BEBERAPA minggu selepas kejadian itu, keadaan kembali tenang. El dan Ikram telah mendapat kata sepakat bahawa selepas ini segalanya akan diselesaikan dan diuruskan bersama. Azura juga sudah habis rajuknya dan mereka kembali berbaik semula.
Hari minggu itu, El bersiap untuk berjumpa dengan Azura. Tetapi belum sempat El sampai di rumah Azura, dia telah mengalami kemalangan jalan raya.
PANGGILAN telefon tadi telah mencemaskan Hana. Tanpa menunggu lebih lama, dia terus menaiki teksi ke hospital swasta yang terletak di tengah bandaraya Ampang. Hatinya berdebar cemas dan bimbang.
Sebaik sahaja sampai di hospital, Dia bergegas ke bahagian kecemasan mencari susuk tubuh yang mengalami kemalangan sebentar tadi. Kelihatan seseorang sedang duduk di atas kerusi roda ditemani oleh seorang lelaki dan wanita. Cepat-cepat Hana menerpa ke arah mereka.
"Awak okay? Macam mana boleh excident ni?" Soal Hana tanpa mempedulikan keadaan sekelilingnya. Dia benar-benar risau. Tubuh El dibelek tanpa menghiraukan pandangan tajam dari mata lelaki itu. Saat melihat ada darah yang mengalir dari celahan rambut lelaki itu, cepat-cepat dia menyelak rambut El dan mencari luka yang menyebabkan pendarahan itu. Mata Hana berkaca. Pandangan mula terasa berbalam-balam.
"Eee... Sakitlah," El menenepis tangan Hana.
Apahal cemas sangat ni? Aku belum mati lagi. El melihat wajah Hana yang pucat kerana cemas melihat keadaannya. Hana tersentak. Tepisan El buatkan dia tersedar. "Sorry. Macam mana boleh excident? Excident dengan apa?" Soal Hana masih tidak hilang cemasnya. Dia sedikit lega apabila melihat kecederaan El tidak terlalu serius.
Boleh marah aku, kira okay la tu. Bisik hati Hana.
"Masuk simpang, tak bagi signal. Nak elak dari terlanggar kereta Myvi. Terbabas ke tepi," jelas Ikram apabila melihat El tidak menjawab soalan Hana.
"Maaf lambat. Kami akan bawa encik ke bilik rawatan, kemudian kita akan daftarkan wad untuk encik. Yang lain boleh tunggu di sini sebentar," datang dua orang jururawat menolak kerusi roda El dan di bawa ke bilik rawatan.
Wanita yang bersama Ikram itu adalah pemandu kereta Myvi yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Beliau tidak mengalami sebarang kecederaan. Ikram cuba menyelesaikan permasalahan kemalangan itu dengan pemilik kereta Myvi itu.
Tidak lama kemudian, seorang jururawat memanggil Hana untuk menguruskan prosuder kemasukan El ke wad.
Setelah selesai segala urusan, Hana masuk ke bilik wad El. Kelihatan luka El sudah berbalut elok. Dimaklumkan oleh jururawat itu tadi, kaki El terhimpit ketika kemalangan dan mengalami keretakan yang agak serius. Ia memerlukan masa yang agak lama untuk pulih. Jadi, buat sementara waktu, kakinya dibalut supaya tidak banyak pergerakan berlaku. Bahagian kepala yang terkoyak, sudah dijahit kemas. Luka-luka kecil juga telah dibersihkan dan diletakkan ubat. Jururawat meminta Hana membantu El menukarkan pakaiannya kepada baju hospital.
Hana memandang ke arah El yang sedang sibuk menilik luka di badan sendiri. Sekali sekala wajahnya kelihatan berkerut menahan sakit. Terbit rasa simpati di hati Hana. Dia kemudiannya, mendekati El.
"Awak boleh tukar baju sendiri?" Soal Hana sambil menghulur baju hospital kepada lelaki itu. Serta merta El menoleh ke arah Hana. Alis matanya berkerut.
"Nak tukar macam mana? Nak bangun pun susah," balas El dengan bengang. Mata di bawa ke arah kakinya yang berbalut. "Tak nampak ni?" Sambungnya lagi dengan kasar. Wajah El masam mencuka. Dia kembali membelek luka-luka di badan. Terasa pedih dan perit.
Habis tu, tak reti nak cakap tolong dengan aku ke? Bebel Hana di dalam hati.
"Awak nak saya tolong awak atau nak tunggu Ikram?" Soal Hana bersahaja. Dia bimbang El tidak selesa dengannya.
"Tunggu Ikram. You pergilah balik," El menghalau Hana. Dia geram kerana Hana seakan tidak mahu membantu.
Ada ke suruh Ikram uruskan aku. Isteri apa dia ni? Suruh orang lain uruskan suami. Kalau Azura, tak payah suruh dia akan buat semua untuk aku. Omel El di dalam hati.
"Balik? Eemmm... Okaylah. Saya balik. Kalau ada apa-apa awak suruh Ikram inform saya," terus Hana melangkah menuju ke pintu tanpa mempedulikan El. Malas mahu melayan lelaki sombong itu.
Sakit-sakit pun ego! Kau suruh aku balik bagus juga. Tak payah aku susah jaga kau. Kutuk Hana di dalam hati.
"Wife apa you ni haa? I tengah sakit macam ni, you nak balik?" Tiba-tiba El menghamburkan amarah. Hatinya sebal dengan sikap Hana.
Azura ni pun dari tadi tak muncul-muncul. Kalau Azura ada, tak payah la perempuan ni jaga aku dekat sini. Detik hati kecilnya.
"Tadikan awak suruh saya balik. Saya ingat awak boleh uruskan diri sendiri," sindir Hana dengan selamba.
Tadi kau yang halau aku balik. Sekarang nak marah pula bila aku nak balik. Sakit-sakit pun ego tinggi melangit!
"Dah-dah cepat tolong I. Tak selesa dah ni. Baju koyak-koyak dengan darah ni," bebel El sambil cuba berdiri sendiri. Tiba-tiba El terjatuh. Cepat-cepat Hana berlari membantu lelaki itu untuk bangun semula. Tanpa sedar El memeluk erat tubuh Hana. Dia cuba menstabilkan dirinya dengan bantuan Hana.
Ya Allah, beratnya dia ni. Gerutu hati Hana. Tercungap-cungap dia cuba menampung badan El yang agak sasa itu. Berombak dadanya menahan penat.
"Awak duduk dulu atas katil. Saya ambil wheel chair," ujar Hana setelah El berjaya di dudukkan semula ke atas katil. Kelihatan Hana tercungap-cungap mencuri nafas.
"Tak payah. I boleh jalan la. You tolong pegang I," pintas El. Dia segan dengan jururawat di situ kerana dirasakan kecederaannya tidak terlalu serius hingga dia perlu memakai kerusi roda untuk bergerak.
"Awak berat," pantas Hana membalas sambil membulatkan matanya.
Nak suruh aku pegang kau?? Berat kau pun boleh buat aku mati dulu!
"Excuse me?? I bukan berat. I tough okay. Cepat tolong I. I tak selesa dah ni," El tetap tidak mahu menggunakan kerusi roda. Sekali lagi dia cuba berdiri. Hana pamer wajah bengang. Mahu tidak mahu, dia terpaksa akur dengan kehendak El. Tubuh El ditampung sambil dia menyumpah-nyumpah di dalam hati.
Tangan je dah berat beras 10 kilo. Cepat mati aku macam ni. Hana menyumpah lagi di dalam hati. Geram sungguh dirasakan dengan kedegilan lelaki itu.
"Haaa.. Lagi satu, don't tell anyone about this. I tak nak mommy dengan abah risau," pesan El sambil memaut bahu Hana. Wajah Hana di pandang sekilas.
Boleh tahan kuat dia angkat aku. Kesian pula aku tengok dia tercungap-cungap. Berat sangat ke aku ni? Getus hati El. Geli hatinya melihat Hana dengan wajah yang bersungguh-sungguh menampung badannya yang agak sasa itu.
"Dengar tak I cakap ni?" Soal El apabila Hana tidak membalas kata-katanya.
"Ya, saya dengar! Cepatlah jalan. Awak beratlah. Rasa nak mati angkat awak," selar Hana dengan rasa geram. Nafasnya berdegup laju.
Membebel pula dia ni. Aku macam nak mati tampung badan dia!
Nak mati?? Berat sangat ke aku ni sampai rasa nak mati? Over sangat statement dia ni. Hati El tercuit mendengar balasan daripada Hana.
"Jangan mati lagi. Tolong I dulu, lepas tu you nak mati ke nak apa ke, dipersilakan," balas El sengaja mengusik wanita itu. Baru kali ini dia dapat melihat wajah Hana dengan lebih dekat.
Wanginya. Terpejam kejap mata El saat mencium aroma dari tubuh Hana. Haruman itu membuatkan dia merasa tenang seketika. Sempat dia mencuri pandang wajah Hana. Dahi wanita itu kelihatan berpeluh-peluh menampung badannya.
"Awak masuk toilet, tukar baju. Saya tunggu dekat luar. Dah siap panggil saya," arah Hana sambil melepaskan tangan El.
Pandai-pandailah kau dalam bilik air tu. Bisik hati kecil Hana. Dadanya turun naik dek keletihan.
"If I could walk by myself, I wouldn't need your help, Hana. Ni you nak suruh I settel kan diri I sendiri dalam toilet sorang-sorang? No, you kena tolong I," tegas El sambil meletakkan semula tangannya ke bahu Hana. Dia memandang Hana dengan pandangan yang tajam apabila wanita itu cuba mengelak bahunya dari sasaran tangan El.
"Sorry. Perkhidmatan saya sampai sini je. Tak pun saya panggil jururawat minta tolong awak tukarkan baju. Nak?" Balas Hana dengan geram. Tak kuasa nak melayan kehendak lelaki itu.
"Jururawat tu bukan wife I. Eh, jaga I tanggungjawab you tau. Jangan nak derhaka dengan I," bidas El sambil memaut bahu Hana dengan kasar.
"Sakitlaaa...," balas Hana dengan manja tanpa sedar. Dia mengerutkan dahi dan memaut kembali pinggang El. Wajahnya masam mencuka kerana terpaksa menolong lelaki itu. Bahu sudah terasa berat dan lenguh.
Buat suara manja pula. Ingat aku tergoda. Detik hati El. Namun, sedikit sebanyak suara wanita itu menjentik hati lelakinya. El seakan sudah terpaut pada Hana. Tetapi, dia cuba menepis perasaan itu agar tidak pergi terlalu jauh. Dia mahu buktikan yang dia seorang lelaki yang setia pada satu wanita sahaja iaitu Azura.
"Biar I tolong bawa El," Ikram yang muncul tiba-tiba terus menawarkan bantuan kepada Hana. Serentak mereka menoleh ke arah Ikram yang berada di muka pintu.
"Thanks!" ucap Hana lega. Tidak perlu lagi dia membantu lelaki itu menukar baju.
Alhamdulillah, nasib baik kawan baik dia muncul tepat pada waktunya.
"No! Dia kena bantu aku. She's my wife," tegas El masih berdegil mahu Hana yang menguruskan dirinya.
Nak lepas tanganlah tu!
"Wife??? Ohh... Wife?" Balas Ikram seakan menyindir. Sejak bila si El ni sedar Hana wife dia? Selalu asyik sebut Azura one and only.
"Jangan macam tu El. Aku kesian tengok Hana papah kau. Sampai aku confius siapa yang sakit sebenarnya. Berpeluh-peluh Hana menahan berat badan kau tu," seloroh Ikram sambil ketawa kecil. Hana turut ketawa mendengar kata-kata Ikram itu.
"Thanks again Ikram," ucap Hana dengan senyum lebar. Ikram membalas senyuman Hana.
"Wahh... So sweett. Okay, fine. So, apa kau menung lagi. Cepatlah tolong aku. Berdosa tenung isteri orang lama-lama!" El memulangkan paku buah keras kepada Ikram apabila melihat Ikram merenung Hana. Ikram tersentak. Cepat-cepat matanya dialih ke arah El.
Sweet sangatlah tu. Tunjuk gentleman depan perempuan konon. Getus hati El. Dia bengang apabila melihat Hana begitu mesra dengan Ikram.
"Eh, cemburu ke?" Sindir Ikram sengaja mahu memanaskan hati sahabatnya itu. Dia tersenyum sinis melihat wajah El yang sudah berubah tegang.
"Sorry. She's not....," belum sempat El menghabiskan kata-katanya, Ikram dengan pantas mencelah. "Dah-dah. Jom aku tolong kau tukar baju. Lama sangat berdiri sini jatuh nanti, satu hal pula," pintas Ikram. Pinggang El dipaut dan didorong lelaki itu masuk ke bilik air. Dia tidak mahu Hana terasa dengan kata-kata El.
Si El ni bukan kira nak jaga hati Hana. Main cakap lepas je.
"Next time, bagi aku habiskan ayat aku!" Tegas El dengan nada yang agak kasar.
Biar perempuan tu tahu yang dia bukan taste aku.
Ikram menggelengkan perlahan, tidak faham dengan sikap El. "Kau kenapa nak sakitkan hati Hana? Aku rasa dia takda buat salah pun pada kau," balas Ikram sambil membantu El menukar baju dan seluarnya.
"Kenapa kau nak terasa pula? Aku cuma nak dia tahu yang aku tak suka langsung pada dia. Kalau kau suka dia, take it for free," ujar El dengan sombong.
Sementara aku tak sentuh dia lagi, kau nak? Ambillah!
"Kau jangan sombong sangat El. Nanti Hana tu buat kau jatuh tersungkur tagih cinta daripada dia, baru kau tahu langit tinggi ke rendah," selar Ikram.
Bongkak sangat dengan kata-kata. Aku takut kau nanti yang macam nak gila tagih cinta dari isteri sendiri. Isteri yang kau tak pernah anggap.
"Sorry, bro. Aku tak akan tagih cinta dialah. Sebab aku tak cintakan dia langsung dan aku tak akan jatuh cinta pada dia. Hanya Azura dalam hati aku," balas El dengan yakin dan bersungguh-sungguh.
"Whatever lah El. Kau dengan bongkak tak dapat dipisahkan. Jangan nanti dah jatuh tersungkur baru nak menangis merayu-rayu pada Hana tu," Ikram memberi amaran kepada El.
Masih tak nampak lagi ke Hana tu wanita yang tepat dan baik untuk kau El?
"No way man!" Yakin sahaja El membidas kata-kata Ikram. Aku tak akan menjatuhkan maruah aku sendiri pada bekas orang macam Hana tu!
"Haa... Mana the one and only kau? Lepas kau accident je, dia orang pertama aku call. Mana dia?" Soal Ikram geram kerana Azura masih tidak muncul-muncul sejak dari tadi.
"Kejap lagi dia datanglah," balas El yakin yang Azura akan datang menjaganya hari ini.
"Okay. We'll see..," balas Ikram sinis. El bungkam seribu bahasa. Keyakinannya terhadap Azura mula berkurangan apabila wanita itu tidak munculkan diri sejak dari tadi. Manalah Azura ni. Kalau dia tak datang, malu aku dengan si Ikram ni. Gerutu hati El.
Setelah selesai membantu El, Ikram memapah semula lelaki itu keluar dari bilik air. Baju El yang dipenuhi darah diserahkan kepada Hana.
"Baju tu buang je. Dah kotor," kata El. Sekali sekala wajahnya berkerut menahan sakit.
"Kau tak inform pada mommy kau ke?" Soal Ikram. Dia membantu El duduk di katilnya.
"Tak. Aku tak nak diorang risau. Lagi pun sikit je ni, takdalah teruk sangat. Esok lusa boleh discharge rasanya ni," balas El dengan mata yang masih melekat di pintu masuk. Dia masih mengharapkan kehadiran Azura saat ini.
Tiba-tiba telefon bimbit Hana berbunyi. Di skrin telefon tertera nama Azura. Hana terus menyerahkan telefonnya kepada El. Pantas sahaja lelaki itu menyambut panggilan itu.
"Hello," jawab El dengan nada merajuk. Wajahnya masam mencuka.
"Hello, baby. You macam mana? I'm so sorry. I tak dapat lawat you hari ni. I tiba-tiba ada hal emergency got to settle by today. Sorry baby," Azura cuba memujuk.
"Takpalah. Biar I mati je," rajuk El.
Tak dapat datang?? Aarrrghhh!!!
"Janganlah cakap macam tu, baby. I promise, esok pagi-pagi I datang sana," lunak suara Azura cuba memujuk.
"Whatever!" Terus El menamatkan panggilan telefon sambil mendengus kasar.
Aku accident sebab nak jemput dia tau!
Ikram dan Hana saling berpandangan sesama sendiri. Ikram tersenyum segaris. Hana pula mengulum senyum. Reaksi wajah dikawal sehabis baik agar El tidak perasan. Kalau tidak, tentu lelaki itu marah dan terasa dengan senyuman Hana.
Eeeuuwww.. Merajuk!! Buruk sangat lelaki merajuk. Ejek Hana di dalam hati. Dia mengambil semula telefon bimbitnya dari tangan El.
"Tak datang? So, siapa nak jaga kau malam ni?" Soal Ikram sengaja.
Tadi, sibuk cakap Azura boleh jaga. Sekarang mana one and only kau? Kutuk Ikram. Mahu sahaja kata-kata itu dilontar keluar dari mulutnya.
"Saya boleh jaga El. Cuma saya kena balik dulu ambil baju. Sebab datang tadi tak bawa apa-apa pun," celah Hana. Terbit rasa simpati di hatinya saat melihat wajah suram dan kecewa lelaki itu.
"Kalau macam tu I hantar you balik," pelawa Ikram.
"Eh, takpa. Saya naik cab je. Cuma nak minta tolong awak temankan El sekejap. Boleh?" Pinta Hana.
"Boleh. Tapi, takpa ke you balik lepas tu datang semula naik cab. Tak leceh ke?" Soal Ikram. Dia kasihan melihat Hana yang terpaksa berulang alik ke hospital.
"Tak payahlah. Korang berdua balik je. I can take care of myself," celah El sambil merebahkan kepala ke bantal.
"Takpa Hana, you balik ambil barang-barang dulu. I teman El," kata Ikram tanpa mempedulikan kata-kata sahabatnya itu. Dia tahu El kecewa dengan Azura.
"Okay. Saya pergi dulu," Hana lantas keluar dari bilik itu. Ikram memandang Hana sehingga wanita itu hilang di balik pintu. Keluar sahaja Hana dari situ, Ikram membawa matanya ke arah El. Dia menggeleng perlahan sambil mulutnya melepaskan keluhan kecil. Terbit rasa simpati pada El. Tetapi, dalam masa yang sama, dia juga geram kerana El masih sahaja setia dan percaya pada Azura. Namun, Ikram tidak mahu memanaskan keadaan.
"Rilekslah. Azura ada hal penting agaknya," Ikram cuba memujuk El. Kedengaran lelaki itu mendengus kasar. "What the important thing then me? Aku accident tau. Bukan jatuh basikal," bebel El melepaskan geramnya pada Ikram. "Hana kan ada. Dia boleh jaga kau," pujuk Ikram lagi. El bungkam seribu bahasa saat nama Hana disebut. Mahu tidak mahu, dia terpaksa membiarkan Hana menjaganya di situ sementara menanti kedatangan Azura.