SEBULAN KEMUDIAN
"Assalamualaikum," ujar Imram. Dia mengatur langkah dengan pantas ke arah ruang tamu yang dipenuhi dengan ahli keluarganya yang lain.
"Waalaikumussalam," jawab Fateh.
"Cepatlah dah nak masuk waktu berbuka ni," ujar Aishah sambil mencedok nasi ke dalam pinggan.
Imram dan Lily mengambil tempat duduk masing-masing. Alhamdulillah dapat juga mereka berkumpul satu keluarga pada hari terakhir ramadan. Suasana di dalam rumah meriah dengan anggota keluarga yang lengkap. Tahun ini semua anak-anak telah mempunyai pasangan masing-masing. Inilah tahun pertama Haura beraya bersama suami.
"Errrkkk," Zulaikha sendawa kekeyangan.
"Sebut alhamdulillah kakak," tegur Haura.
"Alhamdulillah."
"Macam tu baru bagus anak dara Mak Su," ujar Haura sambil mengelap mulut Zulaikha yang comot.
"Mak Su lambat lagi ke baby nak lahir?"
"Kenapa? Kakak tak sabar nak main dengan adik ke?" Soal Husna apabila mendengar anaknya menyoal begitu.
Zulaikha angguk. "Baby Zul dah makin besar. Kakak nak baby baru lah pulak."
Ahli keluarga yang lain ketawa mendengarnya.
"Amboi. Baby Zul baru enam bulan kakak," ujar Husna.
"Kira dah besarlah."
Husna menggelengkan kepalanya. "Adik tu berjalan pun belum lagi. Besar apa nya."
"Kakak nak suruh mama beranak lagi lah tu," usik Aishah.
Husna menjeling marah. "Ooo... Memang taklah. Bukan senang nak besarkan anak zaman sekarang ni. Terutama baby Zul."
"Kenapa Kak?"
"Baby Zul ada excema. Semua benda kena jaga. Baju dia kena basuh asing. Mandian dan macam-macam lagi barang keperluan untuk baby Zul semua mahal-mahal. Kadang nak hantar taska pun berkira."
"Teruk sangat ke excema Kak Una?" Soal Lily sambil mengemas pinggan mangkuk untuk dicuci.
"Kulit sensitif. Kadang mandi sabun pun tak boleh pakai."
"Ohhh..."
"Tangan Lily kenapa?" Soal Hajah Hamidah apabila mendapati tangan menantunya kemerahan.
"Gatal."
"Lily ada excema ke?" Soal Husna.
"Alahan. Sejak dua tiga minggu ni satu badan gatal," jelas Imram.
"Alahan?" Ujar Husna dan Aishah serentak.
Lily tersenyum malu. "Abang ni. Kata nak bagi tau esok?"
"Alang-alang dah sampai sini. Beritahulah sekarang."
"Beritahu apa?" Soal Haji Khairul.
"Alhamdulillah tak lama lagi bertambah lah ahli keluarga kami," jelas Imram sambil memeluk bahu isterinya.
"Alhamdulillah. Tahniah Kak Lily. Bila due?" Soal Haura tumpang gembira mendengarnya.
"InsyaAllah akhir tahun nanti."
"Sebayalah nanti dengan anak Haura."
Lily menganggukkan kepalanya. "Haura tak lama dah kan nak bersalin?" Ujarnya sambil mengusap perut Haura yang semakin membesar.
"Empat bulan lagi."
"Tapi perut Haura ni besar sangat. Ingatkan dah nak bersalin."
"Belum lagi."
"Cepatlah kemas. Kita solat Maghtrib berjemaah," ujar Haji Khairul.
"Okey ayah."
Usai mengemas pingan mangkuk di dapur. Mereka segera mengambil wuduk dan mengambil tempat masing-masing. Haji Khairul menjadi iman. Inilah saat yang selalu dirinduinya. Menunaikan solat berjemaah bersama ahli keluarga. Alhamdulillah tahun ini mereka diberikan kesempatan itu lagi untuk meraikan hari yang mulia bersama-sama.
"SELAMAT hari raya abah," ujar Haura sambil bersalaman dengan Iman Shafie. "Maafkan segala kesalahan Haura sama ada secara sedar atau pun tidak."
"Abah maafkan. Selamat hari raya cucu abah," balas Iman Shafie sambil mengusap perut Haura.
Haura tersenyum lalu beralih kepada Puan Fatimah. Tangan ibu mertuannya dicium. "Selamat hari raya umi. Maafkan Haura jika ada terkasar bahasa atau tersilap dalam sedar atau pun tidak."
"Umi maafkan. Umi juga minta maaf jika ada salah silap dengan Haura."
Haura mencium pipi Puan Fatimah. Dia bangkit dari tempat duduknya lalu menghampiri Fateh. "Selamat hari raya abang," bisik Haura pada telinga Fateh.
Fateh merangkul pinggang Haura. "Sayang tak beraya lagi dengan abang?"
Haura mencium pipi Fateh. Tangan Fateh diraih lalu diciumnya. "Maafkan sayang abang," ujarnya perlahan.
"Simplenya. Ikhlas tak?"
Pipi Fateh dicium. "Jom makan."
Fateh menjeling marah.
"Jom bergambar!" Ujar Farah sambil menarik anak-anaknya untuk bergambar bersama-sama.
Haura segera menarik tangan Fateh. Dia mengabaikan pandangan Fateh yang seakan memarahinya. Mereka mengambil beberapa keping foto bersama keluarga sebagai kenangan akan datang.
"MAAFKAN sayang, abang. Maafkan segala kesalahan sayang sama ada ketika sedar mahu pun tidak. Ampunkan segala dosa sayang daripada hujung rambut hingga hujung kaki," ujar Haura lalu mencium tangan Fateh.
Fateh senyum. Dia mengusap kepala Haura dan mencium ubun-ubun isterinya. "Abang maafkan."
Haura melemparkan senyuman. "Maaflah pagi tadi tak sempat nak bermaafan dengan abang dulu. Tak sangka kan beraya bila bersuami ni kelam kabut dibuatnya," ujarnya mengenangkan dirinya yang telah bergelar seorang isteri pada syawal tahun ini. Perasaannya juga terasa berbeza ketika masih bujang.
Fateh mencubit pipi Haura. "Comelnya isteri abang ni."
"Arghhh!!!"
"Sayang nak pergi mana pulak petang ni?"
"Kita pergi rumah kawan-kawan sayang?"
"Rumah siapa?"
"Della, Nur, Nita. Abang tak nak bawa sayang pergi rumah kawan-kawan abang ke?"
"Kawan abang, Reza aje."
"Takkanlah kawan yang laij tak ada. Staf abang-abang yang lain? Tak nak pergi rumah mereka ke?"
"Actually abang ni jarang pergi beraya rumah orang. Kita pergi rumah sedara mara ajelah."
"Aaa betul tu. Sebaiknya utamakan sanak saudara dulu. Petang ni kita pergi rumah mak saudara sayanglah. Nak tak?"
"Boleh aje."
Haura senyum. Lengan Fateh dipeluk dengan erat. "Sayang ada good news nak bagi tau abang," ujarnya perlahan. Dia yakin hari ini adalah waktu yang paling sesuai untuk memberitahu Fateh tentang kehamilanya.
"Apa dia?"
"Abang jangan terkejut tau."
"Tentang apa? Cakap ajelah."
"Tentang anak kita."
"Kenapa dengan baby?" Soal Fateh cemas. Dia segera mengusap perut Haura. "Sayang dah tahu gender anak kita ke?"
Haura menggelengkan kepalanya.
"Habis tu apa?"
"Sebenarnya kita akan dapat anak k...."
Tuk! Tuk! Tuk!
Bicara Haura terganggu dengan ketukan pada pintu bilik mereka. Dia mengeluh kecil.
"Haura, angah," panggil Farah.
"Sekejap sayang," ujar Fateh lalu membuka pintu biliknya. "Kenapa along?"
"Jomlah surprise kan umi. Kek mana?"
"Ada dalam petilah."
"Kenapa letak dalam peti? Umi tak tengok ke?"
"Umi tak tahu pun along. Haura baru aje letak tadi," jelas Haura.
"Along siapkan meja. Angah dan Haura panggilkan ibu."
"Okey," balas Haura dan Fateh serentak.
Haura segera mencapai tudung lalu disarungkan diatas kepalanya. "Okey tak sayang pakai simple macam ni?" Soalnya sambil memakai pin pada bahu kiri dan kanannya.
"Sayang pakai style macam mana pun tetap cantik dimata abang. Tadi sayang nak cakap apa?"
"Tiada apalah. Jomlah panggil umi," balas Haura lalu menarik tangan Fateh keluar dari dalam bilik mereka. Haura akan mencari waktu lain untuk memaklumkan tentang kandungannya.
"KENAPA tutup mata umi ni angah?" Soal Puan Fatimah sambil berjalan perlahan-lahan dengan bantuan Haura.
"Surprise!!"
Fateh melepaskan tangannya dari menutup mata ibunya.
"Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan umi." Suara nyanyi daripada ahli keluarganya jelas kedengaran.
Puan Fatimah tersenyum bahagia. Dia sendiri lupa akan tarikh lahirnya. "Terima kasih."
"Selamat hari lahir sayang," bisik Haji Shafie sambil menghulurkan satu jambangan bunga segar kepada Puan Fatimah.
"Terima kasih," balasnya lalu mengambil bunga yang diberikan. "Dari mana dapat bunga ni?"
"Adalah."
"Khairan nak ke?"
"Sabarlah kita tunggu Tok Mi belah dulu."
"Ala kesian cucu Tok Mi nak makan kek," balas Puan Fatimah lalu mencapai pisau dan memotong kek dan dibahagikan kepada ahli keluarganya. Alhamdulillah kini usianya sudah genap 55 tahun. Tidak terasa masa begitu cepat berlalu.