Home Novel Cinta ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
Nurul Izah
16/8/2018 09:36:23
49,761
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

Memasukiruang pejabat di deretan kedai dua tingkat itu membuatkan rasa serabut Syakilapagi tadi hilang. Sepanjang perjalanan dia memikirkan perkahwinan adiknya.Entahlah, hatinya berbelah bagi. Dalam ketegasannya sebagai anak sulung. Diasebenarnya takut dikata orang, takut dia pula jodohnya susah.

            “Assalamualaikum Cik Ila. Awalsampai hari ni?”

            Syakila membalas senyuman yangmeniti di bibir Irdina. Kerani yang sudah hampir lima tahun kerja dengan dia.Dari syarikat ini dibangunkan. Gadis yang berkerununan Melayu Cina itu barusaja menghabiskan pengajiannya dalam bidang pemasaran di UiTM. Belajar separuhmasa kerana kekangan kewangan. Adik yang lain juga perlu sekolah. Ayah larientah ke mana.

            “Waalaikumsalam Dina. Awal ke? Sayaingatkan jam saya rosak.”

            Irdina ketawa. Bos yang dikenali itumemang begitu sikapnya. Tegas bertempat. Tidak pernah lagi dia kena semburperkara yang remeh.

            “Petang ni saya ada appointmentdengan Datuk Alif. Nanti awak tolong call kat butik di Bangi, untuk siapkantempahan Datin Sofia. Lepas dari Damansara saya singgah ambil semua baju tu.Dalam jam sepuluh nanti ingatkan saya untuk call Mr David. Semalam saya dapatcall dari kilang, Produk kita yang baru tu ada masalah. Pagi ni saya nak siapkansebutharga untuk minggu depan. Saya kena ke Indonesia.”

               Irdina mengangguk. Dia yang merangkap setiausaha Syakila sentiasa cekapmengaturkan jadual.

            “Flight tak tempah lagi rasanya.Bila tu Cik Ila nak pergi?”

            “Hari Ahad kut. Awak tengoklah mana flightyang murah.”

            “Okey… nanti saya minta Adawiyahsemak. Minggu lepas dia beli untuk Encik Syahir.”

            “Okey. Nanti awak bagi tahu katsaya. Bagi saya empat choice….kalau tak Ahad, sabtu petang pun boleh.”

            Syakila menuju ke biliknya.Pejabatnya tidaklah besar mana. Pekerjanya hanya ada lima orang saja. 2 orangperempuan, kerani di pejabat. Tiga orang lelaki, seorang pegawai pemasaran, dualagi pemandu lori dengan pembantunya merangkap kerani stor.

            Butik di Shah Alam, hasil gabungandia dengan sahabat baiknya Aisyah. Lebih kepada Aisyah yang uruskan. Dia pulaambil sebahagian tugas di butik yang terletak di Bangi.

            Syakila memerhati ruang pejabat yangdisewanya Lima tahun yang lalu. Asalnya hanya dia dan seorang kerani saja yangada. Dialah pemandu, kelindan pun dia juga. Van buruk yang dibeli dari seorangkawan di Johor Baru banyak membantu. Sekrang Van tersebut sudah benar-benaruzur. Sudah hantar untuk dilupuskan.

Nafasditarik panjang. Jadualnya agak padat bulan ini. Banyak kenduri kahwin jugabeberapa majlis kenamaan. Khidmat katering yang pada mulanya hanya beroperasidi rumah, kini dia sudah mampu menyewa premis kedai dua tingkat denganperalatan dapur yang serba canggih. Pekerjanya seramai serratus orang, tapisebahagiannya hanya bekerja separuh masa.

            Syakila mengalihkan matanya ke arahtimbunan majalah yang dilanggan. Segala iklannya ada di dalam majalah tersebutdia mengiklankan pakej katering lengkap dengan pelamin. Memang banyak sambutan.Pengantin zaman sekarang memang mahu mencari perkara yang mudah. Ada kalanyatempahan dengan baju sekali. Kebetulan rakannya Aisyah ada kenalan yangmemiliki butik pengantin. Bukan mudah. Bukan seindah mimpi dia sampai ke sini.Banyak yang dilalui. Dia pernah dihina. Pernah semua tempahannya tidak dibayar.Pernah makanan yang dihidang basi. Juga pernah terlibat dengan kemalangan jalanraya sehingga semua lauk yang dimasak tumpah dan tidak boleh diselamatkan. Tapidia akhirnya bangkit semula. Dia belajar dari kesilapan. Dia perbaikiperkhidmatan.

            “Cik Ila, ada call dari DatukSufian.”

            “Sambungkan saya dengan dia.”Syakila memejamkan matanya.

            Datuk Sufian, lelaki yang sudahhampir enam tahun dikenali. Jatuh bangunnya ada lelaki itu bersama. Lelaki itubanyak memberinya tunjuk ajar.

            “Ila…. Lama you menyepi. Ada apa-apamasalah ke yang I tak tahu?”

            Suara lelaki yang umurnyamenghampiri lima puluhan itu jelas kedengaran. Kalau tidak kenal, pasti merekaakan ingat Sufian baru mencecah 35 tahun. Gaya dan suaranya terlalu jauh denganusia. Wajahnya tidak dimakan tua. Sayang isterinya tidak sihat. Sudah lamaterlantar di atas katil kerana strok.

            “You yang menyepi selepas balik dariVietnam. Apa projek kat sana? Lama sangat you duduk kat sana sampai you lupanak balik Malaysia.”

            Ketawa Sufian mendengar ayatSyakila.

            “Fuh… ramai sangat awek kat sana. Tufasal I lambat balik. You tahulah I ni kan, cerewet, memilih sangat.”

            “Sebab tu you tak kahwin lagi. Cakapajelah you takut dengan Kak Sufi.”

            “Eh, siapa yang takut? I?..... KakSufi tu dah lama suruh I kahwin. Tapi I aje yang tak nak. Dia tu cinta I sampaimati. Tapi, Kak Sufi kata kalau I nak kahwin dengan you dia lagi senang hati.”

            Syakila pula ketawa kecil. Lamaberkawan, sudah masak sikap Sufian yang suka bercakap lepas terhadapnya. Diapula seakan tidak kisah kalau lelaki itu merapu begitu. Adakalanya dia jugasuka melayan.

            “I tak nak lah… You dah tua.”

            “Siapa kata I tua? Orang lain masihingat I muda tau.”

            “Itu orang lain Datuk Sufian oiii……I tahulah you dah tua!” Lebih pula lelaki ini. Sudahlah perasan muda, sukasangat menyakat dia. Kalau di layan, sampai tengah hari belum tentu mereka akanbicarakan topik yang sebenar. “Ni yang you telefon I ni semata-mata nak usik Ike? Atau You saje nak cakap baru jumpa jalan balik Malaysia?”

            “Hmmm…. I nak cakap ni, ada kawan Inak buat majlis makan malam amal di Putrajaya. I rekomen you kat dia. Ayah diani YB, kalau okey bolehlah I bawa you jumpa dia dan bincangkan.”

            “Bila majlisnya tu?” Syakilamengamati calendar di hadapannya. Setahunya bulan ini dan bulan depan dia sudahpenuh dengan tempahan.

            “Hujung bulan rasanya.”

            “I takut tak boleh lah… hujung bulantu ada dua event. Semua jemputan ramai. Seorang tu kenduri kahwin, seorang lagitu bertunang. You bagilah I tarikh yang cornfirm. I free 29 hari bulan malam tuade satu majlis tapi tak lah ramai dalam 200 orang aje. Kalau nak selit satulagi bolehlah.”

            “Hurmm… apa kata minggu depan I bawayou jumpa dia.”

            “Minggu depan I tak free, I adakerja di Indonesia. Esok boleh? I lapang esok petang.”

            “Okey, nanti I bagi tahu dia yangyou nak jumpa esok. Okeylah, I nak balik rumah, anak I suruh temankan mama diapetang ni. Dia nak keluar dengan kawan. Kirim salam kat emak you. Hurmmm… youdengan siapa ke Indonesia?”

            “I seorang aje. Aisyah tengah busylayan datin-datin yang nak tempah baju batik. Tak boleh nak tinggal. Anak diapun tak sihat sangat.”

            “Nak I temankan ke? I free sangat.”Sufian ketawa mengekek. Dalam pada bergurau dia berharap gadis itu mengajaknya.

            “Tak usahlah Sufian….. I nak enjoysorang-sorang pulak kali ni. Asyik duk berkepit dengan you aje. Silap haribulan I terpaksa jadi isteri muda.”

            Ketawa Sufian semakin menjadi ditalian. Syakila faham benar sikap lelaki itu. 

            “Okey…. Kirim salam dengan kak Sufi.Kalau ada masa lapang I datang jenguk dia. Bye.” Syakila malas menyambung lagi.Kalau dilayan, tidak siaplah kerja pembentangan yang harus dibuat pagi ini.

            Talian terputus. Dia senang dengansikap Sufian. Lelaki yang bergelar Datuk itu tidak sombong. Malahan tidak lokekmemberi ilmu dalam bidang perniagaan. Memang hubungan mereka disalah erti. Adayang menganggap dirinya isteri kedua lelaki hampir separuh abad itu. tapi diatidak pernah peduli. Baginya dalam dunia perniagaan, dia harus berani. Jugaharus ada kawan yang mampu memberikan nasihat seperti Sufian. Argh…. Sayang,Sufian suami orang!

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.