Tekak
Sarah Adelina terasa haus. Dia terus menghayun langkah menuju ke pantry. Laci paling bawah ditarik lalu
milo 3 dalam 1 di keluarkan. Sebiji mug di ambil lantas di bancuh milo
tersebut. Dia menjeling jam di dinding dalam pantry. Hampir menuju jam sepuluh pagi. Fail yang dikehendaki oleh
Encik Hakim sudah di sediakan oleh Sarah. Dia dimaklumkan ada perbincangan
bersama wakil syarikat ZZ Engineering & Construction pagi ini.
Jari-jemarinya
ligat membancuh minuman. Sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Mata kirinya
sejak semalam asyik berdenyut. Entah apalah petandanya.
“Sarah…
Sarah… where are you?.”
Hadi dengan langkah gediknya
menjengah di celah pintu. Sudah seperti anak-anak kecil main sorok-sorok pula
lagaknya.
“Ha.
Kat sini rupanya kau. Encik Hakim cari kau Sarah.”
Sarah tersenyum memandang Hadi. Ini
tentu berkaitan fail ZZ Engineering & Construction yang diminta semalam.
“Oh.
Okey Hadi. Sekejap lagi aku keluar.”
“Heyyy
pompuan,Heidi okey.”
Hadi berjalan ala catwalknya sambil mulutnya tak henti
mengomel membuatkan Sarah tertawa gelihati. Mug di tangan yang berisi milo
panas segera di bawa keluar.
“Sarah.
Sarah Adelina.”
Elok sahaja pintu pantrytertutup setelah Sarah meloloskan diri,
namanya dipanggil. Suara itu seakan dikenalinya. Pantas dia berpaling. Jantung
berdegup laju. Terasa rentak dan iramanya amat berlainan sekali. Seraut wajah
yang begitu dikenalinya.
“Ha…
kim… .”
Mata mereka bertaut seketika.
Auranya walau tidak sehebat dahulu tetapi masih ada.
“Err…
Cik Sarah. CD saya…” Satu suara dari arah berlainan pula kedengaran.
‘Zasss…’
“Auchhh…
.”
Belum pun habis kata-kata Raizil
terhadap Sarah, dia sudah basah mandi dek air milo panas. Tidak semena-mena dia
terjerit kecil akibat simbahan itu. Hampir separuh pakaiannya basah. Sudahlah
basah, panas pula tu. Raizil mengaduh kesakitan.
Sarah Adelina
sedikit panik dengan kejadian tak diduga itu. Mujur meja Hadi tidak berapa jauh
dari situ. Cepat-cepat beberapa helai tisu di tarik keluar.
“Maaf… Maafkan
saya Encik Raizil. Saya terkejut tadi.”
Gumpalan tisu cepat-cepat dilapkan
pada pakaian yang membaluti tubuh Raizil. Sedikit menggelatar jari-jemarinya. Lelaki
itu hanya tersenyum walau hakikatnya perit terkena simbahan air panas.
“Encik…
saya bawa encik ke klinik ya. Takut melecur.”
“Heyy…
pompuan. Kau ni ingat apa ha?.
Hishhh… .”
Suara Hadi mengomel itu dan ini
jelas kedengaran sambil berlalu pergi. Mahu memanggil tukang cuci katanya.
Kejadian sepantas kilat itu membuatkan banyak mata-mata yang memandang.
“Encik
Raizil, saya betul-betul minta maaf. Saya tadi memang terkejut bila encik
tiba-tiba panggil saya.” Gementar rasa hatinya. Takut pun ada. Semuanya menjadi
satu. Desah nafas Raizil kedengaran begitu dekat dengan cuping telinga Sarah.
Kata-kata maaf itu langsung tidak diendahkan
malahan sebaliknya Raizil menghadiahkan satu kenyitan buat gadis di hadapannya.
Kini mata mereka pula bertaut sesaat dua. Jika tadi sewaktu wajah Hakim Nuqman
yang kelihatan rentak irama nadinya tidak keruan, kini ianya semakin bertambah
hebat lagi.
Giliran
Sarah terkejut buat kali kedua. Sudahlah perasaan terperanjatnya masih belum
reda kerana Hakim Nuqman muncul di hadapan mata sebentar tadi ditambah pula
dengan perbuatan tanpa sedarnya tersimbah milo panas pada Raizil. Kini,
perbuatan Raizil pula membuatkan nadinya bagaikan tiada rentak.
“Mulut
tu. Masuk lalat nanti.”
Cepat-cepat Sarah menekup mulutnya
yang ternganga. Dia jadi tidak keruan. Terus sahaja dia menghilangkan diri ke
bilik air membiarkan Raizil yang kebasahan dek air milo.
‘Kenapa
ni?. Kenapa dengan aku ni?.’
Sarah memandang wajahnya di cermin.
Air mukanya kemerah-merahan menahan malu. Dia bermonolog sendiri. Perasaan
apakah yang sedang menjalar ke seluruh nadinya?. Dia jadi tidak keruan dan cuba
untuk mententeramkan perasaan itu sebelum beredar keluar.
“Manalah
kau pergi ni nyah. Kau tau tak Encik
Hakim dari tadi cari kau. Penatlah aku harini asyik cari kau sahaja Sarah. Dah
cepat. Encik Hakim minta kau bawa fail ZZ Engineering tu.”
Sarah mengambil kunci peti besi
yang menempatkan banyak fail sulit di dalamnya. Fail yang tertulis ZZ
Engineering & Construction ditarik keluar. Hadi masih lagi dengan
bebelannya.
“Encik
Hakim, ini fail yang encik minta.”
Sarah bagaikan terpukau dengan tetamu
yang ada di dalam bilik Encik Hakim. Hakim Nuqman bertemu dengan Encik Hakim?.
Dia buntu seketika.
“Sarah,
kenalkan ini Encik Hakim juga. Cuma nama dia ada Nuqman di belakangnya,” ujar
Encik Hakim seraya menyambut huluran fail.
Sarah Adelina hanya tersenyum.
Dalam senyumnya ada getar. Getaran yang entah mengapa tiba-tiba menghantui
diri.
“Ermmm…
Sarah, awak ada nampak Raizil tak?. Tadi saya rasa dia dah sampai. Tapi ke mana
pula hilangnya.”
‘Alamak.
Raizil.’ Cepat-cepat Sarah menggeleng. Segera dia teringatkan Raizil yang
kebasahan sebentar tadi. Sarah meninggalkan lelaki itu begitu sahaja tadi.
“Encik
Hakim, saya minta diri dulu ya. Ada pengguna sedang tunggu di luar,” dia
berdalih. Rimas dengan pandangan Hakim Nuqman yang bagaikan tidak reti bahasa
itu.
‘PATUTLAH
tak ada bunga yang sampai. Tuan punya bunga yang sampai rupanya.’ Tidak pula
dia menyangka Hakim Nuqman akan berurusan dengan syarikat tempat dia mencari
sesuap nasi. Satu keluhan panjang dilepaskan sebaik sahaja dia kembali ke
mejanya.
“Eh, Sarah. Kau
ni dah kenapa harini?. Aku tengok kau lain macam aje. Ada apa-apa yang kau nak shareke?.” Lily yang duduk berhadapan dengan Sarah
menegur. Sejak dari pagi lagi dia nampak Sarah yang seolah-olah serba tidak
kena pula lagaknya.
“Entahlah Lily.
Harini aku rasa macam hari malang aku sahaja.”
“Tak baik tau
kau cakap macamtu. Tak ada satu hari pun Allah jadikan hari itu hari yang tak
baik. Cuba kau fikirkan yang baik-baik, insya-Allah akan datang yang baik.”
Sarah beristighfar menginsafi
kekhilafan diri dalam berkata-kata. Apa yang dikatakan oleh Lily itu ada
benarnya. Dia sahaja yang mengandaikan hari itu hari malang untuknya.
“Harini
aku tak nampak pun Sharon hantar bunga untuk kau Sarah.”
“Baguslah.
Kalau ada pun tu ha tempat yang paling sesuai untuk bunga-bunga tu semua.”
Muncung bibir Sarah menujuk tong sampah di sisi meja. Dalam kepalanya sarat
dengan wajah Hakim Nuqman sebentar tadi.
“Kau
ni peliklah Sarah. Orang lain tu punyalah happy
kalau dapat bunga. Cukup bangga tau.
Tapi engkau… huh.”
“Itu
orang lain… bukan orang ini,” balas Sarah sambil menunjuk diri sendiri dengan
jari telunjuknya.
“Jangan-jangan
kau ni lain macam harini sebab bunga tak?.” Bercahaya mata Lily memandang
Sarah. Dia bagaikan dapat meneka apa yang sedang bersarang dalam kepala rakan
pejabatnya itu.
“Assalamualaikum…
Nah air untuk cik Sarah.”
Raizil datang membawa dua buah mug terus diletakkan di hadapan Sarah.
Serta-merta perbualan antara Sarah dengan Lily terhenti. Komputer riba
dikeluarkan dari beg galasnya. Perasaan bersalah Sarah pada Raizil bertandang lagi.
Apatah lagi bila dia melihat baju kemeja yang tersarung bertukar kepada baju
t-shirt leher bulat warna gelap.
Terkebil-kebil
mata Sarah memandang Raizil yang seolah-olah tidak terkesan langsung dengan
peristiwa tadi. Sedangkan dia, terasa malu hingga sekarang.
“Tadi
tak sempat minum kan?. Minumlah. Jangan risau, saya tak letak racun pun.”
Masya-Allah, baru teringat tentang
tekak yang kehausan dan tidak diberikan walau seteguk air pun dari tadi. Rasa
hausnya hilang dengan insiden tadi.
“Untunglah…
Tak dapat bunga, ada orang buatkan air.” Kedengaran suara berbaur cemburu dari
Lily.
“Awak
nak juga Lily?. Saya buatkan.”
“Eh,
tak payahlah Encik Raizil. Saya saja je mengusik Sarah ni. Dari pagi lagi dia
nampak macam orang yang ada masalah aje.” Dalam diam dia mencemburui Sarah.
Gadis itu selalu sahaja mendapat perhatian.
“Sarah.
Apa yang awak tenung dalam air tu?. Dalam air ku terpandang wajah ke?.”
Sedikit tersentak Sarah.
Cepat-cepat mugdi sua ke bibir. Serentak itu kelihatan pintu bilik mesyuarat
terbuka dan diiringi suara dua orang sedang berbual-bual. Sarah dapat merasakan
ada sesuatu yang sedang merobek tangkai hatinya bila salah seorang dari yang
bernama Hakim itu kelihatan. Mahu sahaja air yang dihirup itu tersembur keluar
bila Hakim Nuqman memberikan isyarat kepada dirinya. Sudahnya, dia tersedak.
Wajah
putih bersih itu kelihatan kemerah-merahan. Beberapa kali dia berdehem
memandang Sarah. Jika diikutkan hati mahu sahaja dia menepuk-nepuk belakang
Sarah sebagaimana biasa emaknya lakukan bila mereka semua tersedak. Tapi dia
tidak mampu melakukan sedemikian.
“Sarah, okey?,”
soal Raizil bila melihat Sarah yang kian pulih.
Sarah
mengangguk.
Fail dipulangkan
kembali oleh Encik Hakim kepada Sarah. Peluang itu di ambil oleh Hakim Nuqman
untuk menatap kembali wajah Sarah Adelina seenaknya. Dia memberikan isyarat
pada Sarah sekali lagi supaya membalas sms yang di hantar. Sarah Adelina hanya buat-buat
tidak mengerti.
“Raizil,
sedaplah air yang youbuat ni. Terima
kasih ya,” ujar Sarah dengan sedikit manja. Suaranya sengaja dikuatkan sedikit
dengan harapan Hakim Nuqman mendengarnya. Raizil yang sedang tekun dengan
tugasnya segera mengangkat muka memandang Sarah. Terasa agak pelik pula ianya
kedengaran namun untuk tidak memalukan Sarah dia hanya membalas senyuman Sarah
yang kian melebar.
“Amboi
Raizil, aku pun tak pernah tau kau rajin buat air. Sedap pula tu,” usik Hakim
sambil membuka satu lagi fail lain dan mencatitkan sesuatu.
“Kau
nak juga ke?. Nanti aku buatkan untuk kau,” balas Raizil seraya memandang Hakim
yang berdiri di sebelah meja Sarah.
“Encik
Hakim, minum pagi ada disediakan. Silakan,” Vee datang mempersilakan Encik
Hakim dan tetamu yang ada.
“Oh
ya. Saya terlupa. Nuqman, mari.”
“Kita
berdua sahajakah?. Tak mahu ajak yang lain sekali Hakim?.” Hatinya di pagut
rasa cemburu melihatkan telatah manja Sarah sebentar tadi.
‘Siapa lelaki di hadapan Sarah?.’
“Jom,
Vee dah sediakan minum pagi untuk kita. Raizil, Sarah… Jom minum sama,” pelawa
Encik Hakim.
Cepat-cepat
Sarah menyiku sedikit Raizil di hadapannya. Memohon agar mengerti.
“Jemput
minum Encik Hakim dan Encik… .” Lama Sarah memandang Hakim Nuqman. Dia
berpura-pura tidak mengenalinya.
“Hakim
Nuqman cik Sarah.”
“Haa…
Jemput minum Encik Hakim Nuqman. Saya dan Raizil dah janji nak keluar minum
sama sekejap lagi.” Terkebil-kebil mata Raizil memandang Sarah. Bila masa pula
dia berjanji mahu keluar minum dengan Sarah?. Sarah yang baru sahaja
dikenalinya tidak sampai dua minggu itu amat berbeza sekali sikapnya hari ini.
Encik Hakim dan Hakim Nuqman
beredar dari meja Sarah. Raizil segera memandang Sarah sekali lagi.
“Jom
kita minum.” Dia sengaja mahu memancing Sarah. Seolah-olah mahu menguji sejauh
mana kata-kata Sarah.
“Saya
ada kerja ni.”
“Bukan
ke awak beritahu Encik Hakim tadi yang awak dah janji nak keluar minum dengan
saya.”
“Tak
kuasa lah saya.”
Sarah bangun dan terus menuju ke
arah mesin photostat untuk meneruskan tugas sebagaimana yang tercatat dalam
nota kecil Encik Hakim sebentar tadi.
Raizil
memandang Sarah yang sudah berlalu. Entah apa agaknya yang sedang bersarang
dalam fikiran gadis ini, bisik hati kecilnya. Dia kemudiannya meneruskan tugas yang
terhenti.