Home Novel Cinta ACAH ACAH CINTA
ACAH ACAH CINTA
Aira eddy
26/1/2017 10:49:41
32,968
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab BAB 7

Part 7.

Pintu bilik air di kuak dari dalam. Ash Firdaus keluar bersama tuala yang di lilit di pinggang. Tangan ditadah.

"Allah humma solli ala saiidina muhammad. Puhh puhh"

Konon jampi kiri dan kanan. Perlahan kaki melangkah dan menuju ke ruangan almari. Naurah perasan suaminya yang baru keluar dari bilik air. Senyuman terbit di bibir.

"Ehemm ehemm."

Sengaja Naurah berdehem. Ash masih mengeraskan badan di hadapan almari. Buat buat tak dengar sambil mencari baju. Naurah bangun dari birai katil dan melangkah ke arah suaminya. Derapan langkah Naurah yang perlahan membuatkan jantung Ash berdegup pantas.

Naurah melarikan jari telunjuk di belakang badan suaminya yang tidak berbaju. Ting! Automatik bulu roma Ash menegak. Mulut terkumat kamit membaca selawat.

"Ash cari apa?"

Soal Naurah. Ash mengawal keadaan badan. Naurah beralih arah ke sisi suaminya.

"Cari baju nak pakai kejap."

"Saya rasa tuala ni pun dah better. You looks gorgeous."

Usik Naurah. Masak aku masak!! Jerit Ash Firdaus.

"Tak boleh, saya tak boleh kena aircond lama sangat. Nanti selsema"

Bantai jelah! Naurah mengerutkan dahi.

"Ok, kalau macam tu kita matikan aircond. Senang."

Ash terkesima kejap.

"Tak maksud saya, nanti kalau ada nyamuk ke, kumbang ke...."

"Ye ok ok. Tu bajunya saya dah sediakan atas katil. Awak ni comel lah. Kenapa saya rasa awak pelik sikit. Awak takut ke? Before ni awak cool je kut"

Glup! Ash menelan liur. Masak dia kalau semuanya terbongkar. Ash memakai baju yang disediakan isterinya dengan pantas. Naurah pula sudah merebahkan diri di atas katil sambil menukar nukar siaran TV.

Ash mula menghampiri katil. Haruman losyen yang dipakai Naurah makin menusuk ke hidung dan jantung. Ash mengawal reaksi muka. Badan direbahkan di sebelah Naurah. Krik krik kejap.

Naurah sengaja berpusing menghadap suaminya. Senyuman menggoda diberikan. Ash pula masih setia menonton Tv dihadapan walaupun terperasan ada jari yang sedang menari nari di lengannya.

Zap! Ash menangkap tangan Naurah. Mata mereka bersatu.

'Malam ni kita peluk je kays. Ok sabar. Fuhh'

Ash bermonolog. Naurah dibawa ke dalam pelukan.

Previous: Bab BAB 6
Next: Bab BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.