Bab 17

HARI minggu sebegini biasanya Hana akan keluar bersama Wana. Tetapi, minggu ini Wana pulang ke kampung. Jadi, Hana hanya duduk di rumah. Dan dia merancang untuk menghabiskan waktunya dengan mengemas rumah.

Hana melihat perhiasan yang tersusun kemas di rumah milik El itu. Dibelek satu persatu gambar yang terletak di atas kabinet perhiasan yang ada di ruang tamu. Bibirnya mengukir senyum saat melihat gambar seorang budak lelaki yang comel, lengkap berpakaian baju sejuk yang tebal dan berbulu dileher ketika musim salji. Salji putih yang tebal juga kelihatan di dalam gambar itu.

"Tengok apa sampai tersengih tu?" Soal El tiba- tiba muncul di situ. Hana tidak menjawab, matanya masih melekat kuat pada gambar itu. Lantas, El menghampiri Hana


"Oh, ni gambar saya. Comelkan? Nanti anak kita pun comel macam ni," tambah El sambil mengangkat keningnya dan dia tersenyum nakal.

Terus Hana menoleh pada El dengan mata yang mengecil. Bibir dicebik sambil dia menggeleng perlahan.

Apa dia merepek ni? Gerutu hati kecil Hana. Malas mahu melayan lawak lelaki yang tak berapa nak kelakar tu.
El sekadar tersengih tatkala melihat reaksi wanita itu terhadapnya.

"Tak keluar ke?" Soal Hana tidak mempedulikan kata-kata El sebentar tadi. Pelik melihat lelaki itu berada di rumah kerana selalunya El akan keluar hujung minggu begini. Hana kembali meletakkan gambar yang dipegang tadi ke tempat asalnya.

"Awak pula kenapa tak keluar? Selalukan keluar dengan bff awak tu," soal El kembali. Dia berjalan menuju ke sofa lalu mengambil alat kawalan jauh dan dihalakan ke arah televisyen. Butang on ditekan dengan ibu jari.

"Kak Wana balik kampung. Awak nak makan apa? Ke awak nak keluar kejap lagi?" Soal Hana sambil mengelap habuk yang melekat di kabinet perhiasan itu.
Harap keluarlah. Tak payah aku masak. Bisik hati Hana.

"Tak keluar. Tapi, kejap lagi Ikram datang. Nak lepak main game dekat sini," balas El bersahaja dengan mata yang tertumpu pada skrin television.

"Kenapa tak cakap awal-awal? Saya tak masak apa-apa pun ni," Hana sedikit terkejut sebaik mendengar kata-kata El itu.

Iiissshhh.. Dia ni. Nasib baik rumah kau. Kalau tak, dah lama aku halau pergi lepak dekat luar. Dah tu nak main game pula tu. Macam budak-budak perangai. Bebel Hana di dalam hati.
"Kenapa mesti saya beritahu awal-awal? Awak nak masak buat apa? Ikram datang nak main game, bukan nak makan-makan. Saya bukan buat jamuan dalam rumah ni," jawab El selamba.
Apahal sibuk nak masak masa si Ikram tu nak datang? Aku ada dekat rumah ni, tak nak pula masak! Bentak hati El berbaur cemburu.
"Memanglah nak main game. Tapi, kalau tetamu datang tak kan tak hidang apa-apa," balas Hana pula.

Iisshhh... dia ni tuan rumah spesis apa ni? Tetamu datang hidang game, lepas tu balik. Macam tu? Aneh-aneh je. Nanti apa pula Ikram tu cakap. Aku ada dekat rumah dapur tak berasap. Sikit pun tak jaga air muka aku. Asal boleh je dia ni lah!
"Bagi air je," jawab El tanpa memandang muka Hana. Dia sibuk membelek game yang akan dia main bersama Ikram sebentar nanti.
Dah lama tak asah bakat main game ni. Kau tunggu Ikram, lagend bakal beraksi. Detik hati El dengan semangat. Tanpa sedar dia mengukir senyum.

Hana ketap bibir menahan geram. Alis matanya berkerut nipis memandang pada susuk tubuh El.
Hidang air je? Nasib kau lah Ikram dapat kawan sejenis El ni. Eh, lantak koranglah. Bukan urusan aku.
"Oh, Azura ada call saya, dia kata awak tak nak pergi projek dekat Terengganu tu. Kenapa?" Soal Hana teringat akan perbualannya dengan Azura pagi tadi di dalam telefon.
"Malas," jawab El ringkas. Dia masih sibuk membelek game miliknya.

Hana tidak terkejut dengan jawapan itu, kerana dia sudah dimaklumkan oleh Azura tentang jawapan El. Perlahan Hana menghampiri El. "Sebelum saya teruskan kata-kata saya, saya minta maaf," Hana cuba menutur kata dengan berhati-hati. Dia tidak mahu El merasa yang dia menghukum sikap El.
El mendengus. Perbuatannya terhenti dan dia memandang tepat ke wajah Hana yang ada di depannya.
"Saya tak nak attend meeting projek tu. Fullstop and please don't ask again." tegas El. Dia tayang muka serius.
"Tolonglah dengar apa yang saya nak cakap ni. Please..," rayu Hana. Dia perlu memujuk El untuk menghadiri mesyuarat itu kerana ada harapan yang besar daripada penduduk di sana.
El memandang wajah Hana yang bersungguh meminta dia mendengar apa yang ingin disampaikan. Lama mata El melekat pada wajah putih bersih itu. "Okay lahhhh... Go ahead," balas El sambil buat muka.

Nasib baik buat suara manja. Cair sikit dengar.

"Okay. Saya tahu projek tu lebih kepada projek amal. Untung tak banyak. Tapi, penduduk dekat kawasan sana sangat-sangat mengharapkan ada orang yang boleh bantu mereka untuk bina masjid dengan kos yang rendah. Masjid jauh dari situ. Mereka tak mampu nak bina sendiri. Tolonglah bantu mereka dan anggaplah bantuan awak ni satu benda yang akan bantu awak di 'sana' nanti. Tapi, awak jangan salah faham. Saya tak kata awak tak pernah buat amal langsung. Saya tahu awak ada je buat amal sebelum-sebelum ni. Cuma kali ni saya rayu sangat untuk awak bantu mereka," tutur Hana dengan berhati-hati. Dia tidak mahu El salah faham dengan kata-katanya. Hana memandang wajah El yang masih membeku melihat padanya.

Eh, dia ni dengar ke tak ni? Termenung pula. Ke dia marah aku cakap macam ni? Hati Hana mula gusar apabila El masih mendiamkan diri.
"El..," dengan lembut Hana menyebut nama El. Dilihat lelaki itu seperti baru tersedar dari mimpi.
"Ya, sayang." Jawab El spontan.

Hana terkedu dengan panggilan yang keluar dari mulut El. Dan El pula terkebil-kebil setelah tersedar ucapannya sebentar tadi.

Ya Allah, apa aku panggil dia ni? El melihat muka Hana sedikit terkejut saat dipanggil begitu.
"Awak dengar ke tak apa saya cakap tadi? Awak ni putus fius ke apa?" Nada Hana sedikit garang. Alis matanya berkerut seribu saat memandang pada wajah lelaki ittu.

Geram betul. Penat aku cakap panjang lebar, susun ayat elok-elok tak nak bagi kau terasa, kau boleh mengelamun ingat kat girlfriend sampai tersasul-sasul panggil aku sayang. Hana tarik muka empat belas. Tak sedar dia menjeling manja pada El.
El, kulum senyum. "Garangnyaaaa.... Saya dengarlah. But, my answers is still no," meleret suara El membalas kata-kata Hana. Memang dia sengaja mahu mengusik wanita itu.

Kalau ikutkan memang El mahu membantu penduduk di sana. Tetapi, apabila Azura memberitahu yang bantuan itu akan di war-warkan ke media sosial, El jadi tidak selesa. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang siapa yang membantu projek itu. Dia lebih selesa jika segalanya dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain.
"El, please... Tak pun kita pergi dulu sana. Jumpa dengan penduduk di situ, baca kertas kerja mereka. Lepas tu, awak buatlah keputusan. At least, awak datang hadirkan diri dan tunjuk muka. Mereka mengharap sangat," pujuk Hana lagi. Namun, El masih diam membisu.
"Okay. Awak cakap je nak saya buat apa? Saya akan buat apa je untuk awak. Janji awak pergi dan jumpa dengan diorang," Hana menabur janji. Riak mukanya sangat berharap agar lelaki itu setuju.
El angkat kedua belah keningnya seakan teruja dengan janji wanita itu. "Betul? Apa je awak akan buat untuk saya kalau saya pergi sana? Awak tahukan, saya tak suka orang mungkir janji?" Soal El seakan memberi amaran.
Yakin Hana sahaja menganggukkan tanda dia bersedia dengan apa sahaja permintaan El. "Apa sahaja. Awak nak saya arrange candle light dinner untuk awak dengan Azura atau pun buat surprise dinner untuk Azura ke. Anything. Masak makanan yang awak suka ke. I'll do it for you," wajah Hana bersungguh apabila melihat El seakan tertarik dengan tawaran yang dia berikan.
"Anything??" Ulang El. Sekali lagi Hana mengangguk dengan yakin.

"Eemmm... Interesting," kata El turut mengangguk sama.
"Okay. Deal. I'll go and please don't break your promise," El memberi amaran sekali lagi.
"Okay. Anything for you," Hana menarik nafas lega. Dia tersenyum lebar setelah mendengar jawapan daripada El.
"Saya nak call Azura beritahu yang awak dah setuju," Hana terus berlalu dari situ dan menuju ke biliknya. Alhamdulillah dia dah setuju. Tu mesti nak suruh buat candle light dinner untuk Azura. Untung Azura ada orang appreciate penat lelah dia. Bisik hati kecil Hana.

Tiba-tiba, hati Hana terasa lain. Entah apa yang dia rasakan. Seolah-olah rasa kesian pada diri sendiri. Suaminya kekasih orang. Dan dia adalah orang ketiga yang menghalang cinta antara El dan Azura. Hana melepaskan keluhan kecil. Bibirnya mengukir senyum paksa.



"HAI, selalu air je. Ni nugget ada, keropok ada. Rajin kau goreng untuk aku," kata Ikram seakan menyindir. Dia memandang El yang sedang kusyuk membetulkan setting game nya.
"Hari ni orang rumah aku ada. Dia yang buat semua tu. Bukan aku. Kalau aku, aku bagi kau minum air hujan je," balas El bersahaja sambil mencuba joystick yang ada ditangan.

Ikram ketawa besar saat mendengar jawapan El. "Air hujan kau nak bagi aku? Wow, orang rumah. Untunglah ada orang rumah. Mana dia?" Tanya Ikram sambil matanya liar mencari Hana.
"Kau tak payah nak wow sangat. Cepat select team mana kau nak main. Dah lama aku tak asah bakat ni. The legend is ready! Mari berentap!" Kata El dengan bersemangat. Jarinya menekan butang joystick dengan pantas.
"Legend ekk. Kau sabar kejap. Ni the power of love datang," balas Ikram sambil merenung skrin televisyen dengan kusyuk. Ketawa besar El tatkala mendengar ayat yang keluar dari mulut Ikram.
"Power of love pebenda kau ni? Carilah nama lain. Aduhai," tawa El masih bersisa.

Jiwang karat sungguhlah si Ikram ni. Tak habis-habis dengan jiwa-jiwa dia tu. Mendengar sahaja balasan daripada El, tawa Ikram turut meledak sama. Riuh suasana tika ini dengan gelak tawa dari kedua-dua jejaka itu.



HANA yang masih di dalam bilik, meneliti buku temujanji El sepanjang sebulan ini. Agak padat sebenarnya. Tetapi, Hana tetap akan pastikan El mendapat rehat yang cukup. Dia tidak mahu kesihatan El terganggu dengan jadual yang padat sebegitu.
Dalam masa yang sama, Hana terfikir-fikir apakah permintaan El kali ini? Selalunya El akan minta Hana buat sesuatu untuk Azura. Kali ni apa agaknya surprise yang El akan dia buat untuk Azura ye?

Aku harap, aku dapat tunaikan permintaan dia. Dan aku juga harap El bersetuju nak bantu penduduk dekat sana. Detik hati kecil Hana.

Hana merebahkan tubuh ke katil. Buku temujanji El dibiarkan tanpa dikemas di atas katil itu. Matanya merenung kipas siling yang berpusing perlahan itu. Beberapa minit kemudain, dia terlena sendiri.



DI ruang tamu pula, Ikram dan El masih kusyuk bermain game. Masing-masing menumpukan sepenuh perhatian kepada skrin televisyen.
Kau dengan Hana macam mana?" Soal Ikram secara tiba-tiba. Sekilas wajah El dipandangnya.

Yelah, mana tahu cinta telah berputik ke. Hati telah bertaut ke.
"Macam tu lah," jawab El ringkas. Matanya masih tertumpu pada skrin. "Aarrgghhh.. Malaslah aku main!" Terus El meletakkan joystick nya ke lantai. Dia mendengus geram kerana kalah sejak dari tadi.
Ikram ketawa besar saat melihat tingkah sahabatnya itu. "Tulah, kau jangan main-main dengan power of love aku ni. Main dengan kasih sayang," ujar Ikram dengan bangga setelah dua kali El kalah di tangannya. El tayang muka menyampah.

"Kau takda ke apa-apa perasaan pada Hana? Ya lah, dah dekat setahun lebih kau kahwin dengan dia," Ikram cuba mengorek lagi cerita mereka.
El bungkam beberapa ketika. Kemudian, dia menjawab, "Ada. Aku dah sayang dia," balas El ringkas. Dia meneguk air yang masih bersisa di dalam gelasnya.
"Alhamdulillah. Baguslah. So, what the next step? Sebab aku tengok Azura still mengharapkan kau lagi," jelas Ikram sambil menjamah makanan yang ada di atas meja ruang tamu itu.
"Next step, tawan jiwa," balas El dengan senyuman penuh makna. Dia teringat kembali janji Hana padanya sebentar tadi. I'll make sure, you will be mine.
"Wow, ayat dah power. Baguslah. Aku harap kau berjayalah," balas Ikram. Dia bersyukur El telah menerima Hana dan mula menyayangi wanita itu. Dia menghela nafas lega melihat El telah menemui cinta sebenar.
"Oh, lupa aku nak inform kau. Esok aku dengan Hana tak masuk ofis. Kami ke Terengganu. Maybe a week kot kami di sana," El memandang wajah Ikram sekilas.
"Aik, pergi Terengganu? Honeymoon ke? Oh, tu step tawan jiwa ek?" Usik Ikram sambil ketawa sinis.

Pantas kawan aku ni.
"Honeymoon plus kerja. Ada projek amal dekat sana. Projek masjid yang Azura carikan tu," balas El. Ikram sekadar mengangguk tanda faham.

Ya, aku nak honeymoon sekali dengan Hana. Yalah, sepanjang setahun lebih kami berkahwin, aku tak pernah bawa Hana pergi bercuti dan kami tak pernah tidur sebilik bersama. Lepas ni, aku nak mulakan semuanya semula. Aku nak Hana terima aku sebagai suami. Aku nak mulakan hidup baru bersama dia. Bisik hati kecil El.


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh