Bab 20

El merenung skrin komputer. Dia mengeluh berat sambil meraup wajahnya dengan kedua belah telapak tangan. Sepatutnya diwaktu begini, El dan Hana masih berada di Terengganu ber'honeymoon'. Tetapi, disebabkan kata-kata El terhadap Hana malam itu, mereka pulang awal atas kehendak Hana sendiri.
Sudah dua hari Hana tidak bercakap dengan El. Dia hanya menyediakan makan malam untuk El dan selebihnya dia terperap di dalam biliknya. El cuba berbual, namun Hana tidak mengendahkan El.
Di pejabat pula, Hana banyak mengelak dari bertemu muka dengan El. Mana yang boleh Ikram atau orang lain sampaikan, Hana akan serah pada mereka.
"Jauhnya menung," tegur Ikram sambil duduk di sofa yang adad diruangan itu. "Aku ketuk pintu banyak kali pun kau tak dengar," rungut Ikram.
"Menung apa kau ni? Selalu orang balik dari honeymoon, mukanya semanis honey. Ni aku tengok semasam cuka je," kata Ikram cuba mengusik El sambil ketawa kecil. Namun tawanya mati tatkala melihat El yang tidak memberi apa-apa respon pada usikannya.
"Nothing. Kau nak apa ni?" soal El dengan nada serius. Aku tak pasti sama ada aku perlu kongsi hal ini dengan Ikram atau tidak. Tetapi aku perlu seseorang untuk aku luahkan.
"Kau tak nak lunch ke? Dah pukul satu dah ni," soal Ikram sambil merenung wajah El yang tidak beremosi itu.
"Aku takde selera nak makan," balas El sambil mengeluh. Hatinya tidak senang dengan keadaan sekarang. Hana membisu seperti awal-awal mereka berkahwin dahulu.
"Okaylah. Kalau kau ada apa-apa nak story, I'm here. Kau nak kirim apa-apa tak?" soal Ikram sambil bangun dari duduknya.
"Aku serabut laa," keluh El sudah tidak tertahan lagi. Dia mengeluh sambil meraup wajahnya.
"Story kat aku pasal apa?" Ikram kembali duduk di kerusi tersebut. Dia merenung El dengan penuh perhatian. Sudah dijangka ada sesuatu yang mengganggu fikiran sahabatnya itu.
"Hana," balas El ringkas. Tidak tahu dari mana dia mahu mulakan bicara mengenai wanita itu. Tak pernah dia rasakan kegusaran seperti ini.
"Kenapa dengan Hana? Korang bergaduh?" soal Ikram.
El menceritakan apa yang berlaku sepanjang dia dan Hana berada di Terengganu baru-baru ini kepada Ikram. Ikram mendengar dengan penuh sabar. Dia hanya mengangguk tanpa mencelah.
"Aku tak tahu apa yang dia fikir. Dia langsung tak nak bercakap dengan aku. Dah dua hari macam ni. File-file yang sepatutnya dia hantar pada aku pun dia suruh orang lain hantar," kata El setelah selesai dia menceritakan segalanya kepada Ikram.
"Kau bagi dia masa. Mungkin dia terkejut tiba-tiba kau cakap sayang cinta semua pada dia. Dia tak bersedia lagi agaknya," ujar Ikram cuba menenangkan El. Dia tidak mahu El berfikir yang tidak-tidak mengenai Hana.
"Kitorang dah lama kahwin la, Ikram. Sebelum aku luahkan pada dia pun, aku dah banyak bagi hint pada dia. Aku layan dia elok-elok sebelum aku luahkan perasaan aku," El melepaskan apa yang terpendam di hatinya.
"Apa yang dia tak bersedianya? Tak bersedia aku sentuh dia? Dia hak aku. Salah aku minta hak aku??" bentak El. Dia kesal dengan apa yang berlaku. Tetapi egonya tetap menganggap dia tidak bersalah dan dia ada hak ke atas Hana.
"El, tak salah kau minta hak engkau. Tapi, Hana tu ada hati, ada perasaan. Selama ni kau layan dia macam mana? Aku rasa kau sendiri yang menyebabkan dia jadi macam tu," balas Ikram. Dia tidak berniat mahu menyakiti hati sahabatnya itu. Namun, dia harus berterus terang supaya El sedar.
"Apa maksud kau? Kau kata aku punca dia jadi macam tu?? Kau ni nak tolong aku ke, nak condemn aku??" El agak bengang mendengar kata-kata dari Ikram.

Aku pun ada hati perasaan.
"Kau jangan marah aku cakap begini. Kau kan selalu je sebut 'she's not my taste' depan Hana. Jadi, dia rasa tak percaya bila kau luahkan perasaan. Ni assumption aku je lah," jelas Ikram dia tahu El tidak dapat menerima kata-katanya. Tetapi dia perlu berterus terang agar El sedar dan sabar untuk memenangi hati Hana.
El terdiam. Ada benar kata-kata Ikram itu. Sebelum ini, dia langsung tidak menjaga hati Hana dan selalu cakap lepas tanpa fikir perasaan Hana.
"So, aku nak buat apa ni? Aku buntu. Serabut," ujar El sambil melepaskan keluhan yang berat. Kata-kata maaf sudah berkali diluahkan, namun tidak diendahkan. Apa lagi yang harus aku buat supaya Hana boleh maafkan aku.
"Biarkan dia sejuk dulu. Bagi dia masa. Jangan paksa dia maafkan kau. Tapi, jangan pula kau biarkan dia. Maksud aku, kau cuba-cubalah berbual dengan dia," Ikram cuba memberi cadangan.
"Aku dah cuba berbual, dia buat tak tahu je," balas El. Entah kali yang ke berapa dia meraup wajahnya. Jelas dia kelihatan serabut dengan masalah antara dia dengan Hana.
"Sebab tu aku cakap, kau kena sabar. Layan Hana baik-baik. Kalau dia buat tak tahu bila kau bercakap, kau tak payahlah nak terasa ke kecik hati semua," Ikram memujuk El agar cuba mengalah dengan Hana.
"Kau try lah bagi something yang dia suka ke balik nanti. Try pujuk dia lagi. Mana tahu dia okay ke," Ikram memberi idea.
"Tengoklah. Pandang muka aku pun dia tak nak," balas El seolah merajuk. Tetapi, dia tidak menolak idea Ikram itu. El tahu apa yang Hana suka dan dia akan cuba buat seperti yang Ikram cadangkan malam nanti.


PETANG itu, Hana masih menjauhkan diri dari El. Dia pulang dengan menaiki grab. Hana memberitahu El hanya melalui mesej.
Malam itu, sebelum pulang ke rumah, El singgah di kedai bunga membeli sejambak bunga untuk memujuk Hana. Dia juga membeli hazelnut latte, minuman kegemaran Hana dan sebuah beg tangan berjenama. El benar-benar berharap rajuk Hana sudah reda apabila dia memberi ketiga-tiga hadiah itu.
Aku ingat Azura susah nak pujuk. Rupa-rupanya isteri sendiri lagi susah nak pujuk. Getus hati El.
Sesampainya dia di rumah, kelihatan Hana sedang mencari sesuatu di ruang tamu. Sebaik terlihat El, Hana terus berjalan menuju ke biliknya. Cepat-cepat El mendekati Hana dan menarik lengan Hana. Langkah Hana terhenti. Namun sedikit pun dia tidak memandang ke arah El.
"Abang dah tak tahu nak minta maaf macam mana lagi. So, abang beli semua ni untuk sayang and hope that you will forgive me," kata El sambil menghulurkan barang-barang tersebut kepada Hana.
Hana hanya merenung barang-barang tersebut tanpa mengambilnya. Tetapi bau hazelnut latte menggugat keimanannya.

Ya Allah. Sedapnya bau coffee. Hana menelan air liurnya sambil membayangkan coffee yang seakan melambai-lambai ke arahnya.
"Abang rasa kalau sayang still macam ni lagi, abang beritahu along je. Minta along settle kan," balas El apabila melihat Hana masih tidak mengambil barang-barang yang berada di tangannya.
"Kenapa nak bagitahu along pula??" tiba-tiba Hana bersuara. Mati aku kalau along tahu aku tak bertegur dengan El dua hari. Mau along telefon bagi tazkirah panjang pada aku nanti.
"Finally, after two days tak bercakap dengan abang. Abang sebut nama along je, terus bersuara. Oh, after this apa-apa abang beritahu along je la," balas El agak lega setelah Hana bersuara. Oh, senanglah kerja aku lepas ni, dia merajuk je aku ugut nak beritahu along.
"Thanks," terus Hana mengambil hazelnut latte dari tangan El dan cuba melangkah pergi. Namun sekali lagi tangannya ditarik El.
"Eh, belum settle lagi ni. Nak pergi mana?" ujar El. Dia menarik Hana ke ruang tamu. Dia meletak handbag dan jambangan bunga tersebut di atas meja. Dia mengarahkan Hana duduk di sofa. Hana akur. El mengambil coffee di tangan Hana lalu di tebukkan straw di penutupnya. Kemudian, dia menghulur semula coffee tersebut kepada Hana. Hana mengambil coffee tersebut lalu menyedut straw dengan nikmatnya.
"Sedapnyaa...," ujar Hana sambil menutup mata. Sungguh dia memang coffee lover. Pandai El belikan coffee ni untuk aku. Sedap sangat rasanya.
"Sedap?" soal El sambil tersenyum melihat gelagat Hana. Dua hari tak bercakap dengan aku. Beli coffee je boleh buat dia senyum manis sampai macam ni. Takdelah susah sangat nak pujuk. El duduk bersila betul-betul di hadapan Hana. Dia mendongakkan sedikit wajahnya untuk menilik muka si isteri yang sedang menikmati coffee tersebut.
"Sedap sangat. Thanks again. Kalau takda apa-apa lagi. Saya nak masuk bilik," ujar Hana sedikit tidak selesa apabila El berada terlalu dekat dengannya. Pandangan El terhadapnya membuat Hana berdebar-debar.
"For you," sekali lagi El menghulurkan jambangan bunga dan handbag itu kepada Hana.
"Buat apa membazir beli bunga dengan handbag ni. Saya tak pakai la handbag mahal-mahal," balas Hana. Dia ingat aku Azura ke suka handbag branded macam ni. Aku pakai handbag pasar malam je sesuai.
"Membazir?? Bukan perempuan suka bunga ke?" soal El sambil mengerutkan dahinya. Memang Hana berbeza dari Azura. Azura memang sangat sukakan pujukan dengan barang-barang mewah seperti handbag branded, bunga sejambak, kasut dan sebagainya. Namun Hana, coffee sahaja boleh menyejukkan rajuknya terhadap El.
"Memang perempuan suka bunga. Tapi, bukan saya. Next time beli coklat. Saya suka coklat," balas Hana tersenyum segaris.
Coklat?? Okay, next time abang beli coklat and coffee," ujar El ringkas. Dia merenung Hana sambil tersenyum. "And i have a request," tambah El lagi.
"Permintaan apa lagi? Dekat Terengganu hari tu, dah banyak permintaan abang saya tunaikan. Enough okay," balas Hana sambil menarik muka masam. Banyak sangat permintaan dia ni. Geram pula rasa!
"Okay. I change the words. Bukan permintaan. It's more to command," ujar El sambil bangun dari duduknya. Dia memasukkan kedua belah tangannya ke dalam saku seluarnya. Seperti selalu El lakukan di pejabat ketika memberi arahan kepada staff-staff nya.
"Gaya apa tu? Ingat ni opis ke?" soal Hana mula berasa tidak selesa dengan arahan yang bakal diterima sebentar nanti. Ada la tu nak suruh aku je dengar cakap dia. Nak guna kuasa bos-bos dia la tu.
"Memang bila bagi arahan, kena ada gaya macam ni. Baru staff tak menjawab macam sayang," balas El sambil mengusik Hana. Dia ketawa kecil melihat muka Hana masam mencuka. Belum lagi aku bagi arahan dan tarik muka. Haaiisshh... Buat aku bertambah geram pula pada dia ni.
"Yelah, saya memang suka menjawab dan biadap dengan abang kan??" ujar Hana sambil meletakkan coffee di atas meja. Dia tidak memandang wajah El. Malas mahu bertemu muka dengan lelaki itu. Tadi beria memujuk. Sekarang mula cari gaduh semula.
"Laaaa.. Abang berguraulah. Aduh, nak merajuk lagi ke ni? Betul la along cakap, isteri abang ni manja rupanya," usik El lagi. Dia mendekati Hana semula. "Abang bergurau je la. Sayang mana pernah menjawab dengan abang," pujuk El sambil menggosok-gosok tangan Hana.
"Mana ada merajuk. Cepatlah cakap nak suruh saya buat apa lagi?" soal Hana sambil menarik tangan dari digosok El. Malas dia mahu memanjangkan rajuknya.
"Abang nak sayang pindah tidur bilik abang. Ini arahan, bukan permintaan," tegas El. El merenung Hana yang terdiam mendengar arahannya itu. Dia tahu Hana tidak bersedia. Namun, dia tidak mahu Hana terus menjauhinya.
"Kenapa?" soal Hana. Dia mula berasa tidak selesa dengan arahan yang El berikan. Kenapa tiba-tiba dia suruh aku sebilik dengan dia. Sebelum ni takda masalah pun untuk tidur bilik asing-asing. Lagipun, dia sendiri yang mahu tidur asing pada awal perkahwinan mereka dahulu.
"We're husband and wife, right? So, apa yang kenapanya bila abang suruh sayang pindah tidur bilik abang?" soal El agak bengang. Tetapi dia cuba mengawal perasaannya. Dia tidak mahu Hana terasa hati lagi jika dia meninggikan suara.
"Saya tak nak," balas Hana ringkas. Dia tidak memandang wajah El. Dia tahu El akan marah dengan jawapannya.
"Why??" soal El ringkas. El menarik nafas dalam. Dia cuba mengawal dirinya dari meninggikan suara terhadap Hana.
"Abang yang tak nak saya tidur sebilik dengan abang dulukan. Sekarang saya dah biasa tidur sorang," jawab Hana tenang. Dadanya terasa sebak mengenangkan peristiwa awal perkahwinan mereka dahulu.
El terdiam. Dia tahu Hana terasa dengan perbuatannya sejak awal perkahwinan mereka. Namun, dia cuba memperbaiki semula hubungan mereka.
"If you 'need' me. Tell me. Saya akan tidur dengan abang. Tapi, kalau nak suruh saya pindah terus ke bilik abang, saya tak nak," tambah Hana lagi. Dia tahu apa yang El mahukan darinya. Dia akan jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tetapi, untuk dia terus pindah ke bilik tersebut, agak mustahil baginya.
"I didn't make a request. I told you to do that. This is command," tegas El. "Malam esok, abang nak semua barang sayang dah ada dalam bilik abang. If not, abang akan beritahu along," El tidak menunggu lebih lama di situ. Dia terus naik ke biliknya meninggalkan Hana tanpa meneruskan perbincangan mereka.
'Dah pandai ugut aku guna nama along,' hati Hana terasa sebal dengan sikap El. Tadi kemain dia memujuk aku. Sekarang dia layan aku macam ni.
'Kalau setakat nak tidur dengan aku, cakap je lah. Tak payah sampai aku kena pindah bilik. Awal-awal kahwin dulu, siap warning aku jangan masuk bilik dia. Sekarang nak aku duduk sebilik pula. Tak faham aku,' bebel Hana panjang di dalam hatinya.
Hana bingkas bangun dan terus menuju ke biliknya. Hatinya sebal dengan sikap El. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk.
'El? Menggelabah betul. Dalam rumah nak bermesej bagai,' gerutu hati Hana. Dengan malas Hana membuka pesanan tersebut.


EL ^ 'Esok sayang cuti. Kemas barang sayang, bawa naik bilik abang'
EL ^ 'I'm sorry for being so harsh on you. Abang tak nak sayang jauh dari abang,'
EL ^ 'Please, give me a chance to fix our relationship'

Hana hanya membaca pesanan tersebut tanpa membalas satu pun. Dia melepaskan keluhan berat. Hatinya berbelah bagi.
'Betul ke El dah sayang aku? Cintakan aku? Tapi, kenapa tiba-tiba?' detik hati Hana. Aku tak percaya dia dah sayangkan aku. Ke dia lupa aku ni janda? Hilang ingatan ke dia? Dia lupa ke apa yang dia pernah cakap tentang aku sebelum ni? Dasar lelaki. Kau suka kau datang, tak suka kau pergi.
Tok! Tok! Tok! Pintu bilik Hana di ketuk. Hana mendengus kasar.
'Cakap dah, mesej dah! Nak apa lagi dia ni!' rungut hati Hana. Dengan malas dia bangun membuka pintu.
Kelihatan El berdiri di hadapan pintu biliknya sambil bercekak pinggang. Ala mak mak yang menanti untuk menyoal perihal anak gayanya.
"Kenapa tak reply mesej abang?" soal El tanpa ditunggu-tunggu.
"Nak saya reply apa?? Dalam rumah pun nak mesej kenapa?" soal Hana semula sambil mengerutkan dahi pelik dengan sikap El. Aku ni serabut dengan permintaan kau ni.
"Reply la apa-apa pun. Okay ke, baiklah abang ke, I love you ke," balas El masih bercekak pinggang. Lantas Hana mencapai telefon bimbitnya dan membalas mesej El.
"Dah! Puas hati?" balas Hana sambil menunjukkan skrin telefonnya kepada El. Bukti bahawa dia telah membalas mesej tersebut.
"K??? Apa tu??" soal El dengan muka yang masih tidak berpuas hati.
"Dan kenapa sayang letak nama abang encik saiko???" soal El lagi. Semakin geram dengan gelaran yang Hana berikan kepadanya.
Berubah muka Hana apabila El perasan nama tersebut.
'Mati aku,' detik hati Hana. Air liur yang ditelan terasa berpasir.
"Oh, gelar abang encik saiko ek? Tau tak berdosa gelar suami macam tu? Bagi gelaran yang tak elok pada suami?" ujar El dengan wajah yang serius. Dia melihat Hana terkebil-kebil mendengar kata-katanya. Ada ke dia kata aku saiko? Nasib baik sayang.
"Sorry. Nanti saya tukar," balas Hana sambil menundukkan wajahnya. Takut El naik angin tiba-tiba.
"Tukar sekarang abang nak tengok," tegas El sambil buat suara garang. Dia menahan senyum melihat Hana kelihatan takut.
Dengan pantas Hana membuka telefon bimbitnya dan menukar nama 'encik saiko' kepada nama 'El'.
"Letak 'abang' dekat situ," perintah El sambil melihat telefon bimbit Hana. Hana akur dan menukar semula dari 'El' kepada 'Abang'.
"Wallpaper tu tukar. Letak gambar abang," arah El lagi.
"Saya takde gambar abang," balas Hana sambil mendongak ke arah El. Wajah El begitu hampir dengan wajahnya.
"Takde gambar abang?? Gambar kahwin kita takde? Yang sayang pilih baju warna pink tu," soal El sambil mengerutkan dahinya. Wajah Hana yang begitu dekat dengannya di renung. Sungguh rasa cinta dan sayang El terhadap Hana kian menebal dari hari ke hari.
"Ada. Tapi gambar saya sorang je. Dalam galeri saya ni takda gambar abang. Ada gambar saya je," ujar Hana. Dia menundukkan wajahnya semula kembali melihat telefon bimbitnya.
"Kenapa takda gambar abang? Gambar ambil curi-curi pun takda?? Abang handsome tau. Rugi tak ambil gambar abang," balas El dengan muka serius.
Hana terus ketawa mendengar kata-kata El itu. El memang suka mengusik Hana. Sama seperti Hariz.
"Saya tak pernah ambil gambar curi. Sebab saya bukan pencuri" balas Hana sambil mengusik El. Kau ingat kau sorang je pandai loyar buruk. Hana tersenyum melihat wajah El kegeraman mendengar kata-katanya itu.
El tersenyum melihat Hana turut mengusiknya. Hatinya berbunga melihat senyuman Hana. Gelak tawa Hana.
"Abang ada ambil gambar curi sayang tau. Wallpaper telefon abang pun gambar sayang. Nama sayang pun abang letak 'sayang'," jelas El sambil tersenyum. Sengaja dia memberitahu Hana. Supaya wanita itu tahu betapa cintanya dia terhadap wanita itu.
"Dahlah. Saya nak tidur," balas Hana. Malas dia mahu melayan El. Makin di layan makin menjadi-jadi.
"Mulai malam ini, tidur bilik kita. Bilik kita dekat atas. Come," El menarik tangan Hana.
"Tak naakkkk," Hana cuba menarik tangannya semula. "Janganlah paksaaa," tambah Hana dengan wajah yang seakan mahu menangis.
"Berdosa tidur asing dengan suami. Kan along cakap, abang syurga sayang," sengaja El menyebut tentang Hariz kepada Hana. Dia tahu Hana tidak akan membantah jika nama Hariz disebut. "Lagi satu, abang suruh sayang sebilik dengan abang bukan semata nak 'bersama' je. Ingat abang ni fikir benda tu je ke?" tambah El apabila melihat Hana masih membatu disitu.

"Boleh tak tolong patuh arahan abang. Abang nak kita mulakan semula hubungan kita. Abang nak sayang tahu yang bukan along sorang je yang sayang ada. Abang pun ada di sisi sayang," ujar El sambil merenung wajah Hana. Dia memegang pipi Hana dengan rasa kasih dan sayang.
"Okay," Hana akur. Walaupun langkah kakinya berat untuk mengikut El, namun dia harus patuh pada kehendak suaminya. Terlalu sukar nak menjelaskan apa perasaan Hana ketika itu. Dia hanya fikir apa yang dia lakukan sekadar menjalankan tanggungjawab. Cuma tangggungjawab itu tidak bersulam kasih dan sayang. Dia hanya mengikut rentak El.
Pada Hana selagi El masih mahu dia berada di situ, dia akan kekal disitu. Jika sebaliknya, Hana redha dan akan mengikut apa jua yang El putuskan kepadanya.


Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh