Home Novel Cinta CINTA TAK AKAN PERGI
CINTA TAK AKAN PERGI
IZZATUL NADIRA
14/2/2019 23:43:45
12,762
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Azam duduk  di  bangku di  hadapan rumahnya  sambil  menikmati  kek  coklat  yang di  sediakan  oleh  uminya, Puan Kalsom.  Masakan dari  air  tangan  uminya  tidak  pernah mengecewakan.  Sedang  dia  enak  menikmati  kek coklat,  Azam  terbayangkan  wajah  manis  gadis yang  bernama  Nur  Alisya.  Entah  apa yang  membuatkan  gadis  itu  tampak  menarik di  matanya.  

         “Amboi, apa  yang  kamu  tersenyum-senyum  ni?”  TegurPuan  Kalsom.  Puan Kalsom yang sedari  tadi  menyedari tingkah anaknya, memandang pelik.

           “Eh,umi ni.  Terkejut Azam, bila  masa  pulak  umi  ada kat  sini  ni.  Bukan  umi  ada  dekat dapur  ke  tadi?”  Soal  Azam  cuba mengalih  topik.  

          Puan Kalsom  mengambil  tempat  di  sebelah  Azam. “Azam  fikir  apa  tu?  Dari  tadi  umi perhati  gelagat  kamu,  tersengih sorang-sorang. Ada  apa-apa  yang  umi  perlu  tahu  ke?”Soal Puan Kalsom.

          Azam cuma tersengih. Tidak ada apa yang penting perlu dikongsikan. Dia cuma tertarikdengan seorang gadis manis yang bernama Nur Alisya. Wajah garang gadis itusungguh membuatkan hati lelakinya terpesona. Gadis yang tampak sombong dariluarannya, sebenarnya seorang gadis yang sangat manja dan baik budi bahasanya.Semalam ketika di majlis kesyukuran keluarga Alisya, dia asyik memerhatigelagat gadis itu dari jauh.

       Nampak mesra dan mudah diajakberbual. Senang cerita gadis itu seorang yang sangat peramah. Tetapi bilaberhadapan dengannya, gadis itu terus berubah watak. Jika dengan dia, jangan harap untuk diajak berbual, senyum pun dia tidak mahu. Apa yang susah sangatlahuntuk senyum, berat agaknya bibirnya itu untuk menghadiahkan sebuah senyumankepada dirinya.

        ‘Jangan beranganlah wahai Azammuddin, orang dah tak suka kita tak akan nak paksa,’bisiknya di hati. Azam tersenyum kecil.

 

 

“Angah, bolehlah…...” pujuk Nur Alisya.Matanya sedikit pun tidak lepas dari wajah Hazriq. Hazriq yang duduk menontonrancangan kegemarannya langsung tidak tenang. Mana tidaknya, ada yang sibukmenganggu ketenangannya.

           “Angah,dengar tak apa yang Sya kata tadi?” suaranya ditinggikan sedikit. Geram. Hazriqlangsung tidak mempedulikan dia. Dia sengaja buat tidak dengar.

             Hazriq masih lagi membatu di sofa. Buat tidak dengar dengan apa yang si adik sampaikan. Malas mahu melayan. Apa sajalah yang dimahukan oleh Nur Alisya.Tidak habis-habis buat dia tidak tenteram. Mentang-mentanglah ibunya sudah mengarahkan dia untuk menjadi ‘bodyguard tidak berbayar’ kepada si adik,terpaksa pula dia untuk menurutkan semua kehendak si ‘Puteri Alisya’.

            “Angah jomlah teman Sya pergi kedai buku dekat pekan sana. Lepas tu, kita pergi makan-makan dekat KFC. Sya lama sangat dah tak makan ayam KFC ‘hot and spicy’ dan ‘cheezy wedges’. Boleh tak angah?” pujuk Nur Alisya.

             “Sya ni macam tak ada kawan pulak. Ajak jelah Amira pergi teman Sya, angah malas lah nak keluar pergi mana-mana. Angah nak duduk rumah sambil tengok tv je harini,” Hazriq memberi alasan. Dia malas betul mahu menemani Alisya. Bukannya apa, dia penat sungguh hari ini. Semalaman dia mengemas khemah dan pinggan mangkuk bersama abang sulungnya, Amsyar. Alisya? Jangan haraplah dia nak membantu. Apa yang dia tahu, makan dan makan. Mujurlah dia punya abang-abang yang baik, rajin dan kacak.

           “Alah angah ni, minta teman pun susah. Bukannya minta dia belanja pun, Sya dah minta duit dekat ibu. Nanti kita makanlah sama-sama,” Alisya tidak putus asa. Dia tetap juga ingin angahnya menemani dia ke pekan.

            “Ajaklah along, angah malas. Angah tak nak pergi, full-stop,”Hazriq tetap berkeras tidak mahu pergi. Alisya menjeling. Geram.

           “Masalahnya, along pun tak nak teman Sya. Dia kata dia ada janji dengan Kak Nadia nak keluar petang nanti. Alah, angah ni. Sikit pun tak kesian dengan Syani,” Bibir gadis itu memuncung. 

    Hazriq memandangnya sekilas. Kesian pun ada, tapi badannya benar-benar perlukan rehat. “Kalau angah taknak teman Sya tak apalah, Sya pergi sorang je,” Alisya akhirnya mengalah. Melihat wajah angahnya yang jelas kelihatan letih dan tidak bermaya, dia akur.

                “Sya nak pergi naik apa?” soal Hazriq risau.

              “Grab kan ada,” ujar Alisya. “Angah tak payah risaukan Sya lah, Sya okay je. Sya boleh pergi sendiri,” tambah gadis itu lagi.

               Hazriq diam. Serba salah pula dia ingin melepaskan adik bongsunya itu pergi sendiri.Kalau berlaku apa-apa pada Nur Alisya, dia pasti akan menyesalinya seumur hidup.Hazriq memandang wajah Alisya dengan pandangan yang membimbangkan.

               “Dahlah, Sya pergi siap sana. Angah hantarkan Sya, tak payah naik grab.Membazir je.” Hazriq tidak berani melepaskan Alisya pergi seorang diri, takut kalau berlaku apa-apa pada adik kesayangannya itu. Bahaya.

         Alisya terpinga. “Angah cakap apa tadi?” soalnya lagi. Hazriq menjeling. Alisya ini sengaja buat-buat tidak dengar atau suaranya perlahan sangat sehingga Alisya tidak jelas dengan apa yang dia katakan tadi.

          “Angah kira sampai 10, kalau Sya tak masuk bilik dan bersiap. Angah tarikbalik kata-kata angah tadi,” ugut Hazriq.

          Tanpa banyak soal, tergopoh-gapah Alisya berlari ke biliknya apabila mendengar kata-kata Hazriq tadi. Di mindanya tadi dia sudah merencana untuk menaiki grab untuk ke pekan, dia sendiri mengeluh. Banyak duit yang bakal dia habiskan hari ini jika dia terpaksa menaiki grab. Mujur Hazriq bersetuju untuk menghantarnya ke pekan. Kalau tidak habislah duitnya dengan membayar tambang grab.

            “Angah……..” jerit Alisya di muka pintu biliknya.

            “Adaapa lagi,” Hazriq sudah mengaru kepala, ada apa lagilah si Alisya ni.

          “Terima kasih Angah, sayang angah sampai Jannah,”

            Hazriq cuma tersenyum. Ada-ada sahajalah Alisya ni. 

           ‘Angah pun sayang Alisya,’ Bisik hati kecilnya.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IZZATUL NADIRA