Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
150,367
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

RUMAH yang didiami Aqi ialah sebuah rumah dua tingkat yang jaraknya hanyalah tiga rumah dari rumah Umar. Macammana boleh tak perasan?!

“Hoi. Aku memang cakap buat macam rumah sendiri tapi janganlah selesa sangat!” Bantal sofa dibaling ke belakang Junior yang sedang memasang PS4 di TV.

“Aku berjasa besar sebab tolong keluarga kau reunite hari ni. Hormat sikit.”

Farid melepaskan tawa berupa sedakan. “Kau pula Junior, dah berapa lama tau pasal berita mengejut ni?”

“Baru je tengah hari tadi. Masa nak register nama Emir dekat studio, Jun terbaca IC dia.”

Emir menjulingkan mata ke langit. “Lepas tu dia umpan Emir ke vila supaya boleh kantoi kat ayah,” ujarnya pada Umar yang menegak macam robot dari tadi.

Dan senyap. Sebuah senyap yang cukup janggal dan asing. Mereka semua mengharap sesuatu timbul dari lelaki berjambang penuh itu, tetapi kosong. Batrisya menggaru belakang kepala, manakala Farid membawa diri ke dapur. Melarikan diri dari janggal.

“Ayah,” panggil Ami.

“Ya.”

“Ayah takda komen? Peluk Emir ke?”

“Tak payahlah peluk-peluk...” ujar Emir pula.

Umar menipiskan bibir. “Maaf. Ayah masih terkejut... yang ayah ada anak lelaki.... Aqi ada sembunyikan anak lain lagi ke?” Skeptik.

Pemuda itu tidak menjawab. Perhatiannya beralih ke pintu bila menyedari ada pergerakan di situ. “Tu, ma,” muncungnya pada pintu, membuatkan mereka semua menoleh serentak, pada Aqi yang tercegat si sana. Wanita itu tengah mengangkat plastik berisi barang runcit di kedua belah tangan.

Sekali lagi mereka membatu, termasuklah Aqi. Sepanjang balik tadi, dia menyumpah-nyumpah kerana kantoi pada bekas suaminya walaupun sekadar di dalam telefon. Tetapi pada masa yang sama, dia bersedia nak soal siasat anak lelakinya bila balik ke rumah. Tetapi, nampaknya anak lelakinya jauh lebih proaktif dari yang dijangka kerana kali ini, si nakal itu membawa pulang satu jemaah ke rumahnya! Tanpa dapat ditahan, keluh terhembus dan kepalanya turut terjatuh.

Dah-dahlah lari, Aqi. Hadap mereka macam manusia matang. Jangan kecewakan usaha anak kau.

Bersama keberanian yang dipaksa-paksa, semua tetamu tak diundang itu ditentang. Ah sudah, janggal gila! Dia perlu berbuat sesuatu untuk memecahkan ais di antara mereka. “Kenapa ceroboh rumah aku, haha...” Berseloroh.

“Anak kau yang bawa kami ke sini,” jawab Mimi yang kebetulan bersandar di dinding di sebelah pintu.

“Kau siapa—oh hey, Mimi!! Tahniah! Kau kahwin jugak dengan Umar! Makin cantik kau sekarang...” Bahu wanita itu diberi penumbuk ringan bersama sengih luas di muka.

Mimi terpempam. Dah kenapa wanita ini ceria benar bertemu dengannya. Bukankah mereka saling membenci?

Kemudian Aqi mengalihkan pandangannya pada Umar. Hampir jatuh jantungnya bila bertemu pandang dengan mata hazel itu. Gila. Dia benar-benar belum bersedia untuk menghadap lelaki yang dah dilukainya berkali-kali itu. Secepat mungkin pandangan dialihkan pada wanita yang berdiri di sebelah lelaki itu pula. Reaksinya bertukar ceria. “KAK BAT!!” Selajur Aqi memecut terus ke dalam rumahnya.

Batrisya tertawa bila menyambut pelukan wanita itu. “Lama tak jumpa...”

“Sangat lama! Hahahha! Bila masa akak balik? Last I heard, akak duduk UK dengan Nick and family!” ujar Aqi seperti seorang budak yang dah lama tak jumpa orang yang disukai. Matanya bersinar terang macam lampu suluh!

“Akak saja turun Malaysia minggu ni. Mana kau tau akak duduk UK?”

I have my intel hehe. Duduk Malaysia sampai bila?”

Next week—”

“AKKEY!!”

Jeritan itu mengejutkan mereka semua. Serentak mereka menoleh pada Farid yang memuncul di muka pintu dapur dengan ayam goreng di tangan.

“Betullah abang dengar suara kau! Hahaha!! Kenapa kau kurus sangat ni? Kau makan ke tidak? Kenapa kau hilang macam tak ingat kat kami langsung? Ohya, abang jumpa KyoChon dalam peti sejuk kau. Jangan marah abang layan diri ye. Kenapa kau kurus sangat ni?! Macam ranting dah Aqi! Kami semua dah gedabak gemuk macam tong air Syabas! Kau tengoklah badan Umar tu—”

“Tu la pasal! Macam badak air!” celah Aqi.

Lalu Aqi, Farid dan Batrisya sama-sama melepaskan dekah ke langit. Bergabung dan melupuskan terus suasana hambar sekejap tadi. Maya turut tertawa dibuatnya sebelum menutup mulut bila Umar menjeling tajam padanya.

Farid merenung wanita di hadapannya. Jika dibandingkan dengan wajah gadis muda comel dalam ingatannya, wanita ini sudah berisi raut usia tanda penat menghadap hidup. Sudah tentu sesuatu dah berlaku selama 14 tahun mereka tidak bertemu, tetapi kali ini wanita ini dah balik ke pangkuan mereka. Doanya setiap malam akhirnya dimakbulkan yang Maha Esa.

“Ya Allah, abang betul-betul rindukan kau Aqi...” lalu dipeluk tubuh kecil itu.

“Akak pun...” sahut Batrisya turut memeluk keduanya bersama tangis rindu. Adik angkat mereka dah balik ke rumah. Hanya itu yang menjadi motivasi hidup pada hari ini. Maya di tepi menahan tangis haru, manakala Mimi merapati Umar yang sedang membina jarak beberapa langkah dari Aqi.

“Abang pun happy Aqi balik?” soalnya perlahan.

No.” Datar dan dingin sekali nadanya, seperti bercakap dari bawah laut. Cukup untuk membuatkan Mimi merasa yakin yang suaminya tidak akan mudah melatah hanya sebab cinta lamanya dah balik semula ke dalam hidup mereka. Lalu lengan suaminya dirangkul erat.

"Good..."

Pada masa yang sama, Ami menegur Emir yang sedang duduk di lengan sofa.

“Kenapa baru sekarang korang balik?” bisiknya.

“Benda bukan dalam kawalan aku. Ma tiba-tiba ajak balik, aku ikut la.”

“Kenapa sekarang?”

“Sebab ma asyik lari, weh. Nak tak nak, aku kena masuk campur...”

“Ye la... tapi kenapa sekarang? Aku dah 14 tahun, tapi baru tau yang aku ada abang.”

Barulah Emir menoleh pada sepasang mata hazel itu. Ami dah boleh menerima dirinya? Alhamdulillah. “Panjang ceritanya.” Dan sebuah cerita berisi tangis, dendam dan darah juga. Si ibu yang tenggelam di dalam pelukan Farid dan Batrisya direnung. Mukanya merah malah dihiasi senyuman lebar dan puas. Sebuah warna ceria, sesuatu yang tak pernah dilihat selama ini. “Tapi semuanya dah selesai. Peranan ma sekarang ialah hidup bahagia je...” luah Emir dengan senyuman syukur.

Ami menghela nafas dalam bila soalannya masih tidak berjawab. Kemudian perhatian turut ditumpukan pada sekumpulan orang dewasa itu. Ayahnya tengah mematung macam takda roh walaupun tidak sekalipun matanya berkelip merenung si ibu. Ami mengeluh sekali lagi, sedikit risaukan emosi si ayah. Kemudian, ibunya dipandang. Kecil dan kurus gila, dan berambut panjang melepasi dada. Jauh berbeza dengan wanita bertudung yang menjadi makcik kantinnya suatu masa dahulu. Patutlah dia tak cam bila Emir cakap mereka dah bertemu di sekolah.

“Ma tak perasan aku, pun...” Sedih sedikit.

Emir merenung si adik sebelum menoleh pada ibunya. “Ma! Ami ni ha!” jeritnya sambil menuding pada si adik di sebelahnya.

Aqi menoleh lalu. Berubah wajahnya bila melihat anak daranya, lalu dia melepaskan diri dari pelukan berkumpulan itu, berlari ke arah Ami dan terus ditarik anaknya ke rangkulan.

“Ya Allah... ma langsung tak perasan... anak ma dah besar cantik...” Muka Ami dicium-cium sebelum dipeluk lagi seeratnya bersama tangis. “Ma minta maaf sebab tinggalkan kau... ma minta maaf.... Ma dah balik macam yang ma janjikan... maaf lambat...”

Liur yang terasa berpasir ditelan. Mudah sahaja marahnya hilang, lalu pelukan si ibu dibalas. “Takpe...” Muka dibenam ke bahu kecil itu. “Ami dengan ayah survive.

Umar merenung dari tempatnya. Nafas yang memberat didadanya dilepaskan bersama hembusan panjang. Perempuan yang ditunggu-tunggu selama ni akhirnya dahbalik dan disambut dengan tangis gembira oleh semua orang.

Now, what?

 

MEREKA sambung menyambut majis hari jadi Ami di vila memandangkan makanan semuanya dah siap di sana.

“Korek time capsule? Bila masa kita plan nak korek time capsule?” soal Farid bila kembali duduk di sofa dalam rumahnya.

“Bat baru teringat bila jumpa Aqi tadi. Fefeeling kembali ke zaman silam bila jumpa budak tu.”

“Tapi time capsule apa yang kau cakap ni?”

“Dulu kan kita ada tanam time capsule sebelum Umar sambung study kat Korea!”

Umar menoleh. “Akak ni ingat benda pelik-pelik la. Entah-entah episod Doraemon mana entah yang akak sebat buat cerita.”

“Kau berdua sama-sama dah nyanyuk! Baik cek doktor kut-kut mengidap Alzheimer!”

Tahan geram. “Satu lagi, kita nak korek bila? Esok orang kerja, oi.”

“Takpelah. Bat kat sini sampai minggu depan. Kita korek Ahad.” Aqi yang melihat gambar-gambar di dinding, dipandang. “Aqi, kau jangan menghilang lagi! Ahad nanti datang ke vila untuk korek time capsule tau!”

Wanita itu menoleh. “Okay je, tapi time capsule apa ni?”

“Jangankan kau, kitorang pun tak tahu,” balas Umar,membuat Aqi tersenyum kelakar. Pasangan cerai itu berpandangan seketika sebelum berpaling serentak. Masih terlalu janggal nak berkongsi senyum sekalipun.

Si kakak itu menyeringai lagi. “Masa tu Aqi duduk German dengan Zach sebab dia sedih Danny meninggal.”

Lalu Umar, Aqi dan Farid sama-sama terlangut, mengingati cerita lama.

“Oh ya... lepas tu langsung tak ingat nak text kitorang yang rindu kau kat kat sini... dari dulu kau memang heartless, kan, Aqi,” desis Farid sambil mencekak pinggang. Kata-kata itu disambut ketawa sinis oleh Umar, manakala Aqi menjuih.

“Kisah lama tak payahlah ungkit. Lagipun masa tu orang tengah kesedihan...”

“Siapa yang meninggal?”

Aqi menoleh pada Junior yang bertanya. “Danny, suami pertama Kak Bat, merangkap abang aunty. Dia mati kena tembak penjenayah...”

Maya merenung keempat-empat mereka yang sama-sama memasang wajah sayu. “Jauh sejarah korang ni.”

“Takda la jauh sangat. Mimi pun kenal arwah Danny tu juga...”

Kening Aqi terjungkit, spontan merapat. “Kau kenal abang aku?”

Mimi menoleh. “Aku ada masa majlis kawen dia dengan Kak Bat.”

“Ohh!” Senyuman Aqi merekah.

“Ya. Disebabkan pernikahan mereka, kau pun ikut duduk dalam vila ni, kau jadi rapat dengan Umar dan rampas dia dari aku.”

“Ohh...” Nada mendatar, sama dengan rasa teruja yang bertukar hampa. “By the way, bila pula aku rampas Umar dari kau?” Si mata hazel itu dipandang. “Mar, aku rampas kau dari Mimi ke? Seingat aku, kita sama-sama takda perasaan sesama sendiri, tetapi berkahwin sebab amanat dalam wasiat bapak kau. We do it to honor his last will.”

“Eh? Ma dengan ayah berkahwin bukan sebab cinta?” sampuk Ami pula, mencuri dengar perbualan orang dewasa itu. Mereka serentak menoleh padanya. 

“Ha’ah. Ma kau takda perasaan kat ayah. Sebab tu dia boleh selamba tinggalkan orang sampai bertahun-tahun. Dia ialah perempuan hati batu tak berperasaan.”

Mata Aqi spontan terpicing. Terbakar terus hatinya. “We had a good run kalau tak pasal kau yang ceraikan aku.”

“Salah kau juga sebab provok!”

“Salah kau sebab salah guna kuasa talak kat tangan kau!”

“Salah kau berdua sebab sama-sama panas baran dan bodoh!” sampuk Farid lekas. Bukan hanya mereka yang berada di ruang tamu itu, tetapi anak-anak mereka juga ada. “Benda lama tak payahlah sembang. Sekarang ni Umar dah move on dan bina life baru. Aqi dah balik, and unexpectedly bawa anak lelaki. Berbanding gaduhkan hal lama, apa kata kau explain apa yang berlaku dekat kau selama 14 tahun ni, Aqi?”

“Taknak.” Senada.

Mereka semua terpempam. Hati Umar terbakar lagi, jauh lebih marak kali ini. Wanita dengan gaya messy bun itu ditentang terus. “Apa maksud kau taknak?”

“Aku taknak ceritakan sebab itu pun hal lama. Benda dah berlalu. Kau dah move on, congrates, tapi aku pun nak move on,” ujarnya pada gambar di dinding. Kasual sekali nadanya tanpa sekali pun mempedulikan perasaan orang lain yang mendengar.

Melopong seketika. “Kau tinggalkan Ami dekat aku, kemudian kau pergi tanpa sekalipun datang melawat. Tapi rupa-rupanya aku ada anak lelaki yang kau tak bagitau... lepas tu kau expect aku boleh terima bila kau cakap taknak?”

Aqi tidak membalas. Umar bangun dari duduk supaya lebih selesa menentang wanita itu.

“Aqi, aku demand jawapan dari kau. Kenapa kau sembunyikan anak lelaki aku!”

“Aku dah cakap aku taknak cerita! Kau dah tahu dia ada, terima je lah dia!”

I deserve answer, you heartless bitch!” jerkah lelaki itu akhirnya, gagal menahan marah yang membuak-buak di dada. Langsung terlupa beberapa pasang telinga yang terbuka luas, termasuklah telinga anak-anaknya. Yang ada di pandangannya ketika ini ialah Aqi, wanita yang pernah dicintai sepenuh hati, yang menghancurkan hatinya, dan seolah-olah datang semula ke hidupnya untuk terus melukainya.

Giliran Aqi panas hati dipanggil heartless bitch. Lalu dia memusingkan badannya dan menghadap lelaki marah itu bersama hati membara.

Umar menyambung, “14 tahun kau tinggalkan aku. Kau biarkan aku dengan Ami seorang. Dua tahun lepas, kau tiba-tiba muncul hanya untuk biarkan kami terkapai-kapai cari kau. Tapi kosong!” Setiap kata yang diluah, dia melangkah ke arah punca kesakitannya itu. “Kosong, Aqi, kosong! Zero!! Alamat yang kau beri bukan alamat sebenar! Nombor yang kau beri ditamatkan perkhidmatan! Buat apa kau datang semula ke dalam hidup aku semata-mata nak salai hati aku?! Hati kau sebenarnya dibuat dari apa? Atau kau sebenarnya memang takda hati perut!?”

“Aku taknak pun jumpa kau bila aku balik ke sini!! Kau jangan perasan Umar Darius, yang aku ada hati walau sedikit nak pulang ke pangkuan kau!!” bidas si egois.

Rabak teruk hatinya. Benar-benar koyak. Nafas Umar tertahan hingga uratnya menimbul di leher. “Then why the hell are you coming back now? Kenapa tak hilang terus je?” soalnya, kali ini mendatar. Bergetar menahan api kemarahan yang menjulang tinggi.

Aqi menelan liur yang terasa berpasir, menyedari kata-katanya terlalu melampau. Tetapi dia enggan kalah dalam perang ego ini.“Aku tak pulang ke dalam hidup kau, tapi kau yang pecah masuk ke rumah aku.”

“Aku takkan datang kalau tak pasal anak lelaki aku yang aku tak pernah tahu wujud tiba-tiba muncul depan aku!” Kepala dipaling, melihat anak lelakinya dah menghilang dari kerusi yang diduduki tadi. Aik? Bila dicari,Emir sedang berdiri jauh di belakang, manakala Ami pula dah lesap entah ke mana.

Maya dan Batrisya merenung mereka dengan muka berkerut,manakala Farid dan Mimi selamba mencicip kopi.

“Seronok bergaduh? Anak-anak kau tak pernah tengok mak ayah dia bertekak kan? Good experience, I’d say,” ujar Farid pada kopi panas di bibir. “Em, pahit,” sindirnya lagi.

Umar dan Aqi berpandangan. Seketika cuma sebelum Aqi beralih dan terus keluar ke pintu rumah. Umar mendengus, turut beralih macam panas punggung bila Aqi terlebih dahulu menjauh darinya buat kesekian kali.

Maya berpaling pada Emir yang bermain dengan jarinyasendiri. Remaja lelaki itu memilih untuk berseorangan, mungkin tengah berfikir kedudukannya sebagai seorang anak bagi dua manusia yang saling membenci sesama sendiri. Malah mungkin tengah menyalahkan diri kerana membuatkan ma dan ayahnya bertemu semula dalam keadaan tidak bersedia hingga bergaduh besar.

“Masalah ni...” komen Batrisya. “Abang, macammana ni?”

“Manalah abang tahu. Abang nakkan jawapan juga, tapi kalau Aqi taknak kongsi, abang nak buat apa. Umar marah sebab dia yang jadi mangsa mainan perasaan Aqi selama ni. We are in no position to judge his anger.”

Mereka sama-sama melepas keluh berat, empati dengan nasib Umar. Dahlah tak sempat healing, kemudian orang yang lukakan hatinya itu balik untuk memberi luka lagi. Kasihan.

Mereka terperanjat lagi bila kedengaran pula kekecohan dari luar rumah.

“Kau dah kenapa ikut aku ke sini?!” Suara Umar pecah ke langit.

“Kepala bapak kau! Aku yang keluar dulu!!” Suara Aqi, jauh lebih nyaring malah menyumpah kini.

“Ah, sudah!” Maya bangkit terus dan bergerak ke luar rumah, mahu menghentikan pertelingkahan mereka, sekaligus menyelamatkan Ami dan Emir dari tekanan broken family.

Batrisya menekup muka dengan kedua belah tangan manakalaFarid melepaskan ketawa hambar. Hanya Mimi yang menyukai apa yang dilihatnya.Jika Umar marahkan Aqi sebegini sekali, dia menang dalam perang cinta tiga segi ini!

“Mimi.”

“Erk!” Terperanjat dibuatnya. Lalu Mimi menoleh pada Farid yang tengah merenungnya. Serius nau? “Ya, bang?”

“Kau pujuklah Umar tu. Minta dia jangan ikutkan emosi sangat. Kesian anak-anak dia.”

“Erm... selama abang kenal adik abang tu, pernah ke orang lain boleh kawal baran dia?”

“Kau wife dia. It should be easy.”

Mimi melangut ke siling sebelum menentang abang iparnya kembali. “Kalau abang kenal Mimi, abang sepatutnya tahu Mimi tak pernah sukakan Aqi. Mimi menang tanpa bertanding kalau Umar terus marahkan Aqi macam ni...”

Batrisya pula mencelah. “Akak rasa kau patut lebih berhati-hati kalau nak buat perangai macam ni masa Aqi dah balik ni. Or else, you’ll lose Umar’s attention again.”

Farid menjeling. Mimi pula mengerut dahi. “Akak nak mengugut Mimi ke?”

Tersenyum wanita itu lalu. “Bagitau akak, dah berapa kali Umar tinggalkan kau sebab pilih Aqi sebagai pasangan dia? Sekarang ni memang dia tengah merajuk dengan Aqi, tapi akak foresee marah dia takkan kekal lama.”

“Kenapa?”

“Mereka berkongsi anak.” Anak mata dikerlingkan pada Emir yang tengah ke hulur ke hilir kegelisahan. “Kalau kau pandai mainkan benang... Umar akan sayangkan kau sampai akhir hayat dia. Tambah-tambah adik akak tu jenis setia. Tips mudah untuk kau, buat baik dengan anak-anak dia. Jadi bila Umar dan Aqi berbaik nanti, kedudukan kau pun dah solid dalam hati dia.”

Mimi menelan liur lalu. “Akak rasa Umar dengan Aqi akan berbaik...??” Ada getar takut pada nadanya.

“100%,” celah Farid, membuat kedua-dua wanita itu menoleh padanya. “Persoalannya bila... dan abang harap pergaduhan mereka tak beri damage yang teruk dekat kembar mereka...”

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena