Bab 13

HANA meneliti menu yang diberikan oleh pelayan kepadanya. Tanpa dia sedari, El yang duduk bertentangan dengannya merenung setiap inci wajah Hana. El tersenyum melihat gelagat Hana yang beria semasa membaca menu itu.

"Lapar sangat ke? Macam nak telan je menu tu?" Senyuman El masih tidak lekang dari bibirnya.

Kenapa la comel sangat dia ni. Banyak sangat ke nak order? Haaiisshh.. Parah dah aku ni. Angau semacam. Tersungkur teruk dah ni!

Hana masih mendiamkan diri tanpa mempedulikan soalan El itu. Sebenarnya dia langsung tiada selera untuk makan. Teringat peristiwa siang tadi di opis. Azura datang ke pejabat atas urusan kerja. Setelah selesai mesyuarat, Azura dilihat membuntuti El masuk ke bilik pejabat lelaki itu. Hana juga mengikuti mereka dari belakang untuk menyerahkan dokumen-dokumen penting untuk El menyemak semula.
Sebaik sahaja masuk ke bilik, kelihatan Azura sedang memaut lengan El seakan sedang memujuk rayu lelaki itu. Tetapi, reaksi El seakan endah tak endah.
"El, I'm sorry. I bukan tipu youdengan Dato' Hafsham takda apa-apa hubungan. Kami cuma keluar makan bersama je. Lagipun you tahukan, I yang uruskan projek Dato' Hafsham di Kuantan?" Azura memujuk El dengan nada manja. Lengan El dipaut dan di gosok lembut.
"Kalau you ada hubungan dengan Dato' Hafsham pun, I tak kisah. Takda kena mengena dengan I," El menarik semula lengannya dari di pegangan Azura.

Aku betul-betul tak kisah kau nak buat apa. Dah banyak benda yang kau perbodohkan aku, Azura. Berkali-kali kau malukan keluarga aku dan mungkir janji nak kahwin dengan aku. Patut kau tak muncul masa perkahwinan kita. Ada skandal dengan jantan lain rupanya.
"tahu you marah dan cemburu. I'm sorry, baby. Kalau you tak suka, I tak kan jumpa Dato' Hafsham lagi. I promise," rayu Azura dan berjanji seperti selalu.
"Sorry disturbing you guys. Encik El, saya letak file meeting tadi di sini," Hana terus meletakkan dokumen berkenaan ke atas meja El. Belum sempat dia berlalu pergi, El memanggil Hana. Hana menoleh sambil diperhatikan Azura. El menghampiri Hana dan merangkul pinggang wanita itu. Hana terkejut dan kaku. Matanya membulat saat rangkulan El semakin erat.
Apa hal ni?? Jerit Hana di dalam hati. Dia panik. Namun, tubuhnya seakan membeku di situ entah mengapa.
"Anyway Azura. You tahukan I dah berkahwin. And you know she's my wife, right? I love her so much. So, if you dating with someone special, that's your personal matter. Takda kaitan dengan I. You datang sini atas hal kerja. Please be professional and please respect her as my wife. I tak nak wife I salah faham," jelas El bersahaja. Wajah Hana dipandang sekilas sambil dia tersenyum segaris.
"No. You don't love her. You love me. That's what you tell me before. You just want to make me jealous, right?" balas Azura sambil berjalan mendekati El.
"Pleaseee... I dah move on, Azura. And please to you too.. Move on," El ketawa sinis sambil diperhatikan Hana.
Mangkuk dua ekor ni, setiap kali bergaduh heret aku sekali. Korang sedap bercinta aku jadi mangsa. Geram betul aku. Asal bergaduh je libatkan aku. Annoyed sungguhlah!!' Bebel Hana di dalam hati.
"I tak percaya you dah move on. I believed that, you will find me again and you still love me, El," balas Azura dengan muka yang penuh keyakinan.
"Okaylah.. I have to go. See you when i see you, baby. Love you. Bye!" tambah Azura sambil meneglus lembut pipi El dan kemudian, dia terus melangkah keluar dari pejabat itu.
El mendengus kasar. Geram dengan Azura kerana begitu yakin yang El masih cintakan dia. Sejujurnya El dah berubah hati. Dia mencintai Hana dan Azura hanya sebagai kenangan masa lalunya. Tapi, untuk tidak berjumpa dengan Azura adalah sesuatu yang agak mustahil kerana syarikat El banyak berurusan dengan Azura mengenai projek-projek yang di cari oleh wanita itu untuk syarikatnya.
"Hello. Jauhnya termenung. Dah fikir nak makan apa?" El menyedarkan Hana dari lamunan.

Sempat lagi berangan dia ni. El menggelengkan perlahan sambil membelek menu yang ada di tangannya.
"Order je la apa-apa," Hana terus menutup menu dan diletakkan ke tepi. Dia melepaskan keluhan berat. Matanya meliar ke sekeliling restoren.
El memanggil pelayan dan membuat pesanan makanan. Setelah itu, El kembali merenung wajah Hana yang kelihatan letih itu.
"Tadi pergi site dengan siapa?" Soal El.
"Sorang. Naik cab," balas Hana ringkas. Wajah El dipandang sekilas.
"Sorang? Ikram tak pergi ke?"
"Pergi. Dia drive sendiri," jawabnya sambil menguap. Hana merenggang-renggangkan badan yang agak keletihan sejak dari petang tadi. Memang ada hari-hari yang sangat sibuk bila projek besar dan kecil berjalan serentak. Sehinggakan Hana sendiri terpaksa pergi ke site untuk memantau dan membuat laporan mengenai progress kerja-kerja yang sedang berjalan.
"Kenapa tak pergi dengan Ikram?" Soal El agak pelik.
"Saya tak biasa. Lagipun tak manis saya naik kereta berdua dengan dia. Nanti timbul fitnah pula," balas Hana bersahaja.
Hana memang tidak mahu orang berkata buruk tentang dirinya. Walaupun El tidak kisah tentang itu, tetapi, Hana memilih untuk menjaga dirinya sendiri.
El terdiam sebaik mendengar kata-kata Hana. Sungguh, dia malu bila Hana berkata begitu. Sedangkan sebelum ini, dia selalu keluar berdua dengan Azura. Berkepit seolah-olah dia masih bujang. Bukan tiada orang mengata, tetapi disebabkan El boss, tiada siapa berani menegur.
"Awak perli saya ke?" El sengaja menduga.
"Eh, tak lah. Saya cakap pasal diri saya. Orang lain saya tak peduli. Saya kena jaga aib saya, aib awak sebagai suami. Lelaki boleh kawin lebih dari satu. Tapi perempuan tak boleh. Kalau awak keluar dengan perempuan lain pun, itu hak awak," balas Hana bersahaja.

Lagipun takda kena mengena dengan aku kalau kau nak keluar dengan Azura pun. Aku sedar siapa aku dalam hubungan kita ni.
"Untungnya saya dapat isteri yang izinkan suami kahwin lain," balas El dengan muka mengejek.
Tu takda lainlah tu. Nak cari gaduh dengan aku. Detik hati Hana. Malas dia nak melayan El.
Tidak lama selepas itu, pelayan tadi datang semula dan menghantar pesanan yang El pesan.
"Awak tahu Ikram suka awak?" Soal El tiba-tiba. Sengaja dia mahu melihat reaksi Hana.
"Tahu," jawab Hana dengan muka selamba.

Ya, betul aku tahu Ikram suka aku. Masa awal-awal aku bekerja di syarikat El, Ikram pernah meluah rasa. Waktu itu, aku belum bersedia terikat dengan siapa-siapa. Tak sangka rupa-rupanya dalam tidak bersedia aku, secara tiba-tiba aku berkahwin dengan El.
"Tahu???" Membulat mata El saat mendengar jawapan dari mulut Hana.

Okay, memanglah Ikram pernah meluahkan perasaan dia pada aku. Tapi, tak sangka Ikram berani luahkan isi hatinya pada Hana sendiri.
"Kenapa tak pernah cerita pada saya??" Soal El lagi. Dia tidak berpuas hati kerana Hana tidak pernah menceritakan hal itu kepadanya.
"Tak penting. Buat apa nak cerita," balas Hana sambil menjamah makanan yang terhidang di atas meja mereka.

Sedap juga pasta ni. Kali terakhir aku makan pasta seminggu sebelum Abang Farish pergi tinggalkan aku. Patutlah dia nampak berselera sekali. Tiba-tiba hati Hana menjadi sebak. Dia melepaskan satu keluhan berat.
"So, awak pun suka dia laaa?" Tebak El dengan pandangan sinis. Dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan Hana tadi.
Eh dia ni. Sibuk sangat nak tahu kenapa? Gerutu hatinya. Hana hanya menjamah makanan tanpa mempedulikan soalan itu.
"Kenapa tak kahwin je dengan Ikram?" El cuba memprovok Hana. Makanan dijamah sedikit demi sedikit. Tiada langsung rasa ditekak dek kerana cemburunya terhadap Hana dan Ikram. Putus terus seleranya saat ini.
"Saya rasa lebih baik awak tanya yang kat atas tu. Kenapa saya tak kahwin dengan Ikram," balas Hana sambil meneruskan suapan.

Malas aku nak layan soalan aneh kau tu.
"Jadi, salah takdirlah awak tak kahwin dengan Ikram?" El cuba membuat provokasi lagi.
Aku tonyoh juga mulut dia ni kang. Saja ajak aku keluar ni nak cari pasal je agaknya. Bebel Hana di dalam hati. Wajah El tidak dipandang.
"Please, drop the subject," Hana bersuara tenang. Dia tidak mahu memanjangkan cerita. Cukuplah perkara tu jadi kenangan. Dia pasti Ikram sudah tiada hati padanya.
"No. Tell me the truth. Awak pun suka Ikram kan? Kira saya ni penghalang cinta korang berdualah?" El menolak pinggan ke tepi. Makanannya tidak habis dijamah. Dia mahu tahu apa perasaan Hana pada Ikram.
"Terpulang pada awak nak fikir apa. I'm done," tubuh ditolak bangun dari kerusi. Dia cuba meninggalkan El dan mahu menuju ke pintu keluar restoren. Namun, dengan pantas El menahan Hana. Lengan Hana ditarik. Langkah wanita itu terhenti. Kemudian, Hana menoleh ke arah El dengan wajah yang tidak beriak.
"Okay.. I'm sorry. Saya takkan cakap pasal ni lagi. Please sit. Finish our dinner and then, kita balik sama-sama," El cuba memujuk.
"Thank you," balas Hana. Dia kembali duduk ke kerusinya. Setelah itu, Hana menyambung semula suapan tanpa mempedulikan renungan El terhadapnya.
"Along macam mana?" El cuba berbual dengan Hana semula.

Marah-marah pun cantik. Adoi, kemaruk sangat aku ni pada isteri sendiri.
"Alhamdulillah sihat. Dia dah okay," balas Hana ringkas. Baru semalam aku berbual dengan along. Along ada bertanya tentang El. Tentang hubungan kami dan keluarga El. Kadangkala, aku sendiri tidak tahu apa yang perlu aku jawab pada along tentang aku dan El. Aku hargai doa-doa along untuk kami. Tapi, aku rasa hubungan ni tak kan lama. El masih bersama Azura. Dia masih cintakan Azura dan akan setia pada wanita itu. Seperti cogan kata El, SHE THE ONE AND ONLY. Huh! Kisah pula aku! Bebelan Hana berterusan di dalam hati.
"Mommy ada call awak tak? Mommy kata kita dah lama tak balik sana," Hana teringat Puan Mastura ada menelefonnya siang tadi ketika dia berada di tapak kerja.

"Weekend ni saya ada meeting kan? Di mana dan pukul berapa?" Soal El kepada Hana.
"Ada. Yang saya bagi tahu semalam tu. Esok saya confirm kan semula. Sebab Azura tak inform saya lagi detail meeting tu," jawab Hana sambil menghabiskan minumannya.
"Ok. Awak ikutkan pergi meeting tu?" Soal El. Wajah Hana dipandang.

"Tak," balas Hana menggeleng selamba. Selalunya, jika ada mesyuarat pada hari minggu, El dan Azura akan pergi berdua tanpa Hana. Kecuali projek tersebut berada di luar kawasan Kuala Lumpur, El akan membawa Hana bersama.
"Kenapa?" Soal El dengan alis mata yang berkerut nipis.
"Selalu hari minggukan awak pergi dengan Azura je," balas Hana. Dia jadi pelik dengan soalan lelaki itu. Lupakah El bahawa dia selalu bersama Azura setiap kali mesyuarat hari minggu sebegitu?
"No. Awak ikut saya," tegas El sambil menyuap makanan yang masih berbaki di dalam pinggan.
"Sorry. Saya tak boleh ikut. Sebab saya dah janji nak keluar dengan kawan baik saya. Lagipun weekend kan," balas Hana bersahaja. Selama ini dia memang tidak pernah mengikut El menghadiri mesyuarat pada hari minggu dan selalunya Azura lah yang menjadi peneman setia El.

Meeting plus dating. Perfect bukan? Jadi, kenapa tiba-tiba aku nak jadi orang ketiga dikala korang bermesra-mesra? I have my own life too. Aku pun ada kawan nak jumpa. Ada social life lain selain dari mengadap muka boss plus suami yang selalu bagi arahan dan soalan yang merepek lagi aneh.
"Boleh tak awak teman suami awak ni pergi meetingAfter that, kita sama-sama pergi jumpa kawan baik awak tu. Okay?" Soal El sambil buat muka manis.

Amboi, dia seronok pergi ber'weekend', aku kena attend meeting sorang-sorang. Eh, dengan scandal aku. Tak cemburu pula tu.
"No. Biasa bangla je kerja hari minggu ni. Sorry, tak dapat nak teman," Hana pamer senyum mengejek.

Adoi, macam mana boleh terkeluar perkataan bangla ni? Hana ketawa di dalam hati.
"Bangla?? Suka hati je cakap saya bangla. Kalau macam tu, tolak je projek tu. Saya ikut awak jumpa kawan baikkk awak tu," selar El dengan muka serius.

Berani dia cakap aku bangla. Kurang asam betul. Bebel El di dalam hati.
Alamak, marah ke? Senyuman Hana mati apabila mendengar jawapan El.
"Okay, sorry. Saya teman awak. Tapi, lepas tu bagi saya jumpa kawan saya... Sorang!" Tegas Hana dihujung ayatnya. Sibuk je nak ikut aku jumpa Kak Wana. Gerutu hatinya.
"Saya nak ikut. Lepas jumpa kawan awak. Kita balik rumah mommy sama-sama. Tidur satu malam. Ahad balik KL," tegas El. Dia tahu Hana tidak akan membantah arahannya kalau dia bertegas.
"Kalau macam tu, lain kali je lah saya jumpa kawan saya. Lepas meeting, kita balik rumah mommy," balas Hana akur. Takpa la, next time la aku jumpa Kak Wana. Dia ni kalau dah bagi arahan, bukan boleh bantah. Nanti tarik muka empat belas mengalahkan Azura merajuknya. Sempat Hana mengutuk di dalam hati.
"Saya nak kenal dengan kawan baik awak. Bukan apa, takut awak salah pilih kawan. Bukan boleh percaya awak ni," balas El bersahaja. Sengaja dia mengusik Hana.
Eh, dia ni, ingat aku budak sekolah ke salah pilih kawan? Matanya merenung tajam ke wajah El. Melihat senyuman mengejek El itu menambahkan sakit hatinya.
"Dah jom balik. Penatkan? Nanti saya urutkan nak?" Usik El sambil tersenyum nakal. Renungan tu, buat aku angau overdose dekat kau, Hana.
"Eeiii... Miang," gumam Hana perlahan. Bibirnya dicebir bersama.
Senyuman El masih tidak lekang sejak dari tadi. Ditambah pula apabila melihat reaksi muka Hana yang sebegitu. Angau dan jatuh cinta dibuatnya. Entah sejak bila perasaan itu bertamu di hati El. Ia datang secara tiba-tiba tanpa sedar. Tapi, apa yang pasti, El sudah jatuh cinta pada Hana.

Andai ini permulaannya, aku tidak mahu perasaan ini berakhir. Jika berakhir, biarlah berakhir dengan balasan cinta. Cinta tanpa paksa. I love you, Hana.


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh