Home Novel Cinta ACAH ACAH CINTA
ACAH ACAH CINTA
Aira eddy
26/1/2017 10:49:41
32,966
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab

PART 1

"Mustahil Ma! Tapi benda ni susah kut. Memang lah muka sama tapi....

"Tapi apa? Perangai Ash lain dengan Am?"

"Exactly! And Ash tak kan terima permintaan mama! Muktamad."

Ash Firdaus menyilang tangan diperut. Puan Kirana hanya mampu mengeluh sambil mengusap dahi Am Firdaus yang masih tidak sedarkan diri di atas katil hospital.

"Cuba Ash tengok muka adik Ash ni. Sanggup ke Ash nak biarkan Naurah kahwin lain?"

Ash Firdaus mengeluh kuat. Pandangan dihala pada Puan Kirana yang sedang duduk di birai katil.

"Yelah! Tapi.. tapi.. kenapa sampai kena nikah dengan apa nama budak tu Naurah? Heh! Maa... please lah ma."

"Untuk kali ni je Ash. Mama tahu pernikahan bukan untuk main - main. Tapi ni je cara untuk selamatkan Naurah tu. Ash pun tahu kan, Am sayang gila dekat Naurah. And mengikut apa yang doktor cakap ni, Am tak boleh sembuh dalam masa terdekat. Dan Ash sendiri tahu, kalau Naurah tak nikah hujung minggu ni, dia akan nikah dengan orang lain. Sanggup ke Ash tengok Am kecewa lagi?"

Ash Firdaus terdiam. Berat untuk menerima permintaan Mamanya.

"Bagi Ash masa."

Ucap Ash Firdaus. Kaki mula melangkah keluar dari bilik sakit. Puan Kirana kembali memandang muka Am Firdaus yang sedang terlantar. Sesekali dahi anaknya diusap lembut.

#############

'Naurah tak tahu yang kamu berdua kembar. Am tak pernah bagitahu dekat dia lagi. Kalau kamu sayangkan Am tolonglah berkoban untuk dia'

Kata - kata Puan Kirana menerjah ketelinga Ash Firdaus. Mata dihalakan ke langit. Badan direbahkan di atas padang yang luas terbentang. Rumit betul dengan permintaan Mamanya.

"Balik-balik je kena kahwin?Argh!"

Keluh Ash lagi. Telefon bimbit tiba tiba berbunyi. Namun Ash masih lagi mengelamun.

"Bila masa pulak keluar lagu jiwang ni."

Tangan mula menyeluk telefon bimbit di kocek. Hermm. Am punya telefon. Puan kirana bagi tadi. Telefon bimbit mula mati. Ash melihat screen telefon.

"Mak ai! 300 miscall."

Telefon bimbit Am digodeh oleh Ash. Gambar gambar Am dan Naurah penuh dalam gallery telefon bimbit. Panggilan dari Naurah berbunyi lagi. Ash gabrah.

"Ehemm..ehemm."

Konon betulkan suara. Panggilan berjawab.

"Hello.."

Ucap Ash sopan.

"Ash!!!!!!!!!!!! Mana awak pergi!"

Ash berkerut. Mana budak ni tahu nama aku. Fikirnya.

"Ermm ni am."

Ash start berlakon. Kaki mula bersila. Tiba tiba berpeluh pulak kena berlakon.

"Am? Am mana? Amirah? Awak dengan perempuan ke? 3 hari saya tak dapat contact awak!"

Ash menjauhkan sedikit telefon bimbit. Pekak telinga asyik dengar Naurah menjerit. Muka menahan geram. Sabar Ash sabar.

"Ash!!! Ash!!! Awak jangan main main."

Masih terdengar jeritan Naurah dihujung talian. Ash pula masih confuse. Tak kan Am guna nama dia selama ni? Apa motif Am? Buntu.

"Oh ye. Ye. Alamak sorry. Saya sakit perut. Kejap lagi saya call."

Tit. Cepat sahaja butang cancel ditekan. Fuhh!! Drama apa pulak tengah berlaku ni! Argh!! Ash Firdaus menggososk rambutnya yang tidak gatal.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.