Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
150,319
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 26

UMAR menjeling bila tempat kosong di sebelahnya, diduduki. Kemudian tangan kanannya disentuh. Wanita itu sedang membersihkan kekotoran dan krim antiseptik yang berbaki pada lukanya dengan gauze. Cermat sekali pekerjaannya, membuat si lelaki menopang dagu sambil mengeluh berat.

Dialah punca Umar boxing sampai luka, dia jugalah orang yang merawat lukanya. Mimi yang dicari dan dipinta nak merawat lukanya pula mengelat sebab malas, geli dan penat. Geram pada ironi membuatnya menggaru belakang kepala macam gatal sangat!

"Tough day, huh?" tegur Aqi tanpa menoleh.

"Kau tak perlu balut kalau kau rasa terpaksa..." Tangan ditarik hingga mengejutkan Aqi.

"Jangan buat perangai..." balasnya, menarik tangan kasar itu kembali. "Tengok, rosak kerja aku," desisnya, kembali membetulkan balutan yang melonggar. "Marah kau dah reda ke?"

Umar menjeling lagi. "Masih ada half tankI still can't believe they did that..."

Aqi mengetap gigi. "Well, kau kena telan juga marah kau. Kita perlu bawa Emir ke klinik kejap lagi."

Terkedu. "Luka dia teruk?"

"Nampak isi, Mar...."

Umar mengeluh berat. Lalu mukanya ditumbuk dengan buku lima kiri, melepaskan marah yang berbaki. Aqi terkejut beruk. Lekas tangan kiri itu dicapai sebelum melepaskan serangan kali kedua.

"Stop that! Sebab kau macam ni lah anak-anak kita ikut!" marahnya pula.

Terkaku lagi, lalu buku limanya diturunkan. Wanita itu pula memeriksa mukanya. Muka Aqi berkerut, dan nampak kusut. Kemudian, mata bulat itu bergenang dengan air mata hingga bertakung di kolam matanya. Umar terkedu. Aqi masih memegang mukanya sebelum mengesat pipinya dengan belakang jari. 

"Stop using violence to express your anger... please..." luahnya, kini dihambar kecewa yang cukup memakan sabar. Mujur darah di muka Umar bukan dari luka baru, tetapi saki baki darah dari tangannya. Anak mata bekas suaminya direnung. "Anak-anak kita tiru semua benda yang kau buat, Mar.... Just stop... I beg you... please... stop being angry so much..." pintanya lagi.

Lambat-lambat dia mengangguk, kalah kerana tangisan perempuan. Aqi pula menenangkan hibanya sendiri sebelum kembali duduk di sebelah si lelaki. Serentak, mereka menghela keluh berat.

Perasaan ini rumit. Berselirat. Sendat. Rasa macam bergelut dengan tali kapal dan terus tenggelam hingga ke dasar laut tapi tak mati-mati. Sengsaranya hanya Tuhan yang tahu.

Umar membongkok ke hadapan sambil menongkat kedua belah siku pada lutut. Kemudian tangan kiri melurut ke rambutnya sebelum digenggam erat.

"I'm such a loser..."

"You and me both..." sambut Aqi, sambung membalut tangan kanan lelaki itu. "Emir taknak ke klinik selagi kita tak berbaik. Dia ugut yang dia dengan Ami akan buat lagi teruk kalau kita tak berbaik. So biar aku balut tangan kau dulu lepas tu kita ke klinik, prontoAnd then, ermm... tentang kita—"

"Aku minta maaf."

Kata-kata Aqi termati. Dia melangut, melihat anak mata hazel itu merenung tepat ke mukanya. 

"For everything..." sambung Umar lagi. "Kalau aku boleh control diri malam tu... kau takkan marah teruk... budak berdua tu pun takkan memberontak macam ni sekali... abang pun takkan sakit jantung... kau takkan menangis..." luahnya penuh dengan penyesalan. "I'm really sorry..."

Wanita itu tidak membalas kerana sedang berperang dengan hati sendiri. Kenangan pada malam itu menyapa memori, lalu Aqi memejamkan matanya, cuba menepis bayangan tersebut. Ego yang membuak-buak sedaya upaya dikawal.

Jangan buat drama, Aqi. Be better.

"Jangan nangis lagi..."

Permintaan itu membuat Aqi terkedu. Renungan Umar nampak sayu. Ah, lelaki ini benar-benar lemah dengan air mata perempuan. "I hate what had happened with all my heart tau..." luahnya pula, disambut anggukan dari si lelaki. "Tapi... itu mistake yang boleh dijadikan pengajaran. Dan aku nak minta maaf juga... sebab... well... I responded..."

Mata Umar spontan terjuling, mengingati respon Aqi. "Yea, you did... hehehe..." Meleret pula sengihnya. Sememangnya dia terus tenggelam dalam nafsu kerana Aqi membalas cumbuannya. Nakal sekali senyuman Umar ketika ini hingga membuat Aqi memberi cerun maut.

"Kau sengih..." desis si wanita.

"Obviously because I liked it... ow!" Mengaduh bila belakang tangannya dicubit Aqi. Lelaki itu tertawa kecil, terus merenung wajah si cantik dengan hati senang. "Kau pun sebenarnya rindukan aku la, kan?"

"Don't go there."

"Right." Bibir dikemam sambil terus merenung muka cantik itu. "Just... soalan terakhir. We're good?"

Wanita itu mengangguk bersama muka merah. "We're good." Tangan kanan itu selesai dibalut. Direhatkan atas ribanya dan digenggam dengan cermat. Wajah Umar ditentang. Muka licin macam muka baby itu membuatkan Aqi merenung mudah tanpa gangguan perasaan. "Maybe kita patut fikir macammana nak berbaik setiap kali bergaduh supaya our kids tak memberontak macam ni lagi..."

"The easiest way I could think ialah kau jadi bini sah aku supaya kau tak merajuk bila aku cium."

Santai dan rileks sekali cadangan itu keluar dari mulut si lelaki. Lancar menyusup ke telinga Aqi dan menampar ego dan hati perempuannya. Lalu dipukul lagi luka di tangan kanan itu. Umar yang dah menjangka serangan Aqi hanya tersenyum suka.

"Bak sini yang tu!" Dengan nada marah, dia meminta tangan kiri Umar pula.

"Hahaha..." Gelak pula dia sambil menghulur tangan kirinya. Pada masa yang sama, balutan pada tangan kanan direnung. Tangan itu dah tak nampak macam bangkai menjemput lalat melainkan dijaga dengan baik oleh insan prihatin. Kemudian pada Aqi yang fokus membersihkan luka di tangan kiri.

"Just curious. Ini pun programming wife by proxy engkau ke?"

"Jangan panggil aku wife by proxy! Kenapa tumbuk punching bag sampai luka macam ni?" getusnya.

"By the way, kau cantik sangat ni nak kemana?"

"Aku make up simple je ni. Kenapa tumbuk punching bag sampai luka teruk? Kenapa tak pergi klinik terus?"

"Kau macam nak pergi menikah."

"Takda orang nak menikah dengan janda macam aku! Aku tanya sungguh ni, Mar..." Geram. "Mimi tak bebel ke tangan kau macam ni? Kalau berkudis bernanah macammana??"

"Kau cantik sangat ni, berhias untuk siapa?"

"Kau jawablah soalan aku dulu...!!" Dia merengek akhirnya, kali ini dengan nada merajuk. Lelaki ini tak pedulikan kerisauannya langsung! Umar tertawa kecil tetapi masih tak peduli.

"You don't doll up macam ni sebab suka suki, tapi sebab nak impress someone. Who is it?" soalnya lagi, lebih serius kali ini.

Aqi mendesis perlahan. "Kita sembang pasal ni kemudian boleh? Aku nak habiskan balutan ni cepat lepas tu kita bawa Emir ke klinik..." Umar taknak pedulikan soalannya, jadi dia pun taknak melayan soalan lelaki itu! Hmph!

Umar lekas menarik tangan kirinya. Aqi terperanjat. Dia melangut lagi, menentang mata hazel di depan mukanya itu. Dia tak perasan bila masa Umar merapatkan mukanya. Malah nafas lelaki itu menampar wajahnya, sekaligus membuat jiwa Aqi bergetar tak pasal-pasal. Malah anak mata itu menerkam tepat ke dasar hingga Aqi akhirnya tertunduk. Kalah.

"Entertain me, Aqi. Kau berhias untuk siapa?" soal lelaki itu lagi, masih serius dengan soalannya.

"No one. Aku nak jumpa member aku je." Pada gelang di lengan, dia menjawab.

"Sampai macam nak naik pelamin?"

"Its a tuxedo night theme. Tak salah aku melaram sekali sekala."

"Well... kau cantik sangat. Risau pula aku. Member kau lelaki ke perempuan?"

Berkerut dahinya lalu. "Jangan try control life aku, Mar..."

"Kau tak payahlah pergi." Buat tak dengar kata-kata si wanita.

Nafas terlepas spontan. Tangan kiri itu kembali ditarik supaya boleh sambung membalut. "Men. Berlagak macam dialah paling pandai paling berakal pongpangpingpong, tapi dialah yang paling jealous lepas tu taknak dengar cakap perempuan walau sekali! Lepas tu merungut bila kami membebel!" Bandage terus diikat kuat bahana geram. Kemudian kelip diletakkan kasar sebelum ditampar kelip itu.

Umar masih dengan muka serius. "Don't go..."

Permintaan itu membuat Aqi terkedu. Umar langsung tak main-main.... "Aku memang plan nak cancel.... Lepas apa yang berlaku... sampai masing-masing luka berdarah... aku tak boleh tinggalkan dua orang kanak-kanak dengan seorang baby sepanjang malam tanpa pengawasan..." Anak mata hazel itu direnung redup. "I'll stay with you guysAnd try to make sure takda darah yang tumpah lagi... okay?"

Barulah air muka itu relaks sedikit. "Okay..." luahnya bersama senyum. Tubuh disandarkan sambil memproses kata-kata Aqi. "Kau panggil aku kanak-kanak??" Pun barulah otaknya mendengar kata-kata selebihnya.

Ketawa Aqi terlepas sedikit di pinggir bibir. Kenapalah lelaki ni sengal macam ni.... "Kanak-kanak tu kembar kita, tapi kau baby, Mar.... Lagi-lagi dengan muka macam ni." Rahang licin Umar ditepuk sekali dua.

"Jangan test aku, Aqi..."

Muka geram itu membuat hati Aqi terasa digeletek. Mimi berkata benar bila dia cakap Umar tak suka digelar bayi. Suka pula dia. "Try me, big baby!" Mata dicerlang, lalu dia bangun. Baru saja melangkah nak mendapatkan anak-anaknya, tangannya ditarik kasar ke belakang hingga terduduk lagi. "Umar..."

"Jangan panggil aku big baby..."

"Spoiled baby—Maaar!" Terjerit bila lehernya dikenakan headlock.

Emir dan Ami serentak berlari ke arah emak mereka bila terdengar jerit, namun terkaku bila melihat ibunya tengah tertawa semasa cuba melepaskan diri dari headlock si ayah. Lelaki itu juga sedang tersenyum lebar. Muka garang yang memarahi mereka tadi melupus terus sampai tak nampak dimana si baran itu berada.

Melihat Emir dan Ami, Aqi tersenyum luas. "Dah siap? Jom ke klinik." Lengan besi yang mengunci lehernya ditepuk. "Mar. Kau sekali, jom?"

"M'kay..." Anak-anaknya yang masih mencerlang padanya, direnung dengan senyum janggal. "Ma kau gelar ayah baby."

"Complain pula tu. Perangai serupa big baby," sambung Aqi, masih tak berhenti menggiat. Bila Umar menjeling geram, si wanita tersengih lagi. "Simpan balik jambang kau, please? Kau jauh lebih handsome dengan beard, tau... tapi pastikan kemas dan trim elok-elok, bukan buat stail macam hidup bawah jambatan, kurang kasih sayang dan cari minum dari hujan."

Aqi suka benar membebel pasal jambang.... "Sejak bila kau suka jambang sangat?"

"Aku takdelah suka jambang sangat... tapi kau handsome dengan jambang. Aku suka tengok." Bahu dijungkit, off-handed. Cukup effortless dalam memikat hati Umar, tambah-tambah dia tak perasan apa yang baru dilakukan.

Cair hati si lelaki dibuatnya. Lalu Umar menutup muka dengan sebelah tangan, menahan malu. "Cakap kau sayang aku dulu," balasnya, mula mengada.

Aqi bangkit terus. "Jom ke klinik. Kita tinggalkan baby huduh tak malu ni." Lekas dia melompat kecil supaya tangan panjang itu tidak tercapai tubuhnya. Aqi memeluk bahu kedua-dua anaknya sambil memimpin ke pintu. Umar pula menghembus nafas nipis sebelum mengejar langkah mereka.

DEMI memujuk anak-anaknya semula, Umar bersetuju untuk kembali ke rutin lama iaitu datang sarapan setiap hari dan kena menunaikan permintaan setiap seorang dari mereka. Tetapi lelaki itu tidak muncul pada keesokan harinya, membuat kedua-duanya lewat ke sekolah kerana menunggu si bapak datang sarapan bersama. Lelaki itu masih gagal untuk muncul pada pagi seterusnya, hingga memaksa kembar itu pecah masuk ke rumah Umar pada hari ketiga. Si ayah yang tengah bersiap nak mandi terus ditarik ke rumah mereka. Takda ampun.

Aqi menyambut kehadiran Umar yang hanya bertuala di pinggang dengan mulut terlongo. "Kau memang takda adab sebagai tetamu ke?!" soalnya dengan mata mencerlang.

Umar tidak mampu memberi jawapan balas kerana Ami terus memeluk lengannya dan dibawa duduk ke sofa di ruang tamu. Dipastikan ayahnya takkan ke mana-mana. Emir pula memasang PS4 ke TV.

"Ayah hari ni, kami yang punya!" ujar Emir, selajur menghulur controller pada ayahnya.

Disambut si lelaki dengan senyum hambar sebelum menoleh pada Aqi. Kerut di kening itu memberi isyarat – tolong aku....

Wanita itu terkebil. Rambut yang selalunya kemas itu dalam keadaan kusut masai. Stubble meliar. Seluar pendek juga mengintai di sebalik tuala bila lelaki itu duduk. Emir dan Ami menghurung si ayah kiri dan kanan macam lebah menghurung madu. Memahami si lelaki berada dalam keadaan terpaksa, kepala Aqi terjatuh lalu. "Wahai anak-anak yang ma sayang... apa korang dah buat sampai ayah kau komando kat rumah ma...?"

"Ayah cakap dia nak datang melawat tapi tak datang-datang. Jadi kami saspek aunty Mimi yang tak bagi lepas. Jadi kami bawak ayah ke sini sebelum aunty bangun tidur," jelas Ami bersama dengus tak puas hati. Kemudian ayah yang tersayang dipandang. "Ayah nak kopi?"

"Boleh juga."

"Ma, tolong hidangkan kopi untuk ayah?" pinta Ami selamba.

Si ibu menggulung lidah ke gigi kacip, terus merenung kembar nakalnya. Garis luka yang belum sembuh di lengan mereka dah cukup nyaring sebagai amaran, apatah lagi perangai pada pagi Sabtu ini. Si ibu akhirnya mengalah.

"Mar... just stay here for today. Entertain our kids. Aku minta Bang Farid dengan Kak Maya cover kalau Mimi menggelabah."

"Aku okay kalau kau okay..." jawabnya, mula fokus pada FIFA di TV.

"Tak okay pun terpaksa okay..." balas si wanita, lalu bergerak ke dapur nak membancuh kopi serta sambung memasak sarapan. Si lelaki tersenyum hambar.

"Minggu depan start puasa," ujar Ami tiba-tiba, memanggil Umar dan Emir menoleh padanya. "Birthday ayah pun minggu depan. Tak dapatlah kita nak celebrate."

"Boleh je kalau nak adjust. Kita berbuka sekali kat vila, terawih sekali dengan Junior..." ujar Umar sebelum memberi sengih mengusik pada anak perempuannya. Junior kini malu-malu nak berjumpa dengan anak perempuannya. Mungkin dah didatangi mimpi-mimpi yang menandakan dia dah sampai usia.

"Oohh... birthday ayah ke..." Lalu Emir merenung wajah kacak yang dah hilang double chin itu. "Ayah nak apa sebagai hadiah birthday? Emir usahakan."

"Paha ma kau." Laju menjawab.

Kembar itu kelam seketika. "Paha ma?"

Angguk. Mata masih pada FIFA.

"Nak buat apa dengan paha ma?"

"Buat bantal. Macam ayah balik kerja... penat... ayah nak baring atas paha dia..." balasnya dengan sengih. "Selesanya macam baring kat syurga."

Kembar nakal itu berpandangan. Kurang pasti tak menjawab apa dengan permintaan itu. Bergaduh sampai langsung taknak berjumpa tapi tiba-tiba nakkan paha emak mereka? Macammana nak bagi? Takkan nak potong.

"Benda realistik la ayah... Emir okay je kalau nak belikan apa-apa yang ayah nak."

"Ayah dah lama nak Rolls Royce..."

"Bapak ahh!!" Mata Emir terjuling ke langit, membayangkan kereta mewah tersebut. Mata lalu dipicing, seakan meng-Google harga Rolls Royce dalam kepala. "Kalau second hand berapa agaknya..."

Monolog itu membuat Umar menoleh dengan kerut. Budak ni tak pandai tangkap gurauan orang, ke?

Perhatian mereka beralih bila Aqi merapat untuk menghidangkan kopi dan cucur udang. Lelaki itu menyambut secawan kopi dengan senyum dan terima kasih.

"Tangan masih tak baik?" tegur Aqi berbasa basi.

"Luka tak baik sehari dua, Aqi..."

"Kenapa tak balut?"

"Aku bukak sebab nak mandi. Tapi anak kembar pasangan paling problem kat muka bumi ni pecah masuk rumah aku lepas tu culik bapak dia untuk main game kat rumah mak dia."

Kepala Aqi terlentok ke kiri sebelum memandang dua si comel yang tengah tayangkan gigi masing-masing dengan muka tak berdosa. "Kau nakal macam ni ke masa zaman budak, Mar?" Mula berfikir dari mana mereka dapat perangai ini.

"Nakal apa benda. Aku anak taat hafiz al-Quran yang menang sampai ke Jordan zaman lampin dulu, kut..."

Berpusing lagi kepala Aqi dibuatnya, kali ini dengan muka toya. Ami dan Emir memandang emak mereka sebelum ikut buat muka toya pada si ayah, membuat Umar tergelak sebelum terbatuk. Cucur udang dikunyah sebelum mengenyitkan mata pada Aqi. 

Suka benar buat perangai bila diberi peluang.... bisik hatinya. Mujur sayang, jadi si wanita berlembut hati nak melayan. Melihat lelaki itu makan dengan tangan berluka membuat Aqi menegur. "At least luka tu tutup la dulu."

"Aku nak mandi dulu..."

"Kau kena tahan kat rumah aku masalahnya. Takkan nak mandi."

"Boleh je tumpang mandi sini."

"Jangan mengarut. Aku ada bandage lebih rasanya."

"Hahaha. Dia cuak. Dia cuak." Umar mengekek sambil melirik batang tubuh ramping itu bergerak ke kabinet bagi mencapai first aid yang dah sedia disimpan kerana Ami juga jenis yang kerap luka. Senyumannya tidak pudar dan fokus renungannya tidak patah. Selepas puas menikmati keindahan ciptaan Tuhan, Umar kembali pada hidangan kopi di atas meja. Baru perasan dua remaja itu tengah merenungnya dengan mata bulat masing-masing. Malah tidak berkelip. Umar pula yang janggal. 

"Kenapa pandang ayah macam tu?" soalnya, seraya mencicip kopi. Hm, segar rasa badan.

"Kalau ayah kahwin dengan ma, tak payah berangan nak baring atas paha ma atau nak tenung sampai tak berkelip. Seluruh badan ma ayah boleh peluk-peluk. Anytime, anywhere, whenever you want!"

Kata-kata selamba si anak dara membuatkan si bapak terbatuk malu. Lekas cawan kopi dialihkan ke meja sebelum terjatuh ke riba sendiri. "Cakap memang senang..."

"Tapi ayah yang cakap nak paha ma... "

Lalu Umar melepaskan ketawa besar. Galak sekali hingga seluruh isi rumah terperanjat. Umar pula terasa gurauannya terasa mengerat leher sendiri kini.

"Kenapa ayah gelak..." juih Ami, kecil hati kerana terasa ditertawakan.

"Hahaha... kau cakap betul, ayah memang nakkan ma kau. So much so hard to the point it pains me to be close to her..." Dua pasang anak mata hazel itu direnung tepat-tepat ke dasar. "Tapi ayah takkan penat sebut ayat ni supaya otak korang boleh terima. Ayah dah ada isteri... which is bukan ma kau."

Ami spontan mendengus manakala Emir senyap tak berbunyi. Melihat si anak perempuan lebih ekspresif, Umar fokuskan pujukan pada si anak perempuan. 

"Kau pun dah tengok macammana mereka hampir bertumbuk hari tu. Ma kau, bila dia bergaduh, dia tak main penampar dengan tarik-tarik rambut. Dia halakan buku lima dia terus ke jantung tau," jelasnya, membuat Ami dan Emir terkelip. Ya, mereka ingat emak mereka pernah menumbuk si ayah ini suatu masa dahulu. Malah Emir juga pernah melihat Aqi menyerang Chan terus ke dada. Bila mangsa semput mencari nafas, Aqi akan memberi serangan susulan. Lelaki itu menyambung kata. "Terlalu bahaya. Mereka berdua tak boleh duduk sebumbung."

"Ayah buatlah dua bumbung," bidas Ami laju.

Umar merenung datar. Macam ni ke rasanya bila orang bercakap dengan aku?

Emir mengangguk. "Nak tiga bumbung pun boleh. Kami support. Asalkan ayah boleh rilek-rilek dan jadi macam sebelum ni. Boleh datang lawat rumah. Boleh sarapan sama-sama. Tak tipu kami lagi..."

"Hahahah! Kau tak faham. Ayah kena jaga iman!"

"Jaga iman apa benda pulak nii...."

"Ma kau tu lawa, tau tak! Kau tak tahu macammana ayah tahan sengsara nak peluk cium dia—" Terhenti kata bila belakang kepalanya ditampar. Emir dan Ami menoleh serentak pada Aqi yang dah berdiri di belakang lelaki itu. Air mukanya garang sekali.

"Jangan cakap yang bukan-bukan..." desis Aqi sambil menghulur bandage.

Lelaki itu tersenyum hambar. Bandage itu tidak disambut, tetapi dibalas dengan luahan hati, "Sengsara hati aku bukannya benda yang bukan-bukan, Aqi..." Haru, kerana tidak diberi simpati.

Namun kesedihan itu sampai ke hati anak-anaknya. "Ma tak suka ayah sangat ke...?"

"Ma benci lelaki curang."

Sedas kata-kata itu menembak terus ke jantung dan ego Umar. Lalu dia bersandar dengan muka sedih sambil kembali bermain FIFA untuk memujuk hati. Kembar itu memandang ayah mereka dengan muka kesian sebelum sama-sama melihat emak mereka yang meletakkan bandage di atas meja kopi.

"Kenapa ma panggil ayah lelaki curang?" soal Emir lagi.

Mereka bertiga menoleh serentak. "Sebab ayah suami aunty Mimi?" Ami menjawab dengan soalan, keliru dengan pertanyaan abangnya.

"Tapi dosa besar ke kalau ayah sayangkan ma sampai kena label dia sebagai curang?"

Kelat liur kedua orang dewasa itu dibuatnya. Umar menjeling pada Aqi manakala wanita itu pula terkulat-kulat mencari jawapan.

"Just because kami berbaik, itu bukan lesen untuk ayah kau duakan mami kau..."

"Jadi atas situasi macammana ma dengan ayah boleh berbaik tapi ma tak perlu sakitkan hati ayah lagi? Sampai kami pun tak perlu jadi mangsa...?" soalnya perlahan, membuat Aqi menggigit lidah. "You guys bergaduh sebab nak respect feeling aunty Mimi... isn't it? Kenapa nak respect dia sedangkan dia tak boleh nak respect relationship kita? Lebih-lebih lagi nak respect perasaan suami dia sendiri?"

Kerasnya soalan itu hingga membuat kedua-duanya membatu. Umar mencucuk dinding pipi dengan lidahnya, kini mengagumi otak anak lelakinya. Kepala dipalingkan pada bekas isterinya yang berdiri di sebelah sofa. Air muka wanita itu pun cukup rumit, mungkin tengah memproses logik bagi menjawab soalan anak lelakinya.

"Benda bukan mudah, Mir..." Jawapan selamat.

Kemudian Ami mencelah. "Atau ma yang menyusahkan keadaan. Islam elok je benarkan kahwin empat. Ayah mampu. Dia boleh buat dua tiga bumbung, satu bumbung lebih untuk Ami. Kalau boleh buat hari ni, ayah angkut ma jumpa tok kadi hari ni jugak!" Terhenti seketika bila ayahnya ketawa. "Tapi ma dengan aunty Mimi yang sama-sama benci sesama sendiri sampai layan ayah macamlah ayah tak layak memiliki perasaan sendiri sampai buatkan ayah Ami jadi kurus," sambungnya, kini defensif.

"Hahahaha!! Ya Allah ya Maha Pemberi Rezeki...!! Terima kasih sangat-sangat atas kurniaan anak-anak bijak macam ni!" luah Umar sambil mengangkat tangan ke langit. Kemudian dua muka berkerut itu dipandang suka. "Jangan salahkan ma kau sebab ayah kurus. Lagipun kau sendiri dah jawab statement ma kau. Benda jadi tak mudah sebab semua benda yang kau baru sebut tu," sahut Umar bagi menyelamatkan Aqi dari kusut akal nak membalas serangan dari dua meriam itu.

Si anak mendesis lalu. "Emir, back up aku, please?"

"Benda boleh settle kalau ma fight untuk rebut ayah berbanding settle down sebab nak jadi berjiran semata and then confuse dengan feeling sendiri sampai aunty Mimi meroyan dengan cemburu dan kami pun terkesan jadi mangsa." Senafas. Malah dengan meneguk kopi macam bos.

Ami menepuk tangan atas kepintaran abangnya sebelum memandang ibunya yang jatuh rahang. Baru tahu langit tinggi rendah, ye.

Umar pula memerhati anak lelakinya, baru nampak masa depan yang cerah untuk anak lelakinya ini jika diberi pendedahan yang betul. Malah Ami juga kerap memberi kenyataan yang mengetuk akalnya. Farid bercakap benar. Potensi anak-anaknya cukup besar malah belum berkembang sepenuhnya. Benih yang baik ini perlu dibajai dan dijaga sehalusnya.

Kemudian Aqi ditoleh. Wanita itu tengah meraup muka, seakan cuba meleraikan kepala yang tengah kusut. Menjadi madu Mimi ialah benda terakhir yang Aqi sanggup buat. Rasanya perempuan ini lebih sanggup terjun jambatan. Dan dia juga akan sakit kepala nak uruskan dua wanita keras kepala itu dalam rumah tangga yang sama. Ini ialah sesuatu yang anak-anaknya masih tak nampak kerana masih kurang pengalaman dalam kesusahan hidup. 

"Aqi, kau nak kahwin dengan aku semula?" Soalan anak-anaknya tetap dilayan.

Makin sakit kepala dibuatnya. Bila Umar dipandang, lelaki itu sedang memberinya senyum, malah renungannya redup. Anak mata itu memberi isyarat untuk melayan serangan anak mereka. Entah kenapa hati Aqi bertukar ringan bila melihat gaya santai Umar. Tanpa dapat ditahan, keluh dihembus. Berterima kasih atas sokongan tanpa lisan itu. Kemudian kembarnya dipandang.

"Kau nak ma fight untuk rebut ayah kau?"

Mereka mengangguk serentak.

"Bapak kau tak ready untuk terima serangan dari ma, tahu? Dia yang akan sengsara nanti. Kau nak tengok bapak kau sengsara?" ujarnya, lalu bergerak ke belakang sofa sebelum berdiri di belakang lelaki itu. 

Kening Umar bercantum terus, tidak memahami amaran itu. Emir dan Ami juga berpandangan. "Apa maksud ma?"

Aqi menguntum senyum, lalu melarikan telunjuknya di bahu Umar sebelum bergerak ke belakang telinga si lelaki. Hanya satu usapan, tetapi lelaki itu meloncat dari sofa macam disengat lipan. "Okay! I get it!!" Meremang bulu romanya!! Malah Umar terus menggosok belakang tengkuk bagi membuang rasa yang menyengat naluri lelakinya hingga ke seluruh tubuh. Ah, sudah!! Aqi tertawa manakala Umar terus mengusap lengannya pula, menenangkan bulu roma daripada menegang. "Jangan buat lagi, Aqi..."

"Anak-anak aku suruh, Mar..."

"Well, don't!" Mata dicerlangkan pada Aqi, kali ini dengan muka merah. Emir dan Ami yang mengerut dahi dipandang pula. "Don't... just don't. Ma kau tak perlu fight. Kalau kau nak ayah hidup tenang... jangan minta ma kau buat benda bukan-bukan. Ayah tak boleh handle walau satu jari dia." 

Wanita itu pula yang segan bila Umar menjelaskan keadaannya sebegitu sekali. "Overdose..." desisnya. Baru saja nak beralih, Ami bersuara lagi.

"T-tapi... takkan nak biar je keadaan kita macam ni? Kami culik ayah semata-mata nak memastikan keluarga kita bersama. Aunty Mimi jealous lepas tu serang ma... ma dengan ayah gaduh... ini ke functioning family yang ma dengan ayah maksudkan mula-mula dulu??"

Emir merenung adiknya, kemudian pada ibunya yang tengah memasang muka sayu. Jawapan si emak tetap sama macam dulu rasanya. "Ma tetap nakkan restu aunty Mimi... baru ma sudi consider perkahwinan semula dengan ayah?" 

Dan barulah Aqi mengangguk. Jujur sekali. Umar yang bergerak ke tandas dipandang dengan kerut sebelum mengetawakan lelaki itu lagi. Apa benda overdose sangat mamat tu?? Tetapi memandangkan Umar tiada, Aqi kini lebih jujur dan ikhlas dalam kata-katanya. "If you must know, and apparently you must... I still love your father. But that doesn't warrant a marriage between us at the expense of other people's misfortune..."

"Cakap BM ma. Versi SPM," pinta Ami.

"Hmm... ma nak kau kena faham yang ma kena respect integriti institusi perkahwinan walaupun Mimi tak respect relationship kita sekalipun. Ma takkan jatuh ke level yang sama dengan dia. Ma jaga nama baik ma," luahnya satu persatu. 

Emir mengangguk, menghormati pendirian ibunya. Kemudian kepala Ami diusap kerana berdegil nak menerima pendirian si emak. Aqi masih dengan tawa kecil, puas hati dengan sesi diskusi yang berakhir dengan keputusan yang memihak padanya. Dia kembali beralih ke dapur, nak menyiapkan sarapan yang kini dah bertambah perut untuk diisi. 

"Mana ayah?" soal Ami. Baru perasan lelaki gergasi itu tiada.

"Toilet."

"Ha?" Tandas dipandang. Baru makan cucur udang dah sakit perut? Kemudian dia menoleh lagi bila Emir bangun dan bergerak ke pintu rumah. "Kau nak kemana?"

"Nak ambik baju ayah... dia datang berkemban, naya dia balik berkemban juga," jawabnya sambil memakai kasut.

Ami mula tak sedap hati.

---------

Am stopping here. Thanks for reading. You can check the rest of the chapters in Wattpad. 

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena