Home Novel Cinta SOULMATE TUAN PROFESOR
SOULMATE TUAN PROFESOR
Batiah Hadi
29/10/2017 00:00:20
220,926
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

Kalau boleh Izmir mahu buat tidak tahu sahaja dengan hasrat ibubapanya yang ingin menjodohkan dia dengan Izzah. Dia berharap sangat yang Puan Nora akan terlupa tentang apa yang berlaku itu. Sejak beberapa hari itu dia telah mengelak dengan bersungguh-sungguh. Bahkan dia sengaja balik lewat dan datang awal supaya dia tidak perlu mengadap Puan Nora dan ayahnya. Dia sering beri alasan banyak kerja. 


Namun, satu malam sesampainya dia di rumah, Puan Nora telah pun menunggu di ruang tamu. Melihatkan ibunya di sofa ruang tamu Izmir memberi salam dan berjalan pantas mahu ke biliknya apabila Puan Nora memanggilnya.


“Nanti dulu Izz.,” pinta Puan Nora sudahpun bangun dari sofa mengekori anak bujangnya itu.

“Izz letih bu,” ujar Izmir mahu mengelak. Pantas Puan Nora menarik lengan kekar Izmir. Izmir terhenti langkahnya. Puan Nora tahu Izmir memang sengaja mengelak.

“Kamu dah minta alamat rumah Izzah?,” soal Puan Nora lantas matanya menikam wajah anak lelakinya itu. Izmir menghela nafas.

“Ibu…ibu serius ke ni?” soal Izmir. Puan Nora melepaskan lengan anaknya itu.

“Serius lah. Iz ingat kami main-main ke?”

“Tapi tak kan sebab Iz terpeluk je ibu nak pinang Izzah. Macam tak logik,”

“Sebab kamu dah malukan dialah jadi kamu kena kahwin dengan dia,”

“Ramai perempuan kena peluk dalam dunia ni ibu tapi taklah semua kena paksa kahwin,”

“Itu orang lain bukannya Izz. Ibu tak suka anak ibu buat benda tak senonoh.”

“Izz terpeluk saja bukannya buat apa pun. Definisi tak senonoh tu kalau ikut Izz mestilah sesuatu yang lebih buruk contoh,  Izz dah pregnantkan dia ke atau dah…,” ujar Izmir. Bulat mata Puan Nora. Hatinya diamuk geram dengan kata-kata anaknya itu. Satu pukulan di bahu anaknya dilepaskan. Walaupun berbunyi tapi bukanlah sakit pun. Dia tahu ibunya memang begitu kalau sudah geram. Terutama bila Izmir bergurau begitu.

“Izmir!, kamu bercakap macam tak pernah belajar hukum agama. Haram kamu peluk perempuan yang bukan muhrim. Walaupun tak ada apa-apa berlaku. Ia tetap haram dan tak manis. Lagipun Izzah tu ibu tengok baik orangnya. Hormat orang tua,” ujar Puan Nora. Izmir mengeleng-ngeleng. Dia hairan entah apa baiknya budak perempuan itu. Bagi Izmir Izzah sama saja macam pelajarnya yang lain cuma terlebih sedikit loyar buruk dan mulut murainya sahaja. Setakat ini Izmir tidak nampak keistimewaan Izzah. Dia akui Izzah rajin basuh pinggan dan bantu ibunya menghidang makanan. Tapi boleh ke menilai berdasarkan itu sahaja. Izmir rasa mungkin ibunya tertarik dengan Izzah yang peramah agaknya. Selain itu Izmir tak nampak apa-apa yang istimewa kecuali wajah kacukannya. Itupun paras rupa sahaja sebenarnya tidak menjamin apa-apa. Entah apa agaknya yang Puan Nora nampak. Dia masih tidak faham.

“Ibu baru jumpa dia satu hari. Mana ibu boleh nilai dia macam tu. Entah-entah perangainya teruk. Depan kita je pijak semut macam tak mati. Belakang kita entah-entah…”

“Jadi, Izz nak pertikaikan gerak rasa ibu ni? Ibu tahulah. Gerak rasa ibu tak pernah silap. Cuba lihat kakak ipar kamu. Dulu ibu yang pinangkan dia. Tengok sekarang. Kakak ipar kamu tu baik. Pandai masak pandai jaga anak. Bahagia aje abang kamu dan kakak ipar kamu tu. Dah dua anak dia. Kamu tu. Bila nak kahwin? Nak tunggu apa lagi?. Umur kamu tu dah hampir 40 tahun tahu tak. Lambat-lambat nanti anak baru kecil kamu dah tua ganyut,”

“Biarlah ibu. Tiada hinanya ada anak walaupun dah tua ganyut. Lagipun, Izz memang tak fikir pasal kahwin langsung ibu. Belum masanya,” pertahan Izmir. Puan Nora rasa seperti mahu meletup. Dia rasa seperti mahu menjerit dan goncangkan kepala Izmir tentang hakikat yang dia sudah agak lewat untuk berumahtangga.

“Belum masanya?? Kalau kamu tu umur 20 tahun memanglah belum masanya. Tapi kamu tu dah nak masuk 40. Dah agak tua untuk kahwin. Nak tunggu apa lagi? Kamu nak tunggu umur 60 tahun baru nak kahwin? Masa tu ibu pun mungkin dah tak ada. Kamu tu pun entah-entah dah bertongkat!,”

“Nak buat macam mana, Izz belum nak kahwin lagi. Izz senang dan selesa dengan hidup Izz. Tak payah pening kepala. Bebas ke sana ke sini untuk kerja dan penyelidikan. Kalau ada keluarga mesti semua tu terbatas. Mesti pening nak fikir kerenah anak isteri,” rungutnya.

“Kamu memang banyak alasan. Ibu dah tak mahu dengar lagi. Dah lama bagi peluang pada Izz. Dari Izz mula-mula jadi pensyarah lagi. Ibu tunggu saja Izz bawa calon menantu. Ramai yang dah berbunyi Izz mungkin ada masalah. Itulah sebabnya tak kahwin-kahwin. Naik bengang pulak ibu dengar mereka bercakap. Jadi, Izz setuju atau tidak ibu nak Izz kahwin dengan Izzah tu. Ibu nampak dia sesuai dengan Izz. Cantik dan berbudi bahasa. Izz nak yang bagaimana lagi?”

“Tak boleh ibu. Izzah tu muda sangat. Lagipun, Izzah tu bakal jadi pelajar Izmir semester depan. Izmir tak boleh kawin dengan dia kalau ikut peraturan kolej,”

“Kalau macam tu kamu kena kahwin cepat dengan dia sebelum dia bergelar pelajar,”

“Ibu!!”

“Mana nombor telefon Izzah? Ibu nak telefon dia dan minta alamat. Kalau mintak dari kamu lambat. Biar ibu minta dari Izzah sendiri,’

“Ibu,”

“Bak sini. Izz jangan nak lawan ibu pulak. Macam ni lah. Berikan ibu telefon kamu. Dailkan nombor Izzah,” pinta Puan Nora tegas.

“Jangan macam ni bu,”

“Kamu jangan degil. Sejak bila kamu dah pandai lawan kata-kata ibu ni?” sindir Puan Nora dengan suara yang agak tinggi.  Mahu tak mahu Izmir terpaksa mengikut kehendak Puan Nora. Dia mengeluh. Hendak bertegas nanti dia dicap anak derhaka pula. Dia pun menekan nombor Izzah dengan hati yang sangat berat. Bila sudah di talian dia memberikan telefon itu kepada ibunya.


Izzah baru sahaja menghempaskan diri di katilnya apabila telefonnya berbunyi. Pantas dia mencapai telefonnya dan meliriknya. Mata Izzah tiba-tiba bulat. Nama Professor Dingin Kejung terpapar. Hampir Izzah terlepas telefonnya. Dia tidak menyangka lelaki itu akan menelefonnya malam-malam begitu. Izzah terus mengambil panggilan. Entah apalah yang lelaki itu mahukan dari dia. Tak cukupkah satu hari sejak pagi mendera dia?? Teringat dia betapa cerewetnya lelaki itu sejak dia bekerja dengan lelaki itu. 

“Ya Prof, ada apa saya boleh bantu?” ujar Izzah sebaik menekan punat menerima panggilan. Namun suara yang didengarnya bukan suara Izmir. Entah kenapa dia rasa lega. Mungkin dia dah naik bosan mendengar suara bebelan lelaki itu sejak pagi. Terasa kepalanya berasap sahaja setiap kali.

“Assalamualaikum Izzah….ini aunty ni,” kedengaran suara mesra Puan Nora di talian.

“Oh aunty. Walaikumsalam aunty. Ingatkan Prof tadi. Aunty sihat?” tegur Izzah mesra. Teringat dia layanan penuh keibuan Puan Nora. Hati Izzah teruja. Teringat keseronokan berbual dengan Puan Nora tempohari.

“Alhamdulillah. Izzah macamana? Bagaimana kerja dengan Izmir?” soal Puan Nora.

“So far so good aunty. Alhamdulillah,” jawab Izzah cuba berselindung. Tak mahu wanita itu tahu betapa menyusahkan betul anaknya itu beberapa hari ini. Mustahil bagi dia untuk mengatakan tidak ok pada ibu professornya itu.

“Baguslah. Izzah jangan takut sangat dengan Izmir tu. Nampak je garang tapi dia sebenarnya baik hati. Kalau dia apa-apakan Izzah, Izzah bagi tahu je aunty ye. Dia tu memang degil sikit. Oh Izzah, sebenarnya Aunty ni nak minta alamat rumah Izzah. Kalau nak tunggu Izmir ni lambat sangat jadi aunty terus telefon Izzahlah senang. Boleh berikan alamat rumah?,”

“Tak ada masalah aunty,” lantas Izzah pun memberikan alamat rumahnya.

“Terima kasih Izzah. Jadi hujung minggu ni aunty dan uncle beserta beberapa orang jiran akan datang ke rumah Izzah untuk meminang. Bolehlah Izzah beritahu ibu Izzah tentang ini ye,”

“Hah…apa aunty?” soal Izzah kembali. Mulutnya ternganga. Pinang? Dia ingat kata-kata Puan Nora dua tiga hari yang lalu hanya di mulut sahaja. Rupa-rupanya wanita itu memang serius mahu meminang dirinya. Izzah merasa terganggu.

“Kami nak hantar rombongan meminang kamu hujung minggu ni macam yang kami bagitahu sebelumni,” tambah Puan Nora lagi. Izzah makin galau.

“Tapi…bukankah awal sangat aunty? Lagipun Prof Izmir setuju tak dengan ini semua?” soal Izzah cuba berdalih. 

“Lebih awal lebih bagus. Prof kamu tu?. Dia akan setuju sahaja. Kamu jangan risau. Dia serah semua pada aunty,”

“Ye ke?...” soal Izzah seperti susah untuk dia percaya. 

“Kenapa? Kamu tak sudi ke aunty datang rumah kamu?” soal Puan Nora. Lain pula bunyinya. Bunyi macam kecil hati pula. 

“Eh taklah bukan macam tu. Saya suka je aunty nak datang rumah saya. Datanglah aunty,” pantas Izzah menafikan. 

“Kalau macam tu baguslah. Kami akan datang petang Sabtu ni. Aunty harap kamu beritahulah ibu kamu dulu ye supaya taklah terkejut dia nanti.,”

“Hmm..Baiklah aunty…tapi aunty tak rasa ini semua terlalu awal? Aunty pun tak kenal betul dengan saya. Mungkin saya tak sesuai dengan Prof Izmir. Aunty tak tanya ke Prof kalau-kalau dia ada pilihan lain? Takut nanti dia tak suka dan rasa terpaksa pulak sedangkan dia berkenan dengan orang lain,”

“Jangan risau Izzah. Izmir tu tak ada siapa. Dah lama aunty tunggu. Dah bertahun-tahun. Tak pernah dia bawa sesiapapun untuk kenalkan pada aunty dan uncle sebelum ni. Kali ni dia kena terima saja sesiapa yang aunty pilih sebab aunty dah bagi peluang lama sangat,”

“Tapi aunty, yelah saya bukan apa…tapi ini semua tentang hati dan perasaan. Hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Kita bukan bercakap tentang sehari dua tapi tentang komitmen jangka panjang. Saya takut nanti kalau-kalau kami berdua tak sesuai atau tak suka antara satu sama lain. Bila tak cinta satu sama lain nanti akhirnya berantakan pula,”

“Tak apa. Kita doakan yang baik-baik. Kalau niatnya baik insyaAllah Allah bantu. Aunty percaya macam itu. Aunty lebih suka anak-anak aunty bercinta lepas kahwin. Lebih manis. Tak guna berkawan dan bercinta lama-lama tapi bila kahwin tak sesuai juga ataupun putus tengah jalan. Buat dosa sahaja. Kalau macam ni lebih baik. Cinta lepas kahwin. Direstui pula oleh ibubapa. Pasti berkat. Macam aunty dan uncle kamu dulu. Sampai sekarang dah nak masuk 45 tahun kahwin tapi masih banyak manisnya lagi. Masih lagi pegang tangan ke mana-mana. Aunty dulu pun ikut aturan ibubapa aunty juga dulu. Uncle kamu lah jodoh terbaik aunty,” terang Puan Nora panjang lebar. 

“Bagusnya aunty. Alhamdulillah. Suka saya dengar. Semoga aunty dan uncle terus bahagia hingga ke syurgalah.” ujar Izzah. Aduhai, klise pulak bunyinya. Tapi apapun doanya itu dari hati untuk Puan Nora dan Encik Hakim yang baik dan peramah itu. Baru jumpa tapi layanannya macam dah lama kenal.

“Terima kasih untuk doa Izzah. Izzah, aunty ni bukan muda lagi. Kalau nak tunggu Izmir yang bawa calon mungkin sampai aunty tutup matapun tak ada siapa. Jadi, kami rasa biarlah kami yang percepatkan untuk dia. Kebetulan pula Izzah datang ke rumah kami. Memang sesuai sangatlah Izzah jadi menantu kami. Seolah-olah Izzah ini jawapan kepada doa kami,” ujar Puan Nora panjang lebar. Izzah terasa mahu pengsan di situ. Jawapan kepada doa Puan Nora? Biar betul. Dia tahu dia memang jauh panggang dari api untuk semua yang diperkatakan oleh Puan Nora. Dia tahu dia bukan baik seperti yang Puan Nora katakan. Semua itu buat dia risau sahaja. Dia baru sahaja berhijrah pakai tudung setelah dipaksa oleh Puan Julia. Belum sampai seminggu pun. Teringat dia dirinya yang dulu. Kalau Puan Nora tahu pasti Puan Nora pun boleh pengsan.

“Tapi, Izzah ni banyak kekurangan aunty. Banyak perkara yang Izzah kena belajar kalau nak jadi seorang isteri. Izzah tak pandai masak langsung dan Izzah ni bukanlah sebaik mana,”

“Tak apa…nanti aunty ajar Izzah mana yang Izzah tak tahu. Tentang baik atau tidak tu setiap dari kita kena sentiasa perbaiki diri. Kalau Izzah perlu apa-apa bantuan bagi tahu saja aunty,” ujar Puan Nora. Izzah menghela nafas.

“Lagi satu, Izzah tak boleh nak jamin yang ibu Izzah akan terima semua ini sebab Izzah ni baru 25 tahun. Awal sangat untuk berkahwin. Izzah pun baru je mula kerja,” terang Izzah. 

“Tak apa. Biar kami datang meminang dulu cara baik untuk nyatakan hasrat kami. Kalau dia tak setuju aunty akan terima sebab itu hak ibu Izzah untuk terima ataupun tidak,” ujar Puan Nora. Izzah kehilangan kata. Tiada apa lagi yang dapat dia lakukan untuk menukar hasrat Puan Nora datang meminangnya.  Nampaknya Puan Nora nekad untuk menjodohkan Izzah dengan professor itu, anaknya. Entah apalah kata ibunya nanti bila mengetahui ada rombongan untuk meminangnya pula!.


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.