Hana menggosok kaki El dengan perlahan supaya dia tidak terkejut.
"Sayang panggil apa tadi??" El terus menyoal Hana sebaik sahaja dia tersedar.
"Abang. Saya panggil abang," cepat-cepat Hana membetulkan panggilannya. Berdebar-debar jantung Hana dibuatnya. Tengah tidur pun dia boleh perasan panggilan tersebut. Telinga apa dia ni?? Dasyat sungguh.
"Kenapa?" soal El masih berbaring malas. Dia merenung wajah Hana dengan matanya yang masih layu.
"Azura call. Nak cakap dengan abang," balas Hana sambil menyerahkan telefon bimbitnya kepada El. Renungan El membuatkan jantung Hana berdegup laju. Apa hal pandang aku macam tu?
"Abangkan tengah tidur. Kenapa kejutkan. Letih drive tak habis lagilah," bebel El dengan suara yang manja.
"Ni tengkuk sakit, badan sakit. Semua sakit," tambah El lagi sambil mengerutkan dahinya. Telefon bimbit Hana langsung tidak di sambut.
"Jawablah call Azura ni dulu," desak Hana. Dia tidak mahu Azura menunggu lama. Mahu dia pula dimarahi Azura nanti.
"Abang penatlahhh," balas El sambil menutup mata semula. Azura memang suka mendesak. El sudah masak dengan perangai Azura. Namun dia malas mahu melayan kehendak Azura lagi. Dia cuma mahu fokus kepada Hana. Dia mahu menarik perhatian Hana sahaja buat masa ini.
"Aaaa...hello Azura. Sorry, El penat sangat. Dia tak larat nak jawab call you. Nanti i suruh dia call you semula ye," Hana cuba memujuk Azura.
"Kenapa El tiba-tiba berubah?? Apa yang you dah buat pada dia??" tiba-tiba Azura naik angin.
"Actually i memang tak tahu kenapa dengan El. Better you tanya dia sendiri nanti," balas Hana sambil merenung El dengan geram. Suka menyusahkan aku la mangkuk dua orang ni.
"If something happen with our relationship because of you, nahas you!!" ugut Azura. Terus dia mematikan talian.
Hana terpinga-pinga sendirian. Geram kepada dua manusia yang menyebabkan dia terhimpit dengan keadaan. Betullah seperti kata bidalan 'gajah dengan gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah'. Aku lah pelanduk tu.
Hana merenung tajam ke arah El yang berpura-pura tidur. Mahu sahaja aku hempuk dengan bantal. Dua-dua menyusahkan aku.
"Kenapa tenung abang macam tu? Geram dengan abang ke?" usik El sambil tersenyum segaris. Mesti kena sound dengan Azura tu.
"Boleh tak next time, kalau abang bergaduh dengan buah hati abang tu, jangan suruh saya jawab on behalf abang. Abang tahukan buah hati abang tu macam mana? Tak pasal-pasal dia tuduh saya punca abang berubah," bebel Hana sudah tidak tertahan lagi. Penat nak melayan karenah mereka berdua.
"Memang sebab sayanglah abang berubah," balas El sambil bangun dan duduk di birai katil. Sekali sekala dia mengeliat.
"Saya??? Kenapalah perangai korang berdua macam ni ek?? Suka menyusahkan saya. Bercinta pandai. Bila ada masalah masing-masing salahkan saya," Hana menjawab dengan geram yang tak sudah. Dia memberi jelingan maut kepada El. Hilang sabar aku dibuatnya.
"Wow.. Jelingan dia tu yang buat abang geram tu. Rasa nakkk....," belum sempat El menghabiskan kata-katanya Hana merenung tajam ke arah El.
'Alamak, marah betul dia ni,' getus hati El.
"Tolonglah lainkali jawab call Azura. Settlekan dengan dia. Jangan menyusahkan saya boleh tak?" bebel Hana lagi. Hana mengeluh geram dengan sikap mereka berdua yang sering menjadikan dia mangsa keadaan.
"Dahlah korang berdua suka marah-marah saya," suara Hana berubah sedikit. Getar suaranya menahan tangis. Airmata Hana mula mengalir dari pipinya. Wajahnya dipalingkan ke tempat lain. Dia membelakangi El. Tidak mahu El tersedar dia menangis.
Hana teringat satu peristiwa di mana dia menjadi mangsa kemarahan El dan Azura. Sewaktu itu, Azura merajuk dengan El kerana El terlupa akan ulang tahun perkenalan mereka yang ke-3. El sudah mengingatkan Hana agar menyediakan surprise dinner untuk Azura. Namun ketika itu, restoren yang menjadi pilihan El fully booked. Tanpa meminta persetujuan El, Hana telah menempah restoren yang lain untuk mereka.
"Kenapa you bodoh sangat pergi booking restoren lain?? Kan i cakap Restoren Seri Idaman tu. You ni tak faham bahasa ke??" marah benar El dengan Hana kerana dikatakan tidak memahami arahannya.
Terkebil-kebil Hana ketika dimarahi El. Dia tidak bercadang untuk menjelaskan keadaan sebenar kerana dia sudah letih dan penat dimarahi oleh Azura sebelum itu.
'Terima kasih pun tak. Dua-dua ekor ni dok marah aku. Eloklah perangai korang berdua tu,' marah Hana di dalam hati. Manalah dia tahu restoren itu ada sentimental value buat mereka berdua. Pertemuan pertama kali mereka di restoren itu. Namun jauh di sudut hatinya sangat terasa apabila El memarahinya dengan perkataan 'bodoh'. Iye, jauh hati benar dia dengan kata-kata El itu.
Semasa dia bersama Farish dulu, tidak pernah Farish memaki hamun atau memanggil Hana dengan panggilan sebegitu. Farish sangat menghormati Hana. Sedih hati Hana kerana sebagai seorang suami walaupun El tiada hati padanya, El tidak sepatutnya mengucapkan kata-kata sedemikian kepadanya.
"Kenapa ni?"soal El seakan memujuk. El sudah tercegat dibelakang Hana.
"Takde apa. Azura ajak abang keluar dinner dengan dia tadi," balas Hana sambil bangun dari situ meninggalkan El. Terkejut aku tiba-tiba muncul dekat dengan aku.
"Tak nak. Abang nak dinner dengan wife abang," balas El sambil mengekori Hana dari belakang.
"Tolonglah pergi jumpa dengan girlfriend abang tu. Pergilah dinner dengan dia. Settlekan masalah korang berdua," rayu Hana. Dia tidak sanggup nak menghadap Azura yang sering mencari Hana apabila El tidak menjawab panggilan telefonnya.
"Okay. Abang dinner dengan Azura. Tapi, jangan tidur dulu. Tunggu abang balik bilik," El memberi arahan kepada Hana.
"Okay," jawab Hana. Dia menarik nafas lega kerana El mahu berjumpa dengan Azura. Harap mereka selesaikan dengan baik supaya aku tak jadi mangsa lagi.
MALAM itu El keluar, tinggal Hana sendirian di bilik hotel. Hana menghabiskan masanya dengan menonton television sambil membelek fail untuk meeting esok.
"4-5 hari stay sini?? Nak buat apa lama-lama?" Hana berfikir-fikir apa agaknya rancangan El.
"Dah lah aku bawa baju cukup untuk 2, 3 hari je ni," kata Hana lagi sambil membelek buku jadual El. Dia harus mengatur semula temujanji El untuk seminggu ini disebabkan perubahan rancangan El secara tiba-tiba.
Tidak lama selepas itu, Hana terlelap sendiri di atas katil. Letih dengan perjalanan jauh. Dia sudah tidak larat untuk menunggu El pulang makan malamnya bersama Azura. Matanya berat benar dirasakan.
Tidak lama selepas itu, pintu bilik diketuk berulang kali. Hampir 5 miniit El diluar pintu biliknya itu. Dia mula hilang sabar. Lantas nombor Hana di dial pantas.
"Mesti tertidur ni," bebel El sambil menunggu Hana menjawab panggilannya.
Tidak lama selepas itu, pintu bilik di buka. Kelihatan Hana dengan mata yang layu membuka pintu tersebut.
"Kan abang suruh tunggu," kata El dengan riak wajah yang tidak puas hati. Dengan wajah yang mencuka, El masuk ke dalam bilik.
"Sorry," balas Hana sambil memisat-misat matanya. Dia mengemas katil yang berselerak dengan buku dan kertas kerja.
"Saya tertidur tadi. Bukan sengaja nak tidur," jelas Hana apabila melihat wajah El masih masam mencuka.
El bangun dan menyerahkan paper bag yang dipegang sejak dari pulang tadi kepada Hana.
Hana terpinga-pinga.
"Apa ni? Saya takde pesan apa-apa pun tadi," soal Hana dengan dahi yang berkerut.
"Tengoklah," balas El yang masih berdiri di hadapan Hana.
Dengan berhati-hati Hana membuka paper bag tersebut. Wajah Hana merona merah apabila melihat isi di dalam bag tersebut.
'Baju tidur???' berderau darah Hana apabila melihat sepasang baju tidur wanita yang seksi berwarna merah di dalam bag tersebut. Apa maksud El? Air liur yang ditelan terasa berpasir. Hatinya sudah tidak keruan. Wajah El di hadapannya langsung tidak dipandang.
"Abang nak sayang pakai baju tu dan layan abang," El memberi arahan tanpa meminta persetujuan Hana.
Hana memberanikan diri melihat wajah El. Dia mengerutkan dahinya seolah-olah tidak faham maksud El.
"Saya tak faham," balas Hana. Dia nak aku menari tiang dekat sini hiburkan hati dia ke macam mana? Sungguh aku blur sangat ni. Sebab El sendiri pernah cakap pada Ikram dan Azura yang dia geli nak sentuh aku. Jadi, apa yang dia mahukan sekarang??
"Tak faham atau buat-buat tak faham? Abang nak tuntut hak abang sebagai suami. Abang nak sayang jalankan tanggungjawab sebagai isteri," El menjawab sambil tangannya memegang lembut pipi Hana.
"Sayang dah janji akan buat apa sahaja untuk abang kalau abang attend meeting projek kat sini kan? Abang akan approved sekali projek masjid ni dengan syarat, sayang tunaikan janji sayang pada abang," tambah El lagi.
Lama Hana merenung El. Terasa seperti tidak percaya dengan permintaan El kerana sebelum ini El sendiri pernah berjanji tidak akan 'menyentuh' Hana. El juga pernah ucapkan yang Hana tidak layak memberi zuriat pada dirinya. Sekarang apa yang berlaku??
"Okay," balas Hana sambil menuju ke bilik air untuk menukar pakaian tersebut. Hana melihat wajahnya di cermin. Dengan berat hati Hana keluar dari bilik air setelah menukar pakaian yang diberikan oleh El itu tadi.
Sebaik keluar dari bilik air, semerbak haruman wangian El memenuhi bilik tersebut. Mata El tidak berkelip melihat Hana. Sungguh dia mencintai wanita yang bergelar isteri itu. Bukan kerana nafsu semata, tetapi kerana cinta. El menghampiri Hana dan tangan Hana ditarik menuju ke katil.
Malam itu menjadi rahsia antara mereka. Setelah hampir dua tahun mereka bersama, ini kali pertama mereka bersatu.