Home Novel Cinta ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
Nurul Izah
16/8/2018 09:36:23
49,763
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Hujungminggu cuti sekolah Syakila sudah berjanji akan membawa emaknya ke majlisperkahwinan salah seorang sepupunya. Sepupu jauh sebelah ayahnya. Semenjak ayahmeninggal, hubungan mereka memang kurang rapat. Kalau ada kenduri kendera,mereka hanya datang sebentar. Bukan tidak mahu berlama. Tapi mulutmakcik-makcik sebelah ayahnya agak berbisa. Sudahnya Syakila lebih sukamengasingkan diri.

            “Datang pun kamu Aini, Syakila.Ingatkan kamu tak jadi datang. Sekarang semenjak Syakila ni dah semakinberjaya, semakin susah jumpa kamu semua. Sibuk sangat ke sampai susah naksinggah, Aini? Kamu tak mengajak ke anak-anak kamu ni datang. Kenal sedaramara. Nanti makin lama makin lupa.”

            Puan Aini menyalami kakak sulungarwah suaminya. Suaminya ada lima beradik. Tiga perempuan. Mulut  yang perempuan seperti bertih jagung.Mengikut belah emak mentuanya. Tapi semua jenis ringan tulang. Kalau gilirandia balik rumah mentua, ringan bebannya. Semua turun ke dapur menyinsinglengan.

            “Bukan tak nak datang kak.Budak-budak ni sibuk memanjang. Nurin tu baru aje dapat kerja. Yang lain sibuksekolah. Si Ila ni sibuk dengan bisnes dia tu. Sekarang ni susah nak upahpekerja. Dia seorang ajelah yang uruskan. Itu sebab saya tak paksa mereka datang.Kakak sihat ke? Masih lagi ke hospital ke kak?”

            Puan Senah menarik nafas panjang.Memang itulah rutinnya. Semenjak dia disahkan terkena penyakit darah tinggi dankencing manis, dia mula kerap ke hospital. Kadang-kadang pening. Kadang-kadangpitam. Anak-anaknya seramai enam orang itu, hanya dua saja yang menjadi orang.Yang lain tak boleh diharap. Itu sebabnya dia sakit kepala memanjang.

            “Macam tu lah Aini. Akak ni bukansihat sangat sekarang ni. Anak-anak buah kamu tu, bukan kamu tak kenal. Harapsi Junaidi aje dengan si Jamilah. Yang lain buat aku selalu masuk hospital.”Pandangan Puan Senah beralih kepada Syakila. “Mana adik-adik kamu? Tak ikutpulak ke?”

            Syakila mengangguk. Bibirnyamenguntum senyum. “Dia orang masing-masing ada hal Mak long. Mereka kirim salamkat semua.”

            “Kamu ni….. bila lagi nak jumpasaudara mara kalau tak hari macam ni. Nak tunggu hari raya tu, entah hidup lagike tidak. Dah lah… masuk ke dalam. Sekejap lagi dah mula majlis nikahnya. KamuIla, dah kahwin ke belum?”

            Puan Aini dan Syakila berpandangan.Sudah! Masing-masing sekadar tersenyum.

            “Umur kamu tu bukan muda lagi. BesarKuala Lumpur tu takkan tak  ada calonyang sesuai. Usahlah memilih sangat.”

            “Akak ada calon ke nak kenankandekat Ila ni? Manalah tahu kalau akak yang cari berkenan pula dia.” Puan Ainimenyampuk. Sambil hujung matanya mencari wajah Syakila yang mula berubah. Nakmarah lah tu.

            “Calon banyak. Kat kampung ni adaaje budak bujang. Tapi tak payahlah… dia orang tu bukan ada kerja. Sudahnyakamu yang menyara pulak nanti. Kamu nak yang macam mana Ila? Yang lulusanuniversiti ke? Anak buah pak long kamu ada baru balik dari Amerika. Ada masananti bolehlah mak long aturkan kamu jumpa dengan dia. Kenal-kenal dulu.”

            Syakila ketawa kecil. “Buat apa nakbagi dekat Ila mak long. Jamilah tu pun belum kahwin lagi kan. Cuba rekomen katdia.”

            Puan Aini hanya mendengar. “Jamilahkata nak bertunang hari tu. jadi ke tidak kak?”

            “Huh, budak tu pun satu. Buat akupening. Bercinta sangat dengan lelaki yang katanya kerja satu tempat. Adajugalah akak jumpa dua tiga kali. Tapi tak buka mulut pun nak melamar. Umur dah25. Elok sangat kahwin. Sudahnya aku suruh mak bapak dia datang. Sampaisekarang, muncul batang hidung pun tidak. Takut agaknya akak dah sergah diatempoh hari. Jamilah pulak buatlah merajuk panjang. Katanya boyfriend dia tu bising sebab akak paksamasuk meminang. Katanya duit tak cukup lagi. Pening… pening…. Kehulu ke hilirada duit. Nak kahwin tak ada pulak duitnya.”

            Syakila sekadar tersengih. Adasekali dua Jamilah datang ke Kuala Lumpur. Selalunya tidur di rumahnya. Mungkindia ada bercerita dengan emaknya fasal mahu bertunang. Syakila sikapnya begitu.Malas mahu ambil kisah. Kalau jadi, bagi tahu saja tarikhnya. Dia akan datang.

            Majlis pernikahan berlangsung denganmeriah. Hampir semua keluarga sebelah ayahnya datang. Mak ciknya yang dua oranglagi terus saja menariknya duduk di pelamin. Suruh ambil gambar. Ambil berkatkatanya.

            Pengantin perempuan sekadartersenyum melihat dia menjadi bahan usikan. Malahan, pengantin siap menyuruhnyamenjadi pengapit. Nasib dia menolak awal. Tidak mahulah berdiri di sebelahpengantin. Penat!

            “Tu lah Ila, kahwin cepat. Kalaukamu buat majlis nanti, kita buat belah kamu di KL tu, lepas tu belah ayah kamudi sini. Rumah mak ngah pun tak apa. Lepas tu belah emak kamu pulak. Barulahadil.”

            Syakila sekadar tersenyum. Malasmahu berbalas kata. Nanti panjang cerita. Belum habis mak ngah bercakap mak supula muncul dari dapur.

            “Mak Su ada anak buah. Dari belahPak Su kamu. Umur sebaya kamu. Ada bisnes macam kamu juga. Kalau kamu nak maksu kenalkan.”

Syakilatidak mengangguk tidak juga menggeleng. Bibirnya sekadar menguntum senyum. Tapihatinya mula membara. Aduh mak, sampai bila kita nak duduk kat sini. Boleh matisakit jantung mak!

PuanAini masih lagi bergelak ketawa dengan ipar duainya. Bagaikan tidak mahumengerti anak sulungnya sudah mula bertingkah dalam hati.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.