Home Novel Cinta Leraikan Mimpi
Leraikan Mimpi
Lynn Suraya
3/1/2015 14:07:01
58,975
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

"Najmi nak kahwin dengan akak tak?" pertanyaan itu terpacul tiba-tiba dari mulut Suraya. Najmi yang sedang mengunyah snek keropok tersedak. Pantas Suraya menghulur botal air mineral sambil cuba menahan ketawa dengan mengukir senyuman.

Najmi, setelah terbang ke Manchester, tidak pernah bosan menghantar khabar kepadanya lewat perbualan di ruang maya. Malah, perhubungan yang berterusan dengan Najmi menyebabkan impiannya melanjutkan pengajian ke United Kingdom makin berkobar-kobar. Najmi yang dianggap sebagai adik menyebabkan Suraya selesa bersama Najmi. Seperti boleh menjadi dirinya sendiri. Suraya senang berbicara pelbagai perkara bersama Najmi. Najmi juga ringan mulut dan melayannya dengan hormat sebagai seorang kakak.

Ya, keselesaan ini tidak sama seperti bersama Ilham. Itulah yang diragukan dari dulu. Berdepan Ilham, Suraya kaku dan tidak banyak bicara. Sejak dulu, segala yang Ilham katakan hanya dituruti Suraya tanpa banyak bantahan. Suraya tahu, Ilham sedar tentang itu dan kerana itu, Ilham tidak penat memujuk Suraya menerimanya.

Tapi Suraya juga sedar, menerima Ilham bukan perkara mudah. Dia tidak sanggup berkongsi kasih, juga tidak sanggup melukakan hati wanita lain. Suraya sendiri masih tidak pasti, adakah dia benar-benar cintakan Ilham dan mahu hidup bersamanya selama-lamanya.

"Apa yang akak termenung," Najmi merenung Suraya bila sudah reda rasa tersedak yang dihadapinya saat mendengar bicara Suraya. Suraya hanya membisu. Tenggelam dalam pemikirannya sendiri.

"Tak ada apa? Tadi Aida ada sebut, dia nak kahwin hujung tahun ni. Akak saja yang masih belum kahwin," Suraya berbicara sambil menghela nafas panjang. Pandangan di hala ke luar tingkap. Salji putih meliputi pandangan.

"Akak terimalah abang Ilham," Najmi berbicara sambil menelan air liur. Pahit. Suraya mengalih pandangan ke arah Najmi. Najmi seperti 'spy' yang dihantar Ilham untuk memujuk dirinya.

"Najmi tak nak kahwin dengan akak?" Suraya sengaja bertanya lagi untuk menghentikan pujukan Najmi. Namun, pertanyaan itu menambahkan degup jantung Najmi. Suraya sekadar bergurau. Itu Najmi tahu. Tapi dua kali ditanya seperti itu membuatkan Najmi mahu saja membalas.

"Kenapa akak tak nak terima abang Ilham," namun yang keluar dari mulut Najmi hanyalah persoalan tentang Ilham. Suraya memandang Najmi sejenak.

"Sebab dia suami orang," Suraya tenang menjawab. Najmi mengangguk-angguk seketika sebelum kembali berbicara.

"Mintalah abang Ilham ceraikan isteri dia. Mereka bukannya bahagia. Malah dah lebih setahun abang Ilham tak balik Malaysia jumpa isteri dia," Suraya mengerutkan dahi mendengar kata-kata Najmi. Memang benar. Tapi, itu bukan masalah dia. Itu masalah Ilham.

"Akak tak nak ambil tahu itu semua. Fakta yang akak cuma boleh terima ialah dia suami orang, dan akan tak akan sesekali jadi penyebab rumah tangga orang rosak," Suraya menjawab tegas. Najmi terdiam. Suraya memang tegas pada prinsip. Sikap Suraya ini yang semakin menawan hati Najmi. Sayangnya, perasaan Najmi hanya mampu tersimpan dalam hati.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.