Home Novel Cinta Ops! Dialah Buah Hati Aku
Ops! Dialah Buah Hati Aku
Hanani Bahadin
10/12/2012 12:55:11
8,929
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog

Rana Fathiah

DIAterbaring lesu di atas katilnya. Wajahnya mendung bagai awan hitam yang membawa hujan. Apa yang berlaku bagaikan mimpi ngeri buat dirinya. Yang mana satu ingin dia percaya? Antara realiti atau fantasi? Bahagia atau derita? 

Berkali-kali dia cuba mengingatkan dirinya bahawa dia sedang bermimpi dan apabila dia bangun esok pagi, segala mimpi ngeri itu akan hilang, lenyap dimamah cahaya mentari yang bakal menyinar cahayanya lantas mengejutkan dia daripada mimpi itu. 

Namun, benarkah semuanya sekadar mimpi ngeri ataupun realiti kehidupan yang terpaksa dihadapi oleh dirinya? Begini sekalikah aturan takdirnya yang ditetapkan oleh ALLAH SWT? Apakah kesalahan yang pernah dilakukan sehingga nasib yang menimpa dirinya begitu hebat sehingga dia terkulai layu di sini? 

Biarpun sudah seminggu peristiwa itu berlaku, namun Thia masih dalam ketakutan dan trauma. Raungan dirinya di dalam hati tidak siapa yang tahu. Berhari-hari dia berkeadaan sebegitu. Dia berubah menjadi seorang yang pendiam. Sekejap badannya menggeletar dan sekejap badannya lemah tidak bermaya untuk melakukan apa-apa hanya kerana seorang lelaki durjana yang mahu merosakkan hidupnya. 

Dunia seakan-akan sedang mentertawakannya lantaran peristiwa hitam yang menghempap dirinya itu. Dia telah mengambil cuti selama dua minggu dengan alasan, dia masih trauma dengan apa yang baru terjadi. Alhamdulillah, dengan pertolongan Rizqi semuanya telah dapat diselesaikan dan pihak universiti membenarkan. Thia masih ingat betapa sakitnya dia dibelasah oleh Hafiz yang cuba memperkosanya. 

Segala pelindung diri langsung tidak memberi apa-apa bantuan apabila Hafiz sendiri sudah dirasuk oleh syaitan yang sememangnya bekerja keras untuk menyesatkan anak-anak Adam. Walaupun Hafiz belum sempat menodainya, namun dia tetap berasa jijik apabila hampir seluruh wajah dan separuh daripada bahagian tubuhnya diratah oleh lelaki itu seenak-enaknya tanpa ada rasa secebis palitan dosa. 

Ah! Manusia jenis apakah lelaki itu? Tubuhnya lebam-lebam, hatinya tidak lagi tenteram dan jiwanya seakan meroyan bahana perbuatan keji seorang insan bernama lelaki. Air matanya begitu murah kini. Bila bersendirian, peristiwa hitam itu tidak pernah jemu bertandang di mindanya.

Muhammad Akif Raihan

DI ATAS sofa, Raihan tersenyum membayangkan tingkah laku Thia yang kelam kabut tadi. Saat Thia berada dekat dengan dirinya cukup membuatkan jantungnya berdebar-debar. Berpeluh juga dahinya apabila melihat keadaan Thia di kamar beradu mereka tadi. Seurat benang pun tidak menutupi tubuh isterinya itu. 

Pertama kali dia melihat keadaan Thia begitu, membuat hatinya rasa teruja dan mengagumi Thia dalam diam walaupun secara tidak sengaja adegan ‘dewasa’ itu terpampang di depan matanya. Kalau diikutkan rasa hati, mahu dia hambat Thia ke atas katil bagi melampiaskan segala dendam yang telah lama berbuku. 

Namun dia masih menghormati maruah Thia. Dia tidak mahu menambahkan rasa kebencian Thia terhadap dirinya. Cukuplah dengan apa yang sudah terjadi kini. 

Thia adalah isteri yang dinikahi dengan kerelaan hati. Benar. Namun, sebelum menikahi Thia, tidak terlintas langsung di fikirannya bahawa suatu hari nanti Thia akan menjadi suri hidupnya. Apatah lagi dulu dia menganggap Thia sebagai calon teman wanita sahabatnya. 

Dia bukanlah seorang lelaki yang gila bercinta bahkan sekali pun dia tidak pernah masuk ke alam percintaan. Dia tidak mengambil pusing pun hal-hal seperti itu. 

Baginya, cinta akan datang dengan sendirinya tanpa perlu dikejar. Tidak perlu dia mendekati mana-mana wanita untuk diangkat sebagai kekasih sekiranya tiada niat untuk dijadikan isteri. 

“Rana Fathiah,” seru Raihan, gemersik. Orangnya bersahaja, cantik, secantik namanya juga namun sombong dan kasar. Selalu saja menyakiti hatinya. Dia cuba turutkan segala permintaan Thia untuk tidak mengganggu privasi hidupnya. Malah jika Thia tidak sudi memberi, dia pun tidak menginginkannya. 

Namun adakah ia suatu situasi yang berbeza bilamana dia sudah pun bergelar seorang suami dan Thia sekarang adalah tanggungjawabnya. Baginya, manusia boleh berubah sekiranya pemimpinnya bijak memainkan peranan kerana pemimpinlah yang mengetuai segala-galanya. 

Dari situ, Raihan sedar bahawa dialah pemimpin Thia dan dia juga mampu mengubah kedinginan Thia terhadap dirinya walaupun di hati sendiri masih lagi goyah dan kaku melampiaskan rasa sayang pada si isteri. Dia masih belum terbuka hati untuk Thia. 

Bukan dia sengaja menutup pintu hatinya untuk menolak kehadiran Thia dalam hidupnya tetapi, ada sesuatu yang menghalang. ‘Sesuatu’ yang berharga yang dia tidak peroleh daripada Thia. Dia kesal mengenangkannya. 

Meski sejuta kali dia kesal dengan ‘sesuatu’ yang telah hilang itu, namun dia tidak kesal memilih Thia sebagai isterinya kerana wanita itu dipilih dengan kerelaan hati. Dia sedar jodoh adalah ketentuan ALLAH walaupun Thia dahulunya merupakan wanita idaman buat sahabatnya. 

Sahabat yang sekelip mata telah bertukar menjadi binatang! Mengingatkan sahabatnya itu membuatkan tangkai hatinya ibarat dicucuk belati yang amat tajam. Tidak sangka sahabatnya itu berkelakuan seperti syaitan! 

Tiba-tiba peristiwa tujuh bulan yanglaluterimbau dalam fikirannya. Ia seumpama pita rakaman yang tidak jemu berlayar di mana saat dia dan Thia berkenalan. Bukan berkenalan sangat pun tetapi lebih kepada pergaduhan dan permusuhan…

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanani Bahadin