Home Novel Cinta Aisyah
Bab 28

“Sampaibila kau nak diamkan hal ni?”

“Sampaiaku rasa bersedia untuk beritahu.”

“Aisyahdah nak bersalin!”

“Sowhat?!” Suara disana juga mula tegas.

Manakala,disini mendesak. “Along!!! Aisyah tunggu kau nak dekat sebulan. Minggu depandue date dia. Aku tak mampu sorok lagi hal ni dari Marsha dengan Aisyah. Kautak kesiankan dekat isteri kau?”

“Kaunak kahwinkan dengan dia. Lepas dia bersalin nanti aku ceraikanlah dia.” NadaAlthaf selamba. Syafiq pula sudah panas hati. Kalau Althaf ada di depanmatanya, mahu sahaja dia hadiahkan satu tumbukan kepada kawannya yang tak gunaitu.

Syafiqmematikan panggilan tanpa bercakap apa-apa. Terasa bodoh bercakap dengan orangyang buta dengan cinta ni. Tiba-tiba telefonnya berbunyi, “Kau nak apa lagi?Kau nak ceraikan dia sangat, hah baguslah! Ceraikan!” jerit Syafiq bengang.

Aisyahdah terkulat di sebelah sana. “Syaf… Aisyah call waktu yang salah ke? Takapalah.”

Belumsempat Aisyah mematikan panggilan, “I’m so sorry.” Kata Syafiq lembut. Syafiqdah mengusutkan rambutnya, tersilap langkah. Sepatutnya sebelum dia mengangkatpanggilan itu dia harus tengok dulu. Tapi, nasiblah. Nasi sudah menjadi bubur.

“Aisyahnak minta tolong Syafiq. Bawakan Aisyah pergi hospital. Semua tak angkat callAisyah. Hilman pula balik kampong.” Kata Aisyah tenang. Walaupun, perutnya rasasenak dia tetap tenang. Selawat tidak lepas dari bibirnya.

“YaAllah! Sekejap. Jangan letak!” Syafiq kelam kabut mencari jaketnya dan kuncikeretanya. Aisyah menahan gelak apabila dengar kekecohan disebelah sana.Sungguh dia berasa sangat syukur kerana Syafiq mengangkat call nya. Manatidaknya, sekarang pukul 3.30 pagi. Dia baru sahaja selesai menunaikan solattahajud dan ketika ingin bangun mengambil al-Quran di rak buku, dia terasabasah kain telekungnya.

“5minutes.”

“Syafiq,jangan pandu laju sangat.”

Sepanjangmenunggu Syafiq, Syafiq tidak berhenti berbual dengan dia. Ada sahaja topikyang dibangkit. Aisyah perlahan-lahan menuruni tangga dengan beg yang berisibarang-barang anaknya. Dia duduk di bangku laman rumah itu.

KeretaSyafiq tiba tepat 5 minit yang dijanji. Beg yang ditangannya tadi diambilSyafiq. Pintu depan kereta dibuka untuk diri Aisya masuk.

Akhirnya,mereka tiba di hospital. Sebelum Aisyah dibawa ke bilik untuk proses kelahirandia memesan pada Syafiq untuk menelefon Althaf. Aisyah sangat memerlukansuaminya disisinya sekarang.

“Sayacuba.” Jawab Syafiq ragu-ragu.

GelisahSyafiq tunggu diluar bilik itu. Dia menelefon Marsha dan Umairah memberitahukeadaan Aisyah. Marsha dan Umairah dah sampai tapi Aisya masih di dalam.“Althaf mana?” tanya Marsha dan Umairah serentak.

“Taktahu.” Syafiq menggeleng. Jaket yang disarung dicabut kerana terasa panas pula.Badannya berpeluh. Gelisah. Demi kawan dia sanggup menipu dua perempuan yangberdiri di depannya tapi yang kejam dia juga menipu gadis yang sedang bertarungnyawa untuk lelaki tak guna itu.

“Encik,Encik ni suami Puan Aisyah ke?” tanya doktor yang keluar dari bilik itu.

“Bukan.Saya hanya kawan dia sahaja. Ni adik kepada Puan Aisyah.” Beritahu Syafiq.

“Sayaharap keluarga Puan Aisyah bertabah dengan apa yang berlaku. Puan Aisyah danbayi tidak dapat diselamatkan.” Kata doktor itu.

Marshajatuh terduduk diatas lantai. Menangis. Umairah menahan tangisnya dan memelukMarsha. Manakala, Syafiq tersandar di dinding. “Innalillahiwainnailahirojiun.”

“Althafmana, Syafiq?” tanya Umairah. Marsha menelefon suaminya yang berada dirumahmenjaga anak kembar mereka. Umairah memeluk bahu Marsha menenangkan gadis itu.Luluh hatinya mendengar tangisan hiba Marsha.

“DiJohor uruskan projek syarikat.”

“Uruskanprojek atau buat projek?!” Seoktaf suara Umairah. Dimana adiknya, saat isteritelah pun pergi menghadap ilahi. Bukan sahaja isteri, tapi juga anak mereka.

Kelihatanummi, abah dan ayah berjalan pantas kearah mereka. Marsha berlari mendakapayahnya. “Kakak dah pergi.” Din mengusap belakang anaknya. Menenangkan. Diacuba menahan tangisnya tapi ia tetap mengalir. Anak sulungnya, anakkesayangannya Aisyah sudah pulang ke rahmatullah. Betullah, ajal seseorangmanusia itu tidak kira pada umurnya. Jika Allah nak tarik nyawa, Allah tariktanpa khabar berita.

“Firdausmana?” tanya Abah.

Umairahbuntu. Marsha memandang Syafiq. Syafiq mengeluh, “Firdaus dekat Johor, pakcik.Dia uruskan projek dekat sana.”

“Siapayang akan uruskan arwah isteri dan anak dia?”

“Janganrisau. Pandai-pandailah aku dengan Marsha uruskan. Lagipun, kami kelurganya.”Jawab Din.

“Mana anak kita,bang? Aisyah dah pergi tapi dia masih di sana uruskan kerja?” tanya Ummi kepadaAbah dengan nada perlahan
Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy