Bab 15

SUDAH seminggu Hana mengikut Hariz pulang ke kampung bapa saudara mereka di Johor. Keluarga di sana mengadakan kenduri doa selamat dan kenduri menyambut menantu. Hana hanya pergi bersama Hariz sahaja. El tidak dapat ikut serta kerana banyak kerja yang perlu dia selesaikan di pejabat.

Boleh dikatakan hampir setiap hari El akan menghubungi Hana. Sehingga Hariz mengusik adiknya itu.
"Hari-hari El call. Rindu la tuuu," Hariz tersengih mengejek ke arah adiknya.
Hana buat muka bosan. "Mana ada rindu. Hana kan pembantu dia. Memanglah dia call tanya dokumen tu, dokumen ni," jawab Hana cuba membela diri.

Memang betul El menelefonnya kerana bertanyakan hal kerja. Tetapi, jika difikirkan, semua itu boleh sahaja ditanya pada pekerja yang lain kerana Hana sudah menitip pesan pada salah seorang rakan pejabatnya. Tetapi, El tetap mahu menghubunginya setiap hari.
Sewaktu Hana memberitahu El, bahawa dia mahu mengikut Hariz ke Johor, wajah lelaki itu kelihatan tidak senang. Nampak benar dia keberatan untuk mengizinkan Hana pergi.
"Saya dah lama tak jumpa pak ngah dengan keluarga dia. Lagipun pak ngah buat kenduri doa selamat untuk arwah ayah, ibu dengan Abang Farish," terang Hana ketika memberitahu tentang perkara tersebut.
"Lama sangat sampai seminggu," balas El keberatan. Besar sangat ke kenduri sampai kena pergi lama-lama macam tu? Abang Farish? Dengan aku tak nak ber'abang' pula. Bebelnya di dalam hati.

Ternyata cemburu El mula bertandang.
"Saya bukan minta izin tau. Saya cuma beritahu yang saya akan pergi," tegas Hana.

Dulu kau juga cakap, tiada istilah minta izin dengan kau.
"Saya suami awak, Hana Elyana. Awak nak ke mana-mana pun perlu izin dari saya," selar El sambil memandang wajah Hana.

Dari mana dia belajar seorang isteri tak perlu minta izin suami??
"Awak lupa ke? Masa mula-mula saya masuk rumah ni, awak juga yang cakap. Dengan awak takda istilah minta izin. Saya boleh buat apa saya suka kan?" Soal Hana seakan menyindir.

Kau bagi ke, tak bagi ke, aku tetap akan ikut along balik Johor.
El terdiam. Ya, El ingat yang dia pernah berkata begitu. Hana seorang yang kuat ingatan. Setiap kali El menegur tentang apa yang Hana buat, pasti wanita itu mengingatkan kembali apa yang pernah El cakap sebelum ini padanya. Dan ini menguatkan hati El bahawa Hana berjauh hati dengannya selama ini.
Sebab itu, sewaktu kemalangan dahulu, Hana tidak membawa walau sehelai pun baju El ke hospital. Sebabnya El pernah larang Hana masuk ke biliknya. Jadi, dia tidak berani untuk masuk ke bilik El untuk mengambil pakaian El. Hana hanya akan masuk dengan kebenaran El sahaja.
Setelah lama El berdiam diri, dia kembali bersuara. "Okay. Kita ubah. Awak kena minta izin saya tentang apa saja awak nak buat lepas ni," El cuba berlembut. Dia tidak mahu Hana terasa lagi dengan kata-katanya.
"Kenapa pula? Sebelum ni awak yang cakap macam tu kan?" Soal Hana seakan tidak puas hati.

Cakap macam apa tah. Kejap macam tu. Kejap macam ni. Bentak hati Hana geram.
"Ya, sebelum ni saya cakap macam tu. Tapi, sekarang tolong dengar cakap saya. I'm your husband. Kan along cakap, saya syurga awak," El menggunakan nama Hariz untuk melembutkan hati Hana. Dia tahu Hana tidak akan membantah jika kata-kata itu daripada Hariz.

Hana terdiam. Dia memandang wajah El. Kemudian dia melepaskan satu keluhan. Pandai El menggunakan nama Hariz untuk buat Hana akur dengan kata-katanya.
"Habis tu, awak tak bagi saya ikut along la ni? Saya dah janji dengan along," balas Hana perlahan. Dia sedikit kecewa jika El tidak mengizinkan dia pergi.
"Kali ni, saya izinkan. Next time, ask me first. Jangan dah janji, baru beritahu saya. Saya tak suka," tegas El. Dia menghampiri Hana yang sedang berdiri di sinki dapur.
"Memang sebelum ni saya cakap macam tu. Tapi, lepas ni tolong tanya saya dulu. Anything yang awak nak buat, tolong beritahu saya. You're my wife. My responsibility," tambah El lagi. Dia berdiri dekat dengan Hana yang masih membatu di situ. Dia tahu Hana banyak terasa dan terbiasa dengan kata-katanya sebelum ini. Tetapi, El cuba perbaiki semula hubungan mereka.
"Okay," jawab Hana acuh tak acuh. Lalu, dia terus masuk ke biliknya apabila tersedar El sudah berdiri di sebelahnya. Dia tahu El cuba memujuk. Tetapi, dia tidak suka El memujuknya kerana dia tidak biasa dipujuk lelaki itu.
Lamunan El terhenti. Dia melepaskan keluhan berat. Kalau ikutkan hari ini Hana akan pulang. El terlalu rindu dan tidak sabar mahu berjumpa dengan wanita itu. Memang dia sengaja menghubungi Hana setiap hari kerana dia rindu mendengar suara si isteri.
El teringat ketika dia menelefon Hana untuk bertanya tentang hal kerja yang dia sendiri tahu. Tetapi, hanya kerana mahu mendengar suara wanita itu, dia sengaja menghubungi Hana setiap hari untuk melepas rindu.
"El, awak tanya lah Jess ke, Tasha ke. Saya dah pesan semua pada diorang. Saya sibuk ni," kata Hana yang sedang sibuk melayan tetamu yang hadir ketika kenduri doa selamat.
"Diorang takda. Takpa la kalau awak sibuk. Bye," El cuba merajuk. Namun rajuknya tidak di layan. Akhirnya, El sendiri mengalah dan menelefon Hana semula keesokkan harinya.
Tidak sabar El menunggu Hana pulang ke rumah. Dia rindu akan wanita itu. Wajah Azura juga sudah tidak berlegar lagi di fikirannya. Yang ada, hanya wajah dan nama Hana.
Pada hari Hariz menjemput Hana, El berjumpa dengan Hariz. "Along bawa Hana balik Johor seminggu ni, kau okay ke El?" Soal Hariz bersahaja.
"Tu lah. Lama juga seminggu. Tapi, takpa la. Hana dah janji dengan along kan? Maaflah along, saya tak dapat pergi sekali. Banyak kerja kena settle dekat opis tu," balas El. Hatinya keberatan nak melepaskan Hana berlama-lama jauh darinya. Tetapi, dia tidak mahu menghalang.
"Eh, takpa. Along faham. Takut adik along ni rindu bantal peluk dia," usik Hariz sambil ketawa.
"Bantal peluk apanya along ni? Aneh-aneh je," balas Hana. Berkerut alis matanya cuba menghadam kata-kata lelaki itu.
"Betul la cakap along tu. 'Bantal peluk' awak ni tak dapat ikut. Jangan rindu pula dekat saya nanti. Takut menangis nak balik sini," El menyahut usikan Hariz. Kemudian, mereka ketawa berdua.
Oh, along maksudkan El ni bantal peluk aku? Tidur sebilik pun tak, bila masa dia jadi bantal peluk aku? Seronok agaknya mengusik aku. Gerutu hati Hana. Malas dia mahu melayan lelaki berdua tu. Hana tarik muka masam.
"Okaylah. Along bertolak dulu. Takut lewat sampai pula," kata Hariz sambil menghidupkan enjin kereta.
"Nanti dah sampai call saya ye, sayang," ujar El dengan senyuman menggoda. Dia menghulurkan tangannya kepada Hana.
Sayang?? Nak cover la tu depan along. Katanya di dalam hati Namun, Hana tetap menyambut huluran tangan El lalu mencium tangan lelaki itu. Dia malas mahu mendengar Hariz membebel jika dia tidak mencium tangan El.
"Kalau sempat saya call la," balas Hana dengan nada malas. Dia lebih teruja untuk pulang ke kampung. Sudah lama mereka tidak berjumpa dengan sanak saudara di sana.
Hariz hanya tersenyum melihat gelagat El dan Hana. Dia bersyukur apabila melihat adiknya sudah bahagia bersama lelaki itu. Walaupun pada awalnya mereka berkahwin kerana terdesak.
El tersentak dari lamunan tatkala mendengar bunyi hon dari luar rumah. Dia bergegas membuka pagar automatiknya lalu keluar dari rumah.
Kelihatan Hana sedang membawa keluar beg pakaiannya dan beberapa bungkusan plastik dari bonet kereta Hariz. Hariz menghampiri El. Mereka bersalaman.
"Along tak singgah dulu ke?" Pelawa El. Dia membantu Hana mengangkat barang-barang.
"Takpa la, El. Along letih sikit ni. Nak terus balik rumah je ni," balas Hariz. El sekadar mengangguk tanda faham. "Next time along singgah," tambah Hariz lagi.
Setelah semua barang milik Hana selesai diangkat, Hariz terus memandu pulang ke rumahnya. Hana dan El pula sudah pun masuk ke rumah.
"Dalam plastik tu ada buah tangan untuk awak. Daripada pak ngah," Hana mengemas barang-barang yang di bawanya tadi dan diletakkan ke kabinet dapur.
"Tak rindu saya ke?" Soal El tiba-tiba. Kalau ikutkan hatinya yang merindu itu, mahu sahaja dipeluk erat tubuh Hana. Tetapi, dia tidak mahu merosakkan mood wanita itu.
"Awak tak keluar dengan girlfriend ke?" Sindir Hana tanpa menjawab soalan El.

Seminggu aku dekat Johor. Mesti sakan ber 'dating' dengan Azura.
Selalunya hari minggu sebegini, El tiada di rumah. Lelaki itu kebiasaannya akan keluar menghabiskan masa bersama Azura. Tetapi, tidak disangka yang El akan menunggu kepulangannya.
"No. I'm waiting for you. Happy without me?" Soal El sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi meja makan. Dia ralit memerhatikan Hana yang sibuk mengemas sejak dari tadi.
"Seronok sangat. Dah lama tak jumpa saudara mara dekat Johor tu. Sepupu semua dah ada anak. Anak buah yang dulu kecil semua dah besar. Cepat betul masa berlalu," cerita Hana sambil tersenyum ceria. Seminggu dirasakan terlalu cepat. Tidak puas rasanya berada di sana. Seolah-olah arwah ibu, ayah dan Farish turut berada di sana.
"Happy without me??" Soal El dengan mata yang membuntang.

Serius lah dia seronok tanpa aku. Jerit hati kecilnya.
"Bukan tu maksud saya. Saya seronok sebab dah lama tak jumpa saudara mara. Sana meriah tak sunyi sangat. Ada anak-anak buah. Seronok. Tu maksud saya," jelas Hana tidak mahu El salah faham.
"Oh, takpa la. Nanti kita pun ada anak, takda lah sunyi sangat," sengaja dia mengusik Hana sebegitu. El mahu melihat reaksi Hana dengan kata-katanya itu.
"Awak dah lunch belum?" Soal Hana mengalih topik perbualan. Malas dia mahu melayan usikan El.
Ada anak dengan aku? Mustahil. You don't love me. Go get babies with your love one! Bentak hati Hana. Namun, sedaya upaya riak wajahnya dikawal.
"Belum. Tunggu awak lah. Kejap lagi teman saya makan dekat luar," El mengajak Hana menemaninya.
"Kenapa tak ajak Azura? Saya penatlah. Baru je sampai ni," balas Hana sambil meneguk air masak yang dituang sebentar tadi.
"Azura wife saya ke, awak wife saya?" Soal El agak bengang kerana Hana asyik menyebut nama Azura sejak dari tadi.
"Yalah," Hana akur. Dia malas mahu berbalah dengan El ketika itu. Lebih baik dia turutkan sahaja permintaan El.
Hana perasan sejak akhir-akhir ini, El asyik menyebut perkataan isteri seolah-olah dia mahu Hana ingat bahawa dia berhak ke atas Hana. Jadi setiap arahan yang El berikan, Hana perlu akur dan ikut.
"Pukul berapa nak keluar?" Soal Hana. Dia berjalan menghampiri meja makan dan duduk di situ bersama El. Wajahnya kelihatan letih. Namun, dia tidak mahu El berkecil hati atau merajuk dengannya.
"Jomlah. Saya dah lapar," balas El lalu dia bangun dan mencapai kunci keretanya.
Aku baru masuk rumah ni. Rehat pun tak lagi. Bebel Hana di dalam hati. Dia melepaskan keluhan kecil. Sikap El kadangkala sukar dijangka.
Walaubagaimana pun, Hana tetap akur dengan kehendak lelaki itu. Tidak diturut nanti takut menjadi rajuk. Lagi susah nak dipujuk.
Kalau ditanya tentang rindunya pada El, tidak sebanyak rindunya pada arwah Farish. El masih belum berada di hatinya. Itu bukan kehendak dirinya. Tetapi kehendak El sendiri sebelum ini. Untuk wujud perasaan kasih, sayang dan cinta itu perlukan masa. Biar masa menentu segalanya. Hana redha dengan takdir yang ditentukan untuknya.


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh