Home Novel Cinta SOULMATE TUAN PROFESOR
SOULMATE TUAN PROFESOR
Batiah Hadi
29/10/2017 00:00:20
220,946
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 26

      Sebenarnya mereka berdua tidak teruja langsung untuk menghadapi hari perkahwinan mereka dalam sebulan lagi. Namun, masing-masing tak sanggup pula untuk melawan permintaan ibubapa mereka. Tambahan pula kedua-dua ibubapa Izmir dan ibu Izzah masing-masing sangat bersemangat dalam memastikan pernikahan mereka berjalan lancar. Kedua-dua Puan Nora dan Puan Julia seperti bersekongkol berdua.


Bila Izzah atau Izmir ingin mengelak untuk ke Jabatan Agama Islam sehari dua sebelum ke sana Puan Nora sudah mengingatkan Izmir banyak kali. Dan pada hari yang sepatutnya Puan Nora yang kejutkan Izmir pagi-pagi.  Izmir pun tak dapat mengelak kerana Puan Nora juga telah memastikan Izmir sudahpun mengambil cuti. Malahan Puan Nora meminta Izmir mengambil Izzah dan Puan Julia dari rumah mereka untuk pergi bersama-sama ke Jabatan Agama Islam. 


Izzah begitu juga. Puan Julia memang pakar dalam mendesak. Izzah terpaksa akur, kalau tidak berasap telinga Izzah dengan leteran ibunya. Kedua-dua mereka akhirnya terpaksa jua ke Jabatan Agama Islam untuk failkan permohonan pernikahan. Terpaksa memaniskan muka kerana tidak mahu menyinggung perasaan ibu masing-masing.


Mereka terpaksa menyiapkan semua prosedur sebelum memfailkan tarikh nikah mereka. Mereka juga ke hospital untuk ujian dan pemeriksaan kesihatan. Semuanya ditemani oleh Puan Julia dan Puan Nora yang sejak peminangan itu telah menjadi bff pula. Sering pula Izzah perhatikan mereka berdua berbual di telefon.  Mereka juga terpaksa ke kursus perkahwinan yang ekspres bersama-sama. Setiap persiapan pasti ada keterlibatan Puan Julia dan Puan Nora. Oleh itu agak sukar bagi mereka berdua untuk mengelak.


 “Prof, sekejap… tadi aunty mesej saya. Petang ni lepas kerja dia nak bawa kita berdua pilih baju untuk pernikahan dan makan beradab. Dia minta Prof jemput dia kat rumah,” ujar Izzah selepas menyelesaikan tugasnya hari itu. Izmir yang sedang serabut memikirkan tentang kerjanya mendengus.

“Bagi tahu mak saya, saya tak boleh pergi. Awak pergi dengan mak saya dan pilihkan. Saya nak siapkan kerja saya ni,” suruh Izmir acuh tak acuh. Dia sedang ralit menaip sesuatu. Macam biasa pasti ada kertas jurnal yang sedang disediakannya.

“Baik Prof, tapi kalau saya pilihkan nanti Prof jangan nak tukar fikiran pulak,”

“Saya tak ada masalah. Lagipun saya tak kisah pakai baju warna apapun dalam majlis tu nanti,”

“Okay Prof. Saya sebenarnya suka warna pink. Boleh saya pilih warna pink?” ujar Izzah sengaja menduga.

“Except pink. Saya tak suka pinklah,” jawab Izmir selamba tanpa memandang Izzah.

“Okay….orange macamana?” soal Izzah lagi.

“Orange? No…no..no, too bright,” ujar Izmir acuh tak acuh.

“Hijau? Prof…hijau…”

“Klasik sangatlah.,” jawab Izmir masih tak puas hati. Izzah memutar bola matanya kerana bosan. “Habis Prof nak warna apa?”

“Kan saya kata awak pilihkan,”

“Saya dah sebut apa warna yang saya suka tapi Prof tak suka pulak. Sekarang kata saya boleh pilih pulak. Mana satu ni Prof? Tolonglah jangan buat saya pening,”

“Awak pilihlah. Saya sibuk ni!”

“Prof ni saja nak buat saya pening kepala. Baiklah saya akan pilih tapi kalau Prof tak berkenan saya tak akan berganjak tau,”

“Awak ni…”

“Saya cakap betul. Jangan marah kalau saya pilih warna yang Prof tak berkenan. Saya pilih je terus Prof tak boleh cancel. Saya serius ni. Jadi, Prof nak ikut atau tak ni?”

“Yelah saya ikut. Awak ni memang suka menyusahkan sayalah. Saya banyak kerja. Awak RA saya tak kan bab pilih warna pun masih nak saya ikut? Makan gaji buta awak ni!,”

“Habis, semua warna yang saya cadangkan Prof tak mahu. Tapi Prof tak bagi tahu apa warna yang Prof suka pulak,” balas Izzah. Dia ingat RA tu ada kuasa telepati ke boleh tahu dia nak warna apa? desis hati Izzah. 

“Lagipun, saya kan bakal jadi isteri Prof. Mestilah pilih sama-sama barulah afdal dan sweet kan Prof?,” ujar Izzah buat muka comel. Izmir memandang Izzah sambil mencemik. Izmir bangun dari tempat duduknya.  “Sweet kata awak? Berangan sungguh awak ni Izzah! Kita ni kahwin paksa tahu tak bukannya jatuh cinta macam cerita fairy tale tu!” ujar Izmir mengeleng-ngeleng. Kemudian Izmir berpusing lantas berjalan ke pintu fakulti.

“Eh Prof, nak ke mana pulak tu? Janganlah tinggalkan saya!” pinta Izzah pantas mengekori Izmir yang berjalan ke arah keretanya dan membuka pintu pemandu. Izzah bergegas ke kereta Izmir dan mengambil tempat di bahagian penumpang di sebelah Izmir.

“Kalau ikut hati memang saya nak tinggalkan awak tu tapi saya malas nak jawab dengan mak saya nanti kalau awak tak ada. Awak tahulah sejak akhir-akhir ni mak saya kan dah jadi mak awak dan saya jadi anak tiri,” ujarnya selamba sebelum menghidupkan enjin kereta. Izzah menjuihkan bibir.

“Tak baik Prof kata macam tu tau. Kecik hati saya,” ujar Izzah buat muka merajuk. 


Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.