Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
153,462
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 7

IRDINA AKIF - BAB 7

Pagi ini datang dengan Akmal ke tempat kerja. Puas mengelak tetapi Akmal datang menunggu di depan rumah. Terpaksa, sebab nak kejar masa. Dia perlu sampai ke ofis sebelum pukul lapan sebab dia hanya bekerja dengan orang.

“Zara, ada apa-apa hubungan ke dengan anak raja tu?” soal Akmal dalam kereta. Dah agak dah, mesti tak puas hati dengan sikap dan tindakan Tengku Izraf Akif semalam.

“Tak ada lah!” jawab Zara Irdina. Benarkan, kami tak ada apa-apa.

“Tipuu..,” tuduh Akmal. Aku jawab yang betul pun kau tuduh aku tipu kau pula.

“Tak percaya sudah!” ikut suka hati kau lah, nak percaya atau tak, sebab aku memang tak kisah semua tu.

“Zara...,” panggilan Akmal terhenti di situ.

“Akmal, keluarga kau tak suka aku, dan aku tak nak berkahwin tanpa restu keluarga. Kita kahwin bukan untuk sehari dua lah, tetapi sepanjang hayat kita. Aku tak nak keluarga kau membenci aku dan anak-anak kita nanti,” kena terang sekali lagi, sebab dah banyak kali cakap perkara ini kepada Akmal. Kahwin mesti ada anak kan? Bagaimana kalau ibu bapa Akmal turut membenci anak-anak aku nanti kerana darah keturunan ku. Alih mcm mana pun, tolak mcm pun, aku tetap anak luar nikah. Dan tak ada orang yang mahu menerima aku kerana status kelahiran ku ini.

“Habis tu mcm mana dengan Tengku Izraf Akif????”

“Kalau lah org biasa pun menyampah dengan aku, tak kan lah org bangsawan mcm dia nak terima aku. Kau fikir pakai otak ke tak ni?” Aku dah pesan banyak kali kepada hati aku sendiri, agar jangan ada apa-apa perasaan kepada anak raja nan seorang itu. Sebab kedudukan kami memang tak sama. Tambah lagi satu, aku anak hasil hubungan kotor antara lelaki dan perempuan.

“Zara, aku tetap cintakan kau!” lafaz Akmal membuatkan hati Zara Irdina tersentuh. Aku tak pernah membenci kau, Akmal. Sebab kau adalah cinta pertama aku.

“Cinta kita dah tak ada makna, Mal. Lupa kan aku dan bina hidup baru kerana aku nak orang yang aku sayang hidup bahagia, Mal!” luhur ucapan itu. Itu lah nekad ku sejak kita berpisah dua tahun yang lalu. Aku mahu melihat insan yang pernah aku cintai ini hidup bahagia di samping orang yang disayanginya.

“Zara, sampai hati kau cakap mcm tu kat aku.. aku tak boleh lupa kan kau,” hish aku nie dah tak tahu nak cakap apa lagi lah kat kau. Dah habis idea dah ni. Tak nak cakap apa-apa, elok diam saja. Akmal ni tak boleh ke anggap aku sebagai seorang kawan biasa saja? Seperti apa yang aku lakukan sekarang. Huh! Terus muka Zara Irdina mencuka memandang ke arah lain.

Sampai kat ofis jumpa Tengku Izraf Akif kat tangga sebelum nak masuk ke bilik.

“Dah pakai benda yang aku beri semalam?”

“Pakai apa?”

“Wooi kau ni, nanti bocor pula, aku juga yang susah. Org cakap aku tak pandai jaga isteri...,”

“Kau memang menyampah la, tunang lah, isteri lah.. aku tak suka lah!” semua orang sedang pandang ke arah kami. Aku yang terlebih malu. Dia tu tak kisah pun. Tak suka tu macam dengar aku suka saja lah, Zara Irdina.

“Aku pun tak suka juga, lain kali kalau nak sangat tumpang org, tumpang saja aku ni. Aku memang tak suka lah kau tumpang si Akmal tu,” benci sangat tengok Akmal sekejap tadi. Macam nak kasi penendang saja kat Akmal.

“Dia tu bekas suami aku!”

“Aku ni suami kau, boleh kau curang depan suami kau sendiri,” Hish, aku sumbat mulut kau dengan tisu ni baru kau tahu. Nanti org anggap sungguh pula kita berkahwin. Tak pasal-pasal aku kena serang dengan Tengku Azlin bekas tunang kau tu.

“Zara, jangan layan Akif tu, saya nak awak siapkan kertas kerja awak!” jerit Tengku Mawar. Dari tadi bergaduh sampai dengar suara kat sini. Apa lagi lah yang tak okey pagi ni??

“Kau cakap kat bos kau, aku dah siap kertas kerja kau tu. Nanti abang pergi jumpa dia yer, sayang!” ucap Tengku Izraf Akif sambil tersenyum ke arah Zara Irdina

“Hish, gatal kau makin menjadi-jadi hari nie..,” tapi aku tak benci dia. Jujur. Walaupun kami sering bergaduh. Kenapa yer?

Buat kerja sampai tak sedar diri hari ini. Keluar makan pun dekat pukul 3.00 petang dah. Tapi mujurlah restoran makan tak jauh pun. Dekat saja! Jadi senang lah nak cari makan. Lepas makan, terus masuk surau nak solat, tetapi bila dia masuk ke biliknya, ternampak Tengku Izraf Akif sedang duduk di kerusinya.

“Wei!” jerit Zara Irdina. Ya ALLAH, dia siap chating kat FB aku. Zara Irdina melihat Fbnya mcm nak menangis pun ada. Macam-macam jawapan yang dia tulis kat FB. Yang paling sakit jiwa, dia tulis kat wall, aku nak kahwin sebulan dua lagi, dan sekarang tengah buat persiapan. Bila ada yang bertanya, hendak berkahwin dengan siapa, terus dia beri jawapan, dengan anak raja yang segak ini, Siap letak gambar dia di FB aku lagi. Aduhhhh.. habis lah aku nanti. Itu yang membuatkan Zara Irdina semakin geram kat Tengku Izraf Akif. Terus dicampainya telinga kanan Tengku Izraf Akif. Dipulasnya telinga kanan anak raja itu.

“Kau ni agak-agak lah, ingat aku budak-budak ke apa?” kata Tengku Izraf Akif sambil menarik tangan Zara Irdina. Segera Zara Irdina melepaskannya.

“Kalau kau budak kecil dah lama aku luku kepala kau. Geram lah!”

“Kau tengok gambar kita ni, sepadan kan???”

“Sepadan apanya?” tapi memang cantik pun gambar kami berdua tu. Ambil gambar masa raya bila ni? Bila masa pula aku duduk dekat-dekat dengan dia??? Pelik nih?

“Aku dah tanya kat wall kau, secocok tak kita berdua? Kita tunggu komen dia orang..,” memang dia buat mcm tu pun. Aku macam nak tutup terus akaun fb aku hari ini juga. Tengku Izraf Akif, sampai hati kau buat mcm tu kat aku. Zara Irdina ingin terus memadamkan gambar tersebut. Tak manis lah! Namun Tengku Izraf Akif menghalangnya.

“Wei...” marah Zara Irdina

“Cuba kau cakap elok-elok sikit kat cek abang kau ni, ada ke panggil aku wei, wei..,” tegur Tengku Izraf Akif. Hish, bukan dia ke selalu panggil aku mcm tu.

“Kau buang cepat gambar tu..”

“Kau ni, kalau ada jodoh antara kita, kau lari sampai negeri china pun, kau tetap jadi milik aku lah, kenapa lah bangang sangat ni?” terus ditunjalnya kepala Zara Irdina. Sakit lah!

“Aku tak nak!”

“Mulut yang kata tak nak. Hati????”

“Aku cari org lain. Aku ni dah lah bekas isteri org, anak luar nikah lagi, kau tu siapa?”

“Itu saja penyebab yang menghalang cinta kita?”

“Yup!”

“Kenapa??? Kau ke minta takdir ni kat kau?” terjah Tengku Izraf Akif membuatkan mata Zara Irdina terkebil-kebil.

Boleh hilang nafas aku petang ni.

Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.